Thursday, October 20, 2022

GUA TEMPURUNG

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. 

Setakat ini saya sudah pun memblog siri Batu Gajah tentang Bandar Batu Gajah, bangunan-bangunan bersejarah Batu Gajah, masjid Batu Gajah, murals Batu Gajah, Kellie's Castle dan Kapal Korek Tanjung Tualang. So next saya cerita serba sedikit tentang jalan-jalan saya dan isteri di Gopeng pula. 

Saya selitkan serba ringkas dua tempat di Gopeng yang juga pernah saya dan isteri lawat. Yang pertama Taman Herba Negeri Perak yang kami lawat pada tahun 2015.

Taman Herba Negeri Perak ini terletak di Kampung Kepayang Negeri Perak Darul Ridzuan. Berkeluasan 22 hektar dan mempunyai 527 spesis tumbuhan herba untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah. Taman Herba ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti trem, tapak perkhemahan, surau dan dewan taklimat. Kedudukannya yang terpencil juga sesuai bagi aktiviti seperti memancing.
Sumber: www.mdbg.gov.my

Antara tarikan utama di Taman Herba ini adalah koleksi pohon herba di Laman Warisan I & 2 yang dipamerkan secara eksklusif berserta lawatan berpandu. Selain itu, terdapat juga koleksi mengikut Laman Ulam-ulaman, Laman Perubatan, Laman Aromatik, Laman Rempah Ratus dan Laman Kosmetik secara khusus.

Selain itu, terdapat tiga kolam rekreasi berkayak memancing ikan air tawar. Pengunjung juga berpeluang menaiki trem penumpang bersiar di sekeliling taman. Kemudahan lain ternasuk tapak semaian, dewan taklimat, surau, pondok rehat, tapak perkhemahan dan kawasan riadah.

Pemandangan tasik di Taman Herba yang sungguh indah sekali. 


Tapak semaian. 

Di Gopeng juga kami pernah melawat ke Gaharu Tea Valley pada tahun 2014.
Great Wall of Gopeng
Sebuah kubu hijau berlandskap indah dibentuk di ladang teh Gaharu di negeri Perak menyerupai Tembok Besar China. Ladang Gaharu seluas 120 hektar ini menjadi destinasi pelancongan dengan tembok setinggi 3 meter mengelilingi seluruh kawasan ladang. Reka bentuk dinding ini dikenali sebagai "Tembok Besar Gopeng" dibina untuk memastikan ladang selamat daripada sebarang kemungkinan pencerobohan terutamanya daripada haiwan liar. Tembok Besar Gopeng menjadi ikon bandar Gopeng dan kebanggaan rakyat Perak.

Stroll along the sparsely populated gaharu trees in Gaharu Tea Valley Gopeng, you can enjoy the air filled with valuable anion while admiring the pleasant greeneries. Negative ion works on humans too, it helps disinfection, removal of fatigue, stimulate the autonomic nervous system, promote emotional stability, prevent organ diseases and other effects. Breathing the fresh air in the gaharu plantation is believed to be good for health. Gaharu aroma can stimulate the central nervous system and balance emotions.

Gaharu tea is rich in essential minerals such as vitamins, calcium, zinc, iron and manganese. Gaharu leaves contain high levels of anti-aging and anti-cancer properties because of its high anti-oxidant contents. Gaharu tea is traditionally used for maintaining healthy heart function, reducing blood sugar levels, lowering blood pressure and stabilizing the nervous system. It also known to improve sleep quality, promotes natural beauty, reduces flatulence and effects of hangover, asthma and constipation, and expels oils.

Gaharu is known as 'Agarwood'. Gaharu is more commonly known as Agarwood but it is also known as Aloeswood, Eaglewood, Oud or Jinko in different part of the world. The Gaharu wood has long played a significant role in Arabian and Chinese cultures. It is considered to be nature's most valuable wood not only because it is an essential oil but because of its health benefits. So high was it regarded that this natural forest treasure is known as the "Wood of Gods".

Baik, sekarang saya cerita pula lawatan kami ke Gua Tempurung. Di lebuhraya masa balik ke kampung isteri pasti akan nampak Gunung Tempurung. Di situlah lokasi Gua Tempurung or more specifically Gua Tempurung terbentuk dalam perbukitan batu kapur menara Gunung Tempurung-Gunung Gajah.

Memang cukup indah sekali pemandangan Gunung Tempurung bila dilihat dari lebuhraya.

