Wednesday, March 21, 2018

KERALA INDIA - DAY 02 - PART 01 - MORNING WALK

Kami tiba di Kochi semalamnya pada waktu malam. Jadi gelap la dan tak nampak suasana Kochi city. So second day kami di sini, kami mulai dengan rancangan 'morning walk' sekitar area hotel. Seronok jalan-jalan pagi-pagi ni sebab masa ni kita boleh saksikan the city's morning hustle and bustle. 

Suratkhabar free, 'The Times of India'. 

Terselit dalamnya 'Kochi Times'. Ada berita tentang Thaipusam yang diraikan semalam dalam suratkhabar ni. Perayaan Thaipusam di Kerala ni dipanggil 'Thai Pooyam'. We missed out on the festival sebab semalamnya kami sampai Kochi dah lewat malam. 

View dari tingkap hotel. Pagi di Kochi.

Dah siap, kami turun for breakfast at 7:30 am.

Belum ada hotel guests lain masa tu. 


Boleh tahan jugak pilihan hidangan sarapan yang disediakan. Dan yang bestnya semua makanan adalah halal. Alhamdulillah.  

Dosa (tosai) tu makan gitu je pun dah sedap. Lagi la bila cecah dengan kuah sambar tu... hmmm.. hmmmm.. 😋.

Poori tu pulak dicecah dengan tomato chutney lepas tu celup dalam kuah bhaji, pergghhh.... kecur... 😊. I must say rasa masakan di Kerala ni lain dari Indian food yang pernah saya makan di Malaysia. 

Bread and pastries.



Bergambar kejap di lobi sebelum pergi morning walk.

PGS Vedanta Hotel. 

Ada golden lions. 


Betul-betul depan entrance PGS Vedanta Hotel ni ada stesen Kochi Metro iaitu Lissie Metro Station.  

Di entrance hotel ni juga ada restoran halal Pappan's Kitchen. Later on kami noticed ada banyak restoran-restoran halal di bandar Kochi ni. Senang la nak makan minum.

View di entrance PGS Vedanta Hotel. Ini Banerji Road yang merupakan salah satu daripada jalan utama di pusat bandar Kochi, di Kerala, India. 

Jalan ini dinamakan sempena Sir A. R. Banerji, bekas diwan Kerajaan Cochin. 
The diwans of Cochin assisted the rulers of the Kingdom of Cochin in administering the state. From the 19th century onwards, the diwan or Prime Minister was an administrator selected by the Raja with the advice of the Government of India. Usually, the diwan was a high-ranking official of the Indian Civil Service, covenanted as well as uncovenanted. In Cochin and Travancore, the diwan was also known as Dalavoy. - Wiki

Antara pengangkutan awam di bandar Kochi ialah bas awam. 

Kebanyakan bahagian jalan ini adalah 4 lorong dengan beberapa kawasan masih dengan 2 lorong dan sedang dalam pembinaan untuk dijadikan 4 lorong. Sebab tu ada parts of the road nampak macam tak siap and 'chaotic'.  

Ladies with beautiful uniforms. 

Canggih juga bandar Kochi ini sebab ada sistem pengangkutan LRT. Maka saya pun masuk la ke dalam stesen Lissie ini to have a look. Dah check dah dan tak nampak signage di entrance stating 'No Photography'.  
Kochi Metro adalah sistem metro di bandar Kochi di Kerala, India. Ia dibuka kepada orang ramai dalam tempoh empat tahun selepas pembinaan dimulakan pada 2013 dan siap pada 2017, menjadikannya projek metro terpantas di India sehingga Lucknow Metro mengatasinya. Siap last year, patut la nampak baru.

Rupa di dalamnya sama je macam yang di Malaysia. Cuma kalau perhati betul-betul foto belah kanan, akan nampak ada laluan sekuriti sebelum masuk ke platform. Then baru la saya tahu photography tidak dibenarkan di dalam stesen ini bila salah seorang pegawai sekuriti memberi signal 'No Photography' pada saya. 
Projek metro Kochi adalah metro pertama di negara ini yang menghubungkan kemudahan pengangkutan keretapi, jalanraya dan air. Pada Oktober 2017, Kochi Metro dinamakan Projek Mobiliti Bandar Terbaik di India oleh Kementerian Pembangunan Bandar.

