My Photography Journey with Landscapes Photography continues with landscapes of cities and towns in Malaysia I visited, mostly during vacations.
Sudah semestinyalah juga, especially masa vacations, saya merakam suasana bandaraya, bandar dan pekan yang dilawati. Cityscape Photography ialah gaya fotografi yang merakam landskap bandar, termasuk skylines. Sama seperti pemandangan semula jadi yang menjadi subjek fotografi landskap, binaan buatan manusia seperti jalan dan bangunan tinggi juga boleh dijadikan tumpuan fotografi landskap.
|
Ini contoh foto skyline bandaraya Melbourne yang diambil dari Bolte Bridge semasa percutian kami ke sana pada 2017. |
Salah satu kesukaran utama dalam fotografi landskap bandar yang saya hadapi ialah rasa 'terperangkap' dengan apa sahaja elemen yang dihadapi pada masa itu seperti suasana cahaya yang muram, hujan, jerebu dan sebagainya. Nak tak nak kena cuba juga ambil gambar sebab entah bila lagi saya dapat berada di tempat-tempat itu.
|
Ini salah satu contoh cabaran... ketika jerebu. Ingatkan nak dapatkan pemandangan colorful sunset tapi inilah yang dapat.. hihi 😄. |
Boleh jadi lebih sukar terutama masa vacation kita ikut tours di mana kita punya masa yang terhad untuk berada di sesuatu lokasi. Lainlah kalau sudah memang tinggal di situ atau dekat dengan lokasi maka bolehlah pergi berulang kali atau menunggu berhari-hari untuk mendapatkan cahaya atau cuaca yang sempurna.
|
Contohnya bila nak ambil gambar masa naik bas HOHO - City Route ini. Bukan sahaja kita berada di satu-satu tempat for short period of time dalam keadaan cahaya yang berubah-ubah, jadi lebih mencabar bila cuba nak ambil gambar dalam kenderaan bergerak 😅😄. |
Ok, sekarang saya share some of the cityscapes shots bandaraya-bandaraya, bandar-bandar dan pekan di Malaysia yang saya pernah lawat.
Mula-mula Bandaraya Alor Setar. Kalau di bandar yang kita nak lawat ada menara macam Menara Alor Setar, eloklah rancang ke situ untuk ambil gambar cityscapes. Pemandangan panorama dari tempat yang tinggi adalah sangat awesome! 😃
Saya dan isteri memang rancang nak lawat ke Menara Alor Setar ketika sunset. And we were rewarded with such amazing views! SubhanAllah.
Yang bestnya Bandaraya Alor Setar ini ialah ia ada satu dataran dipanggil Medan Bandar di mana di situ ada beberapa binaan ikonik dan bersejarah that can be viewed and captured in one wonderful shot. Dalam foto bawah ini saya composed signage 'Alor Setar', Menara Jam Besar, Menara Alor Setar dan Balai Nobat all in one shot.
Masjid Zahir, Pancuran Medan Bandar dan Menara Alor Setar.
Dan bila keadaan mengizinkan, spend a bit more time and wait for the decorative street lights to be switched on 😃.
Next, Bandar Pekan Pahang, Bandar Diraja dan ibu negeri Pahang pada suatu ketika dahulu. Keujudannya sejak abad ke 17 lagi.
Foto bawah: Berdiri di Jalan Sultan Ahmad kita boleh nampak 2 buah bangunan bersejarah Pahang iaitu Muzium Masjid Sultan Abdullah (dalam foto) dan Muzium Pahang (Muzium Sultan Abu Bakar).
Muzium Pahang (Muzium Sultan Abu Bakar).
Seperti bandar-bandar dan pekan-pekan lain di negeri-negeri lain, sebahagian Bandar Pekan juga terdiri dari deretan bangunan-bangunan lama yang bersejarah.
Seperti yang kita tahu, bangunan-bangunan bersejarah adalah merupakan salah satu warisan yang penting dalam sejarah dan budaya masa lalu negara kita. So I made sure that these beautiful historic buildings are incorporated in my cityscapes/townscapes images.
Cakap pasal bandar bersejarah, membawa saya kepada foto-foto seterusnya. Tahu tak ini bandar apa? Yes indeed, that is Bandaraya Georgetown George Town.
Selain dari shooting dari lokasi tinggi seperti di Menara Alor Setar (foto-foto di atas), adalah juga menarik untuk merakam cityscape images dari kawasan perairan. Foto di bawah saya ambil dari dalam feri ketika perjalanan pelayaran dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (Ferry Terminal) ke Pangkalan Raja Tun Uda (Ferry Terminal).
Dapat juga saya ambil gambar cityscape Tanjung Tokong dari lokasi tinggi as per below photo. Ditembak dari hotel penginapan kami di Pulau Pinang iaitu dari tingkat 27 of The Gurney Resort Hotel and Residences.
Satu lagi foto Pulau Pinang dirakam dari lokasi tinggi iaitu dari Kek Lok Si Temple. Kelihatan residential area directly below and Jelutong skyline.
Foto cityscape Bandaraya George Town ini pula diambil dari Sky Walk Bukit Bendera.
Ok, bandar seterusnya ialah Bandaraya Ipoh. Famous for its karst hills and caves makanya mestilah juga dirakam its landscape as such 😀.
Juga mempunyai banyak bangunan-bangunan bersejarah, cityscape images of Ipoh juga molek dimasukkan sekali the historic buildings. Ini adalah di Dataran KTM Ipoh. Di belakang tu ialah salah satu mercu tanda Bandaraya Ipoh iaitu Stesen Keretapi Ipoh yang sudah pun berusia 104 tahun.
