Bersambung dari entry sebelumnya...
Selepas akad nikah, kedua-dua mempelai dan semua hadirin berjalan semula ke rumah pengantin perempuan untuk acara selanjutnya.
Ni kek perkahwinan yang diletak di sebelah pelamin. Saya pun ambik la a couple of shots.
Pasangan mempelai menuju ke pelamin sambil dipayungi oleh ponggawa utama.
Untuk acara seterusnya, kedua-dua ibu bapa-ibu bapa pengantin duduk di pelamin.
Bangku utama di tengah pelamin, diduduki oleh ibu kedua-dua pengantin dengan ibu pengantin lelaki duduk di sebelah kanan dan ibu pengantin perempuan duduk di sebelah kiri.
Bapa pengantin lelaki pula duduk di bangku sebelah kanan pelamin dan bapa pengantin perempuan di sebelah kiri pelamin.
Acara seterusnya dipanggil Sembah Sungkem. Sembah Sungkem bermaksud memohon restu kepada kedua-dua ibu dan bapa oleh mempelai kerana mereka akan memulai kehidupan berumahtangga. Pohon restu ini dibuat dahulu oleh kedua mempelai kepada ibu masing-masing. Kemudian mempelai memohon restu pula kepada ibu mertua masing-masing.
Semasa acara sembah sungkem ini berlaku, Mamah Yeyet bersama alunan musik gamelan menyanyikan sebuah lagu yang cukup sayu dan syahdu yang sangat mengesankan hati pengantin dan ibubapa mereka juga semua hadirin. Suasana waktu ini sangat pilu dan keempat-empat mereka berlinangan airmata dengan ibu memeluk anak-anak mereka dengan penuh rasa kasih dan sayang. Saya nampak hadirin juga begitu terharu menyaksikan acara ini.
Saya sedih juga ke? Eh... saya tak boleh sedih-sedih, kena cekal hati dan rakam moments yang indah ini. Actually, tergenang-genang la jugak mata saya tapi masa tu kebetulan ada habuk masuk mata... :).
Selepas ibu, mempelai pohon restu pula pada bapa masing-masing dan kepada bapa mertua mereka. Sedih sungguh saya tengok bila pengantin lelaki dipeluk oleh bapa mertua dia.
Selesai Sembah Sungkem, majlis diteruskan dengan acara Saweran.
Acara Saweran ini adalah salah satu adat yang sering dibuat di majlis-majlis perkahwinan masyarakat Sunda. Ia telah ada sejak turun temurun lagi dan merupakan acara yang penting juga. Acara ini melambangkan mempelai dan keluarga adalah orang yang berkongsi rezeki dan kebahagian.
Perkataan 'sawer' berasal dari kata 'panyaweran' yang dalam bahasa Sunda bermaksud tempat jatuhnya air dari atap rumah atau hujung genting bahagian bawah. Dikatakan perkataan 'sawer', ini diambil dari tempat berlangsungnya upacara adat tersebut iaitu di halaman rumah.
Untuk acara ini ibu bapa pengantin berapa di pentas pelamin memegang dulang dan mempelai pula duduk bersama di depan pelamin dengan dipayungi panggowo utama. Pada waktu ini Mamah Yeyet dan bapak pengacara memulakan acara dengan nyanyian pantun dan syair yang berisi petua-petua dan utusan-utusan ibu bapa pengantin perempuan.
Sempat saya mengambil foto Mamah Yeyet dan salah seorang penyanyi juga penari kumpulan kesenian.
Mempelai duduk bersama di bawah payung.
Mamah Yeyet berpantun dan bersyair dengan begitu merdu :).
Tentunya saya mesti dapatkan shot ni :)
Dan acara diteruskan dengan ibu bapa pengantin 'menyawer' mempelai dengan menabur dari dulang beberapa items yang setiapnya mempunyai simbol makna-makna tertentu.
Barang-barang yang ditabur adalah:
1) Beras: simbol kemakmuran.
Maksudnya: Mudah-mudahan setelah berumahtangga pengantin akan hidup makmur aman damai.
2) Duit syiling: simbol kemakmuran dan murah hati.
Maksudnya: bila kita ada rezeki lebih maka elok jika disedekahkan kepada fakir miskin secara ikhlas.
3) Gula-gula [manisan]: simbol kemanisan bersuami isteri.
Maksudnya: semoga dalam hidup bersuami isteri pengantin mendapatkan kemanisan hidup berumahtangga.
4) Kunyit: simbol kejayaan.
Maksudnya: mudah-mudahan rumahtangga pengantin akan meraih kejayaan.
Meriah! Hadirin berebut-rebut nak sambut barangan yang ditabur ibu bapa pengantin :).
Acara seterusnya dipanggil Huap Lingkung atau Suapan.
Mula-mula, pasangan mempelai disuap oleh kedua ibu bapa yang dimulai oleh ibu mereka dan diikuti oleh bapa mereka. Ini melambangkan suapan terakhir dari ibu bapa mereka kerana setelah berkeluarga, kedua anak-anak mereka mestilah mencari sendiri sumber rezeki hidup mereka. Ini juga membawa maksud bahawa kasih sayang kedua ibu bapa terhadap anak dan menantu itu sama besarnya.
Sementara tu saya sempat minta isteri saya ambik gambar saya bersama Mamah Yeyet :).
Hehe... bila saya tengok balik foto ni, ada ke patut saya buat macam tu. Dah la Mamah Yeyet tu tengah bertugas, tengah nyanyi pulak tu...hahaha...
Seronok dapat berfoto dgn dia actually...hehe...
Kemudian kedua mempelai saling menyuapi. Kalau di Malaysia ni dibuat di masa makan beradap.
Acara seterusnya dipanggil 'Pabetot Bakakak' atau maksudnya menarik ayam bakar.
Kedua mempelai duduk mengadap each other atas pelamin dan diberi seekor ayam bakar [whole chicken]. Dengan berpegang pada peha ayam, once isyarat diberi, mereka akan menarik ayam bakar tu serentak sampai terbelah dua. Siapa yang mendapat bahagian terbesar, harus berkongsi dengan pasangannya dengan cara ayam itu digigit bersama. Ini melambangkan bahawa berapa banyak pun rezeki yang akan didapati, harus dibahagi berdua dan dinikmati bersama.
Selepas itu para hadirin akan beratur naik pentas pelamin dan bersalaman sambil mengucapkan tahniah kepada mempelai dan ibu bapa mereka. Pada masa ini juga mempelai dan ibu bapa mereka akan mengucapkan rasa terima kasih mereka pada semua tetamu kerana hadir ke majlis.
Pengantin lelaki dan adik ipar.
Ehh.. foto Mamah Yeyet lagi...hehe...
Dengan itu maka berakhir la acara-acara adat majlis perkahwinan ini. Diteruskan dengan makan! Punya la saya dah lapar masa tu...hihi...
Ada saya bertanya dengan mak cik-mak cik ni apakah nama masakan-masakan ni tapi saya dah lupa pulak nama-namanya. Lagi pun dah lapar sangat, mana nak ingat. Yang saya ingat saya diberitahu lauk pauk ni dimasak oleh 3 orang chefs.
Sedap ke? Sedappp... udah lapor... hehe... Tapi memang sedap lah! :)
Ada juga bakso. Tapi saya tak try sebab nak makan satay.
Khemah hadirin. Di sana tak disediakan meja makan. So once makanan dah diambil di bahagian buffet, hadirin akan duduk dibangku dan makan memegang pinggan.
Ada juga ais krim as one of the dessert. Tak pasti perasa buah apa tapi sedap. Macam laici pun ada gak rasanya.
Ada 2 jenis satay, satay ayam dan satay kambing. Ada kuah kacang dan cili kicap. Hmm... Malaysian punya is way spicy in comparison.
Dessert table. Woo hoo.. that jelly yang dituang dgn a white cream sauce is sooooo sedap!
Dan majlis terus dimeriahkan dengan persembahan2-persembahan kesenian pimpinan Mamah Yeyet.
Akak ni memang la hebat menari :).
Nak tengok tarian akak ni sila click sini.
Dan adik-adik ni juga membuat persembahan tarian.
Videonya di sini.
Pose istimewa dari Mamah Yeyet :)
Seterusnya saya kongsikan juga foto-foto para pemusik.
Dan berakhirlah sudah liputan majlis perkahwinan masyarakat Sunda yang telah saya hadiri pada bulan December 2014 yang baru lepas.
Pada saya ianya adalah suatu pengalaman yang sangat menarik dan istimewa kerana saya dapat menyaksikan suatu adat kebudayaan serta kesenian masyarakat Sunda di Indonesia dalam satu majlis kahwin. Walau pun saya diberitahu bahawa majlis ini telah dibuat dalam versi ringkas kerana ada lagi beberapa acara yang tidak dibuat, saya tetap rasa beruntung dan gembira.
Ok lah, selepas ini saya akan kembali dengan catatan percutian saya :).
Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01
3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02
4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03
5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER
6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG
7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA
8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO
9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL
10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET
11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI
12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR
13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO
14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.






































































