Operator public bus ni agaknya orang Islam.

Nampaknya juga bas awam di sini tak de air-con. Tingkap pun tak ada penutup. Kalau hujan macam mana? Later I found out pada tingkap bas ni actually ada shutters that can be pulled down to cover the windows. Di Kochi ni juga ada tuk tuk (auto rickshaw). Yang dalam foto ni covernya pakai kain je. 

Warga Kochi sedang bergegas ke tempat kerja. Ini di bus stop.

 Kami terus berjalan di Banerji Road ni.

Secara overall dari apa yang kami nampak di bahagian jalan Banerji yang kami lalu ini, ianya adalah bersih. Dan tiada bau-bau busuk. Suasana berhabuk tu biasa la sebab negara panas. 

Movies making is a prolific industry di Kerala ni agaknya sebab banyak betul billboard besar poster local movies. Tak nampak satu pun poster movie dari Hollywood.

Masa kami jalan-jalan tu ialah peak hour i.e orang sibuk pergi kerja etc, jalanraya sesak nampaknya. We heard lots of honking and saw what seemed like impatient road users overtaking other vehicles in scarry manners. 

Bergambar sekejap dengan Muhammad Kutty Paniparambil Ismail atau lebih dikenali dengan stage name Mammootty 😊.
Mammootty adalah seorang pelakon dan penerbit filem India yang terkenal dalam industri perfileman Malayalam. Dalam kerjaya yang merangkumi empat dekad, beliau telah muncul dalam lebih 350 filem. Mammootty adalah seorang peguam by profession.

Di satu simpang yang sangat sibuk. Ada pondok polis trafik. 

Dr. P.K Abdul Gaffoor Memorial Cultural Complex (kiri) dan Finance Tower (kanan).

Kami juga tak nampak langsung orang merokok. Rupanya di Kochi ni, smoking in public places including on roads, bus stands (and buses), railway stations (and trains), restaurants and specific bars is prohibited by law.
ALAPPUZHA: The district health department has set up special squads consisting of 300 health staff to catch smokers in public places.
- As per the district medical office, health supervisors and health inspectors of 90 institutions of the department will catch smokers in public places and will impose fine on them.
- A smoker will be fined Rs 200 by the health department. People can approach health inspectors of the health institutions if anybody is found smoking in public places.
- If any shop owners are found arranging facility for smoking, they will also be fined.
- If any shops are found selling banned tobacco products, the squads will pass the information to the police and the excise department. Legal action and cases will be taken against such shop owners. As per rules, they will get at least two-year imprisonment and Rs 10,000 fine.
Source: timesofindia.indiatimes.com

Di jalan Benarji ni rupanya ada sebuah masjid, yang bernama Thottathumpadi Masjid tidak jauh dari hotel penginapan kami. 



Curious nak tahu rupa dalaman sebuah masjid di India, kami pun masuk ke dalam. Saya terus mencari kalau ada sesiapa di masjid ni dan terjumpa seorang jemaah, seorang pak cik. Unfortunately pak cik tu tak boleh berbahasa Inggeris maka bercakaplah kami guna isyarat tangan. Alhamdulillah kami saling faham sikit-sikit, dengan ended up with the pak cik tu setuju bawa saya masuk ke dalam masjid. Walau bagaimana pun, hanya saya sahaja yang dibenarkan masuk which we found rather strange. Kami tak de la argue since dah gitu cara mereka agaknya. Btw, Jamal nama pak cik tu dan baik sangat orangnya. 

Ini pintu masuk utama ke ruang solat utama.

Thottathumpadi Muslim Jamaath Masjid. 

Tempat berwuduq.


Ruang solat utama di ground floor.

Pak cik Jamal offer kalau saya nak jumpa Muazzin. Tentu la saya nak. Rasanya patut juga saya berbuat begitu since kami datang melawat masjid ni, elok la jumpa ahli jemaah masjid ni. Langsung pak cik Jamal bawa saya ke tingkat 1. 

Pemandangan dari tingkat 1 masjid.

Ruang solat di tingkat 1. Di tiang tu ialah bekas-bekas untuk jemaah letakkan sumbangan derma yang selalunya diedarkan ketika solat Jumaat.


Saya pun diperkenalkan kepada Muazzin oleh Pak cik Jamal. Saya tak ingat pulak dah nama dia. Muazzin ni boleh sikit-sikit bertutur Inggeris. Jadi mudahlah sikit berkomunikasi. Curious betul dia, tanya saya macam-macam soalan. Sempat bergambar kenangan bersama mereka.
Pak cik Jamal (kiri) dan Muazzin (kanan).

Isteri saya bercerita semasa saya di dalam masjid, ada petugas masjid yang menunjuk-nunjuk kepada isteri, kakak ipar and anak saudara sebuah bilik di bucu masjid. Beriya-iya dia memberi isyarat supaya masuk ke sana. 

Rupa-rupanya dia menyuruh masuk ke ruang solat wanita. Ruang solat wanita tu kecil, hanya boleh memuatkan kira-kira 20 orang jemaah saja, kata isteri saya.

Selepas mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Muazzin masjid, kami pun beredar berjalan balik ke hotel.

Kalau bukan bottled water, dinasihatkan janganlah minum walaupun air yang sudah dimasak. 

Sebuah filem Malayalam bertajuk 'Hey Jude'. 

Di Kochi ni lelaki memakai kain dhoti adalah pemandangan biasa. It is after all their traditional men's wear. I guess it make sense especially bila cuaca di sana panas sepanjang tahun. Suhu Kerala lebih kurang macam Malaysia cuma kering. Also I'm assuming lagi panas lagi tinggi la singkapan kain dhoti tu. 

Pada tiang-tiang landasan Kochi Metro ni ada banyak iklan from bridalwear to underwear.  

Restoran halal Pappan's Kitchen di depan hotel kami. Actually restoran ni berada dalam same compound of the hotel.

Since masih ada masa lagi sebelum Roji (our driver) datang ambil kami untuk city tour program, kami pun sambung jalan-jalan lagi. Tak jauh, cuma area dekat-dekat hotel. 

Terjumpa sebuah lagi restoran halal, Ojeen Food Court. Cuma about 50 meter di depan PGS Vedanta Hotel. Kami diberitahu ada ramai orang Arab datang ke Kerala ni. Perhaps sebab tu restoran ni ada menyediakan 'Arabic Dishes'.  

Hotel Star Emirates ini juga terletak berhampiran hotel penginapan kami.

Hotel Dunes Continental ini juga lokasinya berhampiran Hotel PGS Vedanta. Ada Mesra Cafe dalam hotel ni.

Bus Pariwisata? Agaknya ada ramai tourists dari Indonesia yang berkunjung ke sini.

Lepas tu kami pun jalan balik ke hotel. Di lobi hotel ni ada optical illusion kepala Buddha. 

Gramophone antik. 


Kolam renang hotel. 

Then kami naik ke bilik dan pack. Nak check out untuk ke houseboat dan bermalam di houseboat. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. meriah tak thaipusam kat sana macam kat sini?
    chutney! sedapnya chutney !!!! lama tak makan chutney!! hahhahaa berbunyi bunyi perut saya sebab tengah puasa hari ni !!!
    mammootty la pulakkkkkk .... semuaaa dia kenal !! :))
    kenapa no photography eh ? takut terrorist ? kat india semua stesen no photograpgy kot . saya kena jerkah masa kat delhi , padahal nak ambik gambar orang bukan nya stesen tu ..
    dan apesal perempuan tak boleh masuk masjid ?
    dan satu lagi soalan .. guna tak jakuzi tu!!?? mesti tak kan!!??? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure doc sebab masa kami sampai dah habis dah thaipusam. Tapi dari cerita driver, lebih kurang macam di Malaysia. Ada processions.

      Chutney sana lain rasanya dan sedap! Puasa ganti ke puasa sunat doc?

      Hahaha... tu la teragak2 jugak nak cakap pasal filem star tu.. hehe.. terbongkar rahsia.. hehe

      I think so. May be ada kes bombing sebelum ni. Apa2 pun kena la respect their law kan.

      Kami pun heran. Definitely tradisi I think. Tapi masjid yg ni dia bagi la juga masuk ke bahagian wanita. Another masjid tak bagi langsung.

      Hahaha... tak la.. malu.. hehehe...

      Delete