Wednesday, July 22, 2020

CAMERON HIGHLANDS - DAY 01 - PART 02 - DEPARTURE & ARRIVAL



Kita masih belum menang.

Ok sambung cerita perjalanan kami dari TBS ke Cameron Highlands naik bas. Masa ni kami dah pun sampai di Pekan Ringlet. 

Ringlet adalah pekan paling selatan di Cameron Highlands, Pahang dan merupakan pekan yang pertama akan ditempuhi oleh pemandu yang datang dari Tapah.  

Ia adalah pekan berbukit yang terletak di ketinggian 1,135 meter dari permukaan laut. 

Masuk ke Mukim Ringlet. Dalam Mukim Ringlet ada beberapa kampung/residences seperti Lembah Bertam, Boh dan Habu Height. 

Purata suhu di sini adalah sekitar 16°C.

Ia adalah hub pertanian sayur-sayuran dan pertanian bunga antarabangsa di Malaysia. 

Seterusnya bas akan menuju ke Tanah Rata.

Stadium Serbaguna JKKKB Ringlet. 


Food court.

Penjaja.







Next ke Tanah Rata.




Dalam perjalanan dari Ringlet ke Tanah Rata route bas melalui Empangan Sultan Abu Bakar. 

Paras air di empangan ini sering dipantau terutama ketika hujan lebat musim tengkujuh kerana pernah berlaku banjir. Paras air normal di empangan ini adalah pada tahap 1,068.3 meter. 

Penduduk kawasan sekitar empangan seperti di Lembah Bertam akan hanya diarah berpindah sekiranya paras empangan mencecah 1069.8 meter.

Jika berlaku kejadian tanah runtuh di lokasi sekitar empangan ini disebabkan hujan yang terlalu lebat, air dari Empangan Sultan Abu Bakar yang sudah melebihi paras berbahaya akan terpaksa dilepaskan secara berperingkat. 


Ladang sayur-sayuran di lereng bukit.


Kalau nak melihat keindahan ladang teh sambil minum teh bolehlah ke Cameron Valley Tea House.

Residensi TNB, Habu, Cameron Highlands.


Ladang-ladang sayur-sayuran yang luas.

Hujan renyai masa kami lalu di sini. 

Quite likely pernah berlaku kejadian tanah runtuh di sini. 

Itu pintu masuk ke Cameron Valley Tea milik Bharat Group.


Begitu ramai sekali pelawat-pelawat yang kami nampak berhenti di sini. Penuh tempat parking.


Pemandangan di sini memanglah sangat cantik. SubhanAllah.






Pemandangan Cameron Valley Tea dari atas.


Ini Cameron Valley Tea House. 

Ramainya pelawat!

Berderet kereta-kereta parking di tepi jalan. 



Dan kami pun selamat tiba di Tanah Rata. Alhamdulillah. Bas berhenti di hadapan bangunan Cameron Fair. Ini adalah perhentian akhir jika menggunakan khidmat CS Express.

Peta perjalanan kami.

Route yang sungguh berliku-liku. Syukur saya cuma pening-pening lalat dah tidak muntah 😊. Ada saya baca memang dinasihatkan untuk bawa beg muntah takut mabuk. 

Waktu solat Tanah Rata dan peta kawasan Tanah Rata.

Kami sampai lebih kurang pukul 2 pm. Terus cari lunch. Kami makan di Restoran Ferm Nyonya Sdn Bhd. 


Our lunch.


Sedap dan kenyang. Alhamdulillah.


Di restoran ini juga ada peta Places of Interests di Cameron Highlands.

Selesai lunch kami pun cari teksi nak ke hotel penginapan kami iaitu Copthorne Hotel Cameron Highlands di Brinchang, yang jaraknya dari Tanah Rata adalah lebih kurang 9 km. Bas yang kami naik tadi hanya sampai ke Tanah Rata ini dan tidak ke Brinchang. Also, fyi, tiada Grab di Cameron Highlands.

Majlis Daerah Cameron Highlands.

Pemandangan pergunungan Cameron Highlands yang sangatlah indah dilihat di Tanah Rata ini.

Dari restoran kami berjalan ke Jalan Besar untuk ke Stesen Teksi Tanah Rata which is at Tanah Rata Bus Terminal.

Suasana di Tanah Rata. Ia adalah bandar terbesar di Cameron Highlands. 

Tanah Rata berada di ketinggian 1,440 meter.

Tanah Rata berfungsi sebagai hab pengangkutan utama dengan bas antara Cameron Highlands dan destinasi utama termasuk Kuala Lumpur, Singapura dan Thailand.

Ada info tentang Tanah Rata.

Let's have a closer look shall we. Hmm... I wonder would anyone actually stop and read this information? Font kecik sangat dan terlalu padat dengan info. 

Apa-apa pun I tried la my best to capture it. 






Nama 'Tanah Rata' merujukan kepada dataran tingginya yang luas dan relatif rata yang berlokasi di antara lembah. 

Oleh yang demikian, bandar ini berkembang pesat dengan pembangunan dan infrastruktur yang lebih kuat dibandingkan dengan bandar atau pekan lain yang bertengger di kawasan yang lebih curam. 

Mural dan poster tempat-tempat menarik di Cameron Highlands.

Terdapat banyak hotel, resort dan pangsapuri yang menyediakan penginapan di bandar ini dan di kawasan sekitarnya. 

Ada murals di dinding food court di Jalan Besar ini. 


Food court. Medan Selera Sejahtera namanya. 

Shops.

Di Tanah Rata, ada kemudahan pusat membeli-belah, kedai serbaneka, kaunter pelancongan, bank, bar, restoran, kedai makanan segera dan juga Starbucks. 

Beberapa tarikan pelancongan terletak di sekitarnya termasuk MARDI Agropark, Bharat Tea Plantation, Pasar Malam dan ladang-ladang strawberi.




Bangunan Cameron Valley Bharat Group.

Kejpa-kejap hujan renyai masa tu. Drizzling.

Tu dah nampak Terminal Freesia, Tanah Rata Bus Terminal.

Tiba di Terminal Bas Tanah Rata. Kami terus cari teksi.

Map of our short walk. 

Ini Cameron Highlands Taxi and Van Services. Kami pun berbincang dengan seorang pemandu teksi di situ. Kami diberitahu pada waktu itu jalan ke Brinchang sedang sesak dan mungkin ambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke Copthorme Hotel, hotel penginapan kami.

Kalau ikut apps, masa nak ke hotel tu cuma 16 minit sahaja. Begitulah keadaannya di hujung minggu. Maka kami proceed je la dan pemandu teksi tu pun setuju lepas bincang cajnya. Teksi di Cameron Highlands tidak menggunakan meter. Kena tanya dulu berapa caj yang dikenakan sebelum naik teksi. Later we found out, caj yang dikenakan agak standard untuk ke mana-mana destinasi. 

Pemandu teksi kami adalah seorang lelaki India bernama Parthi yang merupakan anak jati Cameron Highlands. En. Parthi cukup fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Beliau dibesarkan di sebuah ladang teh di Cameron Highlands. He is super talkative and enthusiastic dan bersopan santun. Seronok kami sembang dengan dia. 

Cactus Point.

Traffic jam begini adalah pemandangan biasa di Cameron Highlands setiap hujung minggu begini dan di waktu cuti sekolah.

Sampai di area Kea farm. Kea Farm adalah daerah pertanian di Tanah Tinggi Cameron yang cukup popular. 

Kawasan pasar.

Masa dalam traffic jam tu, kami rancak bersembang dengan En. Parthi. Macam-macam info that he imparted contohnya dulu masa dia kecil kalau pergi sekolah memang mesti kena pakai jaket tebal sebab keadaan sejuk hingga sampai pukul 11 pagi. Nowadays, tak perlu pakai tebal. Cameron Highlands dah makin panas kata dia sebab banyak pembangunan dan aktiviti tourism. 

Pasar petani di sini ada di sepanjang jalan utama dekat dengan hotel penginapan kami, Copthorne Hotel. 

Dibuka setiap hari dari pagi hingga petang, di pasar ini ada dijual pelbagai hasil tanaman segar termasuk strawberi, jagung, sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Pasar ni paling meriah masa hujung minggu dan cuti umum.

Ada yang kata bila waktu tutup semakin hampir, harga-harga jualan di sini jadi sangat terjangkau. 

Area ni juga ada strawberry farms.

Tu dah nampak Copthorne Hotel, hotel penginapan kami selama di Cameron Highlands.


Selamat sampai ke hotel. Rupanya tidaklah sampai sejam perjalanan kami dari Tanah Rata. Lebih kurang 30 minit sahaja.  Walau pun traffic jam tapi, tapi lancar. Syukur Alhamdulillah. 

Copthrone Hotel Cameron Highlands ini ialah sebuah hotel 4 bintang. Kami menginap di sini kerana office event my wife diadakan di sini.

Hotel ini berada pada 1,628 meters above sea level.

Luas lobinya.


Bilik kami. Alhamdulillah, selesa. 



Jom tengok pemandangan dari balkoni.

Cantiknya.... subhanAllah.









Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. why laaaa kocik sangat fontnya
    dan penceritaannya macam kopipes dari text book
    tak ada siapa terpacak baca kecik gitu !! :)

    sangat terjangkau tu 'affordable ' eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Macam nak cukup syarat je.
      Sometimes I wonder, tak kan la mereka tak terfikir macam yang kita fikir... yg font tu terlalu kecil dan tambah payah nak baca especially bahagian yg paling atas sebab tinggi kedudukannnya.

      Yes it means affordable :).

      Delete