Showing posts with label qatar airways. Show all posts
Showing posts with label qatar airways. Show all posts

Wednesday, December 9, 2015

KEMBARA EROPAH - DAY 01 - DEPARTURE - UK - BICESTER VILLAGE

Assalamualaikum

Saya mulakan dengan بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم dan ucapan rasa syukur الحمد لله ربّ العالمين pada الله سُبْحَانَهُ وتَعَالَى kerana sebagai penutup jalan-jalan percutian kami untuk 2015 saya dan isteri telah berpeluang pergi ke Western Europe dan selamat perjalanan dan selamat pulang dalam pakej percutian Kembara Eropah bersama syarikat perlancungan Kowamas Holidays Sdn Bhd.

Pakej 10 hari 8 malam ni merangkumi 6 negara: United Kingdom, France, Belgium, Netherlands, Germany dan Switzerland. Maknanya, kami di sesebuah negara cuma sehari atau dua hari sahaja. Kami rasa pakej ini sesuai untuk kami sebab tak perlu ambil cuti lama dan harga pakej pun dalam bajet. Nak lagi lama, maka lagi mahal la harganya.

Peta perjalanan kami yang disediakan oleh pihak Kowamas Holidays Sdn Bhd.


Disebabkan nak ke 6 negara maka perlulah kami tukar duit ke British Pound ‎£, Euro € dan Swiss franc CHF. Ketiga-tiga matawang ni mudah didapati di Pengurup Wang Berlesen berbanding Sri Lankan Rupee yang kami perlukan semasa ke Sri Lanka beberapa bulan yang lalu. Saya perasan duit Swiss macam matawang Sri Lanka kerana dicetak secara portrait format instead of landscape format.

Satu lagi persediaan nak ke Eropah ni, kami tentulah mesti bawa winter coats kerana semasa di sana nanti suhu dijangka akan serendah 0 °C. Jadinya tentu bag akan penuh dengan winter wears. So isteri saya mencadangkan kami vakumkan baju sejuk kami to save space in the bag. Saya share cara kami vakum bulky winter coats ya.. hehehe...

Mula-mula masukkan baju sejuk kemas-kemas ke dalam bag plastik khas ni. Setelah ditekan-tekan untuk mengeluarkan sebanyak udara yang boleh dari bag, barulah bahagian terbuka bag ini ditutup rapat seperti seal bags.

Lepas tu mulalah menggulungkan bag dari bahagian bukaan ke arah hujung beg. Di hujung beg ini ada satu lorong laluan angin yang membolehkan angin keluar semasa beg digulung. Laluan lorong angin ini telah dicipta untuk memastikan angin tidak boleh masuk semula bila gulungan dibuka semula.

Ya betul, cara ini tidak memerlukan mesin vakum atau pam sedut untuk menyedut angin keluar dari beg :). Bila dah kempis macam ni maka bolehlah bag berisi baju sejuk ini dilipat-lipat ikut cara bagaimana nak letak dalam luggage. Harga beg ni cuma RM20.00 sahaja untuk 2 beg bersaiz besar dan sederhana. Ada juga yang berharga lebih murah. Sangat save space!


Dalam folder dari Kowamas Holidays Sdn Bhd juga ada peta ini yang menunjukkan anggaran masa perjalanan-perjalanan kami. Alhamdulillah, tak la lama sangat. Agaknya lebuhraya di sana adalah bagus. Juga kami diberitahu undang-undang di sana mewajibkan pemandu-pemandu bas berhenti memandu setiap 2 jam dan rehat selama 30 minit sebelum meneruskan perjalanan. Dan bila dah berhenti tu tentulah boleh go toilet breaks. Ni sangat penting!! Hehehehe.



Untuk memudahkan kami menunaikan solat, kami juga beli botol air Wudhuk Spray ni. Juga sangat membantu untuk beristinjak kerana kebanyakkan toilet di sana tidak ada kemudahan air di dalam toilet. Tapi ingat, jangan pulak bawak botol ni berisi air masa nak check in di airport!



Persediaan seterusnya tentulah nak uruskan si Tam Tam. Sebab kami nak tinggalkan dia 10 hari, jadi mesti la boarding. Tentulah akan rindu, jadi kami minta Alan, owner Pet Shop ni, supaya send us a few photos of Tam Tam masa kami di sana nanti :). Tam Tam's favourite blanket tu my wife yang cadangkan bawak sekali which I totally agree :).



Pada 13 November 2015, lebih kurang seminggu sebelum kami nak bertolak, dunia dikejutkan dengan berita Paris diserang ISIS dengan serangan bom bersiri di kota Paris. Lebih 100 orang terbunuh sementara 200 orang lagi cedera semasa serangan bom tersebut di 6 lokasi. Jadi kerajaan Perancis telah menutup sempadan dalam usaha menjejak militan yang terlibat.

Jadi kami tertanya-tanya adakah percutian kami akan dibatalkan? Masih kami boleh memasuki France? Atau mungkinkah kami akan sekadar lalu sahaja negara Perancis tanpa henti di tempat-tempat lawatan seperti dalam itinerary? Atau adakah it is even safe to be in Europe? Still we remained positive and banyak berdoa semoga perjalanan-perjalanan kami selamat.



Kejadian serangan bom di Paris ini telah buat kami teringat semula kejadian-kejadian atau ujian-ujian yang kami hadapi semasa percutian-percutian lain kami sebelum ini.

1] Ke Jepun 2014:
3 minggu sebelum ke Jepun, pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dan tidak ditemui sehingga kini.

2] Ke Turki [2014]:

2 minggu sebelum ke Turki, pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine selepas ditembak peluru berpandu.

3] Dari Bandung ke Surabaya [2015]:

Sewaktu kami sedang menunggu untuk ke Surabaya dari Bandung, pesawat Indonesia Air Asia QZ8501 terhempas di Laut Jawa dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Begitulah, kita hanya mampu merancang, Allah swt lah yang menentukan segalanya. Dan mestilah kita iringi dengan doa dan berserah padaNya.

Oleh kerana kejadian di Paris maka Tour Leader kami telah memaklumkan yang kami mungkin akan berdepan masalah nak masuk Perancis atau pemeriksaan masuk mungkin akan lebih ketat.



Inilah Tour Leader kami, Roy. Kami dicheck-in secara kumpulan which was really helpful. Tak payah beratur semua diurus oleh Roy. Flight ke Doha dan lepas tu ke Heathrow. Kami lega sangat ada transit sebab lepas flight ke Turki dulu kami dah macam serik nak naik flight yang lebih 8 jam. Sakit-sakit badan kami masa tu. Maklum je la, umur dah macam ni :). Anyway, flight ke Doha pukul 2:40 pagi. So mesti dah ada di airport pukul 11:40 malam.


Kami juga diberi satu folder biru yang dalamnya ada maklumat-maklumat pakej dan perjalanan.

Kami juga diberi tags, tags untuk beg dan peta perjalanan.


Flight kami ke Doha, QR0853 with Qatar Airways. Group kami dari KL adalah seramai 22 orang dan kami akan disertai oleh satu lagi family di London.


Biasa la since tak tidur lagi masa dah lewat malam maka perut jadi lapar. So we had roti bakar dan teh tarik.


Peta dan flight paths of Qatar Airways flight QR0853. Penerbangan kami telah mengambil masa selama 7 jam 27 minit.

سُبْحَانَ الَّذِىْ سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَاكُنَّالَهُ مُقْرِنِيْنَ وَاِنَّآ اِلَى رَبّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ

Good tips! Because Qatar Airways cares :).


Berlepas mengikut jadual. I must say that Refreshing Towel is such a good idea! And the socks! Love it sebab saya kalau flight lama ni suka bukak kasut so the sleeping socks tu memang sesuai sangatlah.  Alhamdulillah.

Late night snacks. Fajitas and cake. Yum! :).

Then time to sleep..... Gegar sikit masa lalu atas India.

2 jam sebelum sampai Doha, sarapan :).

We had the omelette with sausage.

Approaching Doha.

Alhamdulillah, selamat sampai di Doha, Hamad International Airport pada 5:10 pagi waktu tempatan.


Kami transit selama 2 jam di Doha. Ni Roy sedang distribute boarding pass dari Doha ke London. Memang dia pegang dari KL sebab takut kalau bagi awal-awal di KLIA tadi nanti ada pulak yang hilang. Good idea!

Hamad International Airport yang impressive!

Kereta mewah tu ialah hadiah utama satu peraduan membeli-belah yang dianjurkan oleh Hamad International Airport.

Maklumat penerbangan seterusnya ke Heathrow.

Di Gate A5.


Di ruang menunggu. Masa ni admittedly memang saya rasa letih sebab tadi dalam kapalterbang tak dapat tidur lena. Hopefully masa flight ke London saya dapat good nap.

Boarding. Pesawat Airbus 380. Ada 2 tingkat. Masa pramugari tu tunjukkan lorong ke tempat duduk saya, saya bergurau dan tanya, bukan ke tempat duduk saya di tingkat atas? Gelak cik pramugari lawa tu.

Since flight ni siang, maka dapat la a few shots bangunan Hamad International Airport ni.

Also dapat juga these beautiful shots of Doha yang diambil oleh isteri saya :).



Dapat la jugak foto skyscapers ni :).

Flight dari Doha ke London juga ambil masa 7 jam. Kiranya Doha ni kedudukannya betul di tengah-tengah perjalanan KL ke London.

Flight paths Qatar Airway QR003.



Kapalterbangnya 2 tingkat. Bila la agaknya dapat merasa seat di tingkat 2 tu.. hehehe.

Important messages.

Boleh charge handphone.

Makan! Memang tengah lapar.. hehehehe....

Gegar sikit masa lalu atas Tasik Van, Turki.

In-flight entertainment. Amazing and latest!

Makan lagi! :) Sarapan, 2 jam sebelum tiba London.

Reaching Heathrow.

Airport Heathrow sibuk, so kapalterbang kena berlegar. Saya suka kapalterbang ni sebab ada kamera di ekor :).

Berlegar tu kami manfaatkan dengan mengambil gambar :).


Alhamdulillah, selamat mendarat. Terminal 4, Heathrow Airport. Tapi ada annoucement minta semua penumpang to remain seated. Then ada satu lagi annoucement minta kalau ada doktor di kalangan penumpang untuk ke barisan belakang. Selepas penumpang yang perlukan medical attention tu diiring keluar oleh beberapa crew barulah kami boleh disembark. Tapi if you ask me, the said penumpang bukannya ada masalah kesihatan cause I saw him masa di row belakang tadinya. He looked fine tapi dalam keadaan nak mengamuk. Tak tau apa halnya dia tu. Sampai tepuk2 kepala dengan kedua-dua tangan dia. Dah tension dan tak sabar sangat nak keluar kot. Saya juga nampak jenuh pramugara2 cuba menenangkan dia. And when he was escorted out pun he looked fine. Macam-macam....

Muka selepas hampir 15 jam penerbangan... hehehe...

Terminal 4, of 5 terminals. Lepas ambil beg kami pun menunggu bas di luar. Dah mula rasa sejuk dah masa tu.. hehehe...


Panjang sangat kan entry ni.... hehehe... 

Okeh, kita sambung ya... boleh ya... :)

Bas sampai terus kami ke Bicester Village. Perjalanan lebih kurang sejam. Cuaca cukup baik masa tu dengan langit biru. Alhamdulillah.

Lepas tu.. ehhh...  mendung pulak. Memang dah check weather forecast dan ramalan cuaca adalah hujan dengan suhu bawah 10 °C. 

Banyak burung ni saya nampak di London, the black-billed magpie.

Tengok luar tingkap nak ambik gambar sign board. Kebetulan ada kapal terbang lalu :).

Boleh tahan jugak traffic di sana. Tapi masa di highway, semua lancar.

Dari dalam bas boleh nampak wonderful sceneries. 





Sekejap nampak dramatic sky. Lepas tu green fields. Then silhouette of a row of tress against blue cloudy sky. 



And one can see horses too! :)

Since berdekatan dengan Heathrow Airport, so boleh nampak a few planes in the sky. 

More green fields, windmill and cows. Imagine my excitement.. hehehehe...

And amazing scenery like this! 

Punya la happy dapat shots ni.. hehehehe... 

Gemuk-gemuk biri-biri di sini. Ke bulu tebal? :)




Dan kami pun tiba di Bicester Village. Ni tempat shopping barang-barang branded yang dikatakan murah-murah harganya. 

I know, I know... sampai-sampai je terus gi shopping. Dah gitu itinerary, ikut je la. Pada kami walau pun kami tak de plan nak shopping, tempat ni cukup menarik sebab ni peluang kami tengok such a 'village' where they sell so many branded products in one place di UK. But let me tell you, many others dalam rombongan kami memang excited nak shopping di sini. Well, good for them!! 
Bicester Village is an outlet shopping centre on the outskirts of Bicester, a town in Oxfordshire, England.

Ni shots using Sambung Galaxy Note 3 dengan handphone wide angle lens :). 

Ni lorong masuk ada beberapa penyambut-penyambut tetamu. 

Tu dia... dah mula nampak Prada dan Burberry. 
Ada 131 kedai di sini. So boleh shop sampai drop.. hehehe...

Ok, di Bicester Village ni bangunan kedai-kedai lebih kurang serupa je like these buildings. 
Perkampungan membeli belah yang dilawati oleh 6 juta manusia setahun. 

Memang cantik la village ni. 
Dikenali sebagai Designer Outlet Shopping atau Chic Outlet Shopping place. 


Ada banyak Chic Outlets rupanya termasuk 2 di China. 

Info on Bicester Village untuk yang berminat nak shopping di sana.







Actually sampai je di situ pertama sekali kami sibuk cari butik Dior, tapi bukan untuk shopping tapi untuk cari Contemplation Room tu.. hehehe...  Isteri saya suggest elok kami bersolat di sini. Dia dah check di internet dan ada Contemplation Room dekat butik Dior.

Arah ke Contemplation Room.


Ni la Contemplation Room di Bicester Village. Cukup selesa. Cuma nak berwuduq kena di toilet. Yang saya nampak cuma orang Islam je yang guna bilik ni untuk bersolat. Lega sungguh rasanya dah bersolat. Syukur Alhamdulillah telah dipermudahkan dan kami dapat bersolat dengan selesa. 

Tetiba rasa lapar.. hehehe... sejuk-sejuk ni cepat laparnya... :). Kami ke Pret A Manger for some snacks. 


Pret A Manger is a popular gourmet sandwich stop. Delicious fare includes fresh soup, filled baguettes, spicy melts, crispy salads and deluxe sushi. 

Suasana dalam Pret A Manger. No long queues. Great! :)

Nice ambience. It sure was good to be inside where it's warm :).



Huih.. lega betul dapat sip hot tea masa tu since kat luar sejuk around below 10°C.


Since tak shopping and since we had like 2 hours to kill, so kami jalan-jalan around the village. Here are some of the brands yang ada di situ. 





Masa tu pukul 4:45 petang hari dah gelap. Bila gelap Christmas lights dipasang. Cantik! 


