Monday, March 26, 2018

KERALA INDIA - DAY 02 - PART 03 - KERALA BACKWATER CRUISE - CHECK IN AND AFTERNOON CRUISE

Dan kami pun sampai ke destinasi untuk check in ke houseboat dan cruise. 

Untuk ke houseboat tu kena berjalan kaki sikit, tak jauh. Beg-beg kami dibawa dengan motor dan ditarik oleh staff houseboat. 

Ada jalan pavement batu-bata yang elok melalui kampung.

Tu dah nampak dah botnya! Excited 😊.

Houseboat kami berlabuh di sebuah kampung yang bernama Punnamada. Dock ini adalah salah satu dari beberapa pangkalan houseboats untuk memulakan Kerala Backwater Cruise. Kampung Punnamada ini terletak di tepi Tasik Punnamada, salah sebuah tasik yang membentuk Kerala Backwaters ini.

Staff houseboat sedang membawa naik beg-beg kami.

Melangkah naik dengan kaki kanan sambil membaca doa.

Kakak ipar dan anak saudara isteri saya sedang boarding.

Premium Houseboat kami disediakan oleh Southern Panorama Cruise.

Standard facilities yang disediakan dalam kategori 'Premium Houseboat'.
Source: www.southernpanorama.com

Dan ini pula adalah facilities yang disediakan dalam pakej yang kami ambil iaitu 'One-night Package'. Alhamdulillah cukup serba serbi.
Source: www.southernpanorama.com

Depan sekali ialah bahagian ruang tamu dan ruang makan. Covered with glass walls/glass sliding doors supaya penumpang dapat enjoy the beautiful view of the backwaters.

Ada huge sofa to relax and unwind on while enjoying the cruise. Ada 6 seater dining table.

Ini laluan ke bilik-bilik dan dapur.

Oppss.. stop kejap explore houseboat ni sebab ada another houseboat sedang lalu. Houseboat ni macam houseboat kami, 2 bilik.

Ini houseboat yang saiznya lagi besar. Kalau tak silap bot ni ada 8 atau 10 bilik. Ianya 2 tingkat.

Another one. Yang ini 8 bilik.

Kelihatan beberapa lagi houseboats. Tengahari itu adalah sememangnya waktu semua houseboats sedang membuat afternoon cruise.


Welcome Drink. Sedap sangat orange juice ni. 

Ok, jom sambung balik explore houseboat ni. 

Ok, ni bilik tidur. Ada katil besar yang selesa with just enough ruang untuk letak beg di tepi katil. Macam bilik hotel rupanya.

Boleh baring atas katil sambil enjoy the views. 


Di sebelah kiri tu ialah a small closet.

Kami naik houseboat 2 bilik. Ini bilik yang kedua.

Cukup selesa.

Ada good size attached bathroom. 
These toilettes are made of steel cabinets with a network of steel meshes on which beneficial bacteria are grown with the help of a catalyst named actizyme. These bacteria feed upon human excreta and produce a harmless germ free colourless byproduct. The soil outlets of the toilet seats are taken through the hull and let out to the flowing water beneath. The use of bio-toilette is common nowadays. Thus the backwater canals are not polluted. - Wiki


Di lorong ke bilik-bilik dan dapur ada sinki with mirror. Also got complimentary fruit basket.

Very nice.

Saya explore sampai ke dapur.. hehe. Simple je dapur ni tapi functional. Our lunch, minum petang dan dinner for today and breakfast for tomorrow morning will be prepared here.

Ini Mr. Sanjeev, the guy yang tolong bawa beg-beg kami naik motor tadi. Rupanya dia owner Southern Panorama Cruises. How nice of him to come and greet us. Dia juga beri keterangan tentang pakej cruise kami ni. Pakej kami ni includes makan tengahari, minum petang, makan malam dan sarapan. Meals for lunch and dinner yang akan disediakan adalah menu masakan ikan dan ayam. For dinner kalau kami nak tambah lauk lain seperti udang bolehlah nanti stop dekat salah satu kedai tepi tasik ni. Ia akan dimasak oleh tukang masak bernama Suresh tanpa sebarang caj tambahan. Mr. Sanjeev juga kata kami tak perlu risau kerana semua makanan adalah halal seperti yang telah kami requested. Sebenarnya di Kerala ni ramai orang Islam jadi sajian makan halal is no problem at all. Tambahan lagi tourists yang datang ke Kerala ni ramai adalah orang Arab. Jadi dia dah memang faham sangat requirement halal food by Muslim tourists. Alhamdulillah. Oh ya, pemandu bot kami namanya Mithin. 

Bila semua dah settle, cruise kami pun bermula.

Bila menginap dalam houseboat ni maka kami pun teringatlah balik masa kami bermalam dalam houseboat di Kashmir. Cumanya yang di Kashmir tu houseboatnya lekat di tepi tasik dan tidak belayar macam houseboat di Kerala ni. 

Pemandangan dari luar dapur Houseboat semasa houseboat sedang mengundur dari tebing.

Houseboat yang berlayar di Kerala Backwaters ini dinamakan Kettuvallam. Dalam bahasa Malayalam "kettu" bermaksud "mengikat" dan "vallam" bererti bot - kedua-duanya bersama-sama jadi "kettuvallam".

Setiap houseboat dibina menggunakan prinsip-prinsip kuno dan teknik pembinaan bot oleh tukang kayu tempatan menggunakan kayu 'Anjili'. Tali serat kelapa digunakan untuk mengetatkan pemasangan papan-papan kayu bersama-sama. Lambung bot ini yang diperbuat daripada beratus-ratus papan heavy-duty planks of jack-wood yang diikat bersama dengan tali serat kelapa, langsung tidak menggunakan paku. Rangka bot ini kemudian disalut dengan resin hitam yang diekstrak dari boiled cashew kernels. Ia boleh tahan selama beberapa generasi.

Jadi kettuvallam yang panjangnya kira-kira 100 kaki dan lebar sekitar 13 kaki dibuat dari bahan-bahan setempat dan ecofriendly; tiang buluh, serat kelapa, tali, tikar buluh, permaidani dan lain-lain.

Kapal dalam pelbagai bentuk dan saiz secara tradisinya menjadi cara utama pengangkutan manusia dan barang-barang di Kerala backwater sejak zaman dahulu. Khususnya, houseboat digunakan untuk menghantar beras dan rempah-rempah dan barangan lain antara Kuttanad dan pelabuhan Cochin. Ia adalah cara pengangkutan penting di Kerala kerana boleh masuk ke kawasan paling terpencil.

Kerala Backwaters Cruise ini ada beberapa jenis dari cruise yang singkat hingga yang berhari lamanya kerana Kerala Backwaters adalah sebuah lembangan yang terdiri dari 5 buah tasik dan 38 batang sungai yang bersambung-sambung antara satu dengan yang lain termasuk juga terusan-terusan buatan manusia di antara mereka. Jika digabung keseluruhan tasik, sungai dan terusan-terusan ini, Kerala Backwaters mempunyai kepanjangan 900 km.

Pakej kami hanya selama 2 hari 1 malam di sekitar Tasik Vembanad yang merupakan tasik yang terbesar dalam sistem Kerala Backwaters. 

Selain dari pelbagai kategori seperti Premium dan Deluxe, air-cond dan tanpa air-cond, bot-bot cruise yang menggunakan motor ini juga mempunyai pelbagai saiz. Bot-bot ini ada yang mempunyai 2, 3, 4, 8 dan 11 bilik. Disebabkan kami berempat mengambil pakej private tour, kami disediakan bot yang mempunyai 2 buah bilik yang ada attached bathroom masing-masing.

Pemandu bot kami, Mithin, membawa kami cruising the Kerala Backwater.

Full speed ahead! Hmm... bukan berlayar laju pun... slow dan santai je.. hehe... nice lah.

Terdapat juga service bot yang bawa pelancong bersiar-siar di sekitar tasik kalau tak nak bermalam dalam bot. Di tepian tasik ada hotel-hotel dan rumah-rumah penginapan yang boleh disewa oleh pelancong.

Seronok dapat ambik gambar houseboats tersusun macam ni 😊.

Walaupun betul-betul terletak bersebelahan dengan Laut Arab, tasik dan sungai-sungai ini mempunyai air tawar sehingga boleh digunakan untuk mengairi sawah padi di kawasan ini.

