Friday, February 1, 2019

MELAKA - DAY 01 - PART 01 - TAMAN BUNGA MERDEKA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Minggu sebelumnya kami dah pun spent overnight di Melaka. The following week tu kami ke sana lagi and that time around kami stay for 2 nights. Saja la nak jalan-jalan di Melaka Bandaraya Bersejarah style bercuti kerana sebelum ni tak pernah lagi buat macam tu bila berada di Melaka. We thought it'd be lots of fun. 

On the way tu kami  berhenti sekejap di RnR Ayer Keroh sebab nak makan nasi lemak sedap 😋.

Di RnR ni ada tangga batu style rumah tradisional Melayu Melaka dengan hiasan jubin yang cantik. Nice!

Kalau stop sini cuba la makan di gerai Nasi Lemak Istimewa. Memang istimewa!

Nasi lemaknya makan begitu saja pun dah sedap sangat. Lagi la sekali dengan sambal udang atau sotong atau sardin. Alhamdulillah, kenyang.

Masa kami tengah makan tu hujan lebat dengan angin kuat sampai tempias. 

Good thing la sebab kami kalau hujan lebat macam ni memang akan elak dari memandu.

Tak lama hujannya, kami sambung semula perjalanan. 

Jam sikit sebab got road works ahead.

Lovely pantun.

Melaka Zoo dan replika giant tepak sirih golden.

Sebuah lagi monumen dan meriam-meriam.

Di Melaka, kami menginap di Hatten Place Hotel. Sebenarnya kami nak menginap di Hatten Hotel yang terletak betul-betul di downtown dan within walking distance dengan pelbagai historical attractions di bandar Melaka. Tapi dah tersilap book pulak. Ingatkan Hatten Hotel dan Hatten Place both same hotel... hehe. 

Hatten Place ni agak jauh juga dari pusat bandar Melaka, about 10 minutes drive. Ianya 5 bintang dan bersambung dengan sebuah shopping mall yang bernama Elements Mall dan Hotel Doubletree By Hilton. Tak perasan/sangka masa buat booking hotel ni 5 bintang sebab masa book di Agoda rate semlmnya terjangkau. 

Lobi Hatten Place di Tingkat 12.

Checking in.

Hatten Place ni ada satu atraction menarik, ada skydeck @Hatten City. Melaka's highest 360° panoramic view. Nice! Bonus ni! Boleh la kami check it out later. 

Suasana di lobi.



Ada dua lobi lif yang berasingan menuju ke Car Park dan bilik-bilik penginapan. Bilik kami di tingkat 32.

Our room at Hatten Place, Melaka. Alhamdulillah, selesa.



View dari tingkap bilik.


Lepas settled in and bersolat, kami pun mulakan exploration bandar Melaka like we had never done before. Walau pun di negara sendiri dan di bandar yang sudah pun kami berkali-kali kunjungi, we were quite excited actually kerana kali ini kami akan explore dengan cara macam kami bercuti di tempat-tempat lain, taking our time while doing so and all the while took lots of photos. Kiranya nak lihat bandar Melaka with fresh set of eyes lah 😊.

Dari Hatten Place kami naik teksi dan turun di Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Dari situ kami berjalan ke arah Taman Bunga Merdeka. 

Masih lagi ada banyak beca-beca pelancong ni tapi with decorations yang lebih menarik bertema karekter kartun (seperti Doraemon, Hello Kitty, Pikachu dan baby shark) dan superhero (Spiderman). Also kami noticed dah tak ada dah that super loud music, which personally I think is a good thing la. Musik still ada tapi not loud.

Percutian kami memang tidak pernah bertemakan 'jalan-jalan cari makan'. Tapi bila ternampak food truck jual kuih keria Melaka ni, saya terus 'terpaksa' beli! 😊. Minat sangat dengan kuih ni!

Dua-dua suka, tapi lebih suka yang kiri ni 😋. 

Resilient Cities Asia-Pacific 2016.
Resilient Cities is the annual global platform for urban resilience and climate change adaptation. It is convened by ICLEI – Local Governments for Sustainability and co-hosted by the World Mayors Council on Climate Change and the City of Bonn and was launched in 2010 with the goal of forging partnerships and dialogues that matter. The success of the series ‘Resilient Cities - The Annual Global Forum on Urban Resilience and Adaptation’ that attracts hundreds of participants to Bonn, Germany, every year since 2010 is a clear indication of how pressing the issue of adaptation and resilience is perceived among local governments worldwide.

Resilient Cities Asia-Pacific aims to provide an Asian platform for urban resilience and climate change adaptation where partnerships are forged and concrete dialogues are happening, with the ultimate goal of identifying solutions and creating lasting impacts for cities in the region.

Source: http://resilientcitiesasiapacific.iclei.org/

Pertama sekali kami ke Taman Bunga Merdeka yang asalnya dinamakan Coronation Park. Ia dibina oleh British pada tahun 1953 untuk memperingati pertabalan Queen Elizabeth II sebagai Ratu Inggeris.


Tak ada banyak taman / green open space di bandar Melaka ni kecuali taman ini.

Jadi tidak menghairankan bila kami nampak ramai locals/orang luar beriadah/melawat di taman ini. 

Beautiful garden flowers.

Taman ini memang cantik dan redup. Nyaman di sini walau pun waktu tengahari. 

Asalnya taman ini terletak di tepi laut. Lepas banyak projek-projek tambakan laut sejak dari 1939 oleh British dan subsequent projects, taman ini makin jauh ke darat. Jadi kerana lokasi asalnya sebenarnya di tepi laut maka terdapatlah landmarks seperti City Cross dan jajaran Kota Melaka Lama di sini. 

Pokok-pokok di taman ini juga sungguh mengagumkan. SubhanAllah, cantik sungguh pokok ni. Mungkin dah nak dekat 100 tahun umurnya.

Ok jom tengok 'The City Cross'. 

A closer look. It was heart warming to see tak ada sampah sarap dibuang ke dalam sangkar besi ini. 

Info tentang Batu Peringatan St Francis Xavier atau The City Cross. Merupakan lokasi pendaratan pertama St Francis di Melaka pada 1545. 

Batu yang dipercayai tidak akan tenggelam ketika air pasang disebabkan oleh sumpahan St Francis ke atasnya. 

Ini lukisan St Francis Xavier di Melaka yang ada di dalam Muzium Stadthuys, Melaka.
Francis-Xavier-in-Malacca
Source

Berehat sekejap makan kuih keria gula Melaka. Sedapnyaaa 😋. Alhamdulillah. 

Plak perasmian Taman Bunga Merdeka pada 4 Januari 2004 oleh Ketua Menteri Melaka ketika itu.

Sejuk mata memandang.

Taman ia juga berfungsi sebagai sebuah muzium luar dengan memaparkan pelbagai pameran berkaitan pengangkutan.

Makanya taman ini juga dikenali sebagai Muzium Pengangkutan Melaka.

Taman yang menarik ini sarat dengan pelbagai tarikan. Selain keindahan pokok dan landskap taman dan objek pameran, ia juga ada historical landmarks iaitu kesan binaan Kota Melaka lama dari zaman Portugis. 

Di taman ini pengunjung dapat melihat kawasan Penyelidikan Arkeologi dan ekskavasi untuk mendedahkan keseluruhan binaan Kota Melaka.

Honestly, I felt quite fascinated bila lihat tapak di mana once berdirinya Kota Melaka lebih 500 tahun dahulu. Just wondering what the fort was like during its heyday. 

Ini adalah peta-peta lama Kota Kubu Pertahanan Melaka yang dibina oleh Portugis. Tidak diketahui pelukisnya, lakaran berkenaan terhimpun di dalam koleksi mengenai Manuel Godinho de Eredia, tahun 1620 Masehi dan Livro Do Estado da India Oriental, karya Pedro Barrelo De Resende. 

Perkataan 'Intramuros' dalam peta di bawah in bermaksud 'Walled City', sebuah bandar berkubu.

'Fortaleza de Malaca' = Malacca Fortress. 

'Demonstração da Fortaleza da Malaca' = Demonstration of the Fortress of Malacca.

Inilah gambaran Kota Melaka dalam bentuk Model 3D di atas Bandar Hilir, Melaka.

Turut dipamerkan di sini ialah sebuah kapalterbang lama berkipas dari jenis Scottish Aviation Twin Pioneer CC MK 1. Kapalterbang ini yang dinamakan Lang Rajawali adalah kapalterbang pertama milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang ditubuhkan pada bulan Januari 1962.

Ini pula adalah sebuah Tugu Peringatan Perang yang didirikan oleh British untuk memperingati anggota tentera mereka yang terkorban dalam Perang Sungai Ujong dalam tahun 1875-1876. Perang ini terjadi bila ketua-ketua Melayu yang bersengketa mengenai cukai perlombongan bijih timah ketika itu menjemput British mencampuri urusan tersebut. Perang ini jugalah yang memulakan penjajahan British ke Negeri Sembilan yang terletak di sebelah Negeri Melaka. Negeri Sembilan bersama Perak, Selangor dan Pahang kemudiannya membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah pemerintahan British. 

Tiga dari 4 muka Tugu Peringatan Perang ini ditandakan dengan simbol tiga agama yang dianuti oleh anggota tentera Kerajaan British ketika itu: Islam (kiri), Gurkha (tengah) dan Kristian (kanan).



Sebahagian lagi jajaran tembok Kota Melaka di taman ini.

Dekat Taman Bunga Merdeka ini juga deretan beca-beca Melaka ini. Ia nampak well organized and very welcoming. 


Fyi, masa malam, beca-beca ni akan menyala terang dengan pelbagai jenis kelipan ikut sound of the music. How exciting! 

Next di taman ini ada sebuah lokomotif lama milik Keretapi Tanah Melayu (KTM). Lokomotif lama ini yang dinamakan Sungai Lukut dibina di Jepun pada tahun 1965.

Selain lokomotif ini, ada juga sebuah gerabak keretapi lama yang dipamerkan. Gerabak ini kini berfungsi sebagai sebuah kedai cenderamata.

Di taman ini juga ada replika besar sebilah keris. Nampaknya dibuat dari kayu. Tiada info di lokasi atau di internet yang saya jumpa tentang keris ini. Mungkin ianya replika keris Melayu yang terkenal iaitu keris Taming Sari.

And much more fascinating for me is this old pokok beringin. Rasanya ini pokok beringin. Anyway, be captivated by its majestic presence.

Macam-macam ada di Taman Bunga Merdeka ni. Kalau kami tak jalan-jalan style exporing macam ni memang la kami tak akan tahu ada many things to discover dalam taman ni. Meriam-meriam lama pun ada. Nampaknya ada simbol 'Coat Of Arms', tapi tak tahu ini meriam Portugis, Belanda ataupun British.

Kereta lembu pun ada. Dulu-dulu, like in the 80's, pelawat ke taman ni boleh naik kereta lembu ni, yang ditarik oleh actual lembu.

Jajaran Tembok Kota Melaka. 


Like I stated earlier, kami tak tahu pun ada macam-macam benda dalam Taman Bunga Merdeka ni. I mean, we more or less knew about them but never really bother nak go explore. So overall it was quite a nice afternoon walk di taman ni. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Salam...terima kasih tuan atas pic n info...saya memang bercadang bawa kawan dari Jepun ke Melaka..tengok blog ni ada lah idea nak bawa kemana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Siti Nadira.
      Sama-sama. Ada banyak tempat yg boleh dilawat di Melaka sebenarnya, as I recently found out :).

      Delete