Monday, October 2, 2023

ITALY & SWITZERLAND: ZÜRICH - DOHA - KL

Assalamualaikum.
Maka sudahlah tiba masanya untuk kami pulang ke Malaysia selepas selama 9 hari kami dalam percutian Italy dan Switzerland 2023 kami ini. 

Seterusnya, dari Rheinfall ini kami menuju ke Zürich Airport.

Kelihatan jambatan yang merentasi sungai Rhine iaitu Rheinbrücke bei Laufen. 




Church of the Holy Cross di Neuhausen am Rheinfall.


Perjalanan ke Zürich Airport ambil masa lebih kurang 40 minit. Ok, seterusnya foto-foto yang sempat kami rakam. 






Neuhausen am Rheinfall.



Sungai Rhine dan jambatan Rheinbrücke Schaffhausen–Flurlingen.




Kelihatan sungai Rhine di bawah sana. Sungai ini juga merupakan sempadan antara Deutchsland (German) dan Schweiz (Switzerland).

Bandar Zürich - 49 km.

Switzerland Best Selling Cars top 50 ranking. Toyota Yaris becomes the new leader and the Tesla Model Y rises 51 spots into second. Looking at the Swiss Best Selling Cars Ranking of 2022, the new market leader is the Toyota Yaris, reaching 5,572 sales with a 37.3% year-on-year variation. - focus2move.com


Selama beratus-ratus tahun, orang menggunakan kuda sebagai haiwan kerja. Begitu juga petani. Mereka adalah pendahulu traktor di ladang dan juga membantu kerja-kerja hutan. Sehingga kini, masih terdapat kuda di Switzerland yang digunakan dengan cara ini.


Greenhouse farming in Switzerland.
















Tiba di bandar Zürich.












Tiba di Zürich Airport. The listed parent company Flughafen Zürich AG owns and operates Zurich Airport in Switzerland.

Wikipedia:
Zurich Airport is the largest international airport of Switzerland and the principal hub of Swiss International Air Lines. It serves Zürich, Switzerland's largest city, and, with its surface transport links, much of the rest of the country. 



Flight kami ialah Qatar Airways, meaning akan transit di Doha. 

Kami sampai awal dan check-in counter masih belum buka. 

Suasana dalam Zürich Airport. 



Lounge for smokers.

Since masih ada masa, Amar bawa kami ke bahagian 'Restaurants' untuk makan tengahari.


Ada banyak restoran dan cafe di sini. 

Kata Amar, berdasarkan pengalaman beliau Seafood Fried Rice di Restoran Thai Urban Kitchen di sana adalah antara makanan yang boleh dimakan oleh Orang Islam. Tetapi kenalah bersedia dengan harganya ~ CHF 21 (RM 110) sepinggan.



Kami nak makan pizza. Saya order Pizza Margherita, pizza vegetarian. 







Pizza Margherita yang berharga CHF 21 (RM 110).


The pizza. Kami kongsi berdua, lebih dari cukup, sebab saiz besar dan tebal. Itu pun kami tak habis 😅. 



Lepas makan, jalan-jalan tengok suasana airport ini.


Masih ada masa lagi. Kalau nak buat last minute shopping, boleh lah.




Swiss Post.

Migros, the leading Swiss supermarket.

Tchibo - coffee bar. 
Steiner Flughafebeck - a traditional Swiss bakery.

Sprüngli - Swiss chocolate.



Dulu masa muda saya suka juga kumpul jam. But I had not been wearing a watch for years which is a good thing sebab, if otherwise, rasanya saya sudah fork out thousands of RM untuk beli jam Tissot ini... hihihi 😅. Tapi seriously lah, designs jam ni are so smart and slick sangat!

Wikipedia:
Swisscom AG is a major telecommunications provider in Switzerland. Its headquarters are located in Worblaufen near Bern. The Swiss government owns 51 percent of Swisscom AG. 

Blume 3000 - florists.


Pret Switzerland,  Zürich Airport The Circle. Pret a Manger - Counter-serve chain for ready-made sandwiches plus breakfast, coffee, soups & salads.


Apotheke. 

Bayard Co Ltd - one of the Switzerland's most renowned fashion companies.

More shops and restaurants in the Circle.

Teringat masa 2015 kami di sini, susah sungguh nak cari prayer room, last-last jumpa prayer room tapi lokasinya ada di dalam ruang perlepasan entah terminal mana tak ingat dah. Akhirnya kami bersolat di kerusi sahaja. Jadi bila saya nampak 'Chapel' ini saya jadi excited dan curious nak tengok di dalamnya. 

'Chapel' ini adalah sebuah contemplation/prayer room yang boleh digunakan oleh semua penganut agama.

Inside the Andachtsraum (Prayer room) / Chapel.

Sejadah ada di sediakan. Tapi paip air tempat berwuduq saya tak jumpa. Mungkin boleh di toilet atau guna spray. 


Ok, sudah time to check-in. 

Flight kami ke Doha, Qatar Airways QR 96 dijadualkan berlepas dari Zürich pada pukul 4.45 petang. Sebaik saja kaunter check-in dibuka pada pukul 2 petang, kami terus queue. 

Masa tengah berbaris itu, seorang petugas Qatar Airways memanggil group kami untuk check-in di kaunter lain yang dikhaskan untuk group check-in. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kami check-in.


Lepas check-in, berjalan ke boarding area / Gate E57. Sekali lagi urusan kami di airport ini dipermudahkan bila semasa kami sedang beratur untuk pemeriksaan passport, pegawai keselamatan Swiss yang melihat kami berjalan berkumpulan, terus memberi kami laluan khas untuk melalui pemeriksaan sekuriti. Alhamdulillah. Sebenarnya begitulah efficent cara mereka kawal crowd. 

