Monday, November 30, 2015

SRI LANKA - MODARA TEMPLE - HAMILTON CANAL - DAY 04 - PART 05

Jom.. lunch! :)

Panggung wayang di Colombo.

Shane pun dropped us off at the building where the restaurant is. Kami berterima kasih pada Shane atas layanan yang bagus, for all the info he had shared with us and most importantly for driving us safely in the tuk tuk :). And therefore we felt that it was only proper that we tipped him.

Tengahari tu kami lunch di Raja Bojun yang terletak dalam shopping mall Liberty Arcade. 

Suasana dalam Raja Bojun. Gajah tu actually telinga dia boleh gerak2.. hehehe...

Di sini kami bertembung lagi dengan Mr.Stanley dari Puchong selepas berjumpa dia di Earl's Regent hotel tempoh hari. Seronok dia jumpa kami. Nampak ceria sungguh dia dengan baju kemeja tangan pendek with Hawaiian prints.. hehehe...

Antara sajian buffet di restoran ni. Spicy sedap :)

Top left tu seafood roti yang sedap sangat walau makan begitu sahaja. Also [top right] I had the yellow steamed rice, tempered potato, yellow fish curry, acar, sambol and papadum. 
Dessert yang warna coklat tu namanya Watalappan dan yang nampak macam sago tu ialah walithalapa. Yang dalam mangkuk tu pulak ialah curd & treacle yang dibuat dari susu kerbau dan nira kelapa. Saya tahu nama2 dessert ni sebab ada seorang auntie Sri Lanka yang juga makan di situ tengahari tu yang beritahu. Detailed info yang dia bagi siap bagitau apa ingredients untuk buat desserts tu. So nice of her!

Catat pasal Sri Lanka food ni kan, pe kata kita tengok jenis2 rempah ratus yang popular digunakan di Sri Lanka. Tak banyak bezanya dengan di Malaysia kot. 






Lepas lunch before heading back to hotel with a stop at Hamilton Canal, Terrence suggested nak bawak kami ke sebuah kuil Hindu pulak since kami dah pergi ke masjid, kuil Buddha dan gereja. Kami ok je. 

Driving through Colombo presented banyak peluang untuk street photography :).



Kedai membuat todi berlesen. 

Police - Highway Patrol.

Ternampak sebuah masjid - Mutwal Jumma Mosque established in 1845. 

Juga ternampak sebuah gereja - St. James Church. 

Kedai menjual ayam mentah. 

Dan inilah kuil hindu yang Terrence kata tadi. Dia kata kuil ini cukup popular kerana ramai penganut hindu akan ke sini untuk bersembahyang, termasuk la yang datangnya dari luar Colombo. Namanya Modara Temple.

Kuil ni tutup masa kami di situ so ambik foto dari luar je la.

Di depan kuil ni ada kedai2 menjual buah2an untuk tujuan hindu prayers. 

Burung2 merpati pun ada juga. 

Kemudian kami menuju ke arah hotel Pegasus Reef tapi sebelum tu akan buat one more stop. 


Kedua2 patung2 ni adalah terletak pada pokok yang sama, each one on the opposite side of the tree di tepi Hamilton Canal ni. 

Dutch Hamilton Canal ni panjangnya 90 km adalah sebuah terusan yang dibina oleh penjajah Belanda pada masa dahulu. 

Hamilton Canal ini bermula dari kota Negombo dan berakhir di Lautan Hindi di kawasan Handala, berhampiran Colombo. Penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar terusan ini kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan mereka menganut agama Kristian.

Terusan yang airnya bersih. Ada bot2 nelayan berlabuh.


Ehh... lambai pulak. Saya pun lambai la balik.. hehehe... 


Di tepi terusan ni juga ada gerai menjual sneks goreng dan buah2an. Tengok tu bersih je tempat mereka berniaga tu. 


Ada gambar lukisan terusan ni masa dulu2. 

Jenuh dok edit pusingkan foto atas tu jadi macam ni.. hehehehe... 




Terrence pun park kereta dan kami berjalan ke arah tempat ada gerai2 nelayan menjual ikan. 

Ada yang sedang mengail ikan di tepi terusan ni. Tu hasil tangkapan dia. Saja2 hobi kot lelaki ni :).



Bermacam jugak jenis tangkapan laut dijual di sini. 

Di terusan ni juga ada burung hitam ni, burung dendang air [black cormorant]. Ada banyak di situ masa tu. Burung2 ni menunggu nelayan2 di situ membuang ikan2 yang sudah tidak elok untuk dijual ke terusan ni. 

Burung ni memang pandai menyelam. Lama juga selamnya, ada la dalam 10 ke 15 saat. 





Ehhh.. sibuk ambik gambar burung2 pulak.. hehehe...

Ok, balik ke pada gerai2 ikan ni.. hehehe...


Ingatkan apa la yang dibuat oleh adik ni. Rupanya mak dia dah sediakan ikan2 kecil dan udang2 untuk adik ni balingkan ke terusan untuk bagi makan burung2 dendang air :). 

Nelayan2 dan penjual2 ikan di sini tidak berjual pada hari Ahad kata Terrence sebab kerana mereka rata-rata adalah penganut agama Kristian, maka hari Ahad mereka ke gereja. 



Ok, one more shot.. hehehe...


Lepas ni kami pun balik ke kereta dan bertolak ke Pegasus Reef hotel.

