Di sepanjang perjalanan memang ada beberapa air terjun2 kecil di tepi2 jalan. Kata Terrence memang kawasan tanah tinggi ni ada banyak air terjun2 mini, tu baru yang kami nampak di tepi2 jalan, belum lagi di bahagian pendalaman.
Kami pun berhenti di Tea Bush Restaurant di mana ada anjung tinjau untuk tengok air terjun2 yang cantik iaitu air terjun Ramboda [Ramboda Falls].
Gerimis sikit2 masa tu. Begitu bersungguh saya dok fikir macam mana nak frame pemandangan di situ.... hehehe...
And so here are a few shots. Ramboda Falls.
Yang ni Kotmale Dam yang menjana hydroelectric dan untuk pengairan.
Ada 2 empangan yang boleh nampak dari anjung tinjau ni sebenarnya. Yang depan tu Kotmale Dam dan yang belakang tu Upper Kotmale Dam.
Yang ni Upper Kotmale Dam.
Pemandangan di kawasan pertanian di area Ramboda Falls.
Views dari situ awesome sangat :).
Ramboda Falls.
SubhanAllah... cantik sangat....
Selesai di anjung tinjau Tea Bush restaurant, kami meneruskan perjalanan ke Nuwara Eliya. Jumpa satu lagi air terjun mini ni :).
Ehh... masa tu ada lelaki2 ni tengah berselfie.. hehehe.. Siap lambai pulak.. hahaha...
Suka sangat tengok how the water fall is surrounded by lush green vegetations.
Kami melalui Ramboda Tunnel. Terowong ni adalah terowong jalanraya terpanjang di Sri Lanka. Sepanjang 225 meter ia siap dibina pada tahun 2008 dengan funding dari Japanese Government.
Time for lunch. Memang dah lapar betul masa tu. Sejuk2 tu memang la cepat laparnya.. hehehe... Kami makan di Ramboda Falls Hotel.
Dari tempat parking kami kena naik van ni yang disediakan oleh pihak hotel sebab jalan nak ke restoran adalah curam dan agak jauh ke bawah. Maklum je la kan, dah hotelnya di lereng gunung. Woo... seram masa naik van tu! Curam!
Ada seorang pak cik ni jual bunga2 segar, Flamingo flower. Dia ok, tak harrass or pushy ke. Baik je orangnya. Kesian pulak tengok dia. Memang di kawasan ni ada ladang Cut Flowers.
Dengan van tadi kami turun ke dataran bawah. Lepas tu turun lagi ke bawah dengan lift. Dan ni pemandangan dari dalam lift nak turun ke restoran di tingkat bawah. Awesome view!
Anjung di restoran Ramboda Falls Hotel yang mengadap ke air terjun Ramboda.
Ramboda Falls Hotel ni terletak di lereng gunung yang dilitupi kehijauan.
Sebelum makan, kami jalan2 dulu tengok Ramboda Falls ni dan ambik gambar :).
Boleh je kalau nak turun ke bawah sana tu. Tapi bila fikir nak panjat balik tangga nak naik ke atas, cancel terus niat.. hehehe... Tak pe, shots yang dapat dari atas ni pun dah elok... Alhamdulillah. Cantik sungguh ciptaanNya.
Okeh, jom makan... :)
Look can really be deceiving. Sedap makanan Sri Lanka ni! Kena la tambah sebab for first round ambik sikit je sebab ingatkan.... hehehe...
Even papadom situ pun rasa sedap! :)
And we ordered pineapple juice. Sedap. RM8.50 segelas.
Bersambung dengan bahagian Day 02 - Part 06.... Jetwing St. Andrew's Hotel...
Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:
18) SRI LANKA - GANGARAMAYA TEMPLE - STREET PAINTINGS - DAY 04 - PART 04
19) SRI LANKA - MODARA TEMPLE - HAMILTON CANAL - DAY 04 - PART 05
20) SRI LANKA - GOING HOME - DAY 05
19) SRI LANKA - MODARA TEMPLE - HAMILTON CANAL - DAY 04 - PART 05
20) SRI LANKA - GOING HOME - DAY 05
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
awannya nampak ' jahat' !!
ReplyDeletehehehhee..
nampak akan hujan lebat bila-bila masa je!!
memang ada serve hidangan halal ?
atau vegetarian?
atau kena request ...
A'aa.. menacing weather kan.. hehehe... anytime je masa kami di situ, hujan boleh turun. Lagi la dekat2 kawasan gunung macam tu. Tapi hujannya sekejap2 je doc. Bukan hujan jenis lebat berpanjangan tu. Well at least masa kami di situ la. Terrence juga kata memang begitu peel hujan di Sri Lanka.
DeleteMemang makanan halal doc. Travel agent/Terrence dah make sure bawa kami ke tempat makan yang ada hidangan halal. Also masa berurusan dgn travel agent earlier, kami dah memang request and ensure that. Even dekat RnR mereka pun ada makanan halal siap dengan logo halal pada signboardnya.