Monday, February 25, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 03 - PART 01 - ON THE WAY TO HOBBITON MOVIE SET

Mōrena Auckland! Good morning Auckland!

Pada hari ketiga di New Zealand North Island ni kami akan pergi ke bandar Matamata di mana tidak jauh darinya is the location of Hobbiton Movie Set. As we all know, Hobbiton Movie Set was created for Peter Jackson’s “Lord of the Rings” and “Hobbit” films. Kiranya kalau dah ke NZ, attraction ni mesti visit la. Lepas tu kami akan bermalam di Rotorua yang merupakan sebuah bandar pelancongan geothermal yang terkenal di New Zealand.

Jadi kami kena check out pagi tu sebab malamnya nanti kami akan menginap di Rotorua. Lepas kemas beg, sebelum turun sarapan, ambil gambar Sky Tower ni dulu 😊.


Nampak tak tali kabel di sebelah kanan tu. Haaa... situ SkyJump dibuat. Huii.. kecut perut!

Sarapan di hotel ni jenis Continental Breakfast. Jadi la asal kenyang. Kalau nak Hot Breakfast kena bayar extra NZD6 atau RM16. Dapat makan telur je. Tu pun buffetnya next to bacon dan non-halal sausages. So tak payah la. Kami berdua tak la particular sangat tentang sarapan. Makan je apa yang boleh, janji tak kelaparan. Jadinya kami memang kalau bercuti tak de la bawak serunding, Brahim bagai. Payah la nak kena declare. 

Dah janji dengan Haziq pick up kami pukul 7:30 am. Kami turun awal so boleh la berfoto-foto kejap.



Off we went for our New Zealand adventure. Excited! Perjalanan ke Hobbiton Movie Set near bandar Matamata akan ambil masa lebih kurang 2 jam.

Perjalanan adalah sejauh 176 km. Kami berdua excited sebab masa dalam perjalanan beginilah kami berpeluang melihat dan ambil gambar pemandangan yang cantik. Jadi saya dedicate this blog entry entirely on NZ's amazing landscape photos yang sempat kami captured sepanjang perjalanan dari Auckland ke Hobbiton Movie Set.

Lengang jalanraya di Auckland masa tu sebab masih awal pagi dan sebab it was a Sunday. Kalau weekday pun jalanraya tak sibuk, lagi la masa weekend. Macam saya share in earlier entry, Haziq, our tour guide bagitau on weekends people di sini lagi suka duduk rumah sahaja.

Di highway pun macam hardly ada any cars. 

Btw, had laju di sini adalah 50 km/j di kawasan bandar dan 100 km/j di luar kawasan bandar dan di lebuh raya.


Sekejap pemandangan dataran rata yang luas.

Next, beralun-alun.



Sepanjang perjalanan, selain ladang, kami juga nampak banyak haiwan ternakan. Sekali sekala nampak juga kuda.

Menurut perangkaan rasmi pada bulan April 2018, terdapat 10 juta lembu dan 29 juta biri-biri di New Zealand. Dari jumlah tersebut, bilangan ternakan yang terbesar adalah di wilayah Waikato. Sebagai perbandingan, bilangan penduduk di New Zealand cuma 5 juta orang.

Jadi sebab itu New Zealand mempunyai prosedur biosecurity yang sangat ketat di sempadan antarabangsanya untuk mencegah kemasukkan perosak (pests) dan penyakit yang berbahaya. Imagine kalau ada penyakit yang menyerang ternakan mereka, mungkin jutaan ternakan mereka terpaksa dihapuskan. Habis la lumpuh industri daging lembu mereka contohnya. Pengimpot mereka juga akan hilang kepercayaan. 

Di New Zealand masih banyak kawasan hutan belantara dan hidupan liar asli. Keadaan kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar ini akan menjadi lebih buruk atau hilang sepenuhnya jika tidak terdapat sistem biosekuriti yang ketat untuk menghentikan orang-orang yang membawa masuk perosak dan penyakit asing.

Tak pasti ni ladang apa. Tapi beginilah ladang di sini, beratus ekar luasnya!

Some of the road signs. 

Bangunan hijau tu ialah bangunan Pacific Biofert, producing bioactive fertiliser products.

Suhu masa tu nyaman sekitar 22ºC even masa tengahari, tapi terik dengan angin kering. So kena sapu lip gloss. By end of percutian ni, muka saya jadi gelap.. hehe. Malas nak apply sun block, padan muka... haha. As for the views, walaupun adakalanya rumput dah nampak kekuningan sebab musim panas ni, tapi tetap nampak cantik. Jadi nampak la sprawling green with hints of yellow.

Tapi most part, beautiful lush green.

Also kami noticed highway yang kami lalui ni mostly 2 lanes macam ni. Tak perlu more sebab it seemed there are not many cars.

Rumah dan bangsal pemilik ladang.

Passed by ladang-ladang yang bersaiz epik.

