Monday, October 15, 2018

EGYPT - DAY 02 - PART 01 - CITY OF THE DEAD, CAIRO

Ok, sambung cerita hari kedua percutian kami ke Mesir. 

Selamat sampai Cairo pada 10.45 am. Syukur Alhamdulillah. KL awal 6 jam dari Cairo. 


Terus ke baggage claims. 

Cantik airport ni. Looks new.


Masa kami sampai tu ialah hari Jumaat dan dah hampir masuk waktu Zohor. Oleh itu, according to Ustaz Faiz, bus driver dan tour guide hanya akan tiba di airport ambil kami selepas habis solat Jumaat. Jadi beliau cadangkan kami terus saja bersolat jamak Zohor dan Asar di airport.

Masa menunggu group member lain selesai bersolat, noticed ada mural mosaic yang cantik ni. 

What a wonderful art to welcome visitors to Egypt. Bot-bot nelayan ni dipanggil felucca. Ia adalah sebuah bot layar kayu tradisional yang digunakan di perairan Laut Merah dan Mediterranean timur, di Mesir dan Sudan dan terutamanya di sepanjang Sungai Nil. 

Walaupun dah ada bot bermotor dan feri, felucca masih aktif digunakan sebagai pengangkutan air di kota-kota yang berdekatan dengan Nil seperti Aswan atau Luxor. Ia sangat popular di kalangan pelancong yang membolehkan mereka menikmati suasana sekeliling dengan lebih tenang daripada gunakan bot-bot lain yang ditawarkan.

Bila semua dah selesai solat, maka berbondong-bondonglah kami tarik beg-beg besar masing-masing keluar ke ruang menunggu. Wah.. ada patung emas besar la! Well, kalau dah di Mesir ni can expect la patung-patung macam ni. Ini adalah patung Egyptian goddess of protection, Serqet, with arms spread out welcoming travellers from all over the world to Egypt. 
Serqet is one of the four protective ancient Egyptian deities who stretch their arms to protect Tutankhamun’s golden shrine. She wears a scorpion on her head.

Cairo International Airport, besar dan selesa.

Selepas menunggu sekejap, bas pun sampai. Ini pemandangan di luar bangunan airport. 


Bas sampai kami terus dibawa ke kotaraya Cairo. 

Semasa dalam perjalanan tu, Ustaz Faiz share dengan kami tentang negara Mesir. 

Kalau di kawasan airport dan di outskirt airport tu memang nampak serba moden. Bila di Cairo, nampak ianya sedikit ketinggalan dalam pembangunan berbanding negara-negara lain. Namun bumi Mesir adalah bumi yang istimewa kerana ia adalah bumi para Anbiya'. 

Selain Nabi Musa, bumi Mesir juga pernah dihuni dan dikunjungi Nabi Ibrahim as, Nabi Yaakub as, Nabi Yusuf as dan juga Nabi Isa as. Nabi Muhammad saw juga membuat persinggahan singkat di Gunung Tursina di Mesir dalam perjalanan Israk dan Mikraj. Ramai para wali menetap di Mesir. Nama 'Mesir' juga disebut secara langsung dan tidak langsung sebanyak lebih 30 kali di dalam kitab suci Al Quran.

Semasa penerangannya itu, Ustaz juga berkata terpulanglah pada kita memilih kita ke Mesir ni untuk mengagumi para Nabi atau mahu mengagumi Firaun. Jadi saya rasa elok sangat la betulkan niat kita ya. 
Patung di Salah Salem Street ni ialah replika patung Ramesses II. Yang original ada di Egyptian Museum.

Ustaz Faiz juga beritahu yang Mesir ni adalah sebuah negara tentera. Jadi ada banyak military buildings di bandar Cairo. Sekuriti di sini memang top priority since seperti yang kita tahu Mesir ni bersempadan dengan Israel dan Palestine. So Ustaz pesan supaya kami jangan ambil gambar any of the army personnel and their facilities.  

Sebuah wall art semasa dalam perjalanan ke Bandar Cairo.

More wall arts.



Ini ialah lukisan 'Monument to the Unknown Soldier' di Alexandria, Egypt.

Dan ini the actual monument. Yes, kami ada ke Alexandria pada hari ke 6 di Mesir.

Mesir ada 96 juta penduduk. 30 juta darinya di Cairo. Sesak. Paling sesak di jalaraya. Jalan 3 lorong boleh jadi 6 lorong. Itu normal. Juga normal tekan horn. Juga normal, dan buat kami kecut perut bila tengok orang melintas dalam kesesakan tu. Huii... Especially ada ibu dan anak-anak kecil nak melintas.

Tu nampak tu, kata Ustaz. Kereta Proton. Ustaz cerita ada orang Mesir luar bandar yang tak percaya bila pelajar Malaysia kata kereta Proton tu dari Malaysia. Mereka tu ingat Malaysia masih mundur. Bila Tourism Malaysia buat video tunjuk orang asli, mereka ingat orang Malaysia macam tu la. Tu yang mereka tak percaya kereta Proton dari Malaysia. 

Meneruskan perjalanan melalui Salah Salem Street.

Cairo atau Kaherah. 

... atau al-Qāhira. 

Juga dikenali sebagai 'Kota seribu menara'.


Rata-rata beginilah rupa bangunan apartments di Cairo ni. As mentioned before mereka memang tak cat bangunan mereka berwarna warni sebab dengan habuk dan pasir kalau dicat pun akan end up dengan warna macam ni jugak. Ustaz kata nampak je dari luar macam tu tapi di dalam some of them adalah cantik dan mewah.

Yep, saya pun confuse with what was going on here. Ni di tengah highway ni. Apparently there are certain understanding among the Egyptian drivers bila bersama-sama di jalanraya to avoid collusion. Like macam ada 'the unspoken rules of Cairo traffic' gitu.

Then kami stuck dalam traffic jam ni. Massive juga nampaknya tu. Oh well, kami dah expect dah sebab Ustaz kata hari Jumaat di Mesir adalah off day mereka, so jalanraya memang la sesak. 

Apa lagi nak buat, ambik gambar la.. hehe. Btw, bawak penumpang belakang truck macam ni adalah pemandangan biasa di sini. How la they can stand the heat, especially di jalanraya dengan asap dan habuk. Dah biasa kot. 

Banyak juga parts di Kota Kaherah ini adalah hijau. Ada underground water irrigation dan water sprinklers di taman-taman.

Saya kalau nampak wall art macam ni memang la jadi excited. Mesti berusaha ambik gambarnya. Tak kisah la kalau dapat half je pun.. hehe. Yang ini kalau tak silap saya depicting perang masa zaman pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayubi. Di bahagian atas arca ini ada relief bangunan kubu Salahuddin Al Ayubi (kiri),  Masjid Muhammad Ali Pasha (tengah) dan Masjid Al Nasir Mohammad ibn Qalaun (kanan).

Hmm.. masih lagi stuck dalam traffic jam. Apa lagi nak ambik gambar ek? Ok, nampak tu? Tu bukan pokok kurma tapi tiang telecommunications disguised as pokok tamar.. hehe. 

Kenapa la agaknya jam ni? 

Jom kita zoom-in. Eh.. nampak macam ada orang tengah angkat kotak-kotak barang dan susun dalam truck. 

Haa.. betul la. Tu mereka tengah loading truck merah tu.

Laaa... tu dia truck putih yang earlier bawak kotak-kotak tu dah tumbang ke sisi. Overload kot. Sini trucks bawak barang secara lebih muatan adalah perkara biasa. Tak nampak pulak ambulan. I guess tak ada kemalangan jiwa tau kecederaan. 

Ramai pemandu yang keluar dari kereta nak tau apa sebab jalanraya sesak.



Dan yang bagusnya kami nampak begitu ramai sekali orang awam yang datang menolong. Ramainya berpusu-pusu. Itu la kata Ustaz keistimewaan orang Mesir, mereka ni kalau bab nak cari pahala memang akan berebut-rebut. SubhanAllah.

Tow truck digunakan untuk menarik truck putih ke posisi asal. 

Satu lagi truck putih datang untuk mengambil lebihan kotak yang tak dibawa oleh truck merah yang earlier. Ha.. kan... barangan yang sepatutnya dibawa oleh 2 trucks, tapi diangkut dengan 1 truck. Salah swerve, tergolek la. In cuma andaian saya je la tapi, based on what I saw.

Jadi apakah barang dalam kotak-kotak tu?

Ooo... compressors. Untuk air-con kot.

Anyway, back to our journey. 

Gerai makan tepi jalan macam ni ada banyak. Disediakan only meja dan pengunjung makan minum secara berdiri je.

Ada banyak workshops. Kebanyakkan kereta di Mesir ni adalah dari zaman 1970an. Jadi banyak la bengkel-bengkel repair kereta. Tapi kalau kemek sikit atau calar, tak de sampai perlu ke bengkel. Tu perkara biasa. Third break light tak nyala, side mirrors tak ada, tu semua biasa di sini. Sampai ada kereta yang tak ada lampu pandu masa malam pun perkara biasa.


First stop dari airport ialah makan tengahari di Dewan Malaysia Abbasiah (Malaysian Hall Abbasiah). Alhamdulillah. Lapar dah kami masa ni.

Malaysia Hall Cairo yang terletak di kawasan Abassiah menempatkan asrama pelajar dan pejabat Education Malaysia. Ia juga ada kemudahan lain seperti kantin dan surau untuk kegunaan pelajar dan rakyat Malaysia yang berkunjung ke Cairo.

Malaysia Hall ini cuma ada pejabat Education Malaysia dan bukan lokasi Kedutaan Malaysia. 

Bangunan Siswi di Malaysia Hall Cairo.

Kantin Malaysia Hall terletak di tingkat 1, Bangunan Siswa. Namanya 'Kafe Seri Putra'. 

Ada harga makanan yang dijual. RM1.00 lebih kurang 4 Egyptian Pound (LE). Kafe ni memang hebat, maggi ketam pun ada ok.

Macam-macam goreng-goreng pun ada.

Hidangan kami ialah makanan Malaysia secara buffet. I like. Banyak sungguh choices. Dan makanannya pun sedap belaka. Alhamdulillah. Tak tau berapa caj makan buffet di kafe ni sebab dah termasuk dalam harga pakej Kembara Sufi.

Memang menyelerakan.

Tempat makan juga selesa.

Ada macam-macam masakan lauk ayam dan ikan.

Wife makan nasi lauk ayam. Saya makan satay dengan nasi impit. Sedap sataynya!

Selesai makan kami ke toilet dan sambil menunggu group members yang lain, ambil gambar sekitar Malaysian Hall Egypt ni.

Sebuah masjid di sebelah Malaysia Hall, Masjid Fatima.

Kami sempat juga berbual dengan seorang pelajar Malaysia (kiri) dan seorang Education Attache (kanan) dari Kedutaan Malaysia. Had a wonderful chat with them especially about sudents' life di Mesir ni.  

Masa semua dah naik bas untuk ke destinasi lawatan pertama di Mesir, ada pula group member yang nak beli buah delima dari penjaja ni. Agaknya harga beli dari penjaja begini adalah lebih murah harganya dari yang di pasar. 

Memanfaatkan masa menunggu tu dengan mengambil gambar. Di Mesir salah satu binatang tunggangan dan pengangkutan paling popular ialah keldai. 

Bagus juga ada ahli kumpulan kami yang mahu membeli buah dari penjaja ini. Dapat la juga membantu. Kata Ustaz di Mesir ni ramai orang susah. 


Makanya saya pun dapat la ambil gambar. Dan bila saya perasan alat timbangan yang sangat klasik yang masih digunakan oleh si penjaja saya rasa sayu. Semoga Allah swt memurahkan rezeki penjaja ini dan keluarganya.

Cakap pasal klasik, di Cairo ni kami nampak banyak sekali kereta-kereta tahun 70an ni. Ke dari 60an? Ooo... yang dalam foto bawah ni klasik sangat! They are so cool though! Yes, di sana juga ada tuk tuk.

Tak la semua klasik belaka di Cairo ni. SmartMiniBus macam ni pun ada juga dengan Wifi on board. 

Ehhh... traffic light! Terkejut. Ingatkan tak de traffic light di Cairo ni.. hehe. Saya baca, cuma ada a handful saja di Cairo. Di tempat yang ada traffic light pun kalau ada pemandu yang stop sebab red light, dia akan di horn. Yang saya capture dalam foto bawah ni pun nampak dah tak berfungsi. 

Berdekatan dengan Malaysia Hall ada sebuah sekolah antarabangsa Islam yang menempatkan pelajar-pelajar dari seluruh dunia. Sebahagian bangunan sekolah ini ditaja oleh Sultan Brunei.

Sekolah ini terbuka untuk pelajar lelaki dan perempuan.


El Fardous Park.

Kereta keldai macam ni juga ada banyak kami nampak, even masa di highway dan masa peak hours.

Ada beberapa flyover yang kami lalu, di bawahnya penuh dengan peniaga especially waktu petang dan malam.

Next destination kami akan ke Qal’ah (kubu) Sultan Salahuddin al-Ayubi.  

Semasa perjalanan dari Dewan Malaysia Abbasiah ke kubu Sultan Salahuddin tu, kami melalui kawasan perkuburan yang luas yang dipanggil City of the Dead. 

Kebiasaannya sebuah makam, yang berukuran kira-kira 200 meter persegi, mempunyai sebuah bilik pengebumian yang kecil. 

Keluarga Mesir yang berkemampuan biasanya akan beli makam yang ada sekurang-kurangnya satu bilik, yang digunakan sebagai ruang untuk berehat dan menghabiskan hari di situ, ketika melawat saudara-mara mereka yang meninggal dunia pada hujung minggu atau semasa majlis-majlis keagamaan.


Dianggarkan ada antara 500,000 dan 1 juta orang Mesir tinggal di tanah perkuburan ini, yang telah menjadikannya dipanggil City of the Dead. Ia terletak di kaki Bukit Mokattam.


Di tanah perkuburan ini, families, power lines, multi-story buildings and a post office bercampur dengan kuburan, makam, dan mausoleums. 


Seringkali terdapat tiga generasi keluarga yang tinggal di nekropolis ini, yang kebanyakannya telah berada di situ sejak tahun 1950-an.


Penempatan sebegini sememangnyalah salah di sisi undang-undang. 


Tapi pemerintah Mesir telah lama give up untuk memindahkan penduduk di situ kerana untuk berbuat begitu bermakna rumah/pangsapuri perlu dibina sebagai ganti tempat tinggal penduduk-penduduk itu.


Atau dengan memaksa mereka berpindah maka akan terbentuklah satu lagi slum area di tempat lain. 

Beribu-ribu keluarga telah tinggal di tanah perkuburan sejak presiden Gamal Nasser pada tahun 1960-an. 

Semasa presiden Nasser, perbandaran yang pesat dan pemodenan industri di dalam dan sekitar Cairo membawa kepada penghijrahan besar-besaran ke Cairo dan bandar Cairo tidak mampu menampung migrasi yang besar itu. Akibatnya City of the Dead adalah salah satu daripada banyak kawasan slums yang terbentuk.

Kebanyakan penduduk pertama perkuburan itu adalah penjaga harta tanah, penggali kuburan dan pengawal makam. 

Penjaga tanah perkuburan asal ini seterusnya telah menurunkan pekerjaan ini kepada anak-anak mereka.

Mereka yang tidak bekerja di tanah perkuburan ini membuat kerja-kerja lain di sekitar kejiranan seperti menjual makanan atau sayura-sayuran dengan kereta sorong.

Kebanyakan penduduk yang tinggal di sini melengkapi makam besar atau mausoleum yang mereka duduki dengan dapur kecil, taman dan bilik tidur.

Ada keluarga yang dapat bekalan elektrik dari generator kecil sendiri yang menggunakan bahan api diesel, atau dari yang dimiliki oleh jiran.

Kehidupan di City of the Dead ini sebenarnya jauh lebih baik daripada di kawasan setinggan lain di Kaherah. Makam-makam di sini adalah lebih besar dan lebih bersih berbanding dengan tempat tinggal setinggan yang lain. Dan di sini ramai penduduknya mempunyai kebun dan halaman, suatu kemustahilan di kawasan lain.


Bilangan penduduk di tanah perkuburan ini telah meningkat sejak revolusi 2011. Peningkatan kemiskinan dan kadar pengangguran telah mendorong lebih ramai orang mencari 'sewa percuma' yang disediakan oleh perkuburan ini. Kadar jenayah juga dilaporkan meningkat di tanah perkuburan ini.

Di tanah perkuburan ini juga ada terdapat banyak pusara para Aulia'. Jadi bagaimana asalnya ada banyak makam ulama-ulama dan ahli ilmuan Islam di sini? Tanah perkuburan ini terletak di kaki sebuah bukit yang dipanggil Bukit Mokattam dan kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubbi dibina di atasnya. Bukit ini pula adalah merupakan sebuah tempat suci menurut agama Nasrani. Lalu diminta untuk dibeli oleh seorang pemerintah Nasrani dari Iskandariah yang bernama Al-Muqawqis kepada Gabenor Amru Al-As untuk dibeli dengan harga 70,000 Dirham pada ketika itu. 

Hairan kenapa mahu dibeli dengan sanggup dibayar dengan harga yang begitu mahal, langsung Amru Al-As menyelidik sebabnya dan as it turned out mengikut kepercayaan orang Nasrani lokasi itu adalah 'tanah syurga' yang boleh memberi keselamatan kepada penduduk di sekitarnya. Setelah mendapat tahu sebab ini, Khalifah Umar Al-Khattab tidak membenarkannya bukit itu dijual walaupun dengan harga yang tinggi. Umar Al-Khattab seterusnya memerintahkan Amru Al-As agar menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pengkebumian ulama-ulama dan ahli ilmuan Islam. Kerana itulah terdapat sebuah kawasan perkuburan yang sangat besar di kaki Bukit Mokattam ini.

Hard Rock Cairo.


Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

7 comments:

  1. habis lah rosak compressor-compressor tu !!!!
    dah lah accident , rosak..
    kena buang kerja kot tu ..

    eleh .. kereta -kereta dia orang pun zaman 70'an lagi ... kita dah keluarkan dan eksport kereta tau!! ini semua salah tourism malaysia .. dah tunjuk orang orang asli tu.. lepas tu tunjuklah kemodenan kita pulak ..
    tak puas hati ni tau !! :))

    so..
    mereka duduk di makam tok nenek mereka sendiri ke atau main duduk je kat mana mana?
    sistem perparitan , kumbahan macam mana ?
    serabut saya nengok ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, I thought the same thing too. Kesian the driver/worker.

      Hahaha... kan. Tapi lepas tu tourism msia masukkan juga videos/photos Petronas Twin Towers and all is well again and our country's image restored/improved.. hahaha...

      Makam2 tu bukan kubur keluarga mereka. They just occupy them, jadikan tempat dwelling.
      Tak tau doc mcm mana sistem perparitan mereka. Saya baca mereka gali lubang di sekitaran.
      Nanti saya cerita lagi dlm coming blogs masa kami buat lawatan ke dalam kawasan tu.

      Delete
  2. kena tunggu lagiiiii .....


    ish ish ishhh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. sabarrrr.. akan saya usahakan secepat mungkin.. :)

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalam tuan, Boleh tahu travel agent apa yg puan guna utk ke Mesir?

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Kami pergi bersama Kembara Sufi Travel and Tours Sdn Bhd.

      Delete