Gua Tempurung adalah antara bukit-bukit batu kapur yang terindah di Malaysia. Tersembunyi di dalam batu kapur ini adalah satu rangkaian sistem gua dalam berbagai dimensi dan berangkaian seolah-olah sarang lebah. 

Gua-gua ini sesungguhnya adalah sebuah galeri yang menyimpan beribu bentuk stalakmait dan stalaktait dan lain-lain bentuk ukiran batu yang merupakan warisan alam yang amat menakjubkan. 

Gua Tempurung merupakan gua utama di banjaran ini. la berlingkar di dalam perut Gunung Tempurung sebagai satu terowong dari timur menembusi ke barat sepanjang 1.9 km. Ianya merupakan gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Pada hari itu kami menuju ke Gua Tempurung dari arah Batu Gajah ikut Jalan Ipoh-Kampar sebelum masuk ke Jalan Gua Tempurung ini.



Kelihatan perbukitan batu kapur menara Gunung Tempurung-Gunung Gajah yang sungguh indah sekali.


Ok, sebelum saya teruskan cerita lawatan kami ini, saya kongsi dulu beberapa foto-foto lama Gua Tempurung yang saya rakam 16 tahun yang lalu semasa lawatan ke gua ini pada tahun 2006. 













Ok, sambung balik cerita. Kami pun tiba di Gua Tempurung selepas memandu selama lebih kurang 40 minit dari Batu Gajah.

Masa kami sampai ini lebih kurang pukul 11:15 pagi. Lengang masa tu dengan cuma ada 4, 5 kereta di tempat parking. Mungkin sebab masa itu masih awal atau sebab hari itu hari Isnin, bukan hujung minggu.

Keindahan Gunung Tempurung di pagi hari.

Ada papan maklumat. Let's check them out.

Info tentang Gua Tempurung Geosite Showcave Tours. There are four options: Two Dry Tours and Two Wet Tours, ranging from a 40 minutes tour to a 4 hours tour. Wet Tours are Ranger-guided. 

Gua Tempurung, sebuah Warisan Geomorfologi.

Terdapat beberapa gua di dalaman rangkaian/terowong Gua Tempurung ini seperti Gua Top of the World, Gua Gergasi, Gua Pelombong Timah dan Gua Alam dan sekurang-kurangnya ada 7 bukaan-bukaan gua. 

Jom baca fakta-fakta yang super fascinating tentang Gua Tempurung. Ia pernah menjadi tempat persembunyian komunis dari pada British dan juga merupakan lokasi perlombongan bijih timah.


Ini pula fakta-fakta menarik tentang Geopark Lembah Kinta. 




Peta Geopark Lembah Kinta menunjukkan lokasi Tapak Sejarah/Budaya, Geotapak dan Tapak Biodiversiti.

Surau adalah antara kemudahan yang ada disediakan di sini. 

Jom kita ke Visitor Center.

Pusat Pelancongan Gua Tempurung.

Ini laluan untuk ke pintu masuk Gua Tempurung.

Maklumat tentang Gua Tempurung.




Ok, ini maklumat tentang tours yang ada di Gua Tempurung. Lepas berbincang, kami decided ambil Tour 2 yang merupakan 'Dry Tour' yang perjalanannya akan ambil masa lebih kurang 60 minit. Kami pilih tour ini sebab ia dikategorikan sebagai 'Dry Path/Leisure Walk' dan jalannya atas laluan-laluan konkrit dan tangga-tangga besi. 

Tour 3 dan Tour 4 adalah sangat mencabar bagi kami berdua sebab akan lalu laluan berbatu yang licin, merangkak dalam lubang-lubang dan kebasahan ketika lalu dalam air sungai bawah tanah. 

Perjalanan dalam Tour 2 yang kami pilih akan bawa kami sampai ke 'Puncak Dunia' atau 'Top of the World' sahaja, melalui Golden Flowstone Chamber.

Unfortunately, tour guide tiada pula masa itu. Kata staff di kaunter tiket, untuk Tour 2, sebenarnya kami boleh jalan sendiri di dalam Gua Tempurung itu. So based on her advice, that was what we did lah.

Ini tiket untuk masuk ke Gua Tempurung.

Ok jom kita masuk ke Gua Tempurung.

Ini laluan titi konkrit ke pintu gua.

Di sepanjang titian ini ada beberapa papan-papan maklumat menarik untuk bacaan pengunjung. Jom kita baca.



Kelihatan ada big group di entrance masuk ke gua.



Gunung Tempurung.

Geotapak Gua Tempurung merupakan monumen semulajadi unik dengan fitur hakisan dan enapan gua serta nilai warisan geologi yang mewakili keseluruhan morfologi kars Lembah Kinta.
Kedudukannya bersempadanan dengan batuan igneus Banjaran Titiwangsa di bahagian timur yang telah merejah pada usia Trias Akhir (200 juta tahun) dan menyebabkan keseluruhan jasad batuan bertukar menjadi batu marmar dan syis.

Gua Tempurung terbentuk dalam perbukitan batu kapur menara Gunung Tempurung-Gunung Gajah dengan puncak tertinggi 546 meter. Perbukitan batu kapur ini merupakan sebahagian daripada batu kapur Formasi Kinta berusia Ordovisi hingga Perm (500 hingga 250 juta tahun dahulu).













Bergambar dulu sebelum masuk ke gua.




Melangkah masuk sambil membaca doa.



Masuk sahaja sudah rasa sejuk nyaman. 

Gua Tempurung berlingkar sebagai sebuah terowong dari timur ke barat sepanjang 1.9km dan umpama sebuah galeri speleotem dengan pelbagai variasi saiz dan bentuk meliputi stalaktit, stalagmit, tiang, takik skalop, batu aliran dan kolam pusaran.


Ada sungai kecil mengalir di dalam gua ini. 


Saya suka ada dipasang lampu-lampu di dalam gua ini sebab bukan sahaja kita dapat menikmati keindahan dalaman gua tapi juga memudahkan kita ambik gambar 😄. Still admittedly, ada juga foto-foto saya yang blur tapi kira accceptable la untuk diblog... hihi. 

Saya juga suka yang lampu-lampu ini adalah white light dan bukannya lampu suluhan cahaya berwarna warni. Guna white light nampak natural. Memanglah suluhan pelbagai warna lebih mesmerizing, tapi saya prefer to see the actual colors of the cave's innards. 

Seperti di Gua Kelam Perlis, laluan dalam Gua Tempurung ini juga adalah laluan sungai dalam gua. Jadi di kedua-dua Gua Kelam dan Gua Tempurung, laluan titian yang dibina adalah di atas atau tepi sungai gua i.e mengikut laluan sungai.

Terasa 'epic' bila lalu di bahagian gua yang silingnya tinggi begini.

Ini adalah salah satu dari lebih 7 bukaan yang ada di dalam Gua Tempurung.

Geotapak yang merupakan gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia ini tergolong dalam landskap berpemandangan indah dan dilabel sebagai ikon eko-pelancongan gua bagi negeri Perak.

Formasi dalaman gua yang sangat indah dan menakjubkan. Tercipta setelah jutaan tahun. SubhanAllah.


Bukaan gua yang besar. Bukaan-bukaan dalam gua ini mengalami proses pelarutan intensif pada aras ketinggian antara 159 meter hingga -2 meter dari aras tanah sebenar dan menunjukkan perkaitan dengan perubahan iklim melampau.

Tidak semua laluan titian ini diterangi lampu-lampu memberikan pelawat feel sebenar berjalan dalam gua yang secara semulajadinya adalah gelap gelita.

Kelihatan beberapa stalaktit yang besar di siling bukaan ini.


Laluan titi dalam gua ini dibina dengan baik dan selesa dilalui pengunjung.

Sebahagian daripada gua ini dilengkapi dengan lampu-lampu untuk menyinari keadaan asli dan semulajadi gua ini. Oleh itu, pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi dengan lebih jelas lagi.

Gua Tempurung mempunyai sistem gua bertingkat-tingkat yang panjang keseluruhan rangkaian kira-kira 3.4 km serta sungai bawah tanah sepanjang 1.6 km.



Struktur retakan, rekahan dan sesar utama yang terdapat secara semulajadi dalam jasad batu kapur juga didapati mempengaruhi pembentukan sistem Gua Tempurung dengan menyediakan zon-zon lemah yang mudah larut dan mudah terhakis oleh tindakan air.

Sumber air allogenik (sumber luar) yang berpunca daripada perbukitan granit Banjaran Titiwangsa di bahagian timur telah memberi kesan hakisan dan enapan pada sepanjang alirannya di dalam gua.


Gua ini pernah menjadi tempat persembunyian komunis pada masa dahulu daripada 1950 hingga 1960. Manakala semenjak daripada tahun 1970, Gua Tempurung telah dijadikan lombong bijih timah.

Jejantas dan tangga disediakan di dalam sebahagian gua dan dengan adanya kemudahan ini lawatan ke dalam gua jadi mudah dan selesa.

Jenuh juga la kami nak panjat tangga-tangga dalam gua ini sebab tinggi-tinggi belaka. Tapi tidaklah seperti tangga-tangga di dalam Gua Niah yang lebih tinggi dan curam pula dan sebahagiannya dalam gelap gelita.

Ini di Entrance Platform. Dari sini bila kita mendongak ke atas, dapat dilihat ruang seperti atrium yang besar dengan permukaan dinding dan siling gua yang sangat indah. 

Entrance Platform.


Semasa di laluan pejalan kaki di atas sungai gua ini, pengunjung dapat melihat lapisan batu marmar putih dan dinding dengan warna-warna yang berbeza. 

Berjalan lebih dalam lagi di galeri pameran semulajadi ini, pengunjung akan terpegun dengan keindahan yang dipanggil 'Golden Flowstone'. Berdiri pada ketinggian 90 meter, Golden Flowstone mempamerkan lantai dan dinding gua yang landai dan mempunyai warna keemasan apabila air mengalir di atasnya dan diterangi oleh cahaya. 

Maklumat tentang Limestone Caves dan Marble yang ada di dalam gua ini.


Stalagmit dan stalaktit pada dinding dan siling gua ini mempunyai pelbagai saiz dan bentuk yang menakjubkan. Katanya pada dinding dan siling gua ini pengunjung boleh nampak pelbagai bentuk seperti ikan lumba-lumba, obor-obor, harimau, singa, kepala lembu, kuda laut dan lain-lain bentuk.


Air boleh membentuk gua besar di dalam batu kapur, dihubungkan oleh terowong bawah tanah. 

Air yang jatuh melalui lubang benam boleh mengukir kolam yang dalam. Pembentukan batu yang dipanggil stalaktit dan stalagmit sering dilihat di dalam gua.


Terowong dalaman bukit batu kapur Gua Tempurung ini terbentuk apabila air alogenik (sumber luar) yang mengalir dari sungai yang mengalir dari kawasan granit di timur, memotong melalui bukit batu kapur di sepanjang gua ini. Mempunyai sejarah yang kompleks dan panjang, bukti-bukti pembentukan terowong batu kapur ini yang masih terpelihara di dalam gua ini boleh dikaitkan dengan evolusi landskap Lembah Kinta.

Sungai yang mengalir di dalam gua ini adalah Sungai Tempurung yang merupakan anak sungai Sungai Kampar yang mengalir ke arah barat dari bukit granit Banjaran Utama.

Ada rangkaian tangga-tangga yang dibina untuk pelawat kerana terowong di dalam gua ini adalah bertingkat-tingkat, tidak seperti Gua Kelam di Perlis yang kami lawat sebulan yang lalu di mana laluan titi/jejantasnya adalah rata dan tidak bertingkat/memerlukan tangga.

Kita boleh nampak kesan aliran sungai pada dinding gua yang pernah mengalir satu ketika dahulu, mungkin ratusan, ribuan atau jutaan tahun dahulu.








Sangat epik!


Ada lagi tangga di depan sana.

Nampak macam tidak berapa tinggi. Bolehlah kami cuba panjat.

Kelihatan juga, kalau tidak silap saya, pengukuhan dinding gua ini dengan konkrit yang dipasak dengan soil nails dan dipasangkan jaring besi. Saya rasa tentunya ia dibuat bukan sahaja untuk menjaga keselamatan pengunjung tetapi juga penting untuk menjaga dan memelihara dalaman gua ini dari kerosakan lantas mengekalkan khazanah alam kita yang unik ini untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Pemandangan Sungai Tempurung dari atas. 

Arah laluan jalan masuk ke gua ini dari Pintu Masuk utama adalah berlawanan arah dengan aliran Sungai Tempurung ini yang mengalir masuk dari Pintu Keluar gua ini di sebelah timur. 

Satu lagi dari lebih 7 bukaan-bukaan besar di dalam Gua Tempurung ini. 


Sebuah stalaktit yang sangat besar di salah satu bukaan gua ini. Mungkin satu hari nanti jika proses pembentukannya terus berlaku dan tidak terganggu, stalaktit ini akan mencecah lantai gua ini dan membentuk sebuah tiang yang sangat besar.

