Kisah My Photography Journey disambung lagi dengan Landscape Photography. Sudah semestinyalah bila minat fotografi, ambil gambar landskap adalah macam kemestian. Ke mana saja saya pergi mesti always be in ready mode to capture keindahan alam semulajadi ciptaanNya.
Ada banyak jenis landscapes yang boleh kita rakam dan saya mulakan kategori landskap saya dengan berkongsi foto-foto lawatan-lawatan ke beberapa air terjun.
Ini adalah foto-foto di Air Terjun Durian Perangin dirakam semasa percutian saya dan isteri di Langkawi.
Dikatakan air terjun ini mendapat namanya dari pokok-pokok durian yang tumbuh di lereng bukit di tepi air terjun ini. Tapinya durian ini adalah durian hutan yang banyak ulat dan tak sesuai untuk dimakan.
Untuk ambil gambar sungai dan air terjun tiadalah saya guna sebarang teknik khas. Just point, compose and shoot saja. Agak-agak je la. hihi.
Kawasan air terjun ini dijaga bersih. Sesuai berkelah dan gathering. Juga ada disediakan gazebo/pondok lengkap dengan BBQ pit. |
Kalau nak capture secara landscape saya rakam saja dengan sudut tembakan paling luas yang mampu dengan kamera yang saya gunakan pada masa itu.
Personally yang paling saya suka adalah jambatan pejalan kaki on stilts yang dibina di tepian laluan air sungai ini. Ini sangat memudahkan pengunjung kerana the river is very rocky. |
Ini air terjun yang pertama (paling bawah) di sini. Look nice and safe for kids. Siap ada a very nice pool at the bottom yang nampaknya tidak begitu dalam.
Biasanya di air terjun, orang akan ambil gambar guna slow shutter supaya terjunan air nampak silky smooth. Saya tak bawa tripod masa ni, so cannot la 😄.
Yang ini air terjun kedua. Kami lihat dari bawah sahaja sebab tak larat nak panjat tangga naik ke bahagian atas.. hihi. Di sini sebenarnya ada 14 peringkat air terjun.
Kalau boleh dan ada ruang selamat, rakamlah suasana di tempat lawatan dari pelbagai sudut.
Nampaknya sesuai untuk beriadah bersama keluarga.
Harus jugalah rakam view macam ini. Ke arah bawah sungai. To capture the very beautiful rocky landscape.
Seterusnya, Ait Terjun Lata Iskandar Cameron Highland.
Kami di air terjun ini cuma beberapa minit sahaja sebab hujan renyai. Masa tu tengah on the way home lepas bercuti di Cameron Highland.
Sama saja cara saya ambil gambar landskap di air terjun ini.
Elok dalam komposisi foto kita masukkan juga human figures to show the size of the place.
Next, Air Terjun Lata Kinjang Tapah Perak.
Masa tu saya ada bawa tripod, makanya bolehlah nak rakam foto air smooth macam ni 😃.
Airnya dari pergunungan Banjaran Titiwangsa. Merupakan salah satu air terjun paling tinggi di Asia Tenggara. |
Imho, a photo at a place like this is always more interesting if we include people in it.
Disebabkan dari bawah kami nampak pemandangan dari paras atas ini juga sangat menarik, maka kami pun panjatlah tangga yang ada disediakan untuk pengunjung untuk levels seterusnya.
Satu lagi slow shutter shot.
Seterusnya Air Terjun Sungai Gabai Hulu Langat. Masa ni saya photoshoot outing with a friend.
Dan last sekali, Air Terjun Sungai Pandan Kuantan.
What an amazing place!
Ada jambatan gantung.
Beberapa pemandangan dirakam dari jambatan gantung.
Ramai pengunjung masa tu.
Begitulah pemandangan-pemandangan indah di 5 air terjun yang saya lawat.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment