Wednesday, September 27, 2017

MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER

Lepas jalan-jalan sekitar area hotel, kami balik semula ke hotel dan tunggu bas pick up untuk pergi for city tour. We went for the Gray Line Melbourne tours selama di Melbourne ni. 

Tepat pada waktunya bas Gray Line pun sampai. Very punctual. We were advised to wait 10 minutes earlier than the scheduled pick up time di depan entrance hotel, not di lobby hotel. This is good so that tak buang masa. Alhamdulillah masa tengahari tu tak la sejuk sangat. Bas ini pergi ke beberapa lagi hotel to pick up more passengers untuk ke tempat berkumpul di Federation Square. Di Federation Square tu nanti, passengers akan naik their respective buses according to the tours they sign up for. 

Walaupun dah officially masuk Spring, keadaan masih sejuk sekitar belasan °C. Sebab tu anjing tu masih dipakaikan baju ๐Ÿ˜ƒ. So cute lah. Also masa tu lunch time, so nampak ramai warga bandar Melbourne out and about.

Kami terus merakam suasana bandar Melbourne. That's Myers Melbourne, a mid-to-up market Australian department store chain.

Foto kiri tu ialah St. Francis Church Catholic Chruch, adalah gereja Katolik tertua di Victoria, Australia. Terletak di sudut Lonsdale Street dan Elizabeth. Bangunan colorful tu pulak ialah Somerset on Elizabeth, a modern, convenient, budget friendly accommodation serviced apartments.

Melbournians.

Di persimpangan Elizabeth Street dan Collins Street. Di Collins Street ni ada Novotel Melbourne on Collins (left building).

Bangunan Fivex Commercial Property - a commercial real estate company. Di hujung jalan tu bangunan IBM.

Di persimpangan Collins Street dan Queen Street. Bangunan office suites.

Di belah kanan tu ialah Collins Street tram station.

In contoh Yarra Tram fleet dari jenis C2-Class (Bumblebee).

Ini Rialto Tower, Melbourne - adalah bangunan pencakar langit yang terletak di 525 Collins Street, di bahagian barat pusat perniagaan Melbourne, Victoria, Australia. Ia adalah bangunan konkrit bertetulang kedua tertinggi dan bangunan pejabat tertinggi di Hemisfera Selatan, apabila diukur ke bumbungnya.

Yep, yang fitness conscious even masa suhu belasan °C pun akan berjogging. Pakai shorts lagi tu!


Di Bourke Street.


Deloitte building dan CGU building di Bourke Street.

Di persimpangan Bourke Street dan William Street. Around pukul 1:00 tengahari masa ni. Lunch time!

Bas ni juga stop untuk ambil satu group 13 orang dari Petaling Jaya yang terdiri dari anak-anak kecil hinggalah ke atuk dan nenek. Wah! So nice! Meriah betul ๐Ÿ˜ƒ.

Butik Louis Vuitton, Melbourne at Collins Street.

Ini bangunan Queen Victoria Women’s Centre. Nampak historic bangunan merah ni. Ia merupakan mercu tanda ikon di Melbourne yang memberi kesaksian kepada sumbangan yang berterusan oleh wanita kepada warisan sosial, ekonomi dan budaya Victoria.
๐Ÿ”ต Dibina pada tahun 1848 sebagai Hospital Melbourne yang asli, dari 1946 bangunan yang kini dikenali sebagai Queen Victoria Women's Centre adalah premis Queen Victoria Hospital, yang merupakan salah satu daripada tiga hospital di dunia yang diasaskan, diurus dan dikendalikan oleh wanita.

Ini adalah St. Micheal's On Collins Uniting Church.
๐Ÿ”ด The original chapel was built in 1839 and was the first permanent building constructed expressly as a church in the Port Phillip Settlement. The church was founded by Congregationalists (also known as Independents). The chapel served the townsfolk and the farming community in the vicinity.
๐Ÿ”ด The first chapel was demolished in 1866 to make way for the church building that you see today.
๐Ÿ”ด The church was designed by Joseph Reed who also designed The Melbourne Town Hall and The Melbourne Exhibition Building. The church is classified by the National Trust with the highest heritage rating.


Bangunan tinggi tu ialah bangunan 101 Collins Street. Tingginya 260 meter dengan 57 tingkat.

Dan kami pun sampai ke Federation Square. Jadi walau pun baru di pick up dari hotel tapi bagi kami perjalanan pick up dari hotel ke Federation Square ni pun dah kira macam city tour lah.. hehe. Masa tu banyak jugaklah kami sempat rakam suasana di Melbourne city ni.

Ini adalah landasan trek keretapi dari Flinders Street Railway Station.

Bangunan coklat belah kanan sekali tu ialah Pullman Melbourne On The Park. Yang biru tu bangunan Arthur J. Gallagher - Insurance Broker Melbourne.

Di Federation Square ni bas-bas pick up akan bawa passengers berkumpul for them to board their respective buses according to the tours. 

Selesa masa tu sebab tak la terlampau ramai tourists sampai sesak. Kami book tour ni via travel agent di Malaysia. Tapi kalau nak beli terus di kaunter ni pun boleh. 

Ni tiket Gray Line tour kami. Tengahari tu we went for the 'Melbourne Highlights' city tour.

Dalam bas. Cukup selesa. Dan tingkap bersih! Tu yang penting tu sebab nak ambik gambar.. hehe. 

Ini William, pemandu bas dan juga the tour guide. Dari pemerhatian kami pemandu bas/tour guides Gray Line adalah cukup cekap, profesional, terlatih dan very informative/knowledgeable. 

Dalam semua bas Gray Line ada WiFi. Yay! Macam la nak bermedia social sangat.... hehehe... 

Semasa menunggu beberapa lagi passengers sampai, ambik la gambar this beautiful historic looking building, the Forum Theatre - adalah teater dan tempat muzik live yang terletak di sudut Flinders Street dan Russell Street di Daerah Teater East End of Melbourne. Oasis, Madonna, Ozzy Osbourne dan Katy Perry pernah perform dalam teater ni.

And off we went to savour the delights of the city named Melbourne during that wonderful sunny afternoon. Kami suka city tours sebab it gave us an quick overview of the city we visited without denting our wallets. Kalau bandar tu ada bas 'Hop-On Hop-Off' ke, bas 'City Sightseeing' ke, kami memang go for it. Sure la tak dapat stop places we like, tapi kan dah namanya pun city tour. Kot kalau nak berenti di setiap tempat mau kena duduk Melbourne sampai seminggu buat city tour je.. hehehe.

Dari Flinders Street, William bawa kami ke jalan Wellington Parade ni. Bangunan coklat di hujung tu ialah Pullman Melbourne On The Park. Belah kiri pulak ialah sebuah taman yang sangat cantik, Fitzroy Gardens. Lawatan ke taman ni ada dalam itinerary kami. Belah kanan pulak ialah Jolimont Reserve.

Memasuki kawasan Melbourne Sports and Entertainment Precinct yang merupakan satu siri stadium dan venue sukan, yang terletak di Melbourne, Victoria, di Australia. 
Ia dianggap sebagai "premier sports precinct" Australia dan kerap menganjurkan beberapa acara sukan domestik dan antarabangsa yang terbesar, termasuk AFL Grand Final (Australian rules football), Australian Open (tennis) and Boxing Day Test (cricket). Tempat-tempat tersebut juga telah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 1956 (sebagai Taman Olimpik) dan Sukan Komanwel 2006. Presint itu terdiri daripada tiga kawasan: Olympic Park, Melbourne Park dan Yarra Park.
www.google.com/maps

Salah sebuah stadium terkemuka ini termasuklah Melbourne Cricket Ground yang menjadi tempat lahirnya permainan Test Cricket.

Melbourne Cricket Ground adalah gelanggang sukan kriket utama dunia.

