Lepas tengok Kubu Kebal, saya ke pasar berdekatan, iaitu Pasar Simpang (Cabang) Tiga. Saje nak tengok since dah berada di situ.
Tentunya banyak ikan.
Mula-mula saya tak perasan ada kucing putih tu dok situ.
Tapi bila dia kuis-kuis ikan tu baru saya sedar! Ehh... tengah curik ikan pulak dia.. hehehe.
Saya beritahu adik yang jaga gerai ikan ni tapi dia sengih je.. hehe.
So the cat happily le gonggong away sekor ikan segar for its meal that day. Comel! Hai... beruntung kucing di situ :).
Kucing ni tak heran pun tengok kucing putih tu ambik ikan. Agaknya dia pun dah kenyang makan ikan segar :). Amboi.. jelingnya... hehe.
Tu, nampak tak kucing putih tu tengah lari dengan ikan. Adik gerai ikan ni tak kisah pun.. hehe :).
Tentunya semua hasil tangkapan laut yang dijual di situ segar belaka.
Jalan sikit ke dalam pasar. Kecik je pasar ni. So I just made a quick round.
Got lots of barangan runcit dan ayam yang dah siap disembelih.
Sebenarnya menarik kalau perhati satu per satu barangan runcit yang dijual. Mesti ada yang unik, yang cuma ada khas di Kota Bharu ni. Alas, saya tak punya masa nak observe.. hehe.
Encik baju biru tu tengah ketuk kepala ikan keli dengan tukul.
Teragak-agak juga nak ambik gambar akak-akak ni tapi mereka ok je :).
Ok, dah jom masuk balik teksi. Aaaa... air con.. hehehe...
Seterusnya saya kata pada Pak Majid saya nak tengok sawah kejap. Cuma lalu saja tak payah stop turun sawah. Just nak snap a few shots ambik dari dalam kereta. Pak Majid ok je :).
Nak ke sawah tu Pak Majid lalu kawasan bangunan kerajaan dekat Highway Kota Bharu-Pasir Mas.
Ini adalah bangunan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kelantan.
Ini pula ialah bangunan Jabatan Audit Negara, Negeri Kelantan.
Bangunan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan.
Bangunan Pejabat FAMA Wilayah Timur (1), RTC Kelantan Dan FAMA Negeri Kelantan.
Yang ni saya tak tahu theme park apa.
Bangunan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Kelantan - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Dan inilah antara gambar sawah yang sempat saya rakam :).
Masih hijau, belum menguning :).
Indah sungguh!
Lepas tu Pak Majid bawa saya lawat masjid, rumah, sekolah dan makam Tok Guru Nik Aziz pula.
Perjalanan yang cukup indah ke Kampung Pulau Melaka.
Cannot resist ambik gambar kalau nampak awan macam ni.. hehe.
Masa lalu kawasan Simpang 4 ni (according to Pak Majid), dia suruh saya perhatikan belah kiri jalanraya dan lihat sebuah rumah yang unik ini.
Rumah ini misteri kata Pak Majid kerana sejak tahun 1980an rumah ini masih dalam proses pembinaan, masih tak siap-siap sampai sekarang. Sekali sekala dia tengok mesti ada new things being built. Ada orang yang duduk di rumah tu tapi tidak dikenali siapa. Pak Majid juga observe ada beberapa buah kereta lama seperti Volvo. Memang penduduk di sekitar kawasan tu gelar rumah ini rumah misteri.
Pak Majid kata rumah ni nampak macam masjid, tapi bukan masjid. Nak kata ada ciri bentuk rekaan rumah tradisional Kelantan, tapi macam style Siam pun ada juga tambah Pak Majid. |
Kelihatan macam nak hujan masa tu.
Masa ni tengah lalu jambatan di Jalan Long Sulaiman menyeberangi Sungai Peng Datu. Nampak tak jambatan kayu tu, tanya Pak Majid.
Pak Majid pun bercerita tentang jambatan kayu lama di sebelah jambatan moden yang kami lalui ini.
Itu lah jambatan lama nak ke Kampung Pulau Melaka masa dulu.
Pak Majid cerita selalu akan ada barisan kenderaan yang panjang kerana jambatan kayu tu cuma boleh jalan sehala sahaja.
Jadi kalau kenderaan dari arah seberang sedang melintas, kenderaan dari belah sini terpaksalah berbaris dan menunggu.
Nak pandu menyeberang pun ambil masa kerana tak boleh laju sebab jambatan tu dibuat dari kayu. Kena pandu perlahan-lahan.
Sekarang, jambatan kayu ini, yang satu masa dulu telah sangat berjasa, cuma menunggu runtuh dan reput.
Dan buat masa sekarang cuma orang lama seperti Pak Majid saja yang tahu tentang sejarahnya. Satu hari nanti ia akan runtuh dan hanyut dan lenyap dari ingatan selama-lamanya.
Di jambatan kayu lama ini juga ada bangunan yang pada mata saya nampak macam istana Melayu lama.
Bukan istana lama kata Pak Majid tapi sebuah restoran. Ooo... Jadi adakah asalnya sebuah istana/rumah melayu lama yang telah diubahsuai jadi restoran?
Bukan, kata Pak Majid. Ia bangunan baru dibina dengan ciri-ciri reka bentuk rumah melayu tradisional. Later saya baca ia dibuat menggunakan kayu dari 100 buah rumah tradisional Melayu lama.
Waaa.....
Sebaik saja menyeberang Sungai Peng Datu, tiba-tiba Pak Majid hentikan teksi di tepi jalan. Lalu terus dipanggilnya pak cik berseluar merah ni. Ehhh?
Pak Majid kata pak cik ni dikenali oleh penduduk di situ sebagai Pak Chu. Pak Chu pun datang ke passenger side dan saya pun teragak-agak menurunkan tingkap kereta. Then Pak Majid memberi salam dan dijawab oleh Pak Chu. Lepas tu Pak Majid minta Pak Chu buat demonstrasi boxing siam. Terus Pak Chu pun beraksi.
Tercengang saya melihat gelagat Pak Chu. Rasa nak gelak pun ada jugak. Yang Pak Majid pulak asyik hah.. hah.. hah... menggalakkan Pak Chu terus beraksi Muay Thai.
Sempat Pak Majid kata kalau tengok Pak Chu bersilat lagi hebat. Cantik gerak Pak Chu kalau bersilat tambah Pak Majid.
Habis beraksi, Pak Majid pun sedekahkan 2 ringgit pada Pak Chu suruh dia pergi minum. Pak Majid kata Pak Chu tu baik orangnya. Dia tak kacau orang dan suka buat hal sendiri je.
Well, that was totally unexpected.. hehehe...
Seterusnya Pak Majid bawak saya ke rumah, masjid dan sekolah Tok Guru Nik Aziz.
Ini adalah Masjid Tok Guru yang terletak di sebelah rumah Tok Guru sendiri.
Pak Majid kata Tok Guru sering mengajar dan memberi syarahan di masjid ini.
Maahad Darul Anuar (MADA) merupakan salah sebuah sekolah agama yang terletak di Kota Bharu. Lokasinya betul-betul sebelah Masjid Tok Guru.
Seterusnya saya ke rumah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.
Saya seorang sahaja masa tu. Tak kelihatan sesiapa pun di perkarangan rumah Tok Guru. Pak Majid sedang solat Asar masa tu.
Cukup sederhana sekali. Tiada berpagar. Seperti rumah kampung yang lain. Walau pun berjawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dengan title Dato' Bentara Setia.
Pause....
.
.
.
.
.
.
.
Ada galeri Tok Guru tapi unfortunately tutup.
Btw, inilah teksi Pak Majid.
Yang kuning tu bangunan Maahad Darul Anuar dan yang kanan ialah Masjid Tok Guru.
Teringat saya pada foto ini yang saya rakam semasa Pameran Tok Guru di Muzium Islam, Kota Bharu tahun lepas.
Maaf.. terpaksa 'Pause' lagi....
.
.
.
.
.
.
.
Seterusnya Pak Majid bawa saya ziarah makam Tok Guru.
Peta lokasi makam Tok Guru.
Baru dipasang pagar putih ni kata Pak Majid. Dulu tak de.
Inilah makam Tok Guru. Ia tiada sebarang binaan di sekelilingnya. Tidak seperti kubur-kubur lain yang sering kita nampak yang ada petak binaan indah dibuat dari simen dan batu marmar.
Kata Pak Majid, dulu makam Tok Guru ni diserkup dengan pagar besi empat segi untuk elak orang ambil tanah perkuburannya untuk buat kerja-kerja khurafat. Astaghfirullah, ada saja orang macam tu!
Pak Majid sedang membaca tulisan pada batu nisan.
Pak Majid juga memberitahu saya Tok Guru dikebumikan di sebelah kubur ibu dah ayah beliau.
Kata Pak Majid dia ada di tanah perkuburan ini semasa Tok Guru dikebumikan. Tanah perkuburan ini sangat sesak dan hardly any room to stand.
Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat Tok Guru Nik Aziz Bin Nik Mat. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt.
Seterusnya Pak Majid tanya pernah ke saya makan Maggi Ketam? Saya kata tak pernah. Ada saya dengar pasal maggi ketam tu. In fact, masa saya ke Kota Bharu last year, ada saya order dish tu tapi masa tu restoran tu tengah tak de ketam pulak.
Menuju ke restoran maggi ketam.. hehe.
Sambil dalam perjalanan, sambil merakam sunset :).
SubhanAllah, cantiknya...
Dan kami pun sampailah ke restoran Raja Maggie Ketam dan Udang.
Durian pun ada jugak. Tengah musim. Pak Majid kata nak makan nasi durian pun boleh kalau nak.
Boleh order maggi ketam biasa atau yang special. Yang biasa tu ada ketam saja dan berharga RM25.00. Yang special pulak ada tambah udang dan harganya RM30.00. Saya ordered yang special... hehe.
Minum air epal. Tu ha.. dah siap diberi tukul besi dan crab cracker. Haaa... laaa.... saya ingat isi ketam tu dah siap-siap de-shell, cuma dihidang isi ketamnya saja. Saya bukannya reti nak ketuk-ketuk kopek ketam.. hehehehe...
Hidangan pun sampai. Tu dia... serve dalam clay pot besar. Btw, Pak Majid tak nak makan, dia nak minum je.
Baunya cukup enak sekali! Mula-mula hirup kuah dulu. Oooo... sedap sungguh! Sangat berperisa!
Ada 2 ekor ketam besar yang dikerat 2, so ada 4 pieces of crabs. Also ada 4 ekor udang besar.
And of course ada magginya lah :).
Reti tak reti, belasah je lah.. hehehe... Terpaksa mintak tolong ajar macam mana nak crack the crab's super hard claws dari staff restoran tu. Dah tak tau, so kena la tanya.. hehe. Ooo... ada caranya. Tak boleh ketuk-ketuk sampai cengkerang berkecai-kecai cause nanti the bits and pieces of the broken sharp shell akan terbenam dalam isi ketam. Tak syok la makan ye tak. Like that lor.. hehehe. Staff tu also kata, jangan takut kalau bising dari ketuk-ketuk tu. Tu perkara biasa kata dia. And so I did lah.. ketuk, ketuk, ketuk, bang, bang, bang... hahahaha.
Esoknya dah nak balik ke rumah. Sarapan dulu. Seawal pukul 7 pagi dah turun makan cause flight ke KLIA pukul 9:20 pagi.
Ok jugak breakfast hotel ni.
Semalam Pak Majid offer to send us to the airport. Kami ok je. Tepat pukul 7:45 pagi Pak Majid dah sedia menunggu kami di depan hotel.
Checking in.
Suasana dalam Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. My wife sempat beli telekung. Bagus kain telekung tu kata dia. Kainnya sejuk. Harga pun berpatutan.
Ada semalamnya Pak Majid tanya kalau saya nak rasa tuak nipah ni. Saya dengar je tuak terus ingat boleh jadi mabuk kalau minum. Tak mabuk kata Pak Majid, tapi tuak ni sangat manis! Err... no thank you.. hehehe.
Menunggu di gate.
Macam biasa, ada peluang mesti ambik gambar kapalterbang.
Kapalterbang yang bakal kami naiki ke KLIA.
Air Asia.
Ramai penumpangnya. Yang menunggu nak ke KL dengan kapalterbang Air Asia ni pun ramai jugak.
Bagi Malaysia Airlines pula adalah sebaliknya. May be cuma suku penuh je.
Sebab kosong saya berpindah randah dari seat tingkap belah kiri ke seat tingkap belah kanan. First time buat kerja macam tu.. hahaha. Tapi syok la dapat ambik gambar dari kedua-dua belah plane. Especially kalau belah kanan ada silau matahari (foto jadi tak elok), saya boleh ke belah kiri pulak :).
Nice!
Baca doa semoga selamat penerbangan.
Berlepas.
Bumi Kelantan yang indah.
Cliché tak cliché, nak letak jugak photos like these.. hehehe.
Kawasan pembalakan.
Saya rasa macam kapalterbang ni tak terbang tinggi sebab shots yang saya ambik dengan camera compact sahaja ni dapat dirakam dengan agak jelas.
Nampak macam miniature city :).
Melalui ruang angkasa Putrajaya.
Jadi seronok pulak ambik shots macam ni :).
Gegar sikit masa lalu dalam awan.
Alhamdulillah, selamat mendarat di KLIA.
Minum teh tarik dulu sebelum balik ke Ampang.
Antara produk makanan dari Kelantan.
Asam jawa salut gula tu sedap. Tapi bila gulanya habis dihisap.. oOooOoo.. masamnyaaa! |
Dodol-dodol ni saaaaangat manis! Melekat kat tekak! |
Surprisingly, eventhough agak keras, kerepek sagu tu sedap! |
Dua-dua ni favourite :). |
Kami berdua suka sos pencicah tu.
Kami berdua tak makan budu.. hehe. |
Begitulah catatan short trip Kota Bharu saya :). Till the next entry. Meanwhile, take care and thank you for reading :).
Saya senaraikan kedua-dua links entries jalan-jalan Kelantan saya ni di sini:
1) KELANTAN SHORT TRIP - PART 01 - DEPARTURE/ARRIVAL - PANTAI SABAK - KUBU 'JEPUN'
2) KELANTAN SHORT TRIP - PART 02 - PASAR SIMPANG TIGA - SAWAH - RUMAH/MASJID/SEKOLAH/MAKAM TOK GURU - MAGGIE KETAM - GOING HOME
Saya senaraikan kedua-dua links entries jalan-jalan Kelantan saya ni di sini:
1) KELANTAN SHORT TRIP - PART 01 - DEPARTURE/ARRIVAL - PANTAI SABAK - KUBU 'JEPUN'
2) KELANTAN SHORT TRIP - PART 02 - PASAR SIMPANG TIGA - SAWAH - RUMAH/MASJID/SEKOLAH/MAKAM TOK GURU - MAGGIE KETAM - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
kayu dari 100 buah rumah lama?
ReplyDeletelepas tu buat restoren
lepas tu restoren tu jadik macam tak semenggah je gitu ..
hisy......
* button U kat key board ni keras sikit .. selalu U tekan tapi tak keluar.. so typo manang :) *
Gitu la doc... rugi kan?
DeleteTu mesti ada something tersekat kat bawah button tu, like dawai kokot. Cuba doc terbalikkan papan keyboard tu dan hentak hentak sikit. Hati2 sebab macam2 akan terkeluar dari celah2 keys tu... hehehe...