Friday, December 15, 2017

EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE

Woke up di Grandhotel Pupp, Karlovy Vary, Czech republic. Hujan malam tadinya dah pun reda. Lega, sebab hari ni we will be doing lots of walking tours. Excited 😊. 

Sana pukul 5 am dah masuk waktu Solat Subuh. 

Check weather... Alhamdulillah hari tu siangnya forecasted tak hujan. But it will be very cold! 

Saya cerita sikit di sini pasal hotel mewah 5 bintang ni. Dari magazine ni, ramai le kings and queens, dignitaries dan celebrities pernah stay at this hotel.

Sultan Johor pun pernah menginap di sini.

Mewah-mewah pun tapi teko tak de disediakan dalam bilik. Kalau nak air panas kena turun bawah ambik di lobby.... hehe. Kami dah sedia dengan kemungkinan tu, tu yang bawak cerek letrik sendiri.. hehe. Apa-apa pun kami bersyukur. Yang penting ada bilik yang selesa untuk mandi, berehat, tidur dan bersolat. 

Masa malam tadi masuk bilik tak perasan bilik ni ada balcony. Delighted we were lah 😊. Sejuk-sejuk tetap jugak keluar balkoni nak tengok the view. Cepat-cepat capai winter jacket... hehe.

Cantik pemandangan dari bilik kami ni!

Sebelah parking lot tu ialah Teplá River. 

Mengadap bahagian depan masuk ke casino hotel ni.

Sejuk ketaq pun tetap berposing.. hahaha. 

Di Karlovy Vary ni ada banyak spa since it is an old spa town. Bangunan dengan senibina renaissance grandeur yang kelihatan dari balkoni bilik kami ni ialah Kaiserbad Spa. 
Asalnya sebuah 19th century bath house. Lepas tu dijadikan casino pada 1980an. Ditutup pada  pada public pada 1994 sebab decaying. 2006, Casino Royale difilem di sini. 2008 jadi property government dan diisytihar sebagai national cultural monument. Pada masa kini ia dibuka untuk pameran dan acara kebudayaan.

Dalam movie Casino Royale, Bond dihantar ke Montenegro untuk high stakes poker game against Le Chiffre. Untuk depan bangunan kasino tu, producers guna bangunan Kaiserbad ni. Mereka juga guna GrandHotel Pupp sebagai Hotel Splendide.

Lokasi Kaiserbad Spa dari bilik kami (red button).

Di depan tu, di jalan Mariánskolázeňská, ialah deretan hotel-hotel seperti Hotel Salve (4 star) dan Hotel Saint Petersburg (3 star).

Sejarah binaan hotel ni dated back to the 1700s.

Biasa la bila dah design renaissance mesti ada patung-patung. Lagi la kalau bangunan grand macam ni.



Sedang merakam awesome view dari balcony.

Juga boleh nampak Carlsbad Plaza Medical Spa and Wellness hotel, sebuah posh 5 star hotel with 2 restaurants and spa dan Casino Carlsbad. 

Deretan hotel-hotel dan restoran di jalan Mariánskolázeňská, selari dengan sungai Teplá. 


Ini Quisisana Palace, sebuah grand 5 star hotel with bistro dan spa. It seemed hotel-hotel di sana rata-rata dilabel 'grand' belaka. Tapi saiz cam boutique hotel. Dan mesti ada spa.  

View keseluruhan dari balcony.

Lapar dah, jom turun breakfast. Bilik kami, no. 203.

Di dinding koridor luar bilik ada foto-foto Grandhotel Pupp  dan Karlovy Vary decades ago. Love it!

Ada juga satu nook with celebrities photos taken during the Karlovy Vary International Film Festival. Festival tu dah ada sejak 1946, tu yang ada foto Lana Turner. Others are photos of Juliette Binoche, Mia Farrow, Salma Hayek, Micheal Douglas dan Elijah Wood.

Lift grand, stairs pun grand. Tapi sunyi sepi. Seram. Also lampu-lampu koridor pulak are movement activated, so unless you walk through, you'll see a very dark corridor ahead of you. 

Nice elegant restaurant. 

Ni la yang boleh dimakan. Alhamdulillah, asal perut berisi. Ada juga instant noodles tapi made in Vietnam. I think those were for guests from China. Yep, ada je mereka tu. Ada juga group member kami yang bawak Brahim's nasi goreng kampung. Yes, boleh je kalau nak bawak outside food. Pada kami yang ni pun dah lebih dari cukup. Alhamdulillah.

Ini lobi kecik wing berdekatan lokasi bilik-bilik kami. The grand lobby is at the other wing.

Grandhotel Pupp (cara sebutnya - 'pup'), sebuah hotel mewah dengan 228 bilik located di Karlovy Vary, Czech Republic. 

Elegant.

Memang dah kami rancang untuk turun awal for breakfast so that, macam biasa kalau kami bercuti-cuti, kami boleh jalan-jalan di sekeliling hotel dan ambik gambar sebelum the day's tour starts.

Tu la balkoni bilik kami 😊.

Asalnya hotel ni bermula sebagai sebuah hall, Saxony Hall, dibina pada 1701. Lepas tu the owners, 6 generasi of the Pupp family, beli tanah-tanah sekitar hall tu dan bina hotel ni dengan style neo-baroque. 

Arkitek terkenal Viennese ketika itu yang bina hotel ini, Ferdinand Fellner dan Hermann Helmer juga bina Hot Spring Colonnade dan Karlovy Vary Theatre.

Selepas perang dunia ke 2, kerajaan Komunis Czechoslovakia nationalised hotel ni dan namanya ditukar ke Grandhotel Moskva pada tahun 1950. Nama asal hotel itu telah digunakan semula pada tahun 1989 dan sejak itu telah diswastakan.

Ludwig van Beethoven, Napoléon Louis Bonaparte, Sigmund Freud dan  Johann Sebastian Bach pernah menginap di hotel ni.

Di hotel ni guests dilarang memakai pakaian seperti Paranja, Niqab atau Burqa, di mana pengenalan tidak  dapat dibuat.

Selain standard rooms, hotel ni juga ada Presidential Apartments dan Imperial Apartments. Haaa.. bilik-bilik macam tu mesti la ada teko letrik, bukan macam bilik kami.. hahaha. As if I am still sore bilik kami tak de teko tu kan.. hehe. No la, sometimes it's fun to just share what comes to mind.. hehe.

Ber360°. Well, actually yang ni saya cropped cuma 180° je 😊.

Teplá River. Di seberang tu Quisisana Palace, another 5 star hotel.

Shoot dari atas jambatan kecil menyeberang Sungai Teplá ke jalan Mariánskolázeňská.

Sungai Teplá yang merentasi bandar Karlovy Vary. Of course la sini air sungainya bersih.

Sungai Teplá dan Grandhotel Pupp.



Walking tour pagi ni nanti akan menyusur Sungai Teplá menghala ke colonnades.

Ada je love locks.. hehe.

Ingatkan statue.

Kerusi dan meja bulat dengan pokok di tengah yang terletak di sebelah Sungai Teplá ni ialah Lavička Václava Havla atau Havel's Place. Havel's Place adalah sebuah projek seni awam, yang mewujudkan satu siri tempat peringatan khusus untuk presiden terakhir Czechoslovakia dan presiden pertama Republik Czech, Václav Havel.




Deretan bangunan-bangunan lama di jalan Mariánskolázeňská, opposite Grandhotel Pupp.

Jalan Mariánskolázeňská.

Ni wing Grandhotel Pupp yang mahal rate biliknya. 

We found out jaring-jaring terpaksa dipasang pada patung-patung macam ni untuk elak dari jadi tempat burung bersarang. Atau jadi tempat burung-burung melepak dan berak.

Ada juga info board tentang hotel ni digunakan sebagai salah satu lokasi dalam file James Bond 'Casino Royale'.
Adegan bandar Montenegro dalam movie James Bond 'Casino Royale' semua dibuat di bandar Karlovy Vary, di mana Grandhotel Pupp digunakan sebagai Hotel Splendide. Banyak adegan dalaman difilemkan di dalam hotel ini, juga adegan aksi luaran seperti ketika Bond berjalan ke keretanya untuk mengejar Le Chiffre.

Grandhotel Pupp dinamakan sebagai Hotel Splendide dalam movie tu.

Even sign board besar 'Grandhotel Pupp' ditukar jadi 'Hotel Splendide'. 

Selain movie James Bond 'Casino Royale', hotel ni juga jadi lokasi untuk filem 2006 'Last Holiday' lakonan Queen Latifah. I like that movie 😊. Juga filem 'Shanghai Knights'.

Daniel Craig and Eva Green dalam 'Casino Royale'.
Source

'Last Holiday' lakonan Queen Latifah dan Gérard Depardieu.
Source

Action movie 'Shanghai Knights' Jackie Chan dan Owen Wilson.
Source

Kaiserbad Spa.

Facade Grandhotel Pupp.

Ok dah selesai morning walk kami di sekitar hotel ni. Masuk semula ke lobi sebab sejuk betul di luar tu!

Sementara menunggu group members yang lain untuk turun berkumpul di lobi for the morning walking tour, saya test ambik group shot dengan kamera 360° 😊. Later plan nak ajak semua pose group shot cara ni.. hehe. 

Kami check-out terus pagi tu dan beg-beg disimpan sementara di luggage room oleh pihak hotel. Tepat pukul 9 pagi, kami pun start the walking tour through bandar Karlovy Vary ni.

Main entrance Grandhotel Pupp.

The beautiful town of Karlovy vary. Karlovy Vary atau Carlsbad adalah sebuah pekan spa yang terletak di Bohemia barat, Republik Czech, pada pertemuan sungai Ohře dan Teplá , lebih kurang 130 km di barat Prague. 

Karlovy Vary bemaksud "Charles' Bath" dan ia dinamakan sempena Charles IV, salah satu Holy Roman Emperor dan King of Bohemia, yang mengasaskan bandar ini pada tahun 1370. Dikatakan ruler masa itu terjumpa sebuah mata air yang unik di sini ketika keluar memburu rusa. 

Town ni terkenal dengan mata airnya yang panas. Ada 13 mata air utama dan kira-kira 300 mata air yang lebih kecil. Ia adalah bandar spa paling kerap dikunjungi di Republik Czech. 

Yang pernah hadir di town ni antaranya ialah Mustafa Kemal Atatürk, Tsar Peter the Great, Emperor Franz Josef I, Beethoven, Wagner, Brahms, Tolstoy and Marx. 

Bandar ini juga terkenal dengan Festival Filem Antarabangsa Karlovy Vary, yang merupakan salah satu festival filem yang tertua di dunia dan salah satu acara filem utama di Eropah.

Ada orang bagi itik-itik makan roti 😊.

Hungry ducks.

Bandar ni memang sesuai sangat for walking tour, jalan-jalan sambil enjoy the beautiful scenery dan the neo-baroque architecture. 

The morning was simply gorgeous, Alhamdulillah. Memang sejuk, around 8°C, but all the walking helped us warmed up quite nicely actually 😊. 

Masa ni kami mula masuk berjalan di Stará Louka, shopping street yang famous di Karlovy Vary ni. 

Kalau di shopping street, mesti ada lah kedai ni. 

2 shopping streets yang terkenal di Karlovay Vary ni, belah kanan ialah Stará Louka dan belah kiri Nova Louka, dipisah oleh Sungai Teplá. Di hujung sana tu ialah Grandhotel Pupp.

Huhu.. begitu serious sekali.. hehehe. Tu tengah fikir mana nak shoot sebab di situ pusing la mana pun, cantik pemandangannya.

Saya suka betul scenery bangunan lama dengan gunung dan hutan di belakang macam ni. Ada pulak sungai. Cantik!

Hey itik-itik... tak sejuk ke. Suhu rendah macam ni, berenang-renang pulak.. hehe.

Dah semestinyalah kena cuba buat satu composition foto macam ni, framing people, sungai, jambatan, colorful historic buildings, bangunan di lereng bukit/gunung, beautiful mountain forest and blue autumn sky. 

Bangunan yang ada 2 menara tu ialah Mary Magdalene Church.

Masih awal lagi masa tu so orang tak ramai. Which, coincidentally, was the way I like lah 😊.

Dah berabad-abad lamanya bangunan-bangunan di sepanjang jalan Stará Louka dan Nova Louka ini menempatkan hotel, restoran, kafe dan kedai-kedai mewah. 

Nampak macam sejuk kan. Memang sejuk.. hehe.

Tak seperti cities eropah yang pernah kami lawat di mana beri makan pada burung adalah dilarang, di sini dibenarkan. Bagus la, kesian burung-burung tu kelaparan. 

Ada pengunjung yang beri makan burung dan itik 👍😊. 

Love the colorful buildings. 

Salah sebuah bangunan yang menarik di jalan Stará Louka ialah Café Elefant. Nampak tak gajah emas kecik di tingkat 2 tu?

Kafe ini dah ada sejak 1750. Pernah dikunjungi oleh famous people seperti Goethe, Beethoven, permaisuri Austria Sissi dan juga ramai artis-artis Czech.

View dari jambatan ni boleh nampak dengan cantik deretan bangunan-bangunan lama yang berwarna-warni di sepanjang kedua-dua jalan Stará Louka (right) dan Nova Louka (left) dengan di hujungnya Grandhotel Pupp. Lokasi jambatan ni adalah di depan bangunan Municipal Theater Karlovy Vary. 

Inilah Municipal Theater Karlovy Vary atau Karlsbad (Karlovy Vary) Theater atau Town Theater.

The Karlovy Vary Theatre dibina mengikut reka bentuk arkitek yang terkenal F. Fellner dan H. Helmer pada tahun 1884 dan 1886, merupakan bangunan Neo-Baroque.

The grand opening teater ni berlangsung pada 15 May 1886 dengan persembahan 'The Marriage of Figaro' ciptaan Mozart. 

Teater ni terletak di jalan Nová Louka. Tidak seperti most bangunan-bangunan di situ yang bersambung-sambung, bangunan teater ni berasingan. Ia berlokasi di Theatre Square. 

Teater ni kerap mengadakan program budaya yang menarik seperti persembahan teater, program muzik, rancangan ceramah dan acara lain.



The municipal's coat of arms - middle photo.

Bangunan di hujung tu ialah Hot Spring Colonnade. Kami akan ke sana.


Bangunan light yellow bumbung biru tu ialah Interhotel Central. Tadi jalan di seberang Sungai Teplá tu ialah Nova Louka. Bermula dari Interhotel Central ni jalan Nova Louka bersambung dengan jalan Divadelní nám. 

Bangunan bumbung kubah hijau tu ialah Municipal Savings Bank.

Foto kiri: Yang berwap tu ialah Hot Spring Colonnade. Belakangnya Mary Magdalene Church. 
Foto kanan: Atlantic Palace - a spa hotel.

Ini hotel 3 star, Hotel Mozart. J.W. Goethe pernah tinggal di bangunan ni, bukan Mozart la tapi.


Sebuah lagi bangunan lama. Ada kedai souvenir di ground floor. 

Ini satu lagi hotel 3 star, Hotel Esplanade. 


Satu lagi spa hotel, the Atlantic Palace. 5 star.


Jalan Stará Louka. 'Stará Louka' bermaksud 'old meadow'.

Embankment di Tepla River. 

Ini di jambatan jalan Divadelní nám. Ada 'Karlovy VARY' sign, sesuai untuk bergambar kenangan 😊.

Feeding the birds and the ducks.

Bangunan sudut empat tingkat ni ialah bangunan Municipal Savings Bank yang siap dibina dengan gaya Art Nouveau pada 1906. The building has been gradually falling into disrepair and it is currently closed to the public.








Berjalan ke Hot Spring Colonnade.



Sebuah kedai porcelin figurines.

Ini Hot Spring Colonnade, bangunan 'Modern reinforced steel and concrete built in Functionalistic style'. Colonnade - kumpulan beberapa hot spring.

Kenapa rupanya tak macam bangunan lama lain di sekitarnya? Pavillion yang asal ada dibina seawal 1774 dan digantikan dengan 'Hot Spring Hall' pada 1826. Then 1878 dibinakan colonnade tapi lama-lama rosak. Pada 1975 dibina bangunan yang ada sekarang ni. 

Di luar bangunan ini ada satu Hot Spring Geyser yang nampaknya berterusan memancut keluar air panas dari perut bumi. Adakalanya berwap tebal sampai tak nampak sekitar berdekatan.

Ada ketikanya juga, pancutan air ini boleh sampai 12 meter tingginya. Ia adalah mata air terpanas di Karlovy Vary dengan suhu airnya mencecah 72°C.

Dalam bangunan ni ada promenade hall yang besar. Ada hot springs, kedai souvenir dan exhibition area. Tradisi rawatan spa Karlovy Vary diasaskan pada sumber semula jadi yang unik - air mineral, kesan penyembuhan yang telah terbukti melalui pengalaman praktikal berabad-abad. Kualiti air mineral di sini kekal tidak berubah selama berabad-abad. Mata air mineralnya mengandungi kebanyakan elemen seperti dalam jadual berkala dan ada lebih daripada 40 elemen penting untuk tubuh manusia.

Air mineral Karlovy Vary terbentuk di kedalaman kira-kira 2,500 meter di bawah permukaan bumi. Ia boleh diakses oleh orang awam melalui 15 mata air dalam suhu dan kandungan karbon dioksida yang berbeza. Bergantung pada perbezaan suhu dan paras gas, setiap mata air-mata air ini memberi kesan penyembuhan yang berbeza.

Ada 5 hot spring yang disalurkan ke 3 paip di hall ni. Pengunjung boleh tadah di paip air hot spring ni dan terus minum di situ. Air mata air yang panas ni disejukkan ke suhu 30°C di satu paip,  ke 50°C ke paip kedua dan 72°C untuk paip ketiga. Disejukkan supaya sesuai untuk diminum terus, untuk 'drinking cure' katanya. 

Paip yang kanan bersuhu 50°C. Yang kiri 30°C.

Yang kanan tu 72°C.

Nak minum 'drinking cure' ni selalunya sebelum meals. Mesti minum dalam bekas bersaiz 200g (200ml) dan minum dalam masa antara 3 hingga 5 minit. Mesti break antara 5 ke 10 minit sebelum minum secawan yang seterusnya. Tidak boleh diamalkan secara berterusan dan tidak terkawal. Untuk dapat kesan sepenuhnya, elok minum terus di spring fountain tu. Adalah disyorkan untuk meminum air mineral Karlovy Vary ni dari porselin atau cawan kaca berbentuk tradisional seperti dalam foto bawah ni. Minum pun dari muncung cawan ni. 

Dari dalam Hot Spring Colonnade ni boleh nampak bangunan kuning ni. Hotel Romance namanya. Tersenarai dalam top 10 most romantic hotel di Karlovy Vary.

Dalam Hot Spring Colonnade ni juga ada statue of Hygeia - a classicist style cast-iron statue yang dibuat pada 1878. Sebagai Greek goddess of health and hygiene, Hygeia adalah salah satu simbol yang paling sering digunakan sebagai simbol penyembuhan mata air di Karlovy Vary. 
A snake symbolising the healing power is wrapped around her right arm and in her left hand, the goddess is holding a small bowl with water, which she is offering to the snake.

Kedai-kedai souvenir di dalam Hot Spring Colonnade ni. 

Ok sampai sini dulu sharing saya dalam 'Karlovy Vary Morning Walking Tour' kami. Bersambung in the next entry. Peta-peta bawah menunjukkan the walking tour's route setakat ini. And what a wonderful walk it was 😊.


Bersambung....

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. eh! Sultan saya pun pernah tidur kat Hotel Pupp tu lah !
    camna nak sebut eh ? pap [ as in puppy ] or pup as in poopy ...?
    hahahhaha ..
    kalau presidential suit tak payah ada teko ! order je .. berlari orang hantar! hehehhe

    cina bukit!! mana mana ada.. menjengkelkan ...

    kenapa dipanggil spa town ? mesti sebab banyak spa... tapi kenapa banyak spa ? sebab ada banyak mata air / mata air panas?
    [ er.. saya malas nak google hari ni ... :) ]

    baru saya tau apa itu paranja

    saya suka lakonan gererd depardieu. especially dalam cyrano de begerac.. tapi saya google dia tadi.. mak aih ... gemuk nyaaa. hhahahaa

    minum tak air mineral tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed he did. Mesti di Presidential Apartment tu!

      Sounds like 'poop'. Yes, 'pup' as in 'poopy' hehehe..

      Kan. Kami kalau nak yang kena berlari turun bawah.. hehehe.

      Hehehe... banyak betul duit diaorang kan.

      Yes, situ ada banyak hot spring dengan pelbagai tahap suhu dan kandungan minerals. Hampir setiap hotel mesti ada spa service. Nak minum hot spring tu pun ada pantang larang yang mesti dijaga. Kalau nak spa treatments mesti consult spa physician.

      Yes, basically any type of robe yang cover the face making it difficult or impossible to identify the person.

      Yea me too. He's a fine actor.

      Tak doc. Selalunya masa cuti-cuti macam ni kami akan avoid eating and drinking something yg kami tak biasa consume. And it was a good decision sebab nak minum hot spring tu pun ada caranya dan ada macam-macam pantang larang.

      Delete