Bila lalu spots yang diterangi cahaya matahari pagi macam ni nampak cantik sangat.

Ladang jagung agaknya. 

Memang saya berusaha keras mendapatkan gambar haystacks macam ni.. hehe. Kira boleh la 😊.

Landskap yang sesuai kalau dibuat battle scenes in movies 😊.

Bentuk muka bumi ladang yang beralun-alun.

Kami juga berusaha nak dapatkan foto lembu-lembu NZ. Yang ni nun jauh sangat di sana.. hehe.

Imagine berapa kilometer pagar nak pasang kepung ladang ni. Maintenance lagi.

Mungkin juga ladang-ladang ternak dipagar to create sections for cow grazings di pasture tertentu. 


Waa.. so many cows lah! Happy bila lembu-lembu grazing near the highway. Dapat la ambil gambar.. hehe.

Di sana bunga tepi jalanraya pun cantik macam ni. Bunga ni dipanggil dengan macam-macam nama: African lily, Common Agapanthus, Blue Lily dan Lily of the Nile.

Agaknya sebab masa tu musim panas, maka kena la ladang-ladang di sini disembur air. Bukan saja air tapi baja juga boleh di spray guna sprinklers ni. 

Masih awal pagi, matahari rendah lagi so there are cool shaded areas. 

Mungkin sungai atau small canals for irrigations.


One of those moments when we go 'Aaahhhh...'. SubhanAllah, cantik sangat.

Certain areas mesti drive slow. Kadang-kadang tu terasa macam slow benar disebabkan dah terbiasa dengan 'kelajuan' di Malaysia.. hehe. 


Tak nampak pulak any jentera menuai, obviously bukan masa harvesting.


More cows shots.. hehe.

Ini jenis lembu Holstein-Friesian (hitam putih) iaitu lembu tenusu. Ia adalah yang paling popular di kalangan penternak lembu tenusu kerana ia menghasilkan lebih banyak susu daripada baka lain.

Banyak sungguh lembu tenusu di ladang ni, spread along the huge field.

Bila nampak banyak macam ni, saya terfikir la macam mana farmers keep track of their cows which can run up to thousands per farmer. As stated earlier ada 10 juta ekor lembu di New Zealand ni. 

So I read up a bit on it and there were indeed cases di mana lembu-lembu di curi seperti kes kecurian lembu-lembu tenusu di Mid Canterbury, termasuk kehilangan 500 ekor lembu dari salah satu ladang ternak. 

Jadi ada beberapa cara nak keep track and some of them are ear marking, ear tagging dan microchipping disamping menggunakan sistem pengauditan ladang yang baik, pemantauan stok dan penyelarasan yang baik. Cara seperti hot branding guna besi panas ditegah sebab skin burning akan menyiksa lembu. Jadi mestilah guna kaedah pengenalan haiwan yang menyebabkan kesakitan dan kecederaan yang paling minimum. Keep track lembu penting terutama bagi lembu daging berbanding lembu tenusu.

Cantik lighting masa ni.


Memasuki Daerah Hauraki.

Lokasi Auckland, Hauraki District dan Hobbiton Movie Set. So masa ni kami dah halfway through ke Hobbiton Movie Set.

Kami juga perasan pokok-pokok especially di ladang ternak dipagar. Rupanya untuk elak pokok tu mati akibat kerosakan pada its trunks bila the cows menggesel dan menggaru badan mereka pada trunks tu. And we are talking about hundreds of cows. Kot sampai tumbang pulak pokok tu disondol-sondol berkali-kali.. hehe. Kalau pokok tu kecil lagi la kena protect. Pasal pokok kena pagar pun nak cerita ke? Hahahaha... me so curious la.. hehe.

Cara pemandu diingatkan tentang menjaga keselamatan ketika memandu: 'Expect the unexpected'. 

Then saya noticed lookout point signboard ni. So I asked la Haziq if we could have a short stop. He said boleh je. Cool! 

Kami pun stop di sini. Memang ada disediakan a nice big parking space di tepi highway. Lokasinya di 965 State Highway 27, Kaihere 3597, New Zealand. So we called tempat ni Kaihere Lookout Point. 

Firstly, berhati-hatilah dengan pagar letrik ni. 

Secondly, barulah enjoy the amazing epic scenery.

Sprawling hilly green pastures.

Dan bonusnya masa kami sampai di situ ada lembu-lembu tengah grazing, melengkapkan sceneries yang kami captured.  

So beautifully picturesque!


Kalau tak silap ini New Zealand brown and white Hinterwald cattle. Lembu ni asalnya dari Black Forest Germany. Diternak untuk susu dan dagingnya.

Yang ini Angus cattle, a Scottish breed, diternak untuk daging.

Ingat tak di atas ada saya cerita tentang New Zealand mempunyai prosedur biosecurity yang sangat ketat di sempadan antarabangsanya untuk mencegah kemasukkan perosak (pests) dan penyakit yang berbahaya. Since tengah cerita pasal lembu, saya share a bit of info yang saya baca dari internet tentang lembu-lembu di New Zealand yang dijangkiti sejenis penyakit Mycoplasma bovis. 

According to news yang saya baca bertarikh May 2018, kerajaan New Zealand merancang untuk membunuh kira-kira 150,000 ekor lembu sebagai cara membasmi bakteria penyebab penyakit daripada kumpulan lembu-lembu local sementara ianya masih boleh dilakukan. Setakat ini sebanyak 24,000 ekor lembu telah dibunuh dan ditanam di ladang atau dibuang di tapak pelupusan yang diluluskan.

Kos program pembasmian selama lebih 10 tahun itu dianggarkan berjumlah NZD886 juta. Kerajaan merancang untuk menanggung dua pertiga daripada kos ini manakala penternak dan industri lembu akan menanggung yang selebihnya.

Setakat berita ini dilaporkan, mycoplasma bovis telah dijumpai di 38 ladang di seluruh New Zealand, bilangan yang mereka jangka akan meningkat kepada sekurang-kurangnya 142 ladang.

Pada bulan Julai sebelumnya, Mycoplasma bovis ditemui di negara New Zealand untuk kali pertama. Ditemui di Eropah dan A.S., bakteria ini boleh menyebabkan lembu sakit mastitis, pneumonia, arthritis dan penyakit lain. Mereka tidak dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan makanan, tetapi boleh menyebabkan kerugian pengeluaran di ladang.

Dilaporkan juga semua jangkitan yang dijumpai setakat ini dapat dikesan kembali ke satu ladang dan bakteria itu mungkin tiba di New Zealand 18 bulan sebelum mereka mula dikenal pasti. Bagaimana bakteria itu masuk ke negara ini masih lagi belum diketahui walaupun adanya kawalan biosekuriti yang ketat.

Jadi bila kita diperiksa dengan begitu ketat di airport NZ janganlah bersungut dan patut faham kerana ini demi keselamatan penduduk dan industri/ekonomi mereka.

Btw, inilah kenderaan kami selama bercuti di New Zealand. Alhamdulillah selesa.

Baik, sambung semula perjalanan ke Hobbiton Movie Set.

Terus merakam beautiful New Zealand landscapes.






Heading to Matamata.

Lagi foto-foto lembu. I wonder and worry if those are electric fences also. Kesian kalau lembu-lembu kena zapped. Surely low voltage just to deter them from going over the fence kan 😊.


Sprinkler irrigator banyak digunakan di ladang-ladang.




Tiba di Matamata.




Teruskan lagi perjalanan menuju ke Hobbiton Movie Set.









Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. kalau pakai sun block ... memang akan kurang kita punya kehitaman eh ?
    atau sun block tu hanya kurangkan penyerapan the harmful uv lignt ?
    saya tak tahu .. tak pernah cari dan baca ..
    sebab kalau pakai sunblock hanya untuk reduce the uv absorbtion , sama je lah gelapnya dengan tak pakai , kan ?

    yang bestnya .. kalau dapat bergambar sebelah haystack tu !! buat buat tolak hay stack .. cari needle dekat hay stack .. ehh.. hahhahaha
    dah download apps bunga tu ? :)

    100km /hour ??! je..?!
    ngantuk aa gitu !!!!!
    alaaaaa .....

    en syed duduk depan eh ? dapat gambar cantik-cantik..
    ada kira tak ada berapa banyak gambar dalam entri ni !!?? hehehheh

    cantiknya the rolling hills ... grazing cows .. the green pastures ..
    sigh ..
    nak ikot !!!!hahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la doc. Once dulu ada beli sebotol di farmasi masa nak gi Dubai. The lady there kata lotion sun block tu semuanya boleh buat. Saya pun tak tanya byk, beli je terus. Nak tanya apa pun tak tau.. hahahaha..

      Exactly! Mmg la teringin nak ambil dari dekat haystacks tu. Dpt yg ni pun jadi la.. hehe.
      Apps tu! Lupa!

      Mula2 mmg ngantuk. Saya duduk depan tu terautomatik kaki menekan-nekan nak speed up.. hahaha. So silly. Tapi both my wife and I suka slow tu sebab byk foto kami tak blur.. hehe.

      Yes, duduk depan. Yes, view dari depan mmg best! Alhamdulillah.
      Hahaha... tak kira... but I always keep below 150 images per entry.

      Yes, yes, yes indeed. NZ mmg cantik. Kata org di South Island lagi cantik.
      Doc kalau gi NZ, pergi la sekali ke South Island ok. Leh saya tumpang tgk foto2nya.

      Delete
  2. salam mr.syed..nk tnya pakej nz ambil dgn travel ag mana..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kami ambil dengan Enrich Travelogue.

      Delete