Bila mana berkesempatan saya cuba juga capture cityscape images that combine the old and the new. Ini di Padang Ipoh. Kelihatan Masjid Padang Ipoh yang sudah berusia 113 tahun dan St. Michael's Institution yang berusia 109 tahun. Bangunan tinggi itu pula adalah Kinta Riverfront Hotel & Suites Ipoh.
Seterusnya kita ke Bandaraya Johor Bharu pula. Ini di Laman Mahkota Istana Bukit Serene. Selain bangunan dan skyline, imho elok juga masukkan dalam imej kita mercu tanda bandar yang kita lawat dalam salah satu foto cityscapes kita.
|
Laman Mahkota Istana Bukit Serene, Johor Bahru bertempat di gerbang pintu kediaman rasmi DYMM Sultan Johor mempunyai mercu tanda yang tersergam indah iaitu Mahkota Johor. Terletak di Jalan Straits View (bertentangan dengan Danga Bay), Makhota ini berketinggian 35 meter dihiasi dengan motif tradisional dan ukiran menarik. Sumber: facebook.com/tourismjohor |
Dan selalunya laman-laman seperti ini turut dihiasi dengan lampu-lampu pelbagai warna. Kalau boleh stay a bit longer to capture the beautiful water fountain illumination as well.
|
Di laman ini juga, terdapat sebuah taman dan pancur air yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni ketika waktu malam. Sumber: facebook.com/tourismjohor |
Dan ini pula di Dataran Bandaraya Johor Bharu. Kelihatan bangunan-bangunan JDT FC Training Center dan Menara Jam Dataran Bandaraya Johor Bharu. Rajin-rajin la stop kejap di tempat lapang begini terutama ketika sunset. Cantik langitnya for cityscape shots.
Menara Jam Dataran Bandaraya Johor Bharu.
The iconic Tun Mustapha Tower, Bandaraya Kota Kinabalu.
Kami menginap di Horizon Hotel Kota Kinabalu dengan pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Gaya.
Sudah semestinyalah Bandaraya Kuala Lumpur juga ada dalam koleksi foto cityscapes saya 😄. Foto ini diambil dari Taman Tasik Titiwangsa.
Yet again, for an unobstructed view of a city's skyline, ambillah foto dari lokasi tinggi. Ini diambil dari Menara Kuala Lumpur.
Dalam teski saya masa ni. Tengah lalu di AKLEH. Shoot dengan mobile phone je 😄.
Ini pula bandar Kota Bharu Kelantan.
Ketika saya sedang berjalan di Jalan Doktor Kota Bharu ini nak ke Pasar Siti Khadijah, kedengaran bacaan ayat-ayat suci Al Quran dari corong-corong pembesar suara yang dipasang di tiang-tiang lampu jalan. Tiba-tiba terasa suasana begitu calm sekali.
Ini ketika dalam perjalanan nak ke Pantai Sabak.
Seterusnya Bandaraya Kuala Terengganu. Memang saya cuba sedaya upaya untuk dapatkan gambar landskap Kuala Terengganu dengan Bukit Besar ini. Masa ini kami sedang buat Pulau Warisan River Cruise di Sungai Terengganu.
|
'الله PELIHARAKANLAH TERENGGANU' |
|
Kuala Terengganu ~ Bandaraya Warisan Pesisir Air |
Harus jugalah merakam Jambatan Angkat Kuala Terengganu ini bila nak ambil foto landskap KT.
Foto Kuala Terengganu skyline diambil dari Jeti Nelayan Pulau Duyong.
Kita ke bandar Kuantan pula. Sepertinya Menara Alor Setar, kalau di Kuantan ni eloklah juga compose Menara Teruntum ini dalam foto landskap kita. This was shot in 2019. Sekarang ni dah siap dah menara ni.
Masa ini saya di Jalan Mahkota yang merupakan sebahagian jalan dalam Kuantan Heritage Walk.
Di Jalan Mahkota Kuantan. Kelihatan Padang MBK dan Masjid Negeri Pahang (Sultan Ahmad 1).
Kami juga berpeluang ke Bandaraya Kuching. Ini pemandangan Sungai Sarawak diambil dari tingkap bilik penginapan kami di Grand Margherita Hotel.
Waterfronts juga memberikan kita pemandangan cityscapes yang cantik. Ini pemandangan dari Grand Margherita Hotel waterfront.
Kuching Waterfront.
Imperial Riverbank Hotel Kuching di tepian Sungai Sarawak. Foto ini diambil ketika kami sedang Sampan Cruise.
Ini Bandaraya Melaka dirakam dari Menara Taming Sari.
Dari ketinggian 80 meter dari aras laut pengunjung dapat melihat suasana Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO ini dengan jelas.
Upon reaching ketinggian 80 meter, platform menara ini akan berputar 360°.
Next, bandar Sandakan Sabah pula. Di situ juga saya dapat ambil gambar sebahagian bandar Sandakan dari lokasi tinggi iaitu dari Four Points by Sheraton Hotel Sandakan yang menghadap Laut Sulu.
Foto Sandakan Waterfront diambil dari jeti nelayan Pasar Umum Sandakan.
Bandar Sandakan.
Memanfaatkan saat-saat senja.
Pasar Umum Sandakan dirakam dari parking lot Harbour Mall Sandakan. Betul tu, kalau parking di tingkat-tingkat atas shopping mall, jengok-jengok juga view dari atas tu 😃.
In Bandaraya Seremban. Cuma ini saja foto yang elok sebab masa tu hujan lebat 😄.
Ini Bandar Sungai Lembing Kuantan.
Bandar Tanah Rata Cameron Highlands.
Begitulah sharings of my 'My Photography Journey - Landscapes - Cityscapes' 😊.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment