Monday, February 12, 2018

EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG

Dan kami terus dibawa Peter the bus driver dari Mondsee ke Salzburg, about 28 km distance. Masuk ke Salzburg District.




Trek keretapi Western Railway. 

Lalu di Vogelweiderstrasse, Salzburg.

Salzburg adalah bandaraya yang keempat terbesar di Austria selepas Vienna, Graz dan Linz.

Salzburg, tempat kelahiran Wolfgang Amadeus Mozart, didominasi oleh churches, castles and palaces. 

Salzburg's Old Town dengan senibina baroque yang terkenal di dunia adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO. 

Nama Salzburg bermaksud 'Salt Fortress' berasal dari bot-bot yang membawa garam di sungai Salzach, yang dikenakan caj tol di abad ke-8. 

"Dreaming spires, green hills and romantic gardens - the city′s attractions are loved by millions of visitors from all over the World hungry for Salzburg sightseeing. With a tourist-per-capita ratio higher than Venice or Florence, the city is among the busiest places of Europe all year round". - Source 

Selama hampir satu abad, Salzburg telah menjadi tuan rumah Festival Salzburg yang terkenal di dunia, dengan opera, konsert, dan persembahan teater diadakan di berbagai lokasi di seluruh kota. Bandar ini juga adalah lokasi perfileman movie 'The Sound of Music'.

Suhu nyaman dan cuaca pun baik. Sedang elok la for walking tours.

Kami diturunkan dekat Holy Trinity Church dan met up with our local tour guide, Konstantin.

A beautiful day for a walking tour. Alhamdulillah.

Ternampak Austria's FAIR SHAR poster ini. Apa 'FAIR SHAR€' tu? Rupanya ada kaitan dengan pencari suaka. 
Austria mahu dikecualikan daripada mengambil lebih banyak asylum seekers di bawah skim penempatan semula EU. Austria telah mengambil kira 90,000 asylum seekers pada tahun 2015, tetapi kebanyakan pendatang yang tiba di Jerman pada tahun itu telah masuk ke Austria selepas memasuki Eropah melalui Greece. Oleh itu Austria telah menyeru negara-negara EU lain untuk mengambil jumlah asylum seekers mereka secara adil. Pada awal 2016 Austria telah mengumumkan  cap on the number of asylum seekers it will take.

Inilah local tour guide, Konstantin. Mula-mula dia serious je bercerita tapi lepas tu warm up to us sebab kami sangat tekun mendengar penerangan yang dia beri dan lepas setiap penerangan kami bertanya pula pelbagai soalan yang dijawab oleh Konstantin dengan jelas dan adakalanya dengan cara berlawak. Later he told a few of us that he liked our group sebab most group yang dia lead langsung tak berminat nak dengar penerangan dia. In fact, dia suka kami bertanya banyak soalan. Tambah pulak ada seorang abang dalam group kami yang banyak knowledge tentang Austria and the places we visited there yang juga banyak bertanya dan menjawab soalan-soalan Konstantin.   

Peta Slazburg dan lokasi tempat-tempat menarik yang ada pada info board. Sebelum bergerak ke sana Konstantin menasihatkan kami untuk membawa payung sekiranya ada, kerana ramalan cuaca menjangkakan yang hujan akan turun di Salzburg pada pukul 5 petang.

Ok, first sekali Konstantin bawa kami ke Mirabell Garden. Kami masuk ikut entrance red arrow ni. Besar taman ni! 

Entering Mirabell Garden di bahagian Papagena Square.

Ehh.. banyak bunga di Mirabell Garden ni. Ingatkan tak de la bunga sebab dah nak dekat winter macam di taman Schönbrunn Palace di Vienna yang kami lawat semalamnya.

Konstantin kata bukanlah taman bunga namanya kalau tak de bunga. Oleh itu untuk memastikan yang taman ini sentiasa berbunga, City of Salzburg menanam bunga-bunga di sini mengikut musim. Contohnya, bunga yang dilihat sekarang adalah winter flowers yang dapat bertahan hidup dalam cuaca yang sangat sejuk.

Mirabell adalah nama wanita Itali, penyusunan dua perkataan: mirabile "mengagumkan" dan bella "cantik". It is described as 'Baroque pleasure gardens in the heart of the city'. 

Saya mestilah sentiasa bersyukur kerana tidak lagi perlu lagi membawa kamera berat DSLR + lenses saya yang total berat beg adalah 5 kg. Bila walking tour macam ni terasa sungguh keselesaan bersiar tanpa bebanan yang boleh buat sakit bahu dan pinggang. Tengok tu cara saya ambik gambar, dengan sebelah tangan je, sambil berjalan pulak tu.. hehehe. I 💗 my wife for taking candid shots of me lah 😍. 

Beautiful brightly colored winter flowers. 

Kami juga diberi penerangan ringkas oleh Konstantin tentang sejarah kota Salzburg. Kota ini bermula sebagai sebuah church-state yang dikuasai oleh gereja. Pemerintahnya dipanggil Prince Archbishop. Satu ketika dulu ada banyak church-state seperti Salzburg di seluruh Eropah. Kini, satu-satunya church-state yang tinggal adalah Vatican City di Itali.

Even kalau tak ada bunga pun taman ni dah memang cantik dengan 'susunan' tanaman scrubs membentuk corak seperti maze. 

Di bahagian Papagena Square ini ada Papagena brunnen, sebuah fountain dengan patung girl with birds. Bangunan light pink itu ialah Barock Museum.

Mirabell Gardens telah direka semula sepenuhnya di bawah archbishop Johann Ernst von Thun pada tahun 1690. Bentuk geometri yang mendasar, yang tipikal dalam rekaan Baroque, masih jelas kelihatan. Orientasi visual ke arah katedral dan kubu menambah kehebatan taman ini, pada masa yang sama menggabungkannya dalam ensemble sejarah keseluruhan kota.

Plot-plot berumput dipisahkan dengan laluan-laluan berturap yang membenarkan pelawat dengan mudah bersiar-siar and enjoy this beautiful garden.

Lepas itu kami masuk ke bahagian utama Mirabell Garden yang dipanggil Grand Parterre.

Lanskap Grand Parterre ini dikelilingi oleh pagar batu marmar yang dihiasi dengan pasu-pasu marmar yang diukir oleh Johann Berhnard Fischer von Erlach yang dilatih sebagai seorang pengukir tetapi terkenal sebagai Austria’s Father of Baroque Architecture. 

Di tengah Grand Parterre ini the Grand Fountain. Di merata taman ini ada sculptures dan fountains yang diukir/bina oleh artisans hebat Austria. 

Laman pula dihiasi dengan pelbagai pokok-pokok bunga bermusim yang ditanam dalam design geometrik. 

Ini peta bahagian Mirabell Garden yang kami lawat pada pagi itu

Mirabell Garden dan Mirabell Palace adalah monumen warisan budaya dan sebahagian daripada Pusat Sejarah Bandaraya Salzburg Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Beautiful yellow primrose flower with a dark red center and curvy petals. 


Dianggap sebagai salah satu taman Baroque yang paling indah di Eropah. Tak tau pulak taman pun ada 'baroque' design. Ingatkan just bangunan je.


Penny Blue Violas, agaknya la.. hehe. Ke geranium? 😐


Viola flowers.

Mirabell Palace yang kini digunakan sebagai pejabat City of Salzburg juga terletak di Mirabell Garden. Ia sebenarnya dibina dalam tahun 1606 oleh Prince Archbishop Wolf Deitrich Raiteneau untuk wanita simpanannya Salome Alt.

Dalam sejarah hampir setiap istana mesti ada cerita cinta yang indah. Dan Mirabell tidak terkecuali. Prince Archbishop Wolf Deitrich Raiteneau, seorang ahli senior clergy, bina istana yang asal ini kerana cintanya pada Salome Alt. 

Prince Archbishop Wolf dan Salome mempunyai 15 anak. Walau bagaimanapun, sebagai seorang paderi, Prince Archbishop Wolf tidak boleh mengahwini Salome. Lalu dia bina istana ini untuk Salome dengan harapan ianya dapat mengubati perasaan kesedihan kerana mereka telah dikecualikan daripada kebanyakan acara sosial dan kenyataannya yang anak-anak mereka itu dianggap illegitimate. Dia menamakan istana ini Altenau sebagai penghormatan pada Salome. Ia dinamakan semula sebagai Mirabell oleh pengganti seterusnya.

Kata Konstantin, tak ada siapa yang berani menegur Prince Archbishop Wolf ada anak sampai 15 orang kerana mak dia adalah anak saudara kepada Pope yang memerintah di Vatican ketika itu. 

Tapi kisah cinta ini ada sub story juga. Selain kerana cintanya pada Salome, si Archbishop sebenarnya juga mengalami sakit gout dan mengalami stroke therefore untuk menghindari jalan-jalan sempit di bandar, dia memutuskan untuk mendirikan istana untuk kesenangan dirinya dan Salome. Kisah berakhir dengan si Archbishop digulingkan dan ditangkap dan dipenjara sampai mati pada tahun 1612 oleh anak saudara dia sendiri dan juga penggantinya iaitu Mark Sittich von Hohenems. Mark juga mengusir Salome Alt dan keluarganya dari istana ini.
Salome Alt dan Prince Archbishop Wolf Deitrich Raiteneau - Wikipedia

Taman di dalam pagar Mirabell Palace dipenuhi dengan pokok-pokok bunga ros.

Ada an elderly middle eastern couple dengan daughter mereka berehat di taman ini. 

Lovely red roses. Kira boleh la juga compact camera ni nak berbokeh-bokeh.. hehe.

Wangi ke? Saya tak hidu sebab takut tersedut serangga.. hehe.

Ada walkway yang cantik dalam taman tepi Mirabell Palace ini yang dinding di sekitarnya penuh dengan gorgeous multicolored daun-daun pokok menjalar. 

Shooting outdoor for wedding cantik ni kalau buat di sini. Actually, I found out later, lokasi istana dan taman ni sememangnya tempat yang popular for wedding photography. 


Nak la jugak ambik foto-foto 'artistik' sikit.. hehe.

Memang nice la jalan-jalan di sini especially sebab tak ramai orang. 

Taman di dalam pagar Mirabell Palace ini juga ada banyak pasu-pasu batu berukiran yang cantik. 

Cantik. Agaknya masa malam pun cantik jugak bila lampu-lampu di taman ni dipasang. 

Gorgeous red ivy leaves. 


Very well maintained manicured garden. 

Ada la pulak patung-patung kucing panjat pasu di gate masuk ke Mirabell Palace ni 😊.

Konstantin akan membuat perhentian di tempat-tempat tertentu di Mirabell Garden untuk memberi penerangan kepada kami. 

Kata Konstantin, masih terdapat 500 orang waris sah keturunan Habsburg sehingga sekarang. 

200 orang di antara mereka masih menetap di Austria dan selebihnya telah bertaburan ke seluruh Eropah. Tapi tak perlu bersimpati dengan mereka, kata Konstantin kerana mereka semua kaya-raya dan berharta.

Mirabell Palace and Mirabell Garden.

Sebuah taman dengan reka bentuk simetri with swirling designs. Nice!

Di tengah Grand Parterre taman ini ada the Grand Fountain. 

Di keliling Grand Fountain ini ada empat kumpulan patung dibuat oleh Ottavio Mosto pada 1690. Mereka melambangkan 4 elemen: fire, air, earth and water.

The statues, sculpted in 1690 by Ottavio Mosto, symbolize the four elements – Water (the abduction of Helen by Paris that started the Trojan War), Fire (Aeneas saves the father, Anchises, and son, Ascanios, from the flames in Troy), Earth (the kidnapping of Persephone by Hades), and Air (the battle between Hercules and Antaeus).


Dari Mirabell Garden ni juga ada an amazing view of the Hohensalzburg Fortress di atas bukit kecil Festungsberg. 



Mirabell Garden dengan laman baroque design.






Tengah kami jalan-jalan tu bertembung pula dengan satu group tourists dari China. Tour Leader group tu tegur kami, menyangka kami ni datang dari Thailand. Bila diberitahu kami dari Malaysia, terus dia berkata, "We are your neighbours from China!".   
Ada saya baca, govt China dapat banyak complain tentang pelancong dari China while they were abroad. Maka dibuat taklimat for them before they go vacation, ajar cara to respect the people the country they visited and to respect the traditions and observe the dos and dont. Like they cannot cangkung in public, meludah sana sini, menjerit dan buat bising, jangan berebut-rebut etc. Then saya terfikir may be tour leader tu peramah benor tegur kami kiranya macam nak improve image mereka la kot. Or may be she was just being nice... hehe.

Di tepi bahagian Grand Parterre ada satu 'lorong' yang cantik especially for photography. 

Nice, right.


Ini pula bahagian taman yang dipanggil Small Parterre, di sebelah Mirabell Palace. 

Beautiful delicate lilac-blue flowers sprinkled among the sunny bright yellow ones.

Di bahagian Small Parterre ini ada Pegasus Fountain dengan patung kuda, Pegasus, sebuah karya Kaspar Gras dari Innsbruck yang dipasang pada tahun 1913. 

Mirabell Gardens dibina pada tahun 1730. Namun ia menjadi popular ke seluruh dunia selepas dipilih menjadi lokasi perfileman 'The Sound of Music', sebuah filem Hollywood yang dibuat pada tahun 1965 dan dibintangi oleh Julie Andrews. Dalam filem itu, Maria and the chidren menari di sekitar Pegasus Fountain ini menyanyikan lagu 'Do Re Mi'. Inilah adegan dalam 'The Sound of Music' itu.

Konstantin bercerita, sehingga kini, 'The Sound of Music' menjadi tema kebanyakan lawatan ke Salzburg. Mengikut pengalaman dia, lawatan bertemakan Sound of Music ini sangat popular dengan pelancong dari China. Tapi sebenarnya ramai di kalangan mereka yang langsung tak tahu tentang filem ini pun. Bila ditanya mengapa mereka menyertai lawatan 'The Sound of Music', mereka memberitahu mereka berbuat begitu sebab orang lain pun buat begitu juga! 

Di sini juga ada 'Vogelhaus' atau 'Voliere', sebuah rumah dengan kubah besi di mana burung-burung dikurung/bela untuk dipamerkan and to please the Prince Archbishop and his guests. Ia dibina pada 1700 dan sekarang digunakan untuk pameran kesenian.




Kalau suka simetri, keseimbangan dan warna dalam taman, datang la ke taman ini.   

There we stood together, you and I, among the fallen leaves.


Ini satu lagi bahagian taman Mirabell tapi kami tak masuk ke dalamnya.

Di sini juga di salah satu lorong with arches adegan 'The Sound of Music' difilemkan.

Inilah adegannya. 

Satu lagi patung di taman ini.

It was such a beautiful day with great light for photography. 

Di taman ini ada banyak patung-patung dewa-dewi antaranya patung dewi empat musim - Diana, Flora (spring), Minerva, Ceres (summer); Pomona(fall); dan Venus, Vesta (winter). Patung-patung Apollo, Mercury, Volcano, Hercules, Mars, Jupiter, Bacchus dan Chronos juga ada di taman ini. Tapi tak tau la which is which...hehe.


'Terpaksa' ambik gambar composition macam ni juga lah.. hehe.

Ketika bersiar di Mirabell Garden, kami dapat mendengar bunyi loceng jam dari bangunan Salzburg City Hall (bangunan dengan dua menara dalam foto di bawah) yang berhampiran. Konstantin seterusnya mengajar kami bagaimana nak memberitahu waktu berdasarkan bunyi dentingan loceng jam. Memang betul, kita boleh memberitahu waktu hanya dengan mendengar bunyi ini. Kata Konstantin, dentingan loceng ini dibuat sedemikian kerana pada zaman dulu, tak ramai orang yang boleh membaca. Jadi inilah cara yang digunakan memberitahu waktu kepada orang ramai.


Juga ada Salzburg Puppet Theatre, 'The Sound Of Music'.

Human Statue pun ada juga tapi di luar Mirabell Garden la.

Pemandangan Grand Parterre dan Mirabell Palace.

Kata Konstantin, patung-patung ini memberi mesej kepada penduduk Salzburg tentang cara hidup yang dianggap "sihat". Contohnya, makan banyak buah anggur dan banyak bersenam untuk mendapatkan body yang cantik macam dewa.




Berjalan keluar dari Mirabell Garden lalu bawah the outstretched hands of two Borghesian fencers from the late 17th century.

Di bawah dua patung ni juga ada adegan menyanyi Fräulein Maria and the Trapp children dalam movie "The Sound of Music".

Okeh, habis dah jalan-jalan di Mirabell Garden, Salzburg ni. Masa nak start tulis pasal taman ni, ingatkan it'll be a breeze je since apa la sangat yang nak dicerita pasal taman. Last-last, haaa... sarat dengan info/cerita.. hehe. Letih pak cik.

Selepas keluar dari Mirabell Garden, kami ditunjukkan pula rumah kediaman keluarga komposer muzik terkenal, Wolfgang Amadeus Mozart yang kini dikenali sebagai Mozart Wohnhaus.

Masuk ke kawasan Makartplatz.

Inilah Mozart Wohnhaus. Mozart dan keluarganya berpindah ke rumah ini selepas mereka kembali dari membuat persembahan muzik di seluruh Eropah pada tahun 1773. Di sinilah Mozart mencipta beberapa hasil karyanya yang terkemuka sehingga membolehkan beliau dan keluarganya mendapat status sosial yang lebih baik.
Rumah kediaman Mozart terletak di tingkat tiga.

Selepas 8 tahun tinggal di sini, Mozart berpindah ke Vienna selepas berbalah dengan Prince Archbishop of Salzburg yang dikatakan cuba mengongkong cara beliau berkarya. Hanya ayahnya, Leopold dan adik perempuannya yang bernama Nannerl tinggal di sini. Nannerl berpindah ke Saint Gilgen selepas berkahwin dua tahun kemudian, meninggalkan Leopold bersendirian di sini. Rumah ini berpindah milik beberapa kali selepas kematian Leopold pada tahun 1787 dan mengalami kerosakan teruk dalam pengeboman Perang Dunia Kedua.
Wajah Wolfgang Amadeus Mozart dan adiknya Nannerl diabadikan pada tingkap Mozart Wohnhaus

Seterusnya kami dibawa Konstantin menuju ke Salzburg Old City yang terletak di seberang Sungai SalzachAda beberapa buah jambatan yang dibina menyeberang Sungai Salzach dan Konstantin membawa kami menyeberang menggunakan Jambatan Makartsteg.

Ini Makartsteg Bridge, sebuah jambatan yang menyeberangi Sungai Salzach di pusat bandar Salzburg. Ia dinamakan sempena 19th century Historicist painter Hans Makart, yang dilahirkan dan dibesarkan di Salzburg. Makartsteg Bridge dibuka untuk pejalan kaki dan penunggang basikal sahaja.

Jambatan pejalan kaki yang paling moden di Austria ini membawa pelancong ke "Old Town" (Altstadt) Salzburg mempunyai banyak bangunan-bangunan lama bersejarah dengan seni bina baroque yang begitu terkenal di peringkat antarabangsa dan juga merupakan salah satu pusat bandar terpelihara yang terbaik di utara Alps. Ia telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997.

Ada public artwork di tepi jalan dekat Jambatan Makartsteg.
Patung gangsa telanjang ini dibuat oleh pengukir Salzburg Lotte Ranft pada tahun 1992 dan terletak berhampiran Jambatan Makartsteg. Patung cyclist ini bersandar pada basikalnya dengan kepala mendongak ke langit seolah-olah sedang soaking up the sun.

Pemandangan bahagian "Old Town" Salzburg.

Dari sini ada good view of Hohensalzburg Fortress di atas bukit kecil Festungsberg.

Pemandangan sebahagian Salzburg's UNESCO World Heritage site yang termasuk Mirabell Palace, Mirabell Garden dan Salzburg Old Town. Makartsteg Bridge ini lokasinya betul-betul di tengah tapak warisan dunia ini.

Salzburg, Austria dikenali terutamanya sebagai lokasi perfileman 'The Sound of Music' dan tempat kelahiran Mozart. Tetapi untuk ramai yang bercinta ia adalah tempat di mana mereka boleh 'mengumumkan percintaan' mereka kepada dunia dengan menguncikan cinta mereka di Jambatan Makartsteg ini. 

And I'm guessing tentunya jambatan ini dibina bukan sahaja boleh tampung trafik pejalan kaki yang dah tentunya beribu orang setiap hari tapi juga boleh tahan berat padlocks tu semua. Cumanya kalau dah banyak sangat anak kunci dibuang ke dalam sungai Salzach tu akan tercemar pulak airnya nanti. 

Sarat betul nampaknya!

Trend ni katanya (sumber internet le) bermula dari satu adegan filem Itali 2006 bertajuk 'I want you' (Ho voglia di te) based on a book by Federico Moccia di mana dua watak remaja pasang padlock pada satu lamp post di jambatan Ponte Milvio di Rom dan kemudiannya membuang anak kunci ke Sungai Tiber.


Banyak lagi tempat kosong. Jadi kalau berminat.. hehe... usah le. Banyak lagi cara lain yang lebih bermakna nak nyatakan perasaan cinta anda pada si dia 😊.

Saya pun rakam le secara random nama-nama mereka and their love declarations.

Oh, btw, the weather continues to be really nice. Alhamdulillah.  

Ini Hohensalzburg Fortress. Istana ini terletak di atas Festungsberg, bukit kecil di bandar Salzburg di Austria. Didirikan atas perintah Prince-Archbishops of Salzburg dengan panjang 250 m dan lebar 150 m, ia adalah salah satu castle zaman pertengahan terbesar di Eropah. Istana Hohensalzburg ini terletak pada ketinggian 506 m.

Istana Hohensalzburg ini telah diubahsuai dari sejak  dari abad ke-19 dan seterusnya menjadi tarikan pelancong utama dengan Festungsbahn funicular railway yang dibuka pada tahun 1892. Ia berdiri hari ini sebagai salah satu istana terpelihara yang terbaik di Eropah.

Pada awal abad ke-20 ia digunakan sebagai penjara tahanan perang Itali semasa Perang Dunia I dan aktivis Nazi pada tahun 1930-an.

Pemandangan dari Makartsteg Bridge ke arah Old Town dan bukit Mönchsberg. Bangunan dengan menara di atas bukit itu ialah Museum of Modern Art Salzburg. Dan bangunan putih bermenara di kaki bukit ialah St. Mark's Church.


Menara di kanan itu ialah Protestant parish Salzburg Christ Church. Dan yang di kiri ialah Maria Himmelfahrt Church. Dan kelihatan juga jambatan Müllner Steg.

Maria Himmelfahrt Church.

Hohensalzburg Fortress di atas bukit Festungsberg. Di kiri fortress ialah Salzburg Cathedral (dome hijau). Di kanan ialah University Church.

Lokasi Hohensalzburg Fortress, Salzburg Cathedral dan University Church.

Salzburg Cathedral.

University Church.

A few more shots from Makartsteg Bridge before heading to the Old Town.

Staatsbrücke (State Bridge).







Bersambung....

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. seriously cantik sangat taman tu en syed!!
    and seriously .. patutlah macam familiar je taman tu!!
    Sound of Music tu fevret saya!!

    hehehhehe..
    kalau saya lah kat sana..
    [ dan denganiyra [
    mesti kami dok recreate scenes tu!! hehhehehe..
    lari dalam arch tu .. etc ...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. I can imagine.. siap menari2 dan berlari.. rakam video lagi.. hehehe. Meriah la taman tu :).

      Delete