The World's Smallest Bear! Dah cukup buat saya begitu teruja. Tapi katanya susah nak nampak beruang2 ni. Conservation center ni tak macam tempat orangutan di mana ada feeding platform and time of feeding. Beruang2 ni meliar je dalam area ni. Kira nasib2 je la.
Dinamakan Sun Bear, juga dikenali sebagai honey bear [beruang madu]. Suka makan buah fig dan anai-anai. Pemanjat pokok yang mahir dan buat sarang di atas pokok. Ada tanda yang unik di dada, dari situ asalnya nama Sun Bear tu.
Di pintu masuk ke Bornean Sun Bear Conservation Center.
Ada banyak information to educate the public about the Sun Bear. Very nice!
Di banggunan masuk ke kawasan conservation. Beli tiket masuk di sini. Cuma RM5.00 sahaja untuk orang dewasa.
And this was the first sight of the Sun Bear yang saya nampak!!
Jauhhhh... nampak kecik je. Ni pun dah zoom maximum dah. Beruang madu ni tengah tidur on an old tree trunk.
Then saya jadik sangat excited. Ada sekor yang tak tidur, yang tengah panjat pokok! Panjat pokok! Beruang panjat pokok! Hehehehe... saya tak pernah nampak beruang panjat pokok secara live macam ni. So excited. Tapi susah nak dapat a good clear shot sebab hutan ni tebal dan beruang tu jauh. Celah daun pun celah daun lah. Ambik je mana yg dapat... hehe...
Sambil perhatikan beruang yang tengah memanjat tu, tengok-tengok jugak yang tengah tidur tadi. Mana la tau kot2 dia bangun.. hehe...
Then saya pun beralih sikit dan dari sudut ini saya dapat shots yang lebih clear dari yang tadi! Happy!
Semua anatomi beruang madu ni cute! Hehehe... muncung cute, telinga cute.. hehehe.. ekor dia lagi cute.. 5 cm je.. hehehe...
Adn then... tiba-tiba.... datang sekor beruang madu ni panjat pokok yang sama dengan beruang yang tadi! Punya la saya excited! Hehehe....
Dapat very clear direct shots! Syukur Alhamdulillah saya ada zoom lens sebab beruang ni jauh dari pelantar tinjau where we were at.
Beruang madu memang la sangat cekap panjat pokok. Laju and effortless je dia panjat.
Panjat punya panjat terjumpa la dengan beruang yang dah memang ada di bahagian atas pokok tu. Lepas tu nampak macam beruang2 ni berkomunikasi ending dengan beruang yang baru panjat tu mula turun ke tanah. Agaknya beruang 1 bagitau beruang 2, ni pokok dia.. hehehe..
I alos noticed beruang 2 masa turun mulut dia bising. Agaknya tak puas hati kot.. hehehe...
Ok, puas dah saya ambik gambar beruang madu or Sun Bear ni. Alhamdulillah, bukan sahaja dapat tengok beruang2 ni tapi dapat juga ambik gambar.
Berpatah balik ke banggunan entrance, ada bilik audio visual menunjukkan video Sun Bear ni. Comel sangat tengok dia bermain sampai guling2 atas tanah.. hehehe.
Ada juga adoption program kepada sesiapa yang berminat.
Nak volunteer juga boleh.
Okeh, puas dah di Sun Bear Conservation Center, kami teruskan percutian jalan-jalan kami di Sandakan dengan menuju pula ke Rainforest Discovery Center [RDC].
Bersambung.........
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
































