Wednesday, September 23, 2020

ALOR SETAR - MORNING WALK - RUMAH MERDEKA - DAY 02 - PART 02



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Baik, saya sambung cerita 'Alor Setar Morning Walk' saya. Lepas spend a bit of time di Pasar Kampung Berjaya, saya terus berpatah balik menuju ke Rumah Merdeka. 

Pemandangan Sungai Anak Bukit dari Jambatan Jalan Putra.

Nak ke Rumah Merdeka, just look for this signboard dan pass by Hotel Royale. Lokasi Rumah Merdeka adalah di belakang Hotel Royale.

Dan nampak entrance Rumah Merdeka.



Di sebelah kiri entrance ada info tentang Lambang Peribadi Tunku Abdul Rahman Putra i.e Tunku's Crest.

Sudah ada Notis Pembukaan. Jadi tempat-tempat sebegini pada masa itu sudah boleh dilawati. Tapi mesti patuh SOP dan Norma Baharu sebagai langkah keselamatan dan pencegahan untuk mengurangkan risiko penularan kes COVID-19.

Jom masuk. Scan MySejatera dulu di pondok security. 

Kedatangan saya disambut oleh Security Guard ini yang berkongsi serba sedikit info tentang Rumah Merdeka ini dan juga menjelaskan the dos and don'ts masa melawat ke dalam. For example, fotografi, video dan sebarang rakaman lain adalah sama sekali tidak dibenarkan di dalam Rumah Merdeka.

Ada info board di sini.

Maklumat menarik tentang Rumah Merdeka.

Information on Rumah Merdeka.

Ambil gambar rumah ini dari luar adalah dibenarkan. 

Lantai bawah rumah ini adalah dibuat dari batu bata / konkrit.

Lantai atas rumah ini dibuat dari papan, yang merupakan rumah yang asal yang dibina originally atas tanah yang kemudiannya dinaikkan ke atas dan bahagian konkrit di bawah ditambah.

Seperti biasa saya mesti la minta pamphlets.. hehe. So important to me to get hold such official information ya 😀.

Semasa saya di dalam rumah ini, ada seorang security guard yang ikut saya ke mana sahaja saya pergi. Bukan sebagai guide but he was just doing his job iaitu ditugaskan untuk memastikan tiada pelawat yang melanggar any of the rules seperti mengambil gambar, menyentuh barang pameran dan lain-lain salah laku.  

Inilah antara pameran yang ada di dalam Rumah Merdeka. Foto-foto dari pamphlet. 



Selesai lawatan di dalam rumah, saya keliling di luar rumah pula. 

Landskap laman yang cantik dan dijaga rapi.




Bahagian belakang Rumah Merdeka yang mengadap Sungai Anak Bukit.

Sungai Anak Bukit.


Turut dipamerkan di laman Rumah Merdeka ini bot yang pernah digunakan oleh Tunku untuk menyusuri Sungai Anak Bukit bersama keluarganya. 

Bot ini namanya Sri Banang.


Landskap laman di bahagian sini adalah lebih cantik, redup dan menenangkan. 




Ada kolam ikan.




Rumah Merdeka.






Ok, selesai dah lawatan ke Rumah Merdeka. Jom teruskan lagi dengan 'Alor Setar Morning Walk'. 

In summary 'Alor Setar Morning Walk' saya setakat ini. Bermula dari hotel penginapan kami, Royale Signature Hotel, saya singgah sekejap di Kampung Lubok Peringgi sebelum menuju ke Jalan Putra. Dari situ saya menyeberang Sungai Anak Bukit dengan Jambatan Jalan Putra dan terus ke sebuah jeti berhampiran di tebing Sungai Anak Bukit. Selepas itu ke Pasar Kampung Berjaya dan seterusnya ke Rumah Merdeka. 

Next, berjalan ke Medan Bandar via Jalan Putra.




Terjumpa pula mural ni. Since dah memang minat murals, kena la ambil gambar. 




Mural ini adalah oleh Berkz (@fik2ri).  





Muralist: Mile09 (@mile09_akmal)





Sambung jalan lagi.


Then came upon this facade. Dikatakan ini adalah panggung wayang pertama di Kedah, Shaw Brothers' Great World. 



Sebuah lagi panggung wayang lama, Rex.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments: