Assalamualaikum.
ok, sambung lagi cerita jalan-jalan kami di Pulau Pinang.
Kami pun selamat tiba di Butterworth via ETS dari KL Sentral. Alhamdulillah.
Bangunan Penang Sentral.
Stesen KTM Butterworth.
Dari Stesen KTM Butterworth, kami berjalan ke bangunan Penang Sentral untuk naik feri ke George Town. Pada 2018, kami perhatikan bangunan Penang Sentral ini belum lagi siap. Jadi ketika itu ada disediakan bas shuttle percuma untuk ke terminal feri. Sekarang ada disediakan laluan pejalan kaki dari Stesen KTM Butterworth ke terminal feri. Laluan ini walau bagaimanapun adalah laluan sementara kerana laluan yang sebenar masih belum siap lagi.
Ikut saja tanda arah.
Tiba di Terminal Feri Butterworth.
Terus ke kaunter tiket.
Sekarang sudah tiada lagi feri lama yang sungguh ikonik itu. Sudah diganti dengan Penang Fast Ferry yang lebih efisien dan cepat.
Oleh kerana fast ferry ini baru diperkenalkan, tiada caj tiket untuk Malaysians. Cuma tunjuk saja kad pengenalan di kaunter dan akan diberikan tiket percuma untuk menaiki feri ini.
Ini foto feri lama yang dirakam pada 2018. Kini hanya tinggal kenangan.
Ok, jom ke feri.
Feri lama Pulau Kapas.
Jeti terminal feri.
Ini tempat penumpang menunggu.
That is RORO JAYA DUA, a Passenger/Ro-Ro Cargo Ship. Feri ini feri ro-ro (roll-on/roll-off) yang bawa kenderaan beroda seperti kereta dan juga penumpang.
Tak tahu kenapa feri ini namanya 'Langkawi Ekspres 1'. Mungkin dipinjamkan dari terminal feri Langkawi untuk menampung peningkatan jumlah penumpang yang dijangka masa cuti Hari Malaysia ini.
Melangkah masuk ke dalam feri sambil membaca doa.
Suasana di dalam feri. Beg-beg besar boleh diletakkan di tempat letak beg atau longgok saja di ruang di tepi pintu masuk feri.
Pemandangan tepi pantai sebelah jeti. Ada bot-bot nelayan.
Pemandangan George Town dari Butterworth.
Melihat keadaan dalam feri ini, kelihatannya feri ini bukanlah feri baru. Sudah nampak weather beaten actually. Hal lain saya ok, cuma saya yang suka ambil gambar, rasa agak kecewa melihat keadaan cermin tingkat feri ini. Tint sudah lusuh dan terkopek-kopek. Bila ambil gambar, the outcomes were really bad. Jadi saya tidaklah dapat ambil banyak foto-foto yang worth sharing here. Quite a let down actually. Masa naik feri lama dulu, wooii... dapat lihat and captured many wonderful photos.
Oh well...
Beginilah salah satu bad photos yang saya rakam. Ini pun lepas saya edit.
Walau pun tidak begitu elok fotonya, jadi la buat kenangan.
10 minit sudah sampai George Town. Laju feri ni.
Disembarking.
Suasana di Swettenham Pier di George Town.
Di kiri sekali itu adalah terminal feri Pangkalan Raja Tun Uda. On the right is Tanjong City Marina's jetty.
Welcome to Penang.
Kelihatan ramai penumpang sedang beratur untuk naik feri ke Butterworth.
Jambatan Pulau Pinang 1.
Swettenham Pier.
Salah satu bangunan bersejarah Pulau Pinang, bangunan Balai Polis Pelabuhan Swettenham Pier. Di belakang sebelah kanan itu pula ialah Butterworth Deep Water Wharves Penang Port Sdn. Bhd.
Butterworth Wharves comprise of four berths for handling an array of breakbulk cargo such as palm oil in drums, refined sugar, bag rice, iron and steel products and manufactured goods. |
Ini Queen Victoria Diamond Jubilee Clock Tower (Queen Victoria Memorial Clock Tower).
Ini Pinang Fountain yang berbentuk buah pinang terbelah. Di belakangnya ialah bangunan Pejabat Imigresen Georgetown Malaysia (Immigration Department Building 1890). Dan di kanan sekali ialah Bangunan Dewan Undangan Negeri (Penang State Legislative Assembly).
