Saturday, January 4, 2014

HONG KONG AND MACAU - MACAU

We went for a day trip to Macau. Gi naik bot/ferry :). Program percutian pada hari ketiga ialah Day Trip ke Macau dengan menaiki feri. Feri ke Macau dijadualkan berlepas pada pukul 10 pagi. Jadi pick-up time dari hotel adalah pada pukul 9 pagi.

Pemandangan di China Ferry Terminal. Ia menyediakan perkhidmatan feri bukan sahaja ke Macau, tetapi juga ke destinasi-destinasi lain di selatan Negara China.
Walaupun kedua-dua Hong Kong dan Macau adalah sebahagian dari Negara China sekarang, kedua-dua wilayah ini mempunyai sistem pentadbiran sendiri yang berbeza dari tanah besar China bermula dari 1997 sehingga tahun 2047. Oleh yang demikian, kita perlu melalui pemeriksaan imigresen sewaktu meninggalkan Hong Kong untuk pergi ke Macau.

Feri yang kami naiki adalah feri Turbojet. Ia sangat besar dan selesa. Kebanyakan penumpang adalah rakyat tanah besar China yang ingin ke Macau untuk berjudi. Ini adalah kerana Macau merupakan satu-satunya tempat di negara China di mana perjudian kasino dibenarkan. Perjalanan feri dari Hong Kong ke Macau memakan masa kira-kira 1 jam. Di Macau, feri kami berlabuh di Outer Harbour Ferry Terminal.

Pemandu pelancong kami di Macau, Tino (nama sebenarnya Constantino) telah sedia menanti di Outer Harbour Ferry Terminal. Dari Terminal Feri, kami dibawa untuk makan tengahari di Fisherman's Wharf.

Fisherman's Wharf adalah sebuah kompleks hiburan di Macau. Di sini terdapat pelbagai kemudahan seperti restoran, pusat membeli-belah, kasino dan beberapa buah ride untuk hiburan seisi keluarga. Namun begitu, disebabkan kami tiba awal di sana, kebanyakan pusat hiburan belum dibuka dan tempat ini kelihatan sunyi sepi.
Kami dibawa ke sebuah restoran Halal di Fisherman's Wharf yang bernama Taste of India. Makanan yang disediakan cukup mewah dan sedap. Namun begitu, disebabkan kedudukannya yang agak terpencil, Myself merasakan agak sukar untuk mencari restoran ini jika kita datang pertama kali ke Macau bersendirian.

Kami melintasi beberapa buah bangunan yang mempunyai ciri senibina yang menarik. Ada yang dibina mengikut senibina Portugis, Arab, Afrika dan sebagainya. Setiap bangunan mempunyai fungsi masing-masing sebagai restoran, pusat membeli-belah, kasino dan sebagainya.

Macau Harbour Cruise. Bot Macau Harbour Cruise ini terdiri dari 3 tingkat. Dua deck paling bawah mengandungi restoran manakala deck di tingkat paling atas dikhususkan untuk sightseeing.





Antara foto-foto yang sempat saya rakam semasa cruise.











Kami seterusnya dibawa melawat ke kompleks kasino Venetian Macau yang merupakan kompleks kasino terbesar di dunia.

Sesuai dengan namanya, dan seperti induknya di Las Vegas, ia dibina dengan mengambil ilham suasana kota Venice di Itali. Kompleks Venetian Macau mempunyai 3,000 bilik hotel, kasino, pusat hiburan dan pusat membeli-belah di dalamnya.

Disebabkan saiznya yang sangat besar, Venetian Macau mempunyai beberapa pintu masuk dan Tino membawa kami masuk menerusi West Lobby.
Berkunjung ke Grand Canal Shoppe di Venetian Macau bagaikan berkunjung ke kota Venice di Itali. Walaupun kompleks membeli-belah ini adalah indoor, suasana di sini bagaikan berada di outdoor kerana siling bangunan dicat dengan pemandangan langit di waktu senja.

Jika bercerita tentang Venice, mestilah ada cerita tentang terusan dan gondola. Untuk memberikan imej Venice yang realistik, Venetian Macau juga mempunyai terusan yang cantik dengan pelancong-pelancong menaiki gondola di dalamnya.


Sesuai dengan tema Venice dalam suasana pesta, di sana sini di Grand Canal Shoppe, terdapat beberapa persembahan kecil berlangsung untuk menghiburkan pengunjung.

Persembahan pemuzik harp dalam "sangkar burung" di tepi terusan.

Persembahan akrobatik.

Program lawatan terakhir adalah St. Paul's Ruins, runtuhan gereja lama yang menjadi mercu tanda Macau. 

Beberapa street photos.





Ini Gereja St. Paul. Gereja ini didirikan oleh orang Portugis pada kurun ke-17 Masihi. Ia menjadi pusat pengembangan agama Kristian di China pada masa dahulu. Gereja ini pernah terbakar beberapa kali dan kini hanya runtuhan facade depannya sahaja yang masih tinggal.
Pada ketika itu, agama Kristian sangat asing kepada penduduk Cina. Jadi untuk memudahkan mereka memahami agama tersebut, patung-patung dan ukiran dibina pada bangunan Gereja untuk menceritakan tentang agama Kristian. Untuk menunjukkan kepada masyarakat Cina bahawa gereja ini adalah rumah ibadat, paderi Portugis turut mengukir gambar naga pada bucu bangunan tersebut, sepertimana yang lazim terdapat di kuil-kuil Cina.

Tangga di depan runtuhan Gereja St. Paul yang menuju ke Macau Historic Centre. Keseluruhan kawasan ini juga telah diberi pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.





Dengan berakhirnya lawatan ke Runtuhan St. Paul, maka berakhirlah juga program lawatan kami ke Macau. Walaupun singkat, ia cukup menyeronokkan dan memberi gambaran kepada kami tentang wilayah jiran Hong Kong ini.

Di bawah ni saya senaraikan links untuk kesemua entries HONG KONG AND MACAU saya:
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Jauh perjalanan
    luas pengalaman
    banyak gambar di tangan
    bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan, kalau nak byk gambar kena la byk jalan2 :)
      Ni tgh kumpul duit nak gi jalan2 lagi, insyaAllah...

      Delete
  2. langit biru tu betul ke tipu-tipu..?

    ReplyDelete