Friday, October 30, 2015

SRI LANKA - UPPER LAKE DRIVE AND RAJANIMA CRAFT - DAY 02 - PART 02

Okeh, jom teruskan dengan perjalanan pada hari ke 2, bahagian ke 2 :).

Seterusnya Terrence nak bawa kami ke Upper Lake Drive untuk melihat bandar Kandy dari atas bukit. Cantik kata dia pemandangan di situ. Dan sememangnya pelancung akan dibawa ke sana for a quick stop to enjoy the view and for some photo taking.

On the way to Upper Lake Drive.

Then ternampak pulak this amazing wall art pada dinding di tepi jalan. Ini adalah dinding Kingswood College, a Public school which offers primary and secondary education for boys in Sri Lanka. Pe lagi, mesti la ambik gambar. Those are the Kandyan Dancers. Beautiful!

Dancers, musicians and elephants.

Musicians.



Good thing masa tu tak de kereta2 park tepi jalan tu. Else tak nampak la gajah2 ni.. hehehe...



Di Peradeniya Road, Kandy.


Sambil Terrence drive, sambil dia bercerita yang asal nama Colombo tu datangnya dari orang Portugis iaitu Colombo yang bermaksud 'green mango'. Masa Portugis sampai nampak kehijauan banyak pokok2 mangga terus dinamakan demikian.  

Ini pula ialah Katukelle Jumma Masjid, juga an Arabic college. Tapi nampak dari jalanraya je.

Pelajar2 sekolah sedang beratur untuk tengok Tech Expo. 


Lepas kami bertanya Terrence beritahu di Sri Lanka office hours adalah dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang. At 5:00 pm dah gelap dah tu sebab Maghrib masuk around 5:45 pm. Mereka tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad. Sekolah pula bermula dari pukul 7:30 pagi hingga ke pukul 1:30 petang. Juga Sabtu dan Ahad bukan hari persekolahan.

Ini Kandy Police Station. 

Foto top left: ada gathering making peaceful protests with of what seemed like thousands of signatures on the white banner. 

Ini pula patung the late General Anuruddha Ratwatte di Bandar Kandy ni. Mulanya seorang soldier tapi later on jadi politician. Kandy ni hometown dia. Banyak jasa beliau tu yang ada dibuat patung dia tu. 

Bas di Kandy. SLTB, the Sri Lanka Transport Board (formerly: Ceylon Transport Board, CTB) is a bus service provider in Sri Lanka.

Dan kami pun sampai di Upper Lake Drive. Cantik view Bandar Kandy dan Tasik Kandy dari atas ni.

Tu Tasik Kandy yang merupakan tasik buatan manusia. Juga dikenali sebagai 'Kiri Muhuda' atau 'Lautan Susu'. Dibuat pada 1807 oleh King Sri Wickrama Rajasinghe bersebelahan dengan the Temple of the Tooth. No fishing here.

Ini adalah bangunan Sacred Temple of Tooth Relic. Katanya ada gigi Buddha disimpan di sana. Kami tak pergi ke sana sebab kawalan ketat [pernah dibom masa perang saudara] dan masuk dalam tak boleh tutup kepala so tak kan wife nak bukak tudung pulak. Also kata Terrence kalau masuk ke dalam kami tak dapat tengok gigi Buddha tu sebab hanya dipamerkan sekali every 5 years. 

Bandar Kandy yang sibuk. 



Itu pula ialah Meeran Mackam Jummah mosque atau Kandy mosque. Di masjid ini juga ada makam Sheik Seyyed Shihabudeen Woliyullah yang dikatakan telah berada di situ beberapa kurun lamanya.

Yang ini pula ialah patung Bahiraviokanda vihara Buddha, 88 kaki tingginya, merupakan patung Buddha tertinggi di Sri Lanka. Terletak di atas bukit yang dipanggil Bahirava Kanda dalam bahasa Sinhalese yang bermaksud 'devil’s hill'.

Boleh rent sampan di tasik Kandy ni.

A white stupa in the midst of a green hill.

Tempat kami ambik gambar, di seberang jalan ada penjual barang2 souvenirs. Btw, bendera tu ialah bendera Buddhist. 

Satu lagi patung Buddha di tepi jalan. Yang ni diselekoh tajam naik bukit. 

Kata Terrence ini adalah kawasan rumah orang2 kaya. 

View Lake Kandy yang lebih jelas.

Selesai kami ambik gambar, kami pun dibawa Terrence ke destinasi lawatan seterusnya.

Now nak tengok hasil seni kraftangan Sri Lanka pula, specifically ukiran kayu. Kami ke Rajanima Craft.  

Disambut oleh seorang staff Rajanima Craft kami terus dibawa ke bahagian bengkel ukiran kayu. Rajanima bermaksud 'Royal Creations', mencipta semula keindahan hasil budaya kesenian zaman dahulu. Hasil kesenian termasuk ukiran, perabot, topeng tradisional, patung, kraftangan dan lain2. 

Introduction tentang jenis2 kayu Sri Lanka yang digunakan dalam penghasilan barangan kesenian kayu. Jenis2 kayu: ebony, royal ebony, teak, mara, mahogany, coconut, pathangy, sapu, milla dan kaduru. 

Nampak tak gajah kecil warna hitam tu. Ia dibuat dari kayu ebony dan ianya berat! Kata staff ni kalau kayu ebony letak dalam air ia akan tenggelam! Yang gajah satu lagi tu dibuat dari kayu mara.

Staff ni memberi penerangan tentang topeng2 kayu ni. Kata dia, jenis tarian tradisional Sri Lanka adalah berkait rapat dengan ukiran topeng2 kayu ini. 3 jenis tarian yang punya pengaruh kuat dalam pembuatan topeng2 ini adalah tarian: Kandyan dancing, Sabaragamu dancing, and Low Country dancing.

Topeng2 kayu ni dibuat dari kayu kaduru. Ianya ringan, jadi sesuai dibuat topeng. 

Pada zaman dulu topeng2 ni bukan saja dibuat barangan hiasan tapi juga digunakan sebagai objek yang boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit. 

Suasana bengkel.

Sekarang staff ni akan membuat satu demo untuk menunjukkan dari mana datangnya pelbagai warna2 yang digunakan untuk mewarna topeng2 tu. 

Patung yang berwarna-warni.

Ok, warna2 tu dihasilkan dari kayu ini, the rainbow wood. 

Mula2 staff ni kikir dulu kayu rainbow ni untuk menghasilkan bentuk habuk kayu.

Dalam botol kaca habuk kayu rainbow tadi di campur dengan air panas. Warna merah terbentuk. 

Kemudian bancuhan warna merah tadi dikacau dengan sebatang besi yang telah disapu dengan limau nipis. Dari merah bertukar warna gelap.

Kemudian dititiskan air limau nipis dan bancuhan bertukar ke warna kuning. 

Lepas tu bila dicampur kapur, bertukar pula ke warna ungu ni. Hebat! 

Lepas tu kami round bahagian bengkel kayu ni dan ambik2 gambar. Bed headboard [foto top left] tu telah diwarnakan dengan warna dari rainbow wood, adalah tempahan seorang pembeli dari Dubai. Meja 2 gajah top right tu telah dibeli oleh someone dari USA. Meja yang bottom left dibeli oleh pembeli dari Kochi.  

Aaa... bila nampak staff ni tengah ukir, saya jadi excited. Actually dia bukan sedang mengukir tapi tengah melakar design dengan pencil pada patung gajah putih tu. Staff ni sudah bekerja di Rajamina Craft ni selama 20 tahun dan merupakan generasi yang kedua bekerja di sini. 

Saya suka betul dengan ukiran moden gajah ni. Such a cool design! And the color is just awesome! Harganya lagi awesome! Belasan ribu RM!

Meja kanan dibeli oleh someone dari UK.

Haa... ni baru tengah mengukir... :)

Very friendly staff. Tapi saya tak dapat nak sembang sebab dia tidak fasih berbahasa Inggeris.



Dan tentunya ada ukiran patung2 buddha juga.

Seterunya kami dibawa ke bahagian galeri jualan pula. 

Di dinding masuk turun tangga ke galeri jualan ada ukiran Raja Sri Vikrama Rajasinha, raja terakhir Sri Lanka.

Ukiran seorang Kandyan dancer. 

Dan tentunya ukiran2 kayu di sini sangat hebat. Traditional and modern designs. 

Ada satu section penuh dengan gajah dengan macam2 stail ukiran dan saiz. 

Dari ukiran dewa-dewi hinggalah lesung tumbuk :).

Ada pula beberapa rak dengan ukiran kayu gajah bertutup dengan lavish garments. 

Section penuh dengan topeng2 kayu. Some rupanya menggerunkan!

Souvenirs. 

Lukisan King Sri Vikrama Rajasinha [Sri Lankan last king] and Queen Rangammal Devi.

Yang bestnya staff yang bawa kami dan lain2 staff di Rajanima Craft ni langsung tak bother kami suruh kami beli itu ini, which was very nice :). Tak lama kami di situ sebab tak selesa berada lama2 di situ, tempat yang ada banyak berhala dan patung2. But it was a wonderful experience though, to me at least sebab saya suka benda2 kesenian ni.... heheh. 
Selesai round2 kami pun beredar ke destinasi seterusnya. 

Bersambung ke bahagian Day 02 - Part 03.... batik dan ladang teh... 

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.