It will be a long day of touring, so must eat hearty breakfast lah. Well, mana yang boleh makan je la.. hehe. Saya dah tanya Manager restaurant ni yang kebetulan seorang beragama Islam bernama Nijam dan dia tunjukkan mana yang boleh makan.
![]() |
| Nijam, Manager restaurant di Novotel Heathrow London ni kata dia seorang beragama Islam [kami saling memberi salam] dan dia memastikan memang makanan yang kami pilih adalah halal. |
Selepas breakfast kami terima via WhatsApp peta Oxford Street ni yang dihantar oleh salah seorang ahli rombongan kami. How nice :).
![]() |
| Kalau lah kami ni memang nak bershopping tentunya peta kedai-kedai ni sangat helpful. Still the road maps is important. |
Pukul 9 pagi kami dah bertolak ke London yang jauhnya lebih kurang sejam perjalanan dari hotel Novotel Heathrow. Wet roads and grey sky. A wonderful day to start the morning.. hehehe...
I love it that di sana ada lots of benches in small parks macam ni.
Pastinya masa dalam bas saya cuba capture suasana pagi di sana.
Westfield, salah satu shopping mall yang besar di sana - Westfield London Shopping Centre, the largest covered shopping development in the capital dengan keluasan sebesar 150,000 m² which is sebesar 30 padang bola! Tu dia, kalau shopping kat sini mau kena datang 2 hari baru habis cover.. hehe.
Kalau dah minat, suhu below 10°C pun sanggup ke padang main bola. Bukan je 10°C, tapi dengan hujan renyai dan berangin.
Chim, chimney
Chim, chimney
Chim, chim, cher-oo
Good luck will rub off when
I shakes hands with you
Or blow me a kiss
And that's lucky too
:)
Tak pasti samada ini adalah masjid or an Islamic center.
Londoners.
Kalau kami ada peluang ke London lagi, kami merancang nak naik Big Bus London tu. Tapi not winter time la.. hehehe...
Our first short stop was at this 'Museum for life-size wax replicas of famous Americans and historic icons in themed galleries'. Tak masuk tapi...
So ambik je la gambar kat luar :).
Bangunan yang bentuk dome tu dulunya adalah sebuah planetarium tapi sekarang dah jadi sebahagian Madame Tussauds. Now it houses the the Marvel Superheroes 4D attraction.
Tak kira cliché ke tak, nak jugak bergambar dengan red telephone box, the British cultural icon... hehe..
Di wax museum ni juga rupanya ada section Bollywood.
She is so beautiful! :)
Masa dok ambik gambar depan Madame Tussauds ni, staff Mario's ni datang menegur. Bersembang le kejap dengan dia sambil dia sibuk menghisap rokok. A really nice fella. Well, since I was looking every bit like a typical tourist [haha..] dia pun tanya stuff like where am I from, where am I traveling to etc etc and he suggested some nice places in London that I might like to go.
![]() |
| Surprisingly I was able to understand him despite his quite thick British accent.... hehehe... It was fun talking to him actually. |
Pagi di London yang sejuk dan berangin.
Bangunan belakang tu ialah The Baker Street Emporium. Ada banyak gifts and souvenirs shops dalam tu.
Bangunan kotak warna coklat tu ialah University of Westminster.
Bergambar kejap dengan Roy the tour guide dan Alex the bus driver.
![]() |
| Btw, Alex ni asalnya dari Greece tapi dah duduk UK for 17 years. Strict dia ni. Dalam bas tak boleh makan, berdiri dan berlari. Ye la kan, dalam rombongan ada budak-budak maka elok la peraturan macam tu. Alex juga jual air botol bersaiz 500ml natural spring water dengan 1£ for 2 bottles. He was an excellent bus driver. |
We were waiting for a local tourist guide. So I took lah more Londoners shots. So basically macam ni la their typical winter wears.
Mostly grey, black and dark blue. Warna gelap2.
Selepas di Madame Tussauds, kami meneruskan city tour to other parts of London. Kami lalu di Regent's Park. Ini Taman DiRaja. Satu lagi ialah Hyde Park.
Dalam taman ni ada Regent's University London, outdoor sports area, teater terbuka dan London Zoo. Berdekatan dengan taman ni ada a higly visible landmark, the London Central Mosque, yang juga dikenali sebagai Regent's Park mosque.
| Besar taman ni, seluas 395 ekar. Di taman ini ada 400 jenis bunga ros dan 100 jenis burung. Tapinya kami dapat tengok dari luar je la, itu pun dari dalam bas. Dah gitu kaedahnya kalau program bus city tour ni. Apa-apa pun bersyukur :). |
Ini pula ialah the International Student's House. Apa yang menariknya? Yang menariknya ialah pondok telefon tu... hehe...
Dalam pondok telefon tu ada iklan-iklan nakal ni.. seksinya nurse tu.... hehehehe...
Selalunya bas di London ni warna merah. So saya tanya la the local tourist guide, nama dia Isabelle, pasal bas hijau ni. Dia kata ni bas dari luar kota London. Bas hijau ni was first introduced in 1962.
![]() |
| Huih.. lagi tua usia dari saya bas ni.. hehehe... |
Next kami lalu di Regent Street ni. Salah satu shopping area yang ada banyak kedai barangan berjenama. Selain Regent Street ni, Oxford Street juga area shopping yang terkenal.
Some people photography :).
Di Oxford Circus Station. Kata Isabelle circus dalam bahasa latin bermaksud bulatan - a circular area in a town where several streets cross one another.
![]() |
| A popular meeting point as well kata Isabelle. |
Orang-orang London masa winter pun rajin keluar shopping. Maklum la kan nak dekat Christmas :).
Designer stores.
Piccadilly.
More designer stores. I am beginning to understand why people flew all the way to London to shop.
Aaaaa.... finally one Londoner with impeccable sense of style :).
Saya mula bertanya stores kat London ni tak jual winter coats warna-warna lain ke.. hahahaha...
Di London ni ada banyak statues dan monuments. Kalau minat memang best la ke sana. Kalau tak, memang tak rasa fascinated. Still London is definitely more than just staues and monument kan.
Ini adalah Shaftesbury Memorial Fountain which has been called "London's most famous work of sculpture".
![]() |
| This statue of a winged archer poised with his bow is known as The Statue of Eros. Eros was the God of Love. The statue might really be the Angel of Christian Charity, or Anteros, the brother of Eros, but Londoners call him Eros. Link. |
Kedai souvenirs and gifts.
'I ❤ London' t'shirts. Nope, I did not buy one... hehe..
London Trocadero.
Menuju ke Trafalgar Square.
Ini National Gallery Museum. Ia adalah muzium seni di Trafalgar Square di City of Westminster, di Central London. Ditubuhkan pada tahun 1824 , ia mempunyai koleksi lebih 2,300 lukisan bertarikh dari pertengahan abad ke- 13 hingga 1900. Wiki.
Kalau la saya ada masa, memang dah saya masuk! Sebab ada 2 ribu plus lukisan, kena la dok situ sehari suntuk kot.. hehe...
| National Gallery Museum ni adalah antara muzium seni paling banyak dikunjungi di dunia, selepas Musée du Louvre, Muzium British dan Metropolitan Museum of Art. Wiki. |
Ini pula ialah Admiralty Arch, sebuah bangunan mercu tanda di London yang menggabungkan jalan dan pejalan kaki yang menyediakan akses pintu gerbang antara The Mall dan Trafalgar Square.
Betul-betul sebelah Admiralty Arch tu ialah pejabat Tourism Malaysia. Pejabat ni letaknya just across the road from Trafalgar Square.
![]() |
| Malaysia Night at Trafalgar Square: Trafalgar Square transformed into a bustling marketplace, complete with the vibrant sights, smells and sounds of Malaysia. |
Semasa bas tengah pusing Trafalgar square ni to find the place nak turunkan kami, sempat la took a few shots. Saya suka shots ni sebab dapat view keseluruhan dataran ni.
Ada pillar, ada fountains, ada statues. Alhamdulillah, cuaca juga baik masa tu.
Trafalgar Square: dataran terbesar di London, sering dianggap the heart of the city.
Dibina untuk memperingati kemenangan tentera British menentang tentera Perancis dalam Perang Trafalgar pada tahun 1805. Sebuah tugu untuk Lord Nelson yang mengetuai tentera British ketika itu turut didirikan di sini.
Dan kami pun turun bas for a short stop at Trafalgar Square for some photography. Ni bersama Isabelle, our local tour guide. Dia ok, tapi asyik la complain pasal the weather. Alaa... macam mak cik-mak cik membebel. Too cold la, such horrible weather la etc etc.. hehehe...
Seronok dapat turun bas ambik gambar instead of just from the bus.. hehe. The Trafalgar Square, London.
Sampai je dataran tu terus cari toilet.. hehehe... sejuk...
Satu shot klise yang mandatory.. hehehe...
Ada dua fountain di Trafalgar Square yang dibina untuk memperingati Admirals Jellycoe dan Beatty. Di air pancut ini ada patung-patung ikan duyung, mermen dan ikan lumba-lumba.
![]() |
| Patung duyung oleh Sir Charles Wheeler di air pancut Jellycoe. |
![]() |
| Satu lagi ukiran Trafalgar Square Mermaid oleh Wheeler. |
Ini tiang ke 4. Actually kosong je atas tiang tu sebab patung ekuestrian William IV yang sepatutnya diletak di situ tak dibuat sebab tak cukup duit.
Ehh.. kenapa pulak ada burung helang di Trafalgar Square ni? Oh... rupanya di dataran ni ada banyak sangat burung merpati. Jadi helang ni digunakan to scare away the pigeons. Sama le macam mereka guna falcons untuk halau merpati di bangunan Burj Al Arab and Madinat Jumeirah.
![]() |
Tahi burung merpati telah menyebabkan kerosakan bernilai ratusan ribu £ pada Nelson's Column.
|
Ada undang-undang tak boleh bagi makan pada pigeons.
Pray for Paris.
Ini patung gangsa George IV yang dibuat oleh Sir Francis Legatt Chantrey. Ia menggambarkan Raja mengenakan pakaian purba Rom dan menunggang tidak berpelana.
![]() |
| Patung itu pada asalnya nak diletak di atas Marble Arch di pintu masuk ke Istana Buckingham, tetapi telah diletakkan di lokasi sekarang berikutan kematian Raja. |
Ada station subway berdekatan Trafalgar Square ni. Easy access jika nak ke dataran ni.
Beautiful blue sky. Berharap sangat masa tu semoga sepanjang hari tu tak hujan.
Okeh, selesai di Trafalgar Square kami pun beredar sambung balik pusing-pusing Kota London dalam bas.
Kata Isabelle, di London ni ada 10 ribu basikal macam ni untuk disewakan. A customer can pick up a bicycle at one station and returned it at any station. Pengunaan 30 minit pertama adalah percuma.
![]() |
| Boleh ke agaknya buat macam ni di Malaysia? |
Di satu roundabout berdekatan Trafalgar Square ada sculpture 2 jari menuding each other. Besarnya!
Di Kementerian Pertahanan British.
Ini Cenotaph, satu memorial peringatan untuk para perajurit-perajurit yang terkorban. Setiap November upacara peringatan dibuat.
| Queen sendiri meletakkan kalungan bunga popi di pangkal Tugu Peringatan ini. |
10 Downing Street ~ Kediaman rasmi Perdana Menteri Britain.
Ini Raleigh Green bersetentang dengan Ministry of Defence.
Di Raleigh Green ni ada patung Field Marshall The Viscount Slim.
![]() |
| Beliau berjaya merampas Burma semula dari Jepun semasa Perang Dunia ke 2. |
Seterusnya patung Field Marshall The Viscount Alanbrooke.
![]() |
| Beliau adalah Ketua Penasihat Tentera kepada Winston Churchill. |
Masih lagi pusing-pusing Kota London dalam bas :).
Bangunan yang ikonik - Houses of Parliament dan Big Ben.
![]() |
Nama sebenar Big Ben ni ialah Elizabeth Tower. Big Ben tu actually ialah nama yang diberikan pada loceng besar di dalam menara jam tu, yang beratnya lebih daripada 13 tan [13,760 kg].
Ini St.Margaret's Church.
![]() |
| It is an Anglican parish church and dedicated to Margaret of Antioch. |
Ini pula ialah Westminster Abbey atau nama formalnya the Collegiate Church of St Peter at Westminster. Ia tempat ibadat yang dimiliki oleh keluarga diraja. William and Kate's wedding diadakan di sini.
![]() |
| Ada bahagian bangunan ni yang dibuat pada tahun 1050! Uwah! |
This is the Sanctuary Westminster Abbey.
Yes, memang ada yang jogging masa sejuk tu! Also I noticed a homeless person tengah tidur dalam sleeping bag. It was really cold at that time.
The New Scotland Yard.
The Blewcoat School London.
![]() |
Built in 1709, it was a school for poor children till 1926. Now it is a shop.
|
St. James' Court, sebuah Taj Hotel di Kota London ni adalah the capital's latest luxury hotel. Ia terletak antara Buckingham Palace dan the Houses of Parliament in Westminster.
Tour guide kami Roy pointed out this amazing maple leafs pattern on this road. I thought it was a natural occuring tapi bila tengok dengan lebih teliti, corak daun-daun tu cuma ada pada satu lane sahaja dan tidak pada lane sebelah dan pada curb. Nice!
Seterusnya kami stopped at Buckingham Palace to see the Changing of the Guards. Masa kami sampai tu dah ramai pelancung ada di situ.
Buckingham Palace.
Di depan Buckingham Palace ada the Victoria Memorial sebuah monumen memperingati Ratu Victoria.
![]() |
| Tugu di hadapan Istana Buckingham ini dibina untuk memperingati Queen Victoria, pemerintah pertama yang menjadikan Istana Buckingham sebagai kediaman rasmi baginda. |
Pintu gerbang Buckingham Palace.
Perarakan Changing of the Guards.
Basically Changing of Guards ni ialah Pengawal Istana yang baru mengambil alih tugas Pegawal Istana yang sedang bertugas dan dah habis shift mereka.
Sebab masa tu winter so guards ni pakai coats kelabu. So tak nampak la mereka berpakaian the red uniform.
Ada band.
Ok, so we did not exactly see the changing sebab it all happened di dalam pagar istana. Well, at least we got to see the marching. Kalau nak tengok the changing rasanya boleh tapi kena pergi ke tepi pagar istana tu. Ramai sangat pun orang di situ. Nak dapat spot di tepi pagar tu tentunya kena berada di situ awal. Tak la kami sanggup nak berdiri lama dalam kesejukan tu.. hehehe.. Foto-foto yang dapat ni pun dah ok sangat dah :).
Bersambung....
Di bawah adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:
01) KEMBARA EROPAH - DAY 01 - DEPARTURE - UK - BICESTER VILLAGE
02) KEMBARA EROPAH - DAY 02 - PART 01 - UK - LONDON CITY TOUR
03) KEMBARA EROPAH - DAY 02 - PART 02 - UK - LONDON CITY TOUR
04) KEMBARA EROPAH - DAY 03 - PART 01 - FRANCE - PARIS CITY TOUR
05) KEMBARA EROPAH - DAY 03 - PART 02 - FRANCE - PARIS CITY TOUR
06) KEMBARA EROPAH - DAY 04 - BELGIUM – ATOMIUM
07) KEMBARA EROPAH - DAY 05 - PART 01 - NETHERLANDS - ZAANSE SCHANS DAN AMSTERDAM CITY TOUR
08) KEMBARA EROPAH - DAY 05 - PART 02 - NETHERLANDS - AMSTERDAM CITY TOUR
09) KEMBARA EROPAH - DAY 06 - PART 01 - GERMANY - KE COLOGNE DAN COLOGNE CATHEDRAL
10) KEMBARA EROPAH - DAY 06 - PART 02 - GERMANY - KE FRANKFURT
11) KEMBARA EROPAH - DAY 07 - PART 01 - GERMANY - KE BLACK FOREST DAN TITISEE-NEUSTADT
12) KEMBARA EROPAH - DAY 07 - PART 02 - GERMANY - BLACK FOREST, TITISEE-NEUSTADT DAN RHEINFALLS
13) KEMBARA EROPAH - DAY 08 - PART 01 - SWITZERLAND - MOUNT TITLIS
14) KEMBARA EROPAH - DAY 08 - PART 02 - SWITZERLAND – LUCERNE
15) KEMBARA EROPAH - DAY 09 - GOING HOME
16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.




























































