Dan kami pun sampai ke hotel. Di jalan masuk ke lobi di taman tepi ada sepasang pengantin sedang berfotografi. Pengantin lagi! Memang la hotel ni hot spot for wedding photoshoot! :)

Saya minta Terrence berhenti sekejap. Terrence pun tanyakan pada jurukamera [kanan dalam foto] kalau saya boleh ambik gambar. Photographer tu kata boleh. Saya turunkan tingkap kereta dan took a few shots. Pengantin berdua tu pun baik betul. Ok je saya ambik gambar, siap pose for me.. hehehe...

Tiba2 Terrence kata photographer minta tanyakan pada saya would I mind kalau photographer to ambik gambar saya masa saya tengah ambik gambar pengantin2 tu? Ehh... saya kata ok je. It was the least I could do after he had allowed me to take a few photos, betul tak? So saya pun berlakon la.. hahaha... Ada kot nanti muka saya dalam wedding album pengantin ni.. hehehehe... 

Tidak terus ke bilik kami relaks kejap di taman hotel. Ada another couple tengah photoshoot.

And yet another couple! :)

Ada la pulak biawak besar ni!

Masa kami ke bilik ia masih sedang dikemas jadi kami lepak dulu di lobi on our floor. Masa itulah kami ditegur oleh seorang staff hotel ni. Mendengar jawapan yang kami ni dari Malaysia, terus staff tu kata dia juga berketurunan Melayu. Nama dia Muhajirin Hassan. 

Muhajirin bercerita orang2 melayu di Sri Lanka is a very close-knit community. Mereka sangat aktif dan masih mengamalkan gaya hidup dan budaya orang melayu dan tentu sekali mempertahankan agama Islam in their daily lives. Muhajirin tambah yang bahasa melayu di Sri Lanka dah jauh berbeza dari di Malaysia. Di Colombo ada beberapa Persatuan Melayu yang sangat aktif. 

Kata Muhajirin, datuknya sendiri bernama Tengku Abdullah. Muhajirin tahu dia seorang kerabat Diraja, tapi tak tahu dari negeri mana. Orang-orang Melayu dulu dibawa oleh British ke Sri Lanka untuk berkhidmat dalam pasukan polis dan tentera. Malah di Colombo ada sebuah masjid yang dinamakan Malay Regiment Mosque untuk memperingati jasa mereka.

Kata Muhajirin lagi, dari semasa ke semasa ada lawatan-lawatan sosial persatuan-persatuan tertentu dari Malaysia yang melawat masyarakat Melayu Sri Lanka. Dalam lawatan-lawatan begini, hadiah yang sangat dihargai ialah Kamus Melayu kerana masyarakat Melayu Sri Lanka sangat eager untuk mempelajari Bahasa Melayu yang sebenar.

Memang seronoklah berbual dengan Muhajirin kerana kami mendapat insight tentang Orang Melayu di Sri Lanka. Tapi kami tak dapat berbual panjang kerana Muhajirin sedang bertugas ketika itu.

Masuk je bilik we got such a delighful surprise! A super adorable, super cute little white elephant! Wah!

Comel kan! Hehehe... Pandai betul mereka gulung2 lipat2 tuala jadi gajah comel ni :)

Petang tu saya cuba sekali lagi nak dapatkan sunset over the Indian Ocean ni. Dapat la sikit ni ha.. hehee.. Mendung petang tu tapi tak seberat mendung semalamnya. 





Suasana senja di taman Pegasus Reef hotel.

Masa di taman tu saya ditegur oleh security guard ni. Nama dia Manjula. Baik dan peramah orangnya. Tanya saya selesa ke tidak di hotel ni. Beritahu kalau saya nak jalan2 ke pantai ambik gambar dia boleh temankan etc etc. Kami pun berbual2 la kejap. What I like about him was that eventhough he was having quite a difficult time speaking in English, tapi dia tak give up. Bersungguh2 dia. Yang susahnya saya lah, lelah nak faham apa dia kata.. hehehe... Dia cerita yang dia sebenarnya sedang sedaya upaya belajar cakap Inggeris sebab bekerja di hotel seperti di Pegasus Reef hotel ni dia perlu berinteraksi dengan hotel guests. Jadi since saya rajin layan dia sembang, bersungguh juga dia berterima kasih pada saya sebab sudi berbual dengan dia. Boleh tolong dia improve English dia, kata dia la :). 

Okeh, saya selitkan sikit night shots ni :).





Malam tu masa kami nak turun ke restoran for dinner, di depan salah satu dewan di hotel ni ada acara reception perkahwinan. Wah! Meriahnya! Ada tarian tradisional Kandy!

Ni kedua mempelai.

Jon tengok kejap Kandyan Dancers ni! :)


Selepas tarian tu diikuti pula oleh persembahan nyanyian oleh gadis 4 orang. 


Selesai nyanyian baru la mempelai dan rombongan masuk ke dewan. I'm sure kat dalam tu mesti ada lagi ceremony adat. 

Masa makan tu tiba2 ternampak Kandyan Dancers ni tengah lalu. Terus saya minta waiter restoran tanyakan pada penari2 tu boleh ke saya ambik gambar mereka sekejap. Waiter tu kata boleh tapi dia minta saya tunggu untuk pergi tanyakan. Dan inilah foto2 mereka.. hehehe...


Hidangan buffet dinner kami. Lighting memang sangat kelam di restoran ni... hehehe... 


Bersambung dengan bahagian Day 05.... going home...

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.