Ehh... auntie tu sorang je yang mendayung? How about the guys? Ooo... mungkin auntie tu operates service macam water taxi kot.

Bot ni ada satellite tv dish. Bot kami tak nampak pulak ada ke tak. Anyway, kami langsung tak tengok TV pun. Dah view cantik sekeliling kami, enjoy pemandangan dan sibuk ambik gambar je la.. hehe.

Yes, the people there are friendly. 

Memang ada banyak houseboat operating cruises di Kerala Backwater ni. Semuanya ada lebih dari 900 bot di perairan ini.

Gitu sekali cara ambik gambarnya... hehe. Udah subjek yang nak dirakam dah terlepas kebelakang.. hehe.

Merakam front living area sebuah Kettuvallam secara 360°.



Memang tak perlu pasang air-con. Kami biar je tingkap-tingkap dan sliding door depan ruang tamu ni terbuka to let the cool wind in. 

Saya pun rakam dia jugak.. hehe.

Yang satu tu terlebih baja kot.. hehe. 

Mithin pandu bot ni slow je. Kettuvallams are large slow moving floating vessels with high load carrying capacity, so memang tak boleh laju pun, about 15 miles an hour (13 knots an hour). Tenang je. Sekali sekala ada juga dia bunyikan hon.  

".... take you away from the nauseating haste and sickening speed of the modern world to the serenity, seclusion and the relieving pat of the backwaters...". Haa.. gitu lah how this place was promoted..😊. 

Di Tasik Punnamada ni ada banyak aquatic plant ini. Water hyacinth atau keladi bunting namanya. Nampak cantik, hamparan hijau terapung di permukaan air, especially cantik masa banyak berbunga warna ungu. 

Tapi sebenarnya ia adalah salah satu rumpai akuatik yang paling berbahaya dan boleh 'membunuh' tasik ini jika dibiarkan terus merebak.  
The plant happens to be one of the most noxious aquatic weeds in the world with its toxic ability to engulf vast expanses at an exponential pace and making inland navigation almost impossible. By forming a dense layer across the surface of ponds, lakes or even rivers, water hyacinths restrict sunlight penetration that is required by the underwater fauna for sustenance.

This amounts to a state of absolute decay and the plants eventually die out. What follows is the trickling down of dissolved oxygen levels, which ends up killing the fishes and other aquatic beings in the water bodies.

The impenetrable foliage also stands infamous for being the ideal breeding ground for mosquitoes, owing to a low oxygen region right below the floating mass.
Source: www.thebetterindia.com




Fascinating juga tengok Mithin, our oarsman mengemudi houseboat ini di celah-celah houseboats lain.

Standard check-in time bagi bot-bot Kerala Backwaters Cruise yang berlepas dari Alleppey adalah pada pukul 12 tengahari. Maka bermula dari waktu tersebut, banyaklah houseboats memulakan cruise dari pangkalan-pangkalan di sekitar Tasik Punnamada menuju ke Tasik Vembanad.

Ternampak pulak madam ni tengah basuh kain. Kain baju dibasuh dengan memberus kain atas keping batu yang diletak atas benteng batu.  

Bila ambil gambar dengan membelakangkan matahari maka nampaklah kebiruan langit.

Rasanya ini day trip boat.

Yang mengindahkan lagi pemandangan di backwater ni ialah kerimbunan pohon-pohon hijau di kiri kanan tebingnya.

Kalau houseboat ada lebih dari 900 buah, tentunya day trip boats macam ni juga ada banyak jumlahnya. Tapi sebab canals di Kerala Backwater ni lebar dan luas maka tak de lah sesak laluan airnya. Also rasanya tak de la sampai semua 900 lebih houseboats akan disewa pelancong dan berlayar pada masa yang sama, ye tak.

Houseboat vs day bot.

Yang berlabuh dan yang sedang cruising menuju ke Tasik Vembanad.

Kalau ada buoy maknanya ada bahaya di perairan di situ. Agaknya kalau di tasik ini mungkin ianya amaran air cetek. 

Rasanya very likely most houses di sini ada bot sendiri. Senang nak ke mana-mana.

