Wednesday, November 4, 2015

SRI LANKA - GLENLOCH TEA FACTORY - DAY 02 - PART 04

Dah ambik gambar suasana di ladang teh, kami dibawa Terrence ke kilang teh pula. Kami ke Glenloch Tea Factory.

Kehijauan ladang2 teh berlatarbelakangkan gunung ganang berawan/berkabus.

Salah satu dari beberapa kilang memproses teh yang besar2 yang kami nampak di kawasan ini. 

Views yang cantik2 belaka. Syukur Alhamdulillah cuaca baik untuk dapat kami merakam keindahan macam ni.


Teh Ceylon terbahagi kepada 3 kumpulan: High grown, Mid grown and Low grown bergantung pada elevation dan geografi. Sri Lanka adalah pengeluar teh ke 4 terbesar di dunia selepas China, India dan Kenya dengan pengeluaran sebanyak 8% of global production. Dan yang ke 2 di dunia sebagai pengekspot teh at about 18% of global tea market. Kawasan2 teh di Sri Lanka adalah di Nuwara Eliya, Uva, Dimbula, Uda Pussellawa, Kandy, Ruhuna dan Sabaragamuwa.   

Kawasan tanaman teh.

Produk2 teh di pasaran...

Delta Estate ni adalah salah satu dari estate2 yang ada di sana. Di laman web Sri Lanka Tea Board ada tersenarai 720 Tea Manufacturers. Banyak tu, considering the vast sizes of the estates!

Nak tahu berapa harga plantations ni? Haa..jom kita tengok iklan plantations for sale :).

Masa tengah jalan tu ternampak air pancut ni. Ehh... kenapa ada macam tu pulak? Membazir!

Ooo.. rupanya, kata Terrence, air pancut2 tu sebenarnya nak memberitahu penguna2 jalanraya bahawa di depan ada service cuci kereta :). Dan air yang digunakan adalah percuma sebab menggunakan air gunung.


Bunga2 tepi jalan. Cantik. Juga cantik ada banyak air terjun2 kecil betul2 di tepi jalan. 

Satu lagi masjid yang kami nampak. 

Satu lagi estate, the Hellbodde Estate. British sangat kan.. ke Irish? Tak tau la pulak... hehehe.. 

Antara nama2 tea manufacturers. Some so British! Kami ke kilang no. 26 tu. 

Dan kami pun sampai ke Glenloch Tea factory. 

Kami disambut oleh Cik Kamaleswary yang bawa kami masuk ke kilang dan beri penerangan memproses daun teh. 

Ceria orangnya Cik Kamaleswary ni :). 



Ok, jom kita tengok video penerangan Cik Kamaleswary ni ya. Saya suka dengar suara dia.. hehehe...


Lepas tu kami turun ke bawah ke bahagian mesin2.  

Macam2 mesin yang ada.


Jom kita tengok video Cik Kamaleswary beri penerangan pasal mesin2 ni pulak :).







Penerangan kategori2 teh.

Packing room.

Mesin Electronic Color Sorter. 







Lepas penerangan memproses daun2 teh, kami ke bilik ini pula untuk penerangan hasil dari memproses daun2 teh tadi di mana terhasilnya black tea, green tea dan white tea.

Salah satu produknya ialah black tea dan yang terbaik dipanggil BOP (Broken Orange Pekoe). Broken orange sebab ada bau buah citrus. Pekoe pulak asalnya dari the word Peking sebab pokok teh asalnya dari China.


Silver tips tu white tea. 

Daun2 teh yang dipetik hanya dalam 4 helai tu je boleh hasilkan berjenis teh. 


Teh juga boleh dibuat pelbagai perisa. 

Antara lain perasa2 seperti vanilla, buah2an dan mint. 

Selesai penerangan proses daun2 teh dan jenis produk teh, kami keluar kilang ke bangunan sebelah for some tea tasting.

Ada view yang awesome di anjung tu!

Ok, jom layan sikit panorama indah ni. SubhanAllah.







Kami diberi rasa beberapa jenis teh. Yang saya paling suka, which really surprised me, ialah teh halia. Sedap sangat! 

Lepas minum teh panas di suasana yang sejuk nyaman tu, ambik gambar bunga2 pulak.. hehehe.. 

Ni di bahagian galeri jualan produk2 teh. Ada bermacam2 teh. Siapa suka minum teh, memang seronok la kalau ada di sini :). 

Antara produk teh Glenloch. Harganya? Ok, ok la... tak la mahal sangat. 



Yang kami beli :).


Bersambung dengan bahagian Day 02 - Part 05... water falls :).

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. wah tetiba habuk teh terasa masuk mata dan tekak
    cantiknya pandangan dari anjung panorama tuh
    saya suka teh berperisa
    kat rumah ada macam2 perisa
    dan ada jugak teh seperti kat atas dlm simpanan

    comelnya packaging yang gambar last tu
    saya suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik El. Pulak tu dengan suasana cuaca sejuk nyaman... so nice sitting there sipping tea. Macam2 jenis teh pulak tu dihidangkan :).
      Me too. Dulu saya suka sangat Ahmad Tea, yang perasa apple dan mango :).
      Nice kan ada macam2 choices. Tak le asyik Boh Teh jeee.. hehehe...
      Hehehe... tu le pun antara sebab saya pilih teh tu, suka packagingnya.. hehehehe..

      Delete
    2. pe lagi elly!!
      cari lah tiket!!
      ada kosong lagi ni..
      seat belakang sekali dalam van..
      boleh baring!!

      Delete
  2. pineapple dan mango tea tu macam best!!

    saya saspek..
    en syed beli yang dalam d\fambar last tu sebab nak ambik gambar ..heh heh hehhh..

    kena bayar tak masuk dalam kilang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la doc, saya tak try lagi.. hahahaha... tengah tunggu special occasion baru minum.. hehehe...

      Hahaha.. guilty!! Hehehehe... Well, partly la. Also sebab harganya antara yang murah.. hehehehe...

      Setahu saya tak kena bayar unless Terrence paid tu saya tak tau pulak. Or dah incusive dalam pakej kot.

      Delete