Showing posts with label Kesenian Galura Lengser mapag pengantin. Show all posts
Showing posts with label Kesenian Galura Lengser mapag pengantin. Show all posts

Monday, January 26, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

Bersambung dari entry sebelumnya...

Selepas akad nikah, kedua-dua mempelai dan semua hadirin berjalan semula ke rumah pengantin perempuan untuk acara selanjutnya. 

Ni kek perkahwinan yang diletak di sebelah pelamin. Saya pun ambik la a couple of shots.

Pasangan mempelai menuju ke pelamin sambil dipayungi oleh ponggawa utama. 

Untuk acara seterusnya, kedua-dua ibu bapa-ibu bapa pengantin duduk di pelamin. 

Bangku utama di tengah pelamin, diduduki oleh ibu kedua-dua pengantin dengan ibu pengantin lelaki duduk di sebelah kanan dan ibu pengantin perempuan duduk di sebelah kiri. 

Bapa pengantin lelaki pula duduk di bangku sebelah kanan pelamin dan bapa pengantin perempuan di sebelah kiri pelamin.  

Acara seterusnya dipanggil Sembah Sungkem. Sembah Sungkem bermaksud memohon restu kepada kedua-dua ibu dan bapa oleh mempelai kerana mereka akan memulai kehidupan berumahtangga. Pohon restu ini dibuat dahulu oleh kedua mempelai kepada ibu masing-masing. Kemudian mempelai memohon restu pula kepada ibu mertua masing-masing.  

Semasa acara sembah sungkem ini berlaku, Mamah Yeyet bersama alunan musik gamelan menyanyikan sebuah lagu yang cukup sayu dan syahdu yang sangat mengesankan hati pengantin dan ibubapa mereka juga semua hadirin. Suasana waktu ini sangat pilu dan keempat-empat mereka berlinangan airmata dengan ibu memeluk anak-anak mereka dengan penuh rasa kasih dan sayang. Saya nampak hadirin juga begitu terharu menyaksikan acara ini.

Saya sedih juga ke? Eh... saya tak boleh sedih-sedih, kena cekal hati dan rakam moments yang indah ini. Actually, tergenang-genang la jugak mata saya tapi masa tu kebetulan ada habuk masuk mata... :).


Selepas ibu, mempelai pohon restu pula pada bapa masing-masing dan kepada bapa mertua mereka. Sedih sungguh saya tengok bila pengantin lelaki dipeluk oleh bapa mertua dia. 


Selesai Sembah Sungkem, majlis diteruskan dengan acara Saweran.

Acara Saweran ini adalah salah satu adat yang sering dibuat di majlis-majlis perkahwinan masyarakat Sunda. Ia telah ada sejak turun temurun lagi dan merupakan acara yang penting juga. Acara ini melambangkan mempelai dan keluarga adalah orang yang berkongsi rezeki dan kebahagian. 

Perkataan 'sawer' berasal dari kata 'panyaweran' yang dalam bahasa Sunda bermaksud tempat jatuhnya air dari atap rumah atau hujung genting bahagian bawah. Dikatakan perkataan 'sawer', ini diambil dari tempat berlangsungnya upacara adat tersebut iaitu di halaman rumah.  

Untuk acara ini ibu bapa pengantin berapa di pentas pelamin memegang dulang dan mempelai pula duduk bersama di depan pelamin dengan dipayungi panggowo utama. Pada waktu ini Mamah Yeyet dan bapak pengacara memulakan acara dengan nyanyian pantun dan syair yang berisi petua-petua dan utusan-utusan ibu bapa pengantin perempuan.  


Sempat saya mengambil foto Mamah Yeyet dan salah seorang penyanyi juga penari kumpulan kesenian. 

Mempelai duduk bersama di bawah payung. 

Mamah Yeyet berpantun dan bersyair dengan begitu merdu :). 

Tentunya saya mesti dapatkan shot ni :)

Dan acara diteruskan dengan ibu bapa pengantin 'menyawer' mempelai dengan menabur dari dulang beberapa items yang setiapnya mempunyai simbol makna-makna tertentu. 

Barang-barang yang ditabur adalah:
1) Beras: simbol kemakmuran. 
Maksudnya: Mudah-mudahan setelah berumahtangga pengantin akan hidup makmur aman damai.

2) Duit syiling: simbol kemakmuran dan murah hati.
Maksudnya: bila kita ada rezeki lebih maka elok jika disedekahkan kepada fakir miskin secara ikhlas.

3) Gula-gula [manisan]: simbol kemanisan bersuami isteri.
Maksudnya: semoga dalam hidup bersuami isteri pengantin mendapatkan kemanisan hidup berumahtangga.

4) Kunyit: simbol kejayaan.
Maksudnya: mudah-mudahan rumahtangga pengantin akan meraih kejayaan.

Meriah! Hadirin berebut-rebut nak sambut barangan yang ditabur ibu bapa pengantin :). 

Acara seterusnya dipanggil Huap Lingkung atau Suapan. 

Mula-mula, pasangan mempelai disuap oleh kedua ibu bapa yang dimulai oleh ibu mereka dan diikuti oleh bapa mereka. Ini melambangkan suapan terakhir dari ibu bapa mereka kerana setelah berkeluarga, kedua anak-anak mereka mestilah mencari sendiri sumber rezeki hidup mereka. Ini juga membawa maksud bahawa kasih sayang kedua ibu bapa terhadap anak dan menantu itu sama besarnya.

Sementara tu saya sempat minta isteri saya ambik gambar saya bersama Mamah Yeyet :).
Hehe... bila saya tengok balik foto ni, ada ke patut saya buat macam tu. Dah la Mamah Yeyet tu tengah bertugas, tengah nyanyi pulak tu...hahaha... 
Seronok dapat berfoto dgn dia actually...hehe...

Kemudian kedua mempelai saling menyuapi. Kalau di Malaysia ni dibuat di masa makan beradap. 

Acara seterusnya dipanggil 'Pabetot Bakakak' atau maksudnya menarik ayam bakar. 

Kedua mempelai duduk mengadap each other atas pelamin dan diberi seekor ayam bakar [whole chicken]. Dengan berpegang pada peha ayam, once isyarat diberi, mereka akan menarik ayam bakar tu serentak sampai terbelah dua. Siapa yang mendapat bahagian terbesar, harus berkongsi dengan pasangannya dengan cara ayam itu digigit bersama. Ini melambangkan bahawa berapa banyak pun rezeki yang akan didapati, harus dibahagi berdua dan dinikmati bersama.

Selepas itu para hadirin akan beratur naik pentas pelamin dan bersalaman sambil mengucapkan tahniah kepada mempelai dan ibu bapa mereka. Pada masa ini juga mempelai dan ibu bapa mereka akan mengucapkan rasa terima kasih mereka pada semua tetamu kerana hadir ke majlis.

Pengantin lelaki dan adik ipar. 

Ehh.. foto Mamah Yeyet lagi...hehe...

Dengan itu maka berakhir la acara-acara adat majlis perkahwinan ini. Diteruskan dengan makan! Punya la saya dah lapar masa tu...hihi...
Ada saya bertanya dengan mak cik-mak cik ni apakah nama masakan-masakan ni tapi saya dah lupa pulak nama-namanya. Lagi pun dah lapar sangat, mana nak ingat. Yang saya ingat saya diberitahu lauk pauk ni dimasak oleh 3 orang chefs. 
Sedap ke? Sedappp... udah lapor... hehe... Tapi memang sedap lah! :)

Ada juga bakso. Tapi saya tak try sebab nak makan satay.

Khemah hadirin. Di sana tak disediakan meja makan. So once makanan dah diambil di bahagian buffet, hadirin akan duduk dibangku dan makan memegang pinggan. 

Ada juga ais krim as one of the dessert. Tak pasti perasa buah apa tapi sedap. Macam laici pun ada gak rasanya.

Ada 2 jenis satay, satay ayam dan satay kambing. Ada kuah kacang dan cili kicap. Hmm... Malaysian punya is way spicy in comparison.

Dessert table. Woo hoo.. that jelly yang dituang dgn a white cream sauce is sooooo sedap! 

Dan majlis terus dimeriahkan dengan persembahan2-persembahan kesenian pimpinan Mamah Yeyet. 

Akak ni memang la hebat menari :).





Nak tengok tarian akak ni sila click sini.

Dan adik-adik ni juga membuat persembahan tarian.





Videonya di sini. 

Pose istimewa dari Mamah Yeyet :)

Seterusnya saya kongsikan juga foto-foto para pemusik. 







Dan berakhirlah sudah liputan majlis perkahwinan masyarakat Sunda yang telah saya hadiri pada bulan December 2014 yang baru lepas. 

Pada saya ianya adalah suatu pengalaman yang sangat menarik dan istimewa kerana saya dapat menyaksikan suatu adat kebudayaan serta kesenian masyarakat Sunda di Indonesia dalam satu majlis kahwin. Walau pun saya diberitahu bahawa majlis ini telah dibuat dalam versi ringkas kerana ada lagi beberapa acara yang tidak dibuat, saya tetap rasa beruntung dan gembira. 

Ok lah, selepas ini saya akan kembali dengan catatan percutian saya :).

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Friday, January 23, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

Liputan acara perkahwinan adat Sunda diteruskan.

Sebelum bergerak masuk ke khemah, pengantin lelaki bersama-sama ibu bapa dan bakal mertua serta semua anggota Galura Lengser mapag pengantin bergambar dahulu untuk kenangan. Sangat pakar mak andam mengatur susunan kedudukan untuk sesi bergambar ni yang dilakukan dengan begitu pantas dan tak buang masa. Jadinya foto ni sangat cantik. 

Sempat juga saya ambik gambar 2, 3 shots of these 2 ladies yg begitu anggun berbusana biru. Later saya noticed warna pakaian mereka ini adalah mengikut tugasan mereka. Ada juga sekumpulan wanita-wanita yang berbaju ungu cantik berkebaya. 

Mengikut adat berjalan masuk pengantin lelaki mesti diiringi dengan diapit oleh kedua-dua mertua dengan bonda mertua disebelah kanan pengantin dan pak mertua di sebelah kiri. Juga turut seganding adalah kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki.

Pada masa ini terdengar alunan gamelan dan nyanyian iringan oleh pemusik gamelan dan penyanyi-penyanyi yang berada di pentas. 

Dan mereka nilah penyanyi-penyanyi di majlis perkahwinan ini. Bapak tu juga bertugas sebagai pengacara majlis.

Saya ni kalau hal-hal kesenian memang suka sangat so saya carilah info on this Kesenian Galura Lengser mapag pengantin group ni based on their banner on location. Dan jumpa info ni je...hehe..
Jenis keseniannya dipanggil 'Degung'. Dan nama ketua group ni ialah Mamah Yeyet. 

I think mak cik ni la Mamah Yeyet. Suara dia bagus sekali, merdu mendayu-dayu. Memang pro lah! Live performance ok :).


Mamah Yeyet bersama group.

Seterusnya semua duduk bertentangan di depan pelamin untuk acara seterusnya. 

Masa ni hadirin masih didendangkan dengan nyanyian merdu Mamah Yeyet. 

Kemudian acara diambil alih semula oleh pengacara majlis dengan mengalu-alukan kedatangan pengantin lelaki dan keluarga serta rombongan. Juga ada videographer dan photographer.

Sempat saya maju ke pentas di mana Mamah Yeyet sedang duduk dengan penuh anggun. I think by now you already suspect lah yang saya suka pada Mamah Yeyet ni... she is sooo talented, one had to be there to listen to her singing. Dia begitu ramah dan berbual-bual sedikit dengan saya. Tak boleh la nak bual lama cause dia kan tengah ada acara. Lagi pun bahasa jadi sedikit penghalang antara kami...hehe. 
Sempat juga saya request ambil foto pongawa dan seorang penari Tari Merak bersama seorang pak cik yang nampaknya adalah orang penting dalam kumpulan ini.

Acara diteruskan lagi oleh pengacara dengan alu-aluan, pantun dan sedikit usik mengusik pengantin lelaki yang buat semua hadirin ketawa. Bagus pak pengacara majlis tu. 
Dan ini adalah para pemusik gamelan yang begitu bersahaja bila saya ambil foto-foto mereka. So cool :).

Wanita yang berbaju biru ni antara tugasan sebagai penyambut tetamu juga turut bertanggungjawab menberi buah tangan kepada hadirin. 
Hehe.... sibuk betul saya ke sana sini ambik gambar...haha. Kekadang tu risau jugak kot ganggu majlis. Tapi saya always always ke tepi bila official photographer dan videographer mereka melakukan tugasan mereka. 

Acara seterusnya ialah acara 'Penyerahan calon pengantin lelaki' yang biasanya dilakukan oleh orang tua yang mewakilkan pengantin lelaki. Yang menerima dari belah pengantin perempuan adalah juga diwakilkan. Waktu penyerahan dan penerimaan ini kedua-dua wakil akan memberikan kata-kata alu-aluan dan terima kasih kepada pihak yang satu lagi dan juga pelbagai nasihat yang bakal menbantu merukunkan rumahtangga kedua-dua mempelai kelak. 

Pak pengacara ni pandai betul mengusik pengantin lelaki pasal malam pertama yang buat pengantin lelaki tersipu-sipu malu...hehe... All done in good taste and humor lah :).

Selepas tu diikuti dengan penyerahan bunga telur hantaran oleh ibu pengantin lelaki kepada ibu pengantin perempuan. Ini saya assume was in the Malay tradition. 

Then I noticed these adik-adik beratur berjalan keluar khemah membawa satu alat musik yang dinamakan dumbuk pinggang. Ianya seperti rebana kecil yang dimainkan semasa mengiringi pengantin lelaki dan pengantin perempuan berjalan ke masjid untuk acara pernikahan di sana.

Dan ini ibu-ibu yang cantik berkebaya ungu bersulam berat. Cantik sangat :). Tapi saya tak tahu apa pulak tugasan mereka dalam majlis perkahwinan ini.

Adik-adik ni dengan dumbuk pinggang sudah bersiap sedia untuk mengiringi pengantin ke masjid berdekatan.

Kemudian pengantin perempuan pun dipanggil keluar untuk bersama-sama hadirin. Cantiknya! Elok bertudung dengan hiasan rangkaian bunga-bunga melati. Anggun!

Kemudian pasangan pengantin bersama ibu bapa akan berdiri berdepan seperti dalam foto dan pengacara majlis bersoal jawab sedikit kepada kedua-dua pengantin bertanya samada benarkah mereka bersetuju berkahwin dengan disaksikan oleh ibu dan bapa masing-masing. I suppose to basically making it official dan sebagai tanda setuju kedua-dua belah pihak untuk diijabkabulkan.

Bila dah setuju, mula la si pak pengacara majlis mengusik kedua-dua mempelai disambut dengan hilai tawa semua hadirin :).


Bapak pengacara ni memang lucu orangnya :)


Selepas tu, pengantin perempuan dibawa oleh ibu dan bapanya berjalan ke masjid berdekatan untuk acara akad nikah.

So pretty.

Pengantin perempuan bersama ibu dan bapa berjalan dahulu ke masjid diikuti oleh pengantin lelaki bersama ibu dan bapa serta rombongan, semuanya diiring oleh adik-adik yang bermainkan dumbuk pinggang dan seorang adik perempuan yang menyanyikan lagu-lagu nasyid. 

Mereka juga diiringi oleh para penyambut tetamu.

Acara akad nikah diadakan di Masjid Al Kautsar, Blok 3, Perumnas Subang.

Di bahagian dalam masjid di mana acara akad nikah berlangsung. Script akah nikad ada dalam dua bahasa. 

Semua pihak yang terlibat mula bersiap sedia. Bapa kepada pengantin perempuan akan melafazkan akad kepada pengantin lelaki. 


Pengantin perempuan didudukkan di sebelah kiri pengantin lelaki. Mereke berdua kemudian ditutupi dengan sehelai kain putih yang panjang sebagai satu simbol penyatuan dua insan yang masih murni. Kerudung itu akan dibuka pada saat kedua mempelai menandatangani surat nikah.


Acara dimulakan dengan bacaan Al Quran.

Selepas itu diikuti dengan bacaan al-Fatihah, Imam memberikan ucapan pembukaan berkaitan tujuan nikah dan sebagainya. Pada masa yang sama pengesahan siapa pasangan serta saksi ditetapkan. Kemudiannya disampaikan khutbah nikah.




Dan akad pun dimulakan dan dilafaz dengan sekali lafaz oleh pengantin lelaki. Alhamdulillah dah selamat mereka bernikah.



Lepas tu beberapa dokumen ditandatangani oleh semua pihak berkenaan.

Dan acara sarung cincin dan cium tangan.


Ni jurufoto la suruh diaorang bergaya macam ni. Eh.. not me la...hehe...


Dan mereka pun sah lah sebagai suami dan isteri. Ni mereka bergambar dengan Kutipan Akta Nikah atau Excerpt of Marriage Certificate yang dikeluarkan oleh Kantor Urusan Agama, Kota Subang, Jawa Barat Republik Indonesia.

Tersenyum gembira kedua mempelai. Yang dua di belakang kelihatan begitu gembira adalah bapa-bapa mereka :).

Setelah sah sebagai suami isteri baru mereka berjalan bergandingan bersama menuju semula ke rumah pengantin perempuan untuk acara seterusnya.

Cepat-cepat saya jalan ke depan untuk mendapatkan sudut ni...hehe. Cantik sekali. Para ahli kesenian dan pemain dumbuk pinggang beratur kemas ikut susunan forming satu jalan untuk dilalui kedua-dua mempelai.

Dengan iringan semua hadirin bersama alunan paluan dumbuk pinggang, mempelai berjalan ke rumah pengantin perempuan. 

Ye, tak habis lagi. Ada a few more acara which I will wrap up in the next entry... :)

Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.