Sunday, December 18, 2022

BALKANS - MONTENEGRO - TO KOTOR - FERRY RIDE FROM HERCEG NOVI TO TIVAT

Assalamualaikum. 
Semalam, hari ke 4, kami spent time di Dubrovnik, Croatia, jalan-jalan di Old Town Dubrovnik. 

Pada pagi hari ke 5 ini kami berada di Hotel Bellevue, Trebinje, Bosnia and Herzegovina dan akan bertolak ke bandar Kotor di negara Montenegro. 

Ini pemandangan suasana pagi dari tingkap Hotel Bellevue.







Hotel Bellevue, Trebinje. Saja turun awal dari bilik sebab nak ambil gambar suasana pagi di depan hotel sebelum bersarapan.



Pokok zaitun.



Buah zaitun.



Ok, jom kita sarapan. 

Macam-macam pilihan ada. Alhamdulillah.









Selesai sarapan kami pun bertolak ke negara Montenegro untuk ke bandar Kotor, sebuah bandar bertembok, pelabuhan laut dan resort di hujung selatan Teluk Kotor, salah satu daripada empat teluk di Gulf of Kotor, di pantai Adriatik Montenegro.

Pukul 8 pagi kami pun bertolak. Perjalanan dalam bas dari Trebinje, Bosnia and Herzegovina ke Kotor, Montenegro ambil masa lebih kurang 2 jam. 

Trebinje City Cemetery.

Bandar Trebinje.


Sungai Trebišnjica.







Seterusnya pemandangan-pemandangan pergunungan yang cukup indah Bosnia and Herzegovina dan Montenegro. 










Montenegro ialah sebuah negara di Eropah Tenggara dan merupakan sebahagian daripada Balkan dan bersempadan dengan Serbia di timur laut, Bosnia dan Herzegovina di utara, Kosovo di timur, Albania di tenggara, Croatia di barat laut, dan Laut Adriatik di barat dengan garis pantai sepanjang 293.5 km. Podgorica adalah ibu kota dan bandar terbesar Montenegro. Montenegro bermaksud Black Mountain seperti dalam gambar di bawah.

Pemandangan bandar Herceg Novi. Budaya Montenegrin telah dibentuk oleh budaya-budaya Ortodoks, Uthmaniyyah (Turki), Slavic, Eropah Tengah, dan pelayaran Adriatik (terutamanya bahagian Itali, seperti Republik Venice).

Berikutan perpecahan Yugoslavia, republik Serbia dan Montenegro bersama-sama mengisytiharkan negara mereka suatu persekutuan. Berikutan referendum kemerdekaan yang diadakan pada Mei 2006, Montenegro mengisytiharkan kemerdekaannya pada Jun 2006 dan konfederasi itu dibubarkan.

Montenegro ialah sebuah negara berbilang etnik tanpa majoriti etnik. Kumpulan etnik utama termasuk Montenegrin dan Serb; yang lain ialah Bosniak, Muslim (kumpulan etnik - Muslimani), Albania dan Croat. Montenegro negara multikulturalisme dan selama berabad-abad ini telah membentuk kewujudan uniknya antara penduduk Islam dan Kristian.

Di Montenegro, institusi agama mempunyai hak yang terjamin dan terpisah daripada negara. Agama kedua terbesar ialah Islam, diamalkan oleh 19% penduduk. Montenegro mempunyai bahagian keenam tertinggi umat Islam di Eropah, selepas Kosovo (96%), Turki (90%), Albania (60%), Bosnia dan Herzegovina (51%), dan Macedonia Utara (34%).

Pada 2012 protokol mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dilaksanakan, yang memastikan makanan halal dihidangkan di kemudahan tentera, hospital, asrama dan kemudahan sosial; dan wanita Islam dibenarkan memakai tudung di sekolah dan di institusi awam, serta memastikan bahawa orang Islam mempunyai hak untuk bercuti pada hari Jumaat untuk solat Jumaat.



Bandar Herceg Novi, Montenegro.



Menyusuri Bay of Kotor di kawasan Kamenari.

Pemandangan Bay of Kotor yang sangat cantik.

Bay of Kotor, juga dikenali sebagai Boka, ialah teluk berliku Laut Adriatik di barat daya Montenegro dan wilayah Montenegro yang tertumpu di sekitar teluk ini. Ia juga merupakan bahagian paling selatan wilayah bersejarah Dalmatia. 

Teluk ini terdiri daripada 4 teluk yang lebih kecil - teluk Herceg Novi, teluk Tivat, teluk Risan dan teluk Kotor. 2 yang pertama dihubungkan melalui selat Kumbor, manakala selat Verige menghubungkan teluk Tivat dengan teluk Risan dan Kotor. Jumlah kawasannya bersamaan dengan 88 kilometer persegi.

Oleh kerana rupanya yang luar biasa, teluk ini sering dipanggil fjord paling selatan Eropah, tetapi sebenarnya ia adalah ngarai sungai yang tenggelam.

Teluk ini telah didiami sejak zaman dahulu. Bandar zaman pertengahan Kotor, Risan, Tivat, Perast, Prčanj dan Herceg Novi yang dipelihara dengan baik, bersama-sama dengan persekitaran semula jadi mereka, adalah tarikan utama pelancong.

Wilayah Semulajadi dan Budaya-Sejarah Kotor telah disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1979. Banyak gereja-gereja Ortodoks dan Katolik serta biara-biara di sini menarik ramai penganut agama dan pelawat lain.

Teluk ini adalah kira-kira 28 kilometer panjang dengan garis pantai memanjang 107.3 kilometer. Ia dikelilingi oleh dua massif Alps Dinaric: pergunungan Orjen di barat, dan pergunungan Lovćen di timur.

Wilayah Boka mempunyai tradisi tentera laut yang panjang dan telah menampung armada tentera laut yang kuat sejak Zaman Pertengahan. Jumlah armada memuncak dengan 300 kapal pada abad ke-18, ketika Boka adalah saingan kepada Dubrovnik dan Venice.

Kata Mehmet, our tour guide, kalau ikut jalanraya, perjalanan dari Herceg Novi ke Kotor boleh ambil masa lebih kurang sejam. Untuk jimat masa kami dibawa ikut short cut menyeberang Bay of Kotor naik feri. 

Dari Port of Kamenari kami akan berlayar merentasi Bay of Kotor menuju ke Lepetane Ferry Terminal.

Dari jalanraya bas terus kami dipandu naik ke dalam feri ini di Port of Kamenari. 

Pemandangan dalam Ferry Kamenari-Lepetani dari dalam bas.

Jom kita turun bas dan tengok pemandangan cantik Bay of Kotor dari feri. 

Pemandangan di Port of Kamenari.

Feri Kamenari-Lepetani adalah satu-satunya perkhidmatan feri domestik di Montenegro.

Caj untuk bas naik feri ini ialah 17.50€, lebih kurang RM 82.

Ada 6 feri yang beroperasi antara kedua-dua ports ini secara berterusan dari pukul 5 pagi hingga tengah malam. Dari 5 tengah malam hingga pukul 5 pagi, hanya 1 feri sahaja beroperasi setiap jam. Jadi tidak berbaloilah nak pendekkan masa perjalanan masa tengah malam kalau kena menunggu sejam, melainkan kalau sampai saja di port ini sudah ada feri yang nak berlepas.

Laluan feri ini menyambungkan dua tebing Teluk Kotor; menghubungkan dua bandar kecil - Kamenare, di Herceg Novi dan Lepetane di sebelah Tivat.

Feri Lepetane - Kamenari ini menghubungkan kedua-dua belah Teluk Kotor dan memendekkan masa perjalanan dari Herceg Novi ke Budva,Tivat, Kotor bandar-bandar lain sejauh kira-kira 30 km atau selama 40 minit perjalanan.

Walau bagaimanapun, pada kemuncak musim pelancongan (Julai-Ogos) adalah lebih baik untuk memandu mengelilingi teluk ini, kerana barisan kenderaan, tempatan dan pelancong, yang sangat panjang.

Kami di sini pada bulan Oktober, jadi tiada kesesakan. Malah, sampai saja kami di Port of Kamenari, bas kami terus dapat naik feri tanpa sebarang queue. 

Nama feri yang kami naiki ini ialah MT Lepetane.

Feri ini ada platform tinggi untuk penumpang menikmati keindahan selat. 

Pekerja feri.

Papan arah di Port of Kamenari.

Feri ini boleh memuatkan 50 buah kereta. 

Pelayaran 10 minit yang cukup indah sekali. Maka haruslah ambil gambar dan bergambar.

Selat laluan feri ini namanya Selat Verige. Ia adalah selat yang paling sempit dengan jarak antara tebing lebih kurang 950 meter. Tempoh pelayaran feri ini cuma 10 minit sahaja. 



Bergambar dalam Feri Lepetane - Kamenari with Verige Strait as background.


Ramp diangkat naik semasa pelayaran. Teringat pula masa naik feri lama di Penang. 

Meninggalkan Herceg Novi.

Keindahan Selat Verige. SubhanAllah, cantik sungguh! Kelihatan Gunung Rudo Brdo dengan ketinggian 871 meter, sebuah gunung di Dinaric Alps di Montenegro. 


Sudah kelihatan Lepetane Town di sebelah Tivat.




Sudah dekat nak sampai Lepetane Ferry Terminal, so kami naik semula bas.


Selamat tiba di Lepetane ferry terminal. I must admit, even though the ferry ride was just for 10 minutes, it was the best ferry ride I had ever experience mainly due to the absolutely wonderful views. Bersyukur juga kerana cuaca cukup baik sekali. 

Meneruskan perjalanan ke bandar Kotor.

Pemandangan Bay of Kotor dari Tivat.



Tivat Airport.

Tivat Airport ialah lapangan terbang antarabangsa yang terletak di bandar pantai Montenegro Tivat. Satu lagi international airport di Montenegro ialah Podgorica Airport. Tivat Airport ini paling sibuk masa kemuncak pelancongan sekitar May hingga September. 



Menuju ke Kotor.


Bandar Kotor.






Montenegro ada sebuah negara yang bergunung ganang. 





Sudah hampir nak sampai ke tempat lawatan. Ini Port of Kotor di Bay of Kotor. 

Nampaknya lengang saja bandar ini kerana masa ini sudah off-peak season. 

Bay of Kotor and Vrmac ridge. Cantik la sangat.

Pelabuhan ini dikelilingi oleh kubu pertahanan yang dibina semasa zaman Venetian - ketika bandar ini diperintah oleh Republik Venice (697-1797). Teluk Kotor adalah salah satu bahagian paling berlekuk di pantai Laut Adriatik.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kotor mengalami peningkatan dalam pelancong antarabangsa, kebanyakan mereka melawat melalui cruise ships. Pengunjung tertarik dengan keindahan pemandangan bandar lama dan teluknya yang cukup indah.
Kotor Port Marina is also known as the main superyacht port.

Teluk yang indah ini telah terpilih sebagai salah satu daripada 25 teluk tercantik di dunia. Juga dikenali sebagai Teluk Boka, ia dikenali sebagai fjord paling selatan di Eropah dan merupakan sebahagian daripada UNESCO’s world heritage bersama-sama dengan bandar lama Kotor.




Kota Kotor yang bertembok, sejak Zaman Pertengahan, adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang masih terpelihara.

Ada deretan kedai-kedai dan gerai di luar tembok kota lama ini. 



Gerai menjual buah-buahan dan sayur-sayuran.


Ini adalah pintu masuk utama ke Old Town Kotor. Kami akan ke sini nanti.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.  

No comments:

Post a Comment