Friday, February 26, 2016

JALAN-JALAN DI JOHOR - DAY 02 - PART 02 - TANJUNG BALAU BEACH - GOING HOME

Okeh, ni bahagian terakhir jalan-jalan kami di Johor yang cuma sempat pergi 2 tanjung iaitu Tanjung Piai dan Tanjung Balau.

Saya dapat pamphlet on Johor Parks dari Muzium Nelayan Tanjung Balau. Ada 6 Taman Negara rupanya di Johor. 


Seterusnya since kami dah di kawasan pantai maka kami pun melepak la sekejap di situ. So nice lah. Angin kuat! :)

Surely parents with small kids will steer away from this gerai.. hehehe.. 

So nice! Kebetulan got clown fish kites! :)

Also got sotong kite lah :)

Ni tak tau binatang apa? Jellyfish agaknya :).

Cantik pantai Tanjung Balau ni. White sandy beach. And clean too. 



Nak ke jeti sana tu, sayup sangat. Panas pun masa tu. 




Agaknya bendera tu sebagai isyarat jangan dekat ke batu-batu ni. Bahaya!

Dah zoom nampak le dekat.. hehehe.. Surely awesome though kalau dapat ambik gambar di situ. 



Wah! Ada pulak surfers! Best ni. Boleh buat sports photography kejap. Kejap je sebab terik masa tu.. hehehe... 

Dapat la jugak a few shots.. hehehehe...


Ok, jom balik ke kereta and head back to JB. 




Tapi sebelum tu Cik Nik bawak kami ke resort ni dulu, Lotus Desaru Beach Resort. Saje je jalan-jalan dalam tu since dah sampai area Desaru ni. 

Resort ni jenis yang boleh accommodate big groups and can handle activities like family days dan team buildings.


Lotus Desaru Beach Resort's private beach.





Lepas lepak-lepak di tepi pantai Lotus Desaru Beach Resort sambil makan ais krim, kami pun beredar. Cik Nik merancang nak bawak kami makan di Restoran Terapung 'Seafood' Bujang Firefly. Sounds interesting. 

Kami pun sampai di restoran ni. Tapi macam tak de orang pulak. 

Tuan punya restoran, Mohd Sharil bin Sharif aka Bujang. 

Ni Jeti Awam Sungai Lebam, Kota Tinggi, Johor. Di kawasan sungai ni ada tempat banyak kelip-kelip. 

Yang belah kanan tu restorannya. 


Di pintu masuk restoran.

Western food pun ada jugak. 

Banyak betul sijil-sijil penghargaan, penyertaan dan perlantikan. Ada satu sijil 'pembantu pertolongan cemas'. 

Tak de sorang pun customer lain di section ni. Di bahagian luar kami nampak ada beberapa keluarga sedang menunggu.

So relak-relak dulu dan ambik gambar. 




Surau juga ada. Tak de hadangan/langsir penutup untuk wanita. 

Anyway, masa kami duduk menunggu datang seorang wanita, my guess the owner, dan beritahu kami dia tak dapat lagi nak masak sebab bekalan tak sampai lagi. Actually kalau ikut time sepatutnya mereka dah open dah. Oh well, nak buat macam mana lagi, terus kami beredar. 

Since dah time to go to airport, kami terus je ke sana. 


Di airport JB kami makan di restoran Lavender ni.




I had salmon with garlic spaghetti and my wife had prawn and tomato fried rice. Alhamdulillah. 

Di ruang perlepasan. Wondering how anyone can walk in that shoe. Tak terpelecok ke? Apparently not... hehehe... Bosan menunggu sebenarnya masa tu.. hahaha..  

Kapal terbang kami balik ke KL.

Boleh tahan jugak penuhnya. Lucrative route I guess. 

Alhamdulillah selamat sampai ke KL. 

Selit a few sunset shots ambik dari dalam teksi balik ke rumah :).





Syukur Alhamdulillah kesampaian juga hasrat hati nak jalan-jalan di JB. Tak pe walau pun tak menyeluruh, still it was a good start. Perhaps next time boleh plan dengan lebih baik. 

Jadi jalan-jalan pantai timur [Pahang/Terengganu/Kelantan] sudah, belah selatan [Negeri Sembilan/Melaka/Johor] pun sudah, now merancang nak jalan-jalan belah utara pulak. Kena cari kawan ni :). 


Di bawah adalah links kepada semua entries Jalan-Jalan di Johor saya: 

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.