Next kami decided nak masuk ke The Habitat pula. Lawatan ke The Habitat ini merupakan highlight pada kami dalam lawatan ke Bukit Bendera ini.
Ada booth di Penang Hill Square ini untuk pengunjung beli tiket untuk masuk ke The Habitat.
Ada booth di Penang Hill Square ini untuk pengunjung beli tiket untuk masuk ke The Habitat.
Beli tiket dan ambil pamphlets.
Maklumat tentang The Habitat.
Ya, tiketnya agak mahal, RM50.00 seorang. Tapi tiket ini valid lama betul. Ours were from 4th April hingga 31 August 2018. I guess sebab kawasan The Habitat tu besar dan perlu masa yang lama untuk cover all sections.
Excited kami nak jalan di Curtis Crest Tree Top Walk ini nanti. Sure gayat!
Ada Nature Trail, Curtis Crest Tree Top Walk dan Langur Way Canopy Walk.
Langur Way - the world's longest two-span stressed ribbon bridge.
Peta The Habitat.
Lokasi-lokasi Nature Trail, Curtis Crest Tree Top Walk dan Langur Way Canopy Walk.
Ada perkhidmatan shuttle pergi-balik percuma disediakan untuk pengunjung dari Penang Hill Square ke entrance The Habitat.
Tiba di pintu masuk ke The Habitat.
Jom kita explore.
Dari entrance kami berjalan masuk ke Shop on the Hill.
Wild fruits.
A very pleasant walk. Redup dan nyaman.
Tiba di Shop on the Hill.
Suasana di dalam Shop on the Hill.
Ada macam-macam barang dijual di sini. Very interesting stuff. From souvenirs to books.
It was quite a lovely shop.
Wonderful view di dinding kaca kedai ini.
Ok, lepas turnstile gate inilah baru nature walk kami bermula. Di sini tiket diberi pada staff di situ, barcodes pada tiket diimbas pada gate ini dan kami pun masuk.
Sesungguhnya memanglah sangat cantik tempat ini. Suasana hijau, nyaman dengan bunyi-bunyian of the jungles inhabitants. So calming.
Bahagian pertama yang kami lalui ialah the Fragrant Garden.
Suasana sudah nyaman, ditambah pula dengan bau fragrance tumbuhan. Hmmm....
Dan kebetulan ketika itu tiada pengunjung lain, hanya kami berdua. So nice lah.
Alhamdulillah cuaca cukup baik hari itu.
Selepas Taman Tumbuhan Beraroma, ada pula Taman Halia.
Deretan pokok-pokok halia.
Ada disediakan tempat-tempat duduk di taman-taman di sini untuk pengunjung merehatkan diri or to simply enjoy the garden.
Juga ada water cooler.
Pokok pisang pun ada.
Beberapa pokok-pokok di taman-taman ini ada yang dilabel. Ini pokok Tinjau Belukar.
Ada banyak paku pakis besar.
Dan pokok bunga.
Ada platform tinjau bulat pada pokok tinggi ini. Fascinating!
Tapi ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Oh ya, jalan dalam The Habitat ini adalah berturap dan landai. Just wear comfortable walking shoes.
Dan saya paling suka bila ada info board macam ni. The Tree-Loving Animals.
Kalau sesumpah tu boleh lagi la. Not ular! Hehehe..
Have you ever seen anything so beautiful and majestic SubhanAllah.
Maklumat tentang Fern Cottage.
Sejarahnya.
Tiba di Purple Garden.
Beautiful purple plants with tiny white flowers.
Agaknya ini pokok purple heart.
Ada satu lagi info board. 'On the Forest Floor'.
Pokok Damar Minyak. Pokok yang sesuai untuk buat gitar dan piano.
Dalam The Habitat ini ada sections yang dipanggil 'Circle' atau 'Bulatan'. Ini 'Circle/Bulatan' yang pertama yang kami came upon iaitu 'Butterfly Circle' / 'Bulatan Rama-Rama'.