Pilot bot duduk di depan bot. Kalau nak ambil gambar arah ke depan tanpa obstructions, boleh je kalau nak ke depan berdiri depan pilot tu dan ambil gambar. 

Chalets di bawah rendang pohon-pohon di tepian tebing. 

Dan pastinya ada ayurveda massage and treatments.

Ini salah satu terusan kecil masuk ke kampung-kampung di belah dalam.

Cantik!

Saya juga banyak ambil people shots. Pada saya ini penting 😊. 

Banyak juga aktiviti suri rumah membasuh kain di tebing tasik ini yang kami nampak.


Uncle sedang berteduh.

Uncle menyapa fellow canal user.

Uncle dengan pose istimewa... hehe.

Rasanya ini sebuah resort. Very charming.

Uncle sedang mengail ikan.

Haaa... dapat pun satu pose yang nice, imho lah.. hehe.



Mithin expertly maneuvering the houseboat. 

Dah mula nampak tasik yang besar di depan sana. 



Kedai-kedai kecil di tepi tebing macam ni banyak juga yang kami nampak.

Ini lelaki yang cruising bersaing dengan houseboat kami sejak dari tadi. Rupanya dia provide service water taxi. Ni dah dapat customer dah.

Yes, cuaca memang panas masa ni. 


Luas sungguh tasik ini. So beautifully blue!

Selit satu foto 360° 😊.


Water Sport Center, Sports Authority of India.

Nampak cantik pulak bot warna kuning in all the blueness. 

Gigih saya zoomed-in.. hehe.

Terkejut bila ada sebuah bot kecil tiba-tiba berhenti tepi bot kami. Mithin tanya kami nak ke beli aiskirm? Rupanya penjual aiskrim. Kalau ikutkan memang la sedap kalau dapat aiskrim masa tu tapi kami tak beli sebab takut sakit perut pulak nanti. 

Since kami tak beli, mereka pun beredar. 'Lazza Ice Cream', tak pernah kami dengar brand aiskrim tu. Local brand kot.

Pelbagai jenis dan saiz houseboats.

Houseboats yang dah pencen, I think.

Penjual aiskrim lagi.

Aiskrim cap 'Uncle John'.


Tenang air di tasik ni.

Santai.

Total relaxation. Sempat la lelap sekejap.. hehe.

Makan ke buah-buahan ni? Makan. Makan pisang tu.. hehe. Berani makan sebijik je.. hehe.

Sepasang burung cormorant yang bertenggek di atas batang kayu di tengah tasik.

Burung helang berlegar-legar.

Dan semesti cuba ambil gambar burung lincah tak duduk diam ni.. hehe.

Ligat sungguh!


So beautiful!

Bila sekor dapat food, mesti ada sekor lagi hambat.

Lelap.


Koleksi foto-foto Kerala Backwater Houseboats di tengah tasik Vembanad. 





Sebuah rumah di hujung tanjung.

Sawah padi di hujung sana.

Burung cormorant lagi.

Sedang mengeringkan bulu agaknya.

Laluan cruise houseboat ini memberikan pelbagai sudut pemandangan yang semuanya indah-indah belaka.





Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.


4 comments:

  1. ok
    sekarang dah paham pasal kerala backwater.
    ada manmade , ada natural waterway , ada tasik
    i definitely will do this in the future insyaAllah
    cantik gila backwatersnya!!

    they really emphasies about their ceilings eh in the brocure!! :))

    tak ada punnnn bunga atas katil!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik doc. Good to know that you plan to go there. Mmg berbaloi doc. Nak relak boleh. Nak just enjoy the cruise boleh. Nak duduk cruising sambil minum kopi Hanoi boleh. Just santai atas sofa sambil baca novel boleh. Nak tidur dlm bilik berair-con while cruising boleh. Nak ambik2 gambar pun boleh. Tu boleh sangat lah.. hehehe...

      Mereka nak stress yg houseboat tu environmentally friendly tu doc. That's one of their selling point. Especially org putih suka things like that. Like being a responsible vacationers. Or something like that lah.. hehe.

      Hahaha... honeymoon package ada la taburan mcm tu.. hehehe...

      Delete
  2. en syed nampak kusus la masa kat sini!
    diet eh..?
    dengan jayanyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la... camera tu... hehehe.. or is it? Hahaha...

      Delete