Terasa lapar, kami pun decided untuk makan dulu sebelum ke hotel. Jadi kami pun berjalan ke Esplanade Park yang terletak di sebelah Fort Cornwallis.
Bahagian Fort Cornwallis yang ditutup kerana sedang direstorasi.
Kami pernah lawat kubu lama ini pada 2018. Memang bagus sangat untuk dilawati imo. Jadi saya recommend jika ke Pulau Pinang dan ada masa terluang, buatlah rancangan untuk lawat kubu bersejarah ini. Lawatan kami ke Fort Cornwallis boleh dibaca di sini.
Bangunan Pejabat Imigresen Georgetown Malaysia (Immigration Department Building 1890), Bahagian Perkapalan.
Bangunan Dewan Undangan Negeri.
The Esplanade Park.
'Mee Sotong', kegemaran saya 😋.
Suasana di Esplanade Park.
Busker di Esplanade Park.
Mee Sotong oleh Hameed Pata.
Alhamdulillah dapat sekali lagi saya makan mee yang sedap ini.
Lepas makan kami ambil Grab dan menuju ke hotel penginapan.
Ini Gereja St. George, sebuah gereja Anglikan abad ke-19 di bandar George Town. Dibina sepenuhnya oleh pekerja banduan India pada tahun 1816, ia adalah Anglican church tertua di Asia Tenggara. Pada tahun 2007, gereja itu diisytiharkan sebagai salah satu daripada 50 Khazanah Negara Malaysia oleh kerajaan persekutuan Malaysia.
Ini pula ialah Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, George Town. Gereja ini ditubuhkan pada tahun 1786, ketika Kapten Francis Light pertama kali datang ke Pulau Pinang, Malaysia. Gereja adalah gereja Katolik ketiga tertua di Malaysia.
Ini sebuah Protestant Cemetery di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town. Juga dikenali sebagai Tanah Perkuburan Northam Road, ia adalah tanah perkuburan Kristian yang tidak lagi digunakan di George Town. Selepas terabai lebih daripada satu abad, ia kini disenaraikan sebagai Tapak Warisan Kelas 1 dan dikekalkan oleh Trust Heritage Penang.
Ini satu lagi 'Heritage Building' di George Town, Sekolah Cawangan Shih Chung (时中分校). Ia adalah salah satu sekolah Cina awal di Pulau Pinang, yang ditubuhkan oleh orang -orang Cina Hakka. Kelihatan seperti sedang dalam proses pemulihan.
Ini Apple Heritage Hotel di Jln Sultan Ahmad Shah, George Town, Penang. Juga salah satu bangunan warisan George Town. Asalnya sebuah rumah gaya kolonial akhir abad ke-19. It is a 4-star hotel.
Sebuah lagi bangunan warisan yang kini sudah dijadikan premis perniagaan. Baguslah, sekurang-kurangnya bangunan bersejarah George Town begini yang sudah pun berusia lebih 100 tahun dapat terus ujud dan terpelihara perhaps selama 100 tahun lagi.
Bukan sahaja rumah-rumah kolonial, tapi tentunya terdapat juga post war shoplot seperti ini.
Wat Chayamangkalaram Thai Buddhist Temple.
Deretan kolonial mansions yang telah dibaikpulih. Ini adalah Lorong Bangkok.
Kami pun tiba di hotel penginapan kami, Hotel Flamingo By The Beach.
Flamingo Hotel By The Beach,Penang, Jalan Tanjung Bungah, Tanjung Bungah, Penang |
Ada convenience store.
Simple, comfortable and spacious. Alhamdulillah.
Sajalah kali ini kami ke Penang kami pilih menginap di hotel tepi pantai. Mula-mula plan nak duduk di hotel di Batu Feringghi, tapi mahal rate semalamnya.
Cantik pemandangan dari bilik kami. Dapat kombinasi view pantai, high rise buildings, laut dan pergunungan. Juga yang saya paling excited view kami ini mengadap sunset.
Bilik kami bilik sea view di tingkat 12.
Pemandangan Tanjong Bungah/Batu Feringghi dengan deretan bangunan-bangunan tinggi kondominium and resorts.
Dari bilik kami juga boleh nampak Masjid Daerah Timur Laut (Masjid Terapung) (Penang Floating Mosque).
Masjid moden dengan motif Moor ini terletak di bina di atas tiang-tiang dan kelihatan terapung ketika air pasang.
Bersambung ke bahagian seterusnya.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment