Monday, February 1, 2021

KUALA TERENGGANU - PANTAI JAMBU BONGKOK - DAY 03 - PART 05

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Selepas kami passed by Pantai Batu Buruk, Lagun Kuala Ibai, spent time ambil gambar Masjid Tengku Tengah Zaharah dan di Pantai Pulau Kekabu, kami seterusnya akan dibawa Shafik (tour guide) ke Pantai Jambu Bongkok pula. 


Agak jauh juga perjalanan dari Taman Rekreasi Pulau Kekabu nak ke Pantai Jambu Bongkok, lebih kurang 30 minit, 35 km ke arah selatan Bandar Marang.

Masjid Sultanah Nur Zahirah.

Masjid Sultanah Nur Zahirah seperti yang kami lihat earlier dari arah muara Sungai Marang.



Replika udang, sotong dan kerang ini adalah mercu tanda Bandar Marang. Monumen ini terletak di Jalan Persekutuan 3 berhampiran dengan Masjid Sultanah Nur Zahirah dan Pejabat Majlis Daerah Marang dan Mahkamah Majistret Marang.

Replika hasil laut ini menjadi lambang daerah Marang yang terkenal dengan hasil tangkapan laut yang segar oleh para nelayan di perkampungan nelayan Marang. 

Hentian Bas Marang.

Menyeberang Sungai Marang dengan Jambatan Marang.

Pemandangan Jeti Marang dari Jambatan Marang.

Sebenarnya Shafik ada beritahu kami yang mungkin kami akan berdepan dengan hujan lebat dan ribut. Which both of us already kind of expected by looking at the dark looming clouds in front of us. Plus for the last couple of days pun memang bila petang je hujan turun dengan lebat. Maklum la sebab masa tu sudah dekat-dekat musim tengkujuh. 

So the plan was, kata Shafik, kita proceed je dulu dan jika keadaan tidak mengizinkan, kami akan berpatah balik sahaja ke bandar Kuala Terengganu. Of course la kami setuju. Kalau paksa nak pergi juga, nak tengok pantai dalam ribut macam mana... hehehe. 

Passed by Kampung Rhu Muda.




Passed by Kampung Kelulut. 

Kami juga passed Pantai Kelulut. 
🔹Pantai Kelulut yang terletak di daerah Marang negeri Terengganu merupakan satu tempat tumpuan pelancong yang terkenal sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga.
🔹Pantai Kelulut mengadap ke arah laut China Selatan yang luas, dengan itu mengalami musim tengkujuh dengan gelombang besar pada penghujung tahun akibat tiupan angin timur laut. Keadaan ini menghalang nelayan daripada turun ke laut dan menjadikan aktiviti mandi-manda kurang sesuai akibat ombak besar dan kuat yang melanda kawasan pantai.

Masa dalam perjalanan tu kami perasan banyak peniaga menjual air nira kelapa dan nipah. Apparently Pantai Kelulut, Marang ini memang terkenal dengan air niranya. 

Air nira kepala pandan dan nipah (air tuak) Pantai Kelulut.
🔸Air nira diperolehi daripada mayang kelapa yang perlu diikat dan hujungnya dipotong untuk mengeluarkan air nira. Untuk menadah air nira ini, takungan buluh digunakan tapi sekarang botol plastik lebih mudah digunakan.
🔸Air nira mampu tahan sehingga setahun sekiranya diletakkan di dalam peti ais.
🔸Air nira biasanya dijual dengan harga antara RM10 hingga RM15 untuk 1.5 liter dan RM50 hingga RM60 untuk 10 liter.
🔸Bukan senang nak ambil air nira kerana sering ada gangguan serangga dan makhluk perosak seperti lalat dan cicak. 

Semasa dalam perjalanan dari Kabupaten Tanah Datar ke Kabupaten Lima Puluh Kota di Sumatera Barat ketika bercuti di sana, ada saya ternampak air nira dari pokok nipah yang ditakung dengan buluh. Di sana air nira dipanggil gula aren/air aren/nira aren [niro]. 
🔸Pokok ini sudah boleh diambil air niranya sekitar usia 5 tahun dan paling produktif antara 10-20 tahun.
🔸Boleh menghasilkan 15-20 liter nira tiap hari.
🔸Cairan ini mengandungi antara 10-15% gula.

🔸Bahagian pokok yang diambil nira adalah pada tangkai bunga jantan. Dari tangkai bunga betina juga boleh tapi dari bunga jantan jumlah dan mutu adalah lebih bagus.
🔸Takungan batang buluh digunakan. Ia sepanjang lebih kurang antara 1-1.5 meter.


Teruskan lagi perjalanan. Masa ni hujan pun sudah mula turun. 

Makin ke selatan perjalanan kami, hujan makin lebat. We were actually driving towards the storm!


And it was a downpour unlike my wife and I had ever experienced. Betul la macam kata Shafik, hujan dan ribut di sini memang lain. Bukan saja lebat tapi juga anginnya kuat! Jadi kami pun berpatah balik ke arah KT untuk ke tempat lawatan seterusnya. Semoga di situ nanti tidaklah juga hujan.

Dari Pantai Pulau Kekabu, kami cuma sempat sampai ke Pantai Kelulut sahaja dalam perjalanan ke Pantai Jambu Bongkok sebelum terpaksa berpatah balik disebabkan hujan yang sangat lebat. 

So all I could do was to just stare out the window and imagine the beauty of Pantai Jambu Bongkok 😔. 

But then I remembered yang saya sebelum ini sudah pun pernah ke Pantai Jambu Bongkok 😀. Maka saya pun carilah balik foto-foto tahun 2015 tu 😄. And here they are 😃. 

Ada laluan jalanraya yang proper memudahkan pengunjung untuk melawat kampung ini. 

It was a beautiful blue sky super hot afternoon 😅.

Banyak sekali pokok-pokok kelapa di sini. 


Panjang jalanraya tepi pantai ini yang banyak pokok-pokok kelapa di kiri kanan jalan dengan pemandangan pantai adalah lebih kurang 2 km i.e according to jalan yang kami lalui. So it was a long stretch road with beautiful sceneries. Masa saya lalu di situ tiada kenderaan lain so I had a nice leisurely drive. 


Kampung Jambu Bongkok terkenal sebagai salah satu lokasi penggambaran tv/drama/filem di Terengganu. Ini adalah kerana lokasinya yang menarik dan dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa. Suasana perkampungan nelayan yang klasik antara penyebab kampung ini digemari oleh para jurufoto dan pelancong dari luar Terengganu. - facebook.com/AmazingTerengganu































Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. pernah minum air nira tak?
    sedap
    tak manis sangat
    kalaukita biar lama sikit kat luar [ bukan dalam chiller] , nanti macam masam sikit
    lepas tu dah cuak.. dah jadi tuak ke ni ? ...hehehhe..

    saya rasa pantai paling cantik yang pernah saya pergi ialah di Kampung Jambu Bongkok tu..
    sebab kampung nya yang masih asli ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg la teringin nak try air nira tu tapi tak berani doc sebab takut manis sgt pulak.
      Kalau tuak lagi la tak nak.. hehe...

      Agreed, Kampung di situ masih authentic dan pantainya mmg cantik. And all the pokok kelapa melengkapkan the scenes.

      Delete