Tak nampak pula kelawar. Mungkin ada di bahagian gua yang lain di mana ianya gelap dan tidak disuluh lampu-lampu spotlight.

Bukan sahaja laluan terowong semulajadi dalam gua in bertingkat-tingkat tapi juga berbelok-belok.

Kadang-kadang terasa mencabar juga nak adjust mata masa transition berjalan dalam suasana terang ke dalam suasana kelam, berulang ganti... hihi 😄. Tapi tidaklah sesukar berjalan di dalam Gua Niah yang laluannya kami perlu suluh sebab gelap gelita😅.

Mungkin tidak kelihatan jelas di dalam foto di bawah, tapi pada kami tangga ini terasa begitu tinggi dan curam sehingga kami buat keputusan untuk tidak memanjatnya. Maka sampai di sini sahaja perjalanan kami di dalam gua ini. Truthfully, kami memang tak larat nak panjat tangga ini 😄😅.

Dari level ini pun kalau kami lihat ke bawah kami sudah merasa gayat, apatah lagi kalau di tingkat atas sana. 


Pada bahagian ini ada satu tiang yang sangat besar.

It blew my mind just thinking about how long it must have taken for this pillar to form to its present state.

This pillar's base is huge!

Walaupun dari level bawah saya rasa macam tak sanggup nak panjat tangga tinggi di sini, tapi saya kuatkan juga diri dan panjat perlahan-lahan. About halfway saya sudah mula rasa gayat! 

Tapi memanglah berbaloi kerana pemandangan dari tangga ini saya rasa adalah sudut pemandangan di dalam gua ini yang bagus sekali. Bahagian gua ini dikenali sebagai Gua Gergasi kerana ruang dalamannya yang sangat tinggi dan luas. 



Since tak larat nak panjat tangga tinggi tadi, kami pun berpatahlah balik 😄. Tak apalah, cukup la tu kan. Kalau dibawa berkuat, entah apa pula yang boleh terjadi memandangkan usia kami yang tidak berapa lama lagi sudah nak pangkat 'elders' 😂.


Tiba di pintu masuk gua.


Di kaunter tiket ada beberapa foto pelawat di dalam Gua Tempurung yang ambil Tour 3 dan Tour 4 i.e the wet tours.



Hissshhh... tak sanggup la kami nak merangkak berendam dalam air sungai di dalam gua, di dalam ruang yang gelap, rendah dan sempit begini! 😧 Claustrophobic! 😓 

Anyway, you can see from these photos how much fun they are having. Kepada nature adventure seekers memang la seronok sangat beraktiviti begini. 

Kepada anda yang selalu nampak Gunung Tempurung masa lalu di Lebuhraya Utara-Selatan dan terfikir satu hari nanti nak ke Gua Tempurung, hopefully lepas baca blog saya ini anda akan buat plan bersama keluarga untuk ke sana. Such a fun place to spent time with your family. Kalau anda dan keluarga kategori adventurous, maka jelajahlah gua ini sampai ke hujung terowong gua. Tapi kalau nak jelajah yang santai boleh saja stick to the dry tours. 

My wife and I highly recommend for you to visit Gua Tempurung 😃. 

Ok, sebagai penutup blog tentang gua ini, sukalah saya untuk mengenang kembali semua gua-gua lain yang saya pernah lawat di dalam dan luar negara. Ada 19 gua semuanya:
Batu Caves, Gombak, Selangor

Gua Cenderawasih, Kangar, Perlis

Kek Look Tong, Ipoh, Perak

Gua Charas, Kuantan, Pahang

Trader's Cave, Niah National Park, Sarawak

Niah Cave, Niah National Park, Sarawak

Crocodile Cave, Langkawi

Bat Cave, Langkawi

Gua Kelam, Perlis

Thien Cung Cave (Động Thiên Cung), Vietnam

Tam Coc, Vietnam

Aranui Cave, Waitomo, New Zealand

Waitomo Glowworm Caves, Waitomo, New Zealand

Silver Cave, Guilin, China

Shangri La Park, Yangshuo, China

Cave Church, Budapest, Hungary

Returned Pearl Cave, Fubo Hill, Guilin, China

Mevlid-i-Halil Cave, Sanliurfa, Turki
The Cave of prophet Ibrahim is believed to be the place, where prophet Ibrahim was born

Gua Ashabul Kahfi, Amman, Jordan

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment