Showing posts with label pantai sepat. Show all posts
Showing posts with label pantai sepat. Show all posts

Wednesday, September 25, 2019

KUANTAN - DAY 03 - PART 01 - PANTAI SEPAT

Baik, saya sambung cerita program jalan-jalan saya pada hari ketiga di Kuantan. 

Apa-apa pun sarapan dulu. 

Breakfast extra sikit sebab plan nak jalan-jalan sampai petang... hehe.


Isteri pergi kerja, saya dibawa En Badrul, the Grab Car driver I met semalam yang bersetuju nak bawa saya jalan-jalan hari ni. 

Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

Lepas bincang serba sedikit dengan En. Badrul tentang program jalan-jalan saya pagi itu, kami pun menuju ke destinasi pertama iaitu Pantai Sepat. Jadi kalau semalam program jalan-jalan hari kedua saya ke utara Kuantan, pada hari ini ke selatan pula, specifically ke bandar Pekan.

Passed Tenun Pahang Diraja which kami akan singgah on the way balik ke bandar Kuantan nanti. 

Melalui kawasan perkampungan seperti Kampung Derhaka, Kampung Kempadang, Kampung Rhu Bongkok dan Kampung Sungai Dua.  


Ok dah sampai ke Pantai Sepat. Tak jauh, cuma about 15 km dari Mega View hotel or about 20 minutes drive ikut Jalan Tanjung Lumpur.

Sebenarnya saya pernah ke pantai ini pada 2015 masa program jalan-jalan Pantai Timur saya. Since dah memang on the way, maka saya singgah la. Ada satu lagi sebab kenapa saya singgah. I'll tell shortly.

Pokok-pokok unik di Pantai Sepat. I wonder kenapa pokok-pokok ni semua condong ke arah darat? Adakah sebab tiupan angin yang kuat dan berterusan? Ada kami nampak pokok-pokok condong masa bercuti ke New Zealand dan sebabnya kerana ditiup angin. 

En. Badrul turut sama jalan di pantai ni. Saya prefer begitu sebab saya rasa tak nice la kalau dia cuma tunggu je saya di kereta. 

Ehh... ada ketam... hehe. 

Susah betul nak ambil gambar ketam ni! Dah kecil, tak duduk diam pulak tu.. hehehe.

A beautiful morning at Pantai Sepat, Pahang.

A couple having a nice long walk enjoying each other's company. 

Ok gak En. Badrul jalan sama, boleh la tolong ambilkan gambar saya.. hehe.

Pantai Sepat ni landai dan luas dan panjang. 

Dan juga bersih. 


Mencuba lagi ambil gambar ketam halus ni.. hehe.

Banyak blur-blur. Yang ni je yang decent.

Anyway enjoying the scenery at beach is always calming.

Especially bila pantai tiada orang. 


Saya suka tengok permukaan laut yang seakan-akan berkabus itu.

Ada orang sedang sendirian berjalan di pantai. 

Sambil menenangkan fikiran sambil bersenam. I do envy her. It's like she had the beach all to herself. 



Ada la nak dekat setengah jam juga kami di pantai. Saya pun ajak En. Badrul beredar tapi saya minta dia berhenti di satu spot dulu di depan sana sebelum ke Bandar Pekan. 

Saya suka suasana banyak pokok kelapa di kawasan Pantai Sepat ni.


Tu papan iklan The Saddle Resort & Riding Center. So sesiapa yang berminat nak mengunggang kuda bolehlah ke resort tu.

Tenang je drive di sini. Jalannya lengang. Jangan drive laju, windows down and enjoy the scenery.

Saw quite a few cyclists. 


Ok, ini spot yang saya nak stop by kejap. 

Pada 2015 yang lalu saya ada stop di spot ini. Yang pada saya cantik la sangat. 

Tapi suasananya dah berubah. 

Ye la kan, dah 4 tahun passed by.

Yang di phone saya tu masa 2015. 

Inilah foto-foto spot ini yang saya ambil pada 2015. Cantik ada air dan reflections. 



Dan kami pun meneruskan perjalanan ke Bandar Pekan.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Monday, June 8, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - DEPARTURE - PANTAI SEPAT

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 01 - Part 01 - Departure and Pantai Sepat.

Memang dah lama sangat dah teringin nak jalan-jalan ke pantai timur. Seronok baca blog kawan-kawan pergi ke sana. Makanya dengan gigihnya saya pun buat perancangan, buat baget dan mencari tempat-tempat menarik di sana. Banyak sungguh tempat-tempat menarik sebenarnya di sana tu. Jenuh memilih... hehe. Dah siap semua maka bertolaklah saya pada 21 May 2015 yang lepas. 

Rancangannya ringkas je. Pandu kereta dari KL ke Kuantan dan seterusnya ke Kuala Terengganu dan berakhir di Kota Bharu. Then balik KL ikut Gua Musang. Dan di sepanjang perjalanan berhenti di tempat-tempat menarik antara dan around ketiga-tiga bandar ni, mana yang sempat. Santai-santai dan enjoy je :).

Kali ni saya pergi berjalan dengan kawan saya Johan. Susah jugak nak cari kawan-kawan yang boleh pergi sama ni. Akhirnya pergi berdua sahaja sebab yang kawan-kawan yang lain semua tak dapat join sebab pelbagai hal. 

Lepas solat subuh kami terus bertolak. 

Masa dalam jam di jalan Ampang, on the opposite side, ada accident!
Terus berdoa semoga perjalanan-perjalanan kami selamat. Jauh kami nak jalan ni. 

Di highway berhenti sekejap isi perut. Mahal sungguh makna di Kaya Kopitiam tu! Spending kena jaga sebab ni trip baget!

Cantik sebenarnya pemandangan di highway ni masa awal pagi. Baru saya tahu sebab saya ni tersangatlah jarangnya travel di lebuhraya ni.


Of course lah a couple of snaps of the tunnel :).


Indah berkabus. SubhanAllah. 


Dan akhirnya kami pun sampai ke destinasi pertama. Kami tidak ke Kuantan dahulu sebab nak ke arah Pekan. On the way to Pekan singgah dulu sekejap di Pantai Sepat. Actually banyak sekali pantai-pantai menarik jadi kami plan singgah mana yang sempat dan sekejap sahaja for me to take a few shots. 

Dan tentunya saya took snaps of people too :).

Masa menyusur Pantai Sepat ni dalam kereta saya ternampak 2 orang lelaki ni. Seorang membawa jala dan sorang lagi membawa baldi. Saya jadi curious! Photo opp yang bagus ni.. hehe. Terus saya asked Johan to stop at the nearest parking area. 

Memang cantik Pantai Sepat ni. Long sandy beach.

Saya pun terus menuju ke arah lelaki2 tadi curious nak tahu apa yang mereka buat. Well, it was pretty obvious mereka sedang menjala but I want to know more lah.. hehehe...

And dapat satu shot jala sedang ditebar! :)

Saya pun beri salam dan berteguranlah dengan lelaki2 tu. Sambil sembang2 tu mereka beritahu yang mereka sedang menjala ikan belanak untuk dijadikan umpan. 

Dan ikan-ikan tangkapan tu diletak dalam baldi ni siap ada pam udara supaya ikan-ikan terus hidup dan segar. Tentunya ikan hidup is a better bait kan :).

Secara fotografi, this encounter sure was a good and promising start for the trip :).

And as they moved on to the next area untuk menjala, saya pun beralih ke pemandangan Pantai Sepat yang cantik ni for a few shots. 



Walau pun panas masa tu, tapi rasa lega juga sebab suasana berangin :).

One shot taken with mobile phone :).

Pantainya luas, bersih, berpasir dan landai. Pastinya masa weekend ramai pengunjung berkelah dan beriadah. 

Beautiful blue sky!


A couple of people shots :)


One of my fav shot lah :).


Saya jalan jauh sikit lagi di kawasan tepi pantai yang banyak pokok.

Ada orang yang sedang memancing.

Lega dapat berteduh di bawah pokok-pokok yang rendang ni.



Brader ni tengah doing some long distance fishing. 

Dia tengah buat long distance casting. A bit of an action shot lah :).

Ada pulak burung-burung ni tengah terbang. Kelam kabut cuba nak dapatkan shots.. hehehe. Maklum la kan, tadinya dah berjam-jam dok dalam kereta, I was itching to take some photos.. hahaha... 


Sabar menunggu umpan dipagut. 

Saya approached lelaki ni dan kami sembang. Sekejap je sebab saya tak nak la macam mengacau pulak kan :). Anyway, dia memang cuti hari tu dan suka datang memancing masa week day masa tak de orang. Kalau petang atau hujung minggu, memang ramai orang kata dia.

A shot of the man's long distance fishing reel. 

Selesai saya ambik gambar kami pun masuk kereta untuk ke Pekan. 
Tiba-tiba.... ehhh... lembu!! Banyak! Mesti lah take a few shots.. hehehee... 
Siap berhenti tepi jalan nak ambik gambar lembu ok.. hahaha... 

So scenic! Dengan lembu-lembu di padang hijau with houses and coconut trees di background. Nice lah! 

Suasana jalan di Pantai Sepat yang lengang masa tu. We rolled the car windows down and enjoy the cool angin laut :). 

Tiba-tiba saya ternampak view ni! SubhanAllah, cantiknyaaaaa!

Serta merta saya mintak Johan to stop the car. Stop je saya practically jumped out the car.. hahahaha... 

Mula-mula I just let it all in. Nikmati keindahan alam ciptaanNya. Lama dah saya teringin nak lihat scenery sebegini bukan dari gambar2 tapi secara live. Macam tak percaya pun ada juga but there it was. 







Of course one shot taken with samsung mobile phone :).

Puas ambik gambar, kami pun bertolak ke destinasi seterusnya, ke Pekan...

Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:
01) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - DEPARTURE - PANTAI SEPAT
02) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KAMPUNG BUDAYA PULAU KELADI
03) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KUANTAN RIVER CRUISE
04) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1 DAN PANTAI-PANTAI TELUK CEMPEDAK-BESERAH-BATU HITAM
05) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PAYUNG GUESTHOUSE AND CHALETS
06) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PAYUNG GUESTHOUSE AND CHALETS
07) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PANTAI CHERATING DAN PANTAI KEMASIK
08) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PUSAT KONSERVASI PENYU - PANTAI JAMBU BONGKOK - PANTAI KELULUT
09) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID TENGKU TENGAH ZAHARAH DAN BAS CAS LIGAS
10) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR BESAR KEDAI PAYANG, KUALA TERENGGANU
11) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KAMPUNG CINA, KUALA TERENGGANU
12) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID ABIDIN DAN KT WALK
13) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - LARIAN PERDANA PMINT DAN MASJID KRISTAL
14) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - TAMAN TAMADUN ISLAM
15) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - TAMAN TAMADUN ISLAM RIVER CRUISE
16) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM NEGERI TERENGGANU - BOT KAYU
17) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - FESTIVAL KESENIAN KEBUDAYAAN
18) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR BESAR KEDAI PAYANG
19) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MENUJU KE KOTA BHARU DAN PASAR SITI KHADIJAH
20) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - BANK PITIS-ISTANA BALAI BESAR-ISTANA JAHAR-ISTANA BATU- KG KRAFTANGAN
21) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PASAR SITI KHADIJAH - SARAPAN
22) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KB PERMAI SILVERCRAFT
23) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - NORDIN BATIK AND CRAFT SDN BHD
24) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - RS SERUNDING ENTERPRISE
25) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - DODOL HJH WAN NAB - BURUNG CANDIK
26) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - BAHULU PASIR HOR
27) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - GALERI WAU PAK SAPIE - CIK MINAH SONGKET
28) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - RESTORAN NASI ULAM CIKGU - MUZIUM KRAFTANGAN
29) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - ISTANA BATU
30) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MASJID MUHAMMADI - MEMORIAL PEPERANGAN DUNIA KEDUA
31) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM ISLAM
32) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - MUZIUM WAU
33) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2015
34) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - GOING HOME
35) JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - TRIP SUMMARY


No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.