Kami tengok-tengok juga sana sini kot ada rama-rama. Jumpa la seekor dua ni. Actually bila dah hampir waktu tengahari, ia memang bukan waktu rama-rama aktif.
Tengah kami asyik memburu rama-rama, tiba-tiba kami terdengar sesuatu yang pelik. We just can't quite figure out what it was that we were hearing. Suasana sunyi buat bunyi tu bergema. Mula la rasa seram. Dah tu cuma kami berdua sahaja di situ. Makin lama bunyi tu makin dekat. We know we were in broad daylight, so we felt silly pulak bila rasa seram macam tu. It was not knowing what made the sound that's throwing us off.
Tiba-tiba muncul seorang Akka petugas di taman ini. Dia sedang menolak trolley barang peralatan maintenance dan dari situlah sumber bunyi yang 'menyeramkan' yang kami dengar tadi. Hahahaha.. needless to say we felt very foolish. But one thing I must say the earlier 'seram' we felt was totally genuine. But in the end we were glad of course and when I related to the Akka, she just laugh and laugh and in between apologizing to us for unknowingly scaring us, and then continue to laugh and laugh her head off again.. And we just had to laugh too.... hehehe...
Kemudian kita sampai pula ke Taman Orkid.
Ini hutan, so cannot la expect to see lots of orchids macam yang di Tasik Perdana tu. Sini orkidnya orkid liar. So mata kena tajam cari bunga tu.
Ini satu jenis orkid yang kami jumpa.
Pokok Jati Bukit.
Kami sampai ke satu lagi Circle/Bulatan di taman ini iaitu Bulatan Tupai Gerabak (Black Giant Squirrel).
Tupai Gerabak ialah jenis tupai besar yang melompat dari pokok ke pokok. Dongak-dongak jugak la kami, alas no black giant squirrel was spotted.
Tiny flowers.
Satu lagi anjung tinjau di atas pokok.
Pokok paku pakis giant dan pokok menjalar yang dedaunnya macam melekap pada batang pokok host.
Pokok Bebuas Bukit.
Di The Habitat ini juga ada Buaian Gergasi. Nice!
Let's check it out shall we.
Tinggi tali buai ni.
Buaian ini dibuat/pasang pada atas satu pelantar berpagar dengan pemandangan hijau yang sangat menyejukkan mata dan mententeramkan minda.
Pengunjung tadi dah beredar.
Kami pulak duduk. Ayun slow-slow je.. hehe.
We came uopn yet another Circle/Bulatan. Yangi ini ialah Bulatan Burung Cecawi Anting-Anting. What a lovely name!
Burung Cecawi Anting-Anting atau Racket-Tailed Drongo in suka meniru nyanyian burung lain. Jadi bagaimanakan bunyi kicauan dia sendiri?
Arah ke jambatan gantung Langur Way dan Curtis Crest Tree Top Walk.
Di The Habitat ini juga ada Complimentary Guided Walk. Ada petugas taman ini yang bawa pengunjung berjalan di sekitar The Habitat sambil menunjukkan haiwan dan tumbuhan yang mungkin tak terlihat/perasan oleh orang biasa. Memang menarik kalau dapat ikut Guided Walk ini, but we did not sebab faktor masa.
Walaupun kami tak ikut Guided Walk yang disediakan, Guide di situ tetap menunjukkan kepada kami seekor labah-labah besar yang membuat sarang berhampiran. Terperanjat juga melihat saiz labah-labah tu. Terasa juga rugi tak dapat menyertai Guided Walk ini. Pasti banyak benda yang boleh ditemui kalau berpeluang mengikut mereka ni. Jadi jika anda ke The Habitat ini pastikan anda join Guide Walk ini ya.
Haaa... inilah labah-labah yang guide tu tadi tunjuk pada kami. Tak ke gorgeous!
Antara pokok-pokok bunga hutan yang kami jumpa.
Pokok Pelawan Bukit. Kuat pokok ni, boleh dibuat jambatan dan jeti.
Ada sections di taman ini yang ada tanda lukisan begini. Seperti tanda labah-labah ini, maknanya di sini pengunjung boleh lihat spiders di sini.
Taman ini menarik dan ada banyak benda nak tengok and lots of photos to take, bila dah occupied begitu, kami tidaklah terasa penat sangat.
Satu lagi Circle/Bulatan. Yang ini namanya Bulatan Lotong Kelabu.
So majestic.
Beberapa lagi pokok-pokok bunga yang kami stumbled upon.
Seterusnya kami nak jalan di Langur Way (Canopy Walk).
Langur Way adalah sebuah jambatan two-span stressed ribbon bridge yang dibina di celah-celah pokok yang tinggi di The Habitat. Jambatan ini dibina menghampiri ketinggian puncak-puncak pokok di sini.
"Langur" adalah sebenarnya nama sejenis spesis monyet. Jadi, bila berjalan di Langur Way, kita seolah-olah akan mendapat pemandangan seperti yang dialami oleh monyet-monyet Langur bila mereka memanjat pokok-pokok ini.
Lambatan Langur Way ini dibina dari bahan-bahan binaan moden. Bukan macam jambatan gantung. Jadi Langur Way ini lebih tegap dan tidak bergoyang-goyang.
Pemandangan dari Langur Way.
Menikmati keindahan ciptaan Allah swt dari Langur Way.
All in all it was a pretty nice walk. Ia beri pengunjung pandangan dari aras yang tinggi, di aras tree top which is always very fascinating.
Satu lagi buai giant.
Agaknya masa peak season like cuti sekolah/cuti am tentu la ramai pengunjung di buai ni nak bergambar.. hehe. Ye la, kan nak update social media. Jadi datang la masa off season ya.
Pokok Terap Nasi.
Arah ke Taman Bromeliad.
Penawar Hutan. Fascinating!
Let's have a closer look.
Pokok Terentang Daun Besar.
Ferns.
Info on Leaping Lizard.
Pokok Mahang Gajah.
Murai Gajah.
Antara tumbuhan yang mewarnai hutan di sini.
Saya terfascinated pulak dengan tumbuhan ini. Agaknya sejenis spesis lumut.
Sekarang kami nak ke Curtis Crest pula.
Pokok Tetiup, Tiup Tiup.
Pokok Senduduk.
Pokok Gegatal.
Berjalan ke Curtis Crest.
Kawasan sekitar Curtis Crest pada masa dahulu adalah laluan menuju ke rumah-rumah persinggahan pegawai British dan keluarga mereka. Oleh kerana kawasan ini berbukit dan sukar didaki, pegawai-pegawai British dan keluarga mereka akan duduk di atas kerusi-kerusi yang dinamakan doolies yang akan dipikul oleh khadam-khadam mereka yang terdiri dari orang tempatan dan buruh-buruh yang dibawa dari India.
Bayangkanlah betapa payahnya 'kuli' nak gendong bawa pegawai-pegawai British dan keluarga mereka naik bukit bukau sejauh 6 km di sini ketika itu.
Nama 'kenderaan' itu dipanggil 'doolies' atau sedan chairs.
Keretapi Bukit Bendera 1960.
Suasana Stesen Bawah sekitar 1929.
Tangga yang perlu didaki untuk ke Curtis Crest.
Kami diberitahu ini adalah tangga asal yang dibina ketika zaman British.
Akhirnya kami tiba ke kemuncak lawatan kami ke The Habitat ini ~ Curtis Crest. Curtis Crest adalah sebuah jambatan gantung berbentuk bulat yang membolehkan pengunjung mendapat pemandangan 360 darjah seluruh Pulau Pinang bila berjalan di atasnya. Jambatan ini dinamakan sempena seorang British bernama Charles Curtis yang merupakan pengarah pertama Jabatan Botani Pulau Pinang.
Tengok dari bawah ni pun dah rasa gayat.. hehe.
Petugas di Curtis Crest. Kami dinasihatkan oleh petugas di Curtis Crest ini untuk tidak memakai topi sewaktu naik ke atas. Ini adalah kerana angin selalunya bertiup sangat kuat pada aras ini. Dah banyak kes topi-topi pengunjung melayang ditiup angin.
Haaa... angin kuat?! Huiii... dah la tinggi gayat atas tu, angin pulak kuat!
Teropong-teropong ini boleh dipinjam secara percuma oleh semua pengunjung yang naik ke Curtis Crest.
Jom naik.
Pemandangan masa panjat tangga.
Pelancong-pelancong sedang enjoy view dari Curtis Crest.
Berdebar juga masa hampir nak sampai ke level atas. Masa ni pun dah sampai ketinggian hujung pokok-pokok.
Sampai di level atas sekali. Dah mula dah rasa gayat.. hehe.
Alhamdulillah angin tidak begitu kuat. Tapi sekali sekala tu terasa jugak bila tetiba ada angin kuat.
View dari Curtis Crest ni memang la cantik.
Kami betul-betul berada di tree top masa ni.
Boleh nampak Penang Bridge dari atas Curtis Crest ni.
Supaya tak rasa gayat sangat, saya fokus pandang ke arah depan sahaja dan tak tengok bawah.. hehe.
Dah di atas ni nampak macam jauh pulak nak jalan keliling jambatan ni.
Alhamdulillah cuaca cukup baik hari itu. Memang la panas tapi berangin, so sejuk la sikit.
Di atas ni ada beberapa info board.
Info tentang Bel Retiro.
Suasana di Bukit Bendera pada 1856.
Bel Retiro, Banglo Governor, 1940.
Lokasi Banglo Bel Retiro ada dekat dengan laluan ini tapi kami tak nampak sebab banyak pokok tinggi.
Ok sambung jalan. Rasa gayat dah mula hilang sikit. Sekali sekala toleh juga ke belakang tengok isteri. She seemed ok, nampak macam lagi berani dari saya.. hehe.
Ini pula maklumat tentang Crag Hotel.
Crag Hotel opened in the 1880s as a sanitarium. Renovated in 1929 it became a popular holiday and honeymoon destination.
Info broad - 'A Magnificent Sight'.
Sunrise in Penang.
Sambung jalan lagi.
Pemandangan sebelah barat Pulau Pinang dari Curtis Crest.
Tak sure ini bangunan apa.
Another info board.
Pemandangan bandar George Town dan Penang Bridge.
Ok, selesai dah. Jom kita turun.
Kehausan, kami beli la sebotol air. Mahalnya harga! Anyway, sedap sungguh air The Tapping Tapir perasa apple & vanilla ni.
Ok, despite rasa gayat and all that, kami berdua memang enjoy jalan-jalan di Curtis Crest tadi. Memang satu kelainan dalam siri jalan-jalan kami di Pulau Pinang ini.
Kami pun berpatah balik dan masuk lalu dalam Shop On The Hill ni.
Berjalan ke pintu keluar, which is the same entrance yang kami masuk earlier.
Menunggu shuttle/kereta di entrance untuk ke Penang Hill Square.
Ke Penang Hill Square.
Tiba di Dataran Bukit Bendera.
Berjalan ke funikular.
Beratur untuk naik funikular. Lama juga kami beratur. Mujur la ada seats.
Di dalam funikular menuju ke Stesen Bawah.
Pemandangan dari funikular.
Sampai ke Stesen Bawah.
Terus berjalan ke bus stop untuk naik semula Penang HOHO Bus.
Menunggu bas tiba.
Ternampak pulak ada lukisan pada tiang-tiang bangunan di seberang jalan. Macam gambar bruce Lee.
Since bas tak sampai lagi saya pun jalan la ke bangunan ini dan ambil gambar lukisan pada tiang-tiang.
Bruce Lee dan P Ramlee.
Pemain wau dan penari.
Bas HOHO sampai dah. Haaaa.... air-con! Hehehehe...
Goodbye Penang Hill. We really did have a splendid time exploring this amazing place. Syukur Alhamdulillah.
Masa duduk dalam bas HOHO ini menanti nak jalan, saya perasan iklan pada dinding luar bas ini. Cantik pulak. Macam style lukisan dinding di kawasan UNESCO Heritage.
Nice!
Bersambung....
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.