Ada kisah lucu masa kami di luar kedai Superdry tu. Salah seorang pak cik dari rombongan kami keluar dari kedai tu dan beritahu saya yang harga sehelai spender di kedai tu berharga RM170.00! Hahahaha....

Wah... mahalnya! Saya tahu barangan Superdry memang mahal tapi tak sangka pulak semahal tu.  

Ni saya letak satu foto untuk bandingan harga barangan Coach. Adakah lebih murah dari harga di Malaysia? 






Food van ni namanya 'Manja! Wraps'. Notice the first wrap yang dikategorikan as Halal. Wraps yang pertama dan kedua ada explanation dalam arabic. Yang ketiga tak de sebab tu ada pork. Jadi macam mana nak makan yang halal bila ia dihasilkan dalam satu tempat yang juga buat pork wrap?
Manja! Wraps – street food all wrapped up.


Lepas 2 jam jalan-jalan di Bicester Village sambil tengok ramai orang dari pelbagai negara membeli belah barangan branded, kami pun bertolak untuk makan malam dan selepas tu ke hotel. 

Dinner kami di restoran Shahzad. 

Info on Shahzad House restaurant.



Selesa.

Delicious buffet dinner. Alhamdulillah.



Dah kenyang, naik balik bas nak ke hotel.

Kami menginap di Novotel London Heathrow. Ada free wifi.. Yay! :)

High ceiling lobby yang besar.

Dah dapat kad kunci, terus ke bilik. Ambik gambar dulu sebelum berselerak.. hehehe... 

Dah selesai mandi dan bersolat, back up foto-foto :).

Bersambung....


Kerana individual blog entries saya (listed below) adalah panjang-panjang belaka, dan terbahagi pulak pada 15 bahagian, maka saya juga dah buatkan satu entry khas ringkasan catatan untuk keseluruhan 11h8m Kembara Eropah ini dalam (1) satu blog entry yang boleh dibaca di sini. Dalam ringkasan ini saya tambahkan lagi beberapa maklumat penting dan juga observations yang saya fikir boleh membantu.  

Untuk catatan lengkap dari hari ke hari, di bawah ni adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:
01) KEMBARA EROPAH - DAY 01 - DEPARTURE - UK - BICESTER VILLAGE

02) KEMBARA EROPAH - DAY 02 - PART 01 - UK - LONDON CITY TOUR

03) KEMBARA EROPAH - DAY 02 - PART 02 - UK - LONDON CITY TOUR

04) KEMBARA EROPAH - DAY 03 - PART 01 - FRANCE - PARIS CITY TOUR

05) KEMBARA EROPAH - DAY 03 - PART 02 - FRANCE - PARIS CITY TOUR

06) KEMBARA EROPAH - DAY 04 - BELGIUM – ATOMIUM

07) KEMBARA EROPAH - DAY 05 - PART 01 - NETHERLANDS - ZAANSE SCHANS DAN AMSTERDAM CITY TOUR

08) KEMBARA EROPAH - DAY 05 - PART 02 - NETHERLANDS - AMSTERDAM CITY TOUR

09) KEMBARA EROPAH - DAY 06 - PART 01 - GERMANY - KE COLOGNE DAN COLOGNE CATHEDRAL

10) KEMBARA EROPAH - DAY 06 - PART 02 - GERMANY - KE FRANKFURT

11) KEMBARA EROPAH - DAY 07 - PART 01 - GERMANY - KE BLACK FOREST DAN TITISEE-NEUSTADT

12) KEMBARA EROPAH - DAY 07 - PART 02 - GERMANY - BLACK FOREST, TITISEE-NEUSTADT DAN RHEINFALLS

13) KEMBARA EROPAH - DAY 08 - PART 01 - SWITZERLAND - MOUNT TITLIS

14) KEMBARA EROPAH - DAY 08 - PART 02 - SWITZERLAND – LUCERNE

15) KEMBARA EROPAH - DAY 09 - GOING HOME

16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.