YOGYAKARTA - KRATON
Walaupun Indonesia merupakan sebuah negara republik, Yogyakarta mempunyai Sultan yang masih berkuasa sebagai Gabenor di sini. Kami juga diberitahu, beliau adalah satu-satunya Sultan yang masih mempunyai kuasa di Indonesia.
Keistimewaan ini diberikan kerana menghargai jasa baginda sebagai satu-satunya Sultan yang membantu menentang penjajahan Belanda pada masa dahulu. Tidak sekadar itu, malah jawatan Gabenor Yogyakarta juga boleh diwarisi oleh keturunan baginda.
Sultan Yogyakarta tinggal di sebuah istana yang dipanggil Kraton. Istana ini dipenuhi dengan pameran-pameran tentang sejarah kesultanan Yogyakarta.
Untuk melawat ke dalam Kraton, kita perlu menggunakan khidmat Tourist Guide dalaman Kraton.
Pegawai-pegawai kraton dinamakan Abdi Dalem dan mereka begitu taat berkhidmat kepada Sultan. Mereka juga sangat jelas berpegang kuat kepada adat. |
Sebelum duduk di kawasan yang ditetapkan, Abdi Dalem akan mengadap bangunan utama di mana Sultan bersemayam dan mengangkat sembah tanda hormat. |
Abdi Dalem ini duduk di atas tanah berasingan dari abdi-abdi lain kerana dia masih junior dan belum layak duduk bersama abdi-abdi yang senior. |
Bersambung....
Saya senaraikan di bawah links untuk semua entries YOGYAKARTA saya:
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
yang saya diberitau..
ReplyDeleteyang duduk atas pasir tu..selagi ayah nya[ yang juga pengawal kraton tu] masih hidup.. dia tak boleh naik pangkat .. bila ayanh dia dah tak ada.. barulah dia boleh duduk bersama-sama dengan yang lain tu kat tepi bangunan tu..
sanggul-sanggul tu adalah palsu!!
:)
Oh ye ke. I thought because dia masih junior level lagi sebab tu kena duduk atas pasir.
DeletePalsu? You don't say! I thought for sure they are real! They look nice though.. :)
hheheheeee...
Deleteha ah..
guide saya kata..
tak da siapa larat nak simpan rambut panjang-panjang gitu sekarang!!
baru nk tanya pasal rambut, tapi doc dah beritahu awal hihiihi
ReplyDeleteHehe....
DeleteI am beginning to wonder what's with the fascination about the hair do.. haha