Friday, March 29, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 06 - PART 01 - HUKA FALLS

Dah hari ke 6 kami dalam percutian di North Island, New Zealand. Esok nak balik ke Malaysia dah. 

Lepas sarapan, kemas beg sebab akan check-out untuk balik semula ke Auckland. Tapi sebelum ke Auckland tu, pada hari ke 6 ini kami akan ke beberapa lagi tempat lawatan. I'll be sharing program lawatan kami ke Huka Falls, Waitomo Glowworm Caves, Otorohanga Kiwi House and Native Birds Park dan Hamilton Gardens.

Sementara menunggu masa nak bertolak, kami ambil gambar dulu di depan hotel dan di Lake Taupo. 

Fyi, angin dari Tasik Taupo masa tu cukup kuat sampai bendera New Zealand ni berkibar penuh. Suhu pun belas-belas masa tu. Sejuk!

Pemandangan Tapuaeharuru Bay, Lake Taupo yang indah.

Petang semalamnya saya duduk di bench ini sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

Penduduk di sini dah out and about bersenam. I was all zipped up, mereka pakai shorts je... hehehe.


Pemandangan kawasan perumahan di tepi Acacia Bay North, Lake Taupo.

Yang berjogging.

Yang brisk walking. 

Pemandangan Four Mile Bay, Lake Taupo.


Yang cycling.




Pagi ni boleh nampak Motutaiko Island dengan agak jelas. Mount Ruapehu, Mount Tongariro and Mount Ngauruhoe cuma nampak samar-samar je but still absolutely majestic!

Ini peta lokasi Wellesley Hotel, Motutaiko Island, Mount Ruapehu, Mount Tongariro and Mount Ngauruhoe.



SubhanAllah, cantik sangat pemandangan ni!



Off we went ke tempat lawatan pertama iaitu Huka Falls.

Mommies and their babies.

Kawasan tepi tasik ini dipanggil Taupo Lakefront Reserve.

Di Boat Harbour ada Harbour Master, Bowling Club, Charter Flights, Fishing, Sailing, Scenic Boat Tours and Yacht Club. 



Tiba di Huka Falls.

Kalau ikut sign board, dah betul ni Huka Falls. Tapi rupanya ini Huka Falls Walk. 

Nak ke Huka Falls kena jalan 15 minit. Meaning lokasi betul Huka Falls depan lagi. Anyway, since dah sampai dan turun di sini, kami decided to just have a short walk. 

The walking trail. 

Tak landai, tak curam. At certain places tu curam jugak la. But it was a nice walk dalam hutan tepi sungai.


Huka Falls Walk ini menyusuri Waikato River yang menuju ke arah Huka Falls. Boleh nampak Waikato river di celah-celah pokok dan semak. 

Biru sungguh airnya. Dan boleh dengar jelas deruan airnya yang sangat deras.

Sungai Waikato heading downstream.

Di bahagian ini air birunya tenang. Gorgeous reflections.


Kami tak jalan all the way ke Huka Falls di Huka Falls Walk tadi. Patah balik dan naik semula kereta ke lokasi betul-betul di Huka Falls.

Entrance ke Huka Falls.

Ada peta besar di sini yang disediakan oleh Wairakei Tourist Park Taupo NZ.


Let's explore shall we, this most visited natural attraction in New Zealand!
Huka Falls boleh dilawati secara percuma tetapi sumbangan adalah dialu-alukan.

Ada foot bridge menyeberang Sungai Waikato.

Uwah! Ganas sungguh airnya di sini! Yet strangely it has that calming feel.  

Seeing the violent rush of huge amount of water dengan bunyinya yang kuat pada saya had that combination yang menakutkan yet absolutely fascinating. Fyi, hampir 1/4 juta liter air lalu di jeram ini setiap saat.

Bila namanya ada 'Falls' saya fikir ada macam air terjun tinggi. Tapi tak la setinggi yang saya imagine.  

There are a series of waterfalls setinggi lebih kurang 8 meter sepanjang laluan sempit ini. Di hujung lorong sempit ini ialah Huka Falls yang tingginya lebih kurang 7 meter, dengan ketinggian dari top to dasar sungai setinggi 11 meter. 

Air di Huka Falls ini sangat deras kerana ia lalu di lorong yang sempit (see below map) dan cetek berbanding dengan bahagian lain Waikato River. Sungai Waikato lebarnya lebih kurang 100 meter. Dan bila airnya terpaksa mengalir di lorong Huka Falls yang selebar 15 meter ini, maka tekanan aliran pun meningkat menjadikan ia sangat deras and ganas. Jadi lagi dramatik bila laluan sempit ini berkecuraman 20 meter drop.

Kadar aliran air yang mengalir di Huka Falls ini boleh memenuhi sebuah kolam renang saiz olimpik dalam masa hanya 11 saat 😮.

Dan air deras ganas ini berakhir di hujung sana. Di situlah lokasi the Huka Falls. 

Jumlah air yang mengalir di sini sering menghampiri 220,000 liter sesaat. Kadar aliran dikawal selia oleh Mercury NZ Ltd melalui Taupo Control Gates sebagai sebahagian daripada perancangan sistem hidro mereka, dengan Waikato Regional Council mengarahkan aliran semasa tempoh banjir hilir di tadahan Sungai Waikato. Mercury NZ mempunyai keupayaan untuk mengawal aliran antara 50,000 liter sesaat (atau 50 m3/s) dan 319,000 liter sesaat (319 m3/s)

Tapi saya rasa masa kami di sini aliran airnya adalah kurang dari 220,000 liter sesaat. Ini kerana saya perasan pada dinding volcanic rock di tebing lorong sempit ini ada bekas ketika aliran airnya lebih tinggi/banyak.

Jadi bayangkanlah aliran air yang banyak macam ni pun dah nampak macam ganas, apatah lagi kalau full 220,000 liter sesaat tengah lalu.

Mesti di dasar bahagian sungai ini ada batu besar, yang dihempas kuat oleh aliran air yang laju sampai splashing besar macam ni.

Pastinya dengan kadar aliran air yang tinggi bersama faktor kederasannya, both berlaku secara non stop begini, akan menghakis dasar dan dinding lorong ini. Mungkin satu hari nanti tak ada dah Huka Falls. Satu hari tu may be like puluhan or even hundreds of years lagi la.  

Jika diukur dari bermulanya lorong sempit berdinding volcanic rock ini hingga ke Huka Falls, panjangnya lebih kurang 220 meter.

Nama "Huka" berasal dari perkataan Maori yang bermaksud "buih" (foam). Ia menggambarkan rupa air yang menghempas di Huka Falls.


Trying to capture the fine mist resulting from the splashes, against the sunlight. It was quite mystifying 😊.




Bergambar di Huka Falls.




Salah satu dari siri air terjun kecil yang ada di sini.


Warna biru unik air di Huka Falls dan Waikato River adalah kerana airnya yang jernih yang memantulkan cahaya biru. Gelembung udara di dalam airnya menguatkan lagi warna biru ini, menghasilkan keajaiban alam yang luar biasa lagi spektakuler.

Pelawat boleh jalan menyusur sungai ini dan berhenti di beberapa lookout point. 

Kalau tadi pemandangan tengah sungai dilihat dari atas footbridge, di sini view dari tepi sungai pula. 

Pemandangan dari sini tak kurang Hebatnya.






Ini short videonya.

Isteri bergambar di footbridge. 





Ada kalanya air sungai ni nampak turquoise. 




We walked further in a bit more and came to another lookout point. 

Bahagian sungai di sini ialah lokasi Huka Falls. 

Tapi tak berapa nampak dari sudut pandangan ni. Kena jalan lagi sikit ke dalam to get a better view. 

Ada info tentang the Jet boat di sini. 


Di Huka Falls ni berakhirnya lorong sempit di Sungai Waikato ni. 

Selepas Huka Falls, air Sungai Waikato mengalir dengan tenang. 

Ini je la view Huka Falls dari atas yang paling bagus saya mampu ambil.. hehe. 

Beberapa lagi info menarik yang ada di sini.



Jom kita jalan ke dalam sikit lagi to get a better view of the falls.


Haa... dari sini boleh nampak clear view of Huka Falls. Utterly wondrous! SubhanAllah.

Di bawah Huka Falls ini ada dasar yang sangat berbahaya yang disebabkan oleh air terjun yang menjunam jatuh dalam volume yang banyak dan deras.

Ketinggian Huka Falls berbeza dari masa ke semasa antara 7 meter hingga 9.5 meter, bergantung kepada aliran Sungai Waikato.

Kalau nak tengok Huka Falls dengan lebih dekat lagi juga boleh dengan Jet Boat atau Boat Cruise. Jet Boat tu akan datang dari arah downstream menuju ke Huka Falls and comes to the fall as close and as safely as possible near the falls.

Boat Cruise macam ni pun juga ada untuk pergi sedekat dan seselamat mungkin ke air terjun ini. Mesti kuyup la kena tempias air.. hehe. 


Aliran air terjun yang sangat kuat ini menghalang penghijrahan trout dan native fish such as eels ke hulu sungai. Sebab itu tidak ada eels dijumpai di tasik Taupo







Ok puas dah tengok Huka Falls ni dan ambil gambar. Time for us to leave for the next destination.



Patah balik ke foot bridge.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.