Ini stadium AAMI (Australian Associated Motor Insurers Limited - penaja utama) Park boelh muat 30 ribu orang, stadium yang dibina untuk rectangular field sports seperti rugby league, rugby union and association football. Juga digunakan untuk konsert stadium luar yang besar. Yang uniknya stadium ni ialah reka bentuk bumbung 'bioframe'nya. Taylor Swift, Ed Sheeran dan Bruce Springsteen pernah buat concert di stadium ni.
๐Ÿ”ถ Pada bulan Jun 2012 stadium memenangi anugerah 'the most iconic and culturally significant stadium' di Anugerah Stadium Dunia 2012, yang diadakan di Doha, Qatar.
๐Ÿ”ถBahagian luar stadium itu diliputi ribuan lampu LED yang boleh diprogramkan untuk memaparkan pelbagai corak dan imej.

Ini pula ialah Holden Centre dibina sebagai gelanggang pertandingan renang, terjun dan polo air bagi Sukan Olimpik Melbourne yang berlangsung pada tahun 1956. Ia tidak lagi menjadi gelanggang sukan utama di kota ini kini. Holden Centre kini sebaiknya menempatkan pejabat pentadbiran bagi beberapa kelab sukan terkemuka di Melbourne.

Pertandingan tennis terkemuka dunia, Australian Open diadakan di Rod Laver Arena pada setiap tahun. Rod Laver Arena dinamakan sempena seorang pemain tennis lagenda Australia, Rodney George Laver.

Untuk ke lokasi seterusnya, kami menyeberang sungai Yarra. Pada mulanya sungai ini dipanggil 'Birrarung' oleh kaum Wurundjeri. Nama sekarang 'Yarra' sebenarnya telah disalahterjemah dari satu perkataan lain kaum Wurundjeri lain iaitu 'Yarro-yarro', yang bermaksud 'ever flowing'.

Next masuk ke kawasan Domain Parklands. Dalam Domain Parklands ni ada 4 taman besar iaitu The Royal Botanic Gardens, Kings Domain, Alexandra Gardens dan Queen Victoria Gardens. Kami akan dibawa ke The Royal Botanic Gardens.

Sebelum berhenti masuk ke dalam Royal Botanic Gardens, kami dibawa pusing taman ni dulu. Taman ni ada banyak monumen, statues dan memorials. Yang ni ialah  Shrine of Remembrance. 
Shrine of Remembrance ini adalah salah satu peringatan perang terbesar di Australia. Ia dibina sebagai peringatan bagi lelaki dan wanita Victoria yang mati dalam Perang Dunia I, tetapi tidak lama kemudian dilihat sebagai peringatan utama Australia kepada semua 60,000 orang Australia yang berkhidmat dalam perang itu.

This white marble and granite sculpture is the Queen Victoria Memorial - dibina di lokasi paling tinggi di Royal Botanic Gardens. Ia telah dibina pada tahun 1907 selepas kematian Queen Victoria pada 1901.

Ini patung Field Marshall Sir Thomas Albert Blamey - adalah pegawai tentera Australia yang berjasa mengasingkan tentera Australia dari pemerintahan British.

Ini pula ialah General Sir John Monash Monument - Commander in Chief of the Australian Forces dalam Perang Dunia Pertama.

King George V Monument.  

Melbourne Observatory ini dibina pada tahun 1861. Ia masih digunakan sebagai balai kajicuaca dan pusat rujukan bagi penetapan masa dan standard ukuran bagi negeri Victoria.

Ini ialah National Herbarium of Victoria - menyimpan 1.5 juta koleksi tumbuhan kering, algae dan spesimen kulat dari seluruh dunia. Sebahagian besar koleksi simpanannya berasal dari Australia, dengan pengkhususan kepada flora di negeri Victoria. Adalah dikatakan separuh dari koleksi tumbuhan di sini telah disimpan sebelum tahun 1900 lagi.

Ok summary thus far for this 'Melbourne Highlights' tour. So tadi start dari Federation Square terus ke Melbourne Sports & Entertainment Precinct (Melbourne Cricket Ground, AAMI Park, Holden Center and Rod Laver Arena). Then pusing Royal Botanic Gardens (Shrine of Remembrance, Queen Victoria Memorial, Field Marshall Sir Thomas Albert Blamey Monument, General Sir John Monash Monument, King George V Monument, Melbourne Observatory and National Herbarium). Ok now nak masuk ke dalam Royal Botanic Gardens to pulak. Kami masuk ikut gate di panah merah tu. 
www.google.com/maps

Berjalan dari bas ke gate nak masuk Royal Botanic Gardens Victoria.


Diiktiraf pada tahun 1846, Royal Botanic Gardens berada di ranking terbaik taman botani dunia. Ia merangkupi kawasan seluas 40 hektar dan ada lebih 50,000 tumbuhan, termasuk banyak spesies yang rare. Ia dilawat 1.5 juta orang setiap tahun.


Peta Royal Botanic Gardens Victoria. Kami masuk ikut Gate A. Tentulah kami tak dapat nak explore keseluruhan taman cantik ni sebab ianya sangatlah besar. Cuma sempat jalan-jalan di area bucu kanan atas tu je ๐Ÿ˜Š.

Memang nyaman taman ni. Alhamdulillah tak hujan masa tu.

Since taman ni sangat besar dan kami ada sejam untuk explore the garden, maka kami cuma ke Ornamental Lake sahaja. 

Banyak juga pokok bunga di taman ni.

Masa lalu dekat bunga-bunga ni bau harum sungguh! Walau pun di tempat outdoor baunya cukup concentrated. MasyaAllah.


Sprawling green fields. Cantik!

Ditangkap gambar masa tak bersedia.. hehe.

Irish Strawberry tree.



Ada paya covered with red stuff on the surface. Unik!

Ini ialah Ornamental Lake yang merupakan sebahagian dari sistem pengairan semulajadi yang telah wujud di sini sebelum kedatangan Orang Eropah ke Melbourne. Memandangkan ia dipenuhi dengan ikan dan menjadi tempat persinggahan burung liar, tasik ini menjadi satu sumber makanan bagi penduduk Aborigines yang tinggal di kawasan ini ketika itu.

A walk in the park. How lovely. 

A brilliant afternoon. Syukur Alhamdulillah.

Padang rumput hijau sprinkled with beautiful tiny white flowers. Sigh... 

Tak tau apa nama bunga kecik ni.

Rasa guilty betul pijak bunga-bunga ni... hehe.

Dusky moorhen at the Royal Botanic Gardens Victoria. Comel burung ni tapi sangat pemalu. Jenuh zoom-zoom... hehe.

Ornamental Lake.

Wife and I memang seronok jalan-jalan di taman yang cantik ni sambil ambik gambar. So serene taman ni. 

Ada green field, ada tasik dan blue sky. Beautiful!


Yes, it is ok to walk on the field and step of the flowers. Still I felt quite uneasy and tried to not step on the flowers.. hahaha. 

Nice to sit on the benches and leraikan kesusutan fikiran. And just relax and enjoy the sun. 

Beautiful Ornamental Lake.

Yang kanan tu Australian Magpie-lark. Yang kiri tak tau burung apa. Ke spesis itik?



Kami left the garden early sebab nak pergi ke Yarra river pulak. Lokasinya just across the road dari Royal Botanic Gardens ni.

Just a short walk accross the road to Yarra river. A beautiful sunny blue sky day.

Kami terus ke sebuah jambatan untuk view sungai Yarra.

Morell Bridge namanya.

Pose kejap di Morell Bridge.. hehe.

Dari sudut ini boleh nampak di seberang sungai Yarra ni bumbung bioframe Stadium AAMI Park di Melbourne Sports and Entertainment Precinct.

Ini lokasi Morrel Bridge dan Stadium AAMI Park.
www.google.com/maps

Inilah Yarra river. 'Yarra' yang asalnya dari perkataan lain kaum Wurundjeri iaitu 'Yarro-yarro', yang bermaksud 'ever flowing'.

Dan yang sangat menariknya view dari jambatan ni pada saya ialah dapat lihat Melbourne skyline. Boleh nampak bangunan kedua tertinggi di Australia dan ke 15 tertinggi di dunia (as at 2016) iaitu Eureka Tower, a residential tower. Tingginya 297.3 meter dan lokasinya di Southbank precinct of Melbourne. Ada viewing deck di bangunan tu tapi kami tak sempat pergi.

Ini peta lokasi Morell bridge di mana kami berada dan lokasi Eureka Tower.
www.google.com/maps

Antara bangunan yang dapat saya labelkan.

Such a beautiful scenery.

Peta secara 3D.
www.google.com/maps

View from the other side of the Morell Bridge. Di hujung tu satu lagi jambatan yang menyeberangi sungai Yarra ni, the Hoddle Bridge. Bangunan rendah coklat tu ialah Bikesales.com.au dan the white building tu Nylex Plastics.

Kelihatan Crown Towers, Freshwater Place Apartments, Eureka Tower, IBM Tower, HWT Tower, Art Center Melbourne dan AMP Building.

Ada info tentang Morell Bridge ni. 

It's an engineering heritage.

The history of Morell Bridge.

Since still ada masa lagi, moh kita jalan-jalan kejap di tepi sungai Yarra ni. 

Parks di Melbourne ni kami perasan sangat terjaga rapi, bersih dan cantik. And sangatlah luas! And very green. Masa bukan musim sejuk mesti lagi green.


So serene. Nampak sikit bumbung bioframe Stadium AAMI Park.


Yes, it was a bit windy. Nyaman.


Morell Bridge.

Ada juga water cooler di taman ni. Nampak tak mangkuk di bawah tu. Tu pets' water bowl, like when Melbournians walk their dogs. Aww... 

View of the AAMI Park Stadium dari Yarra River.



A few more shots before getting back on the bus. 


Penat mengayuh, boleh snooze ๐Ÿ˜Š.


Di Yarra river ni juga ada boat cruise tour. Ada dalam itinerary kami ๐Ÿ˜Š.

Such an amazing blue sky. MasyaAllah.


Bersambung...

Di bawah ialah semua links untuk entries Melbourne, Victoria saya for easy reference:
1) MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL
2) MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER
3) MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX
4) MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY
5) MELBOURNE - DAY 03 - PART 02 - SASSAFRAS & CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM
6) MELBOURNE - DAY 03 - PART 03 - KOALA CONSERVATION CENTER
7) MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE
8) MELBOURNE - DAY 04 - PART 01 - ANGLESEA - URQUHART BLUFF AIREYS INLET - GREAT OCEAN ROAD
9) MELBOURNE - DAY 04 - PART 02 - MEMORIAL ARCH - GREAT OCEAN ROAD - LORNE CUMBERLAND RIVER
10) MELBOURNE - DAY 04 - PART 03 - APOLLO BAY
11) MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES
12) MELBOURNE - DAY 04 - PART 05 - ISLAND ARCHWAY - RAZORBACK - LOCH ARD GORGE - PORT CAMPBELL
13) MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK
14) MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET
15) MELBOURNE - DAY 05 - PART 03 - MELBOURNE RIVER CRUISE
16) MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN 

17) MELBOURNE - DAY 05 - PART 05 - TREASURY GARDENS AND FITZROY GARDEN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. hehehhehehhe..
    dah agak dah akan ambik city tour!!

    dekat Shrine of remembrance tu ada acknowledgement for Malaysia.. ada apa ntah .. lupa.. selalu orang bergambar kat situ

    red stuff tu macam algae eh?
    ala..
    worrier you!! hehhehe.. guilty pijak bunga ...

    saya google irish strawberry tree tu
    bukan macam strawberry biasa tu .. memang tinggi .. boleh dimakan, dimasak jugak..

    how considerate.. siap ada pets' bowl!!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. city tours are the best! The best for us la, that is...hahahaha... tak larat la doc nak jalan2 on our own. Kami pun cuma a few days je di sana, so tours helped us cover as much as possible :).

      Ye ke, tak tau pulak doc. What sort of acknowledgement tu?

      Kami pun puzzled jugak. Macam spores, nampak macam originated from plants.

      Hahaha... I felt silly guilty masa tu. Siap tgk2 orang lain to see if ok or not to step on those beautiful helpless tiny flowers.. hehehehe.

      Ye ke, I tak terfikir pulak nak google. Thanks!

      Kan. Ye la kan anjing2 tu dah berlari2 sampai jelir2 lidah, tentunya haus... hehe.

      Delete