Naik tren ke Pintu Perlepasan.


"Goodbye. Come back soon"
InshaAllah. Sebab belah-belah French-speaking area di Switzerland seperti Geneva dan Lausanne kami tak sampai lagi 😄.




Pintu perlepasan kami adalah di Gate E57. Sewaktu di Gate ini kami mengambil kesempatan untuk bersolat Jamak Zohor dan Asar di tepi kerusi menunggu.

Merakam suasana di airport apron.  



Beli air botol, cookies dan Pret bar dari kiosk Pret.


Wikipedia:
Swiss International Air Lines AG, colloquially known as SWISS, is the flag carrier of Switzerland and a subsidiary of the Lufthansa Group. It operates scheduled services in Europe and to North America, South America, Africa and Asia. Zurich Airport serves as its sole hub and Geneva Airport as a focus city.


Wikipedia:
Edelweiss Air AG is a Swiss leisure airline, charter airline and the sister company of Swiss International Air Lines. It operates flights to European and intercontinental destinations from its base at Zürich Airport.

Flughafen means airport.



Flight kami, Qatar Airways.


Boarding Pass: Zürich - Doha - Kuala Lumpur.

Penumpang Qatar Airways QR 96 dari Zürich ke Doha dipanggil memasuki pesawat pada pukul 3.40 petang mengikut jadual.



Dalam passenger boarding bridge.

Membaca doa sambil melangkah masuk ke dalam pesawat.

Suasana dalam kapal terbang.



Flight dari Zürich menuju ke Doha ini berlepas pada pukul 4.45 petang dan ambil masa selama 5 jam 45 minit.













Wikipedia:
Helvetic Airways, previously named Odette Airways, is a Swiss regional airline headquartered in Kloten with its fleet stationed at Zurich Airport.


Seronok bila flight ini ada kamera di ekor kapal terbang 😃.







Snack Sea Salt Rice Crackers with orange juice. 


Menuju ke Doha yang sudah malam ketika itu.



Flight meal. 

Flight meal served about an hour after leaving Zürich. Bila tengok peta flight path, masa itu kami sedang terbang di atas Bosnia-Herzegovina. Maka teringatlah kami pada percutian Balkan kami pada 2022 yang lalu. 




Tengok peta lagi. 


Kami sudah pun ke Montenegro, Kosovo, North Macedoni dan Albania.  

Dari peta ini pula, kami sudah ke Belgium, German, France, Czech Republic, Austria, Hungary, Croatia, Switzerland, Italy, Albania, Kosovo, Greece dan Turkey. Alhamdulillah.



Minum teh dan biskut Biscoff. 

Terbang atas Turki.


Sedang melalui senja.

Ada sedikit turbulence. 
'Please be seated and fasten your seat belt. Thank you'.


Iraq.













Pemandangan malam yang sangat indah sekali.



Sekejap lagi nak sampai Doha.


Bandar Doha.


Doha di malam hari. 



Masa itu suasana angkasa Doha cukup clear sekali. Dapatlah kami rakam foto-foto malam Doha dari kapal terbang ini dengan agak jelas juga. 



Absolutely stunning! Fyi, foto-foto cantik ini my wife yang capture dengan mobile phone dia 😊.




Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Hamad International Airport, Doha.


Foto-foto dari ekor kapal terbang.


Flight path keseluruhan dari Zurich ke Doha. 




Turun dari kapal terbang dan terus naik bas untuk ke bangunan terminal.




Kami tiba di Hamad International Airport, Doha pada pukul 11.20 malam waktu tempatan. Waktu di Qatar adalah 1 jam lebih awal berbanding Switzerland.




Airport sibuk ini di tengah malam pun ramai orang. 


Wikipedia:
Hamad International Airport is an international airport in the State of Qatar, and the home of Qatar’s flag carrier airline, Qatar Airways. Located east of its capital, Doha, it replaced the nearby Doha International Airport as Qatar's principal and main national airport.



Tempoh transit kami di Doha adalah cuma 2 jam. Maka sebaik selepas selesai urusan Transfers, kami terus menuju ke pintu perlepasan untuk penerbangan sambungan ke Kuala Lumpur menerusi Gate A10.


Berjalan menghala ke Pintu Perlepasan.

Tiba di Gate A10.


Penerbangan sambungan kami dari Doha ke Kuala Lumpur adalah menggunakan pesawat Malaysia Airlines MH 161 yang berkongsi kod penerbangan dengan Qatar Airways QR 4991. Pesawat dijadual berlepas pada pukul 1.30 pagi.

Penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat bermula pada pukul 12.20 pagi. Pesawat Malaysia Airlines yang digunakan bagi perjalanan dari Doha ke Kuala Lumpur ini adalah Airbus 330-300.



Melangkah masuk ke pesawat sambil membaca doa.

Suasana dalam pesawat.






Terbang meninggalkan Doha.

Penerbangan dari Doha ke Kuala Lumpur mengambil masa 7 jam 50 minit.




Makan.

Flight info.


Tidur.

Makan lagi. 


Sudah nak dekat sampai.




















Alhamdulillah, kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 2.00 petang.







Baik, begitulah kisahnya percutian Itali/Switzerland 2023 kami. Pada saya kalau bercuti ke 6 negara memang bagus sebab dapat cover many countries. Yang bagusnya pula kalau bercuti ke 2 negara seperti ini, makanya dapatlah kita visit to more cities and places of interest in the said countries. Jadi both pun ada plus and minus, maka terpulanglah pada kesukaan masing-masing. Pada kami dua-dua pun ok. 

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 
 
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment