Sunday, September 24, 2017

MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL

Kali terakhir kami ke Australia ialah pada tahun 2001. Masa tu kami ke bandar Perth. Entry trip Perth tu boleh dibaca di sini

Dan pada tahun 2017 ni (16 years later) kami dapat sekali lagi ke Australia dan kali ni kami berpeluang ke Melbourne pula. Syukur Alhamdulillah.

Kisah bermula bila isteri ke Melbourne bersama-sama beberapa rakan-rakan ofis dia membuat lawatan kerja di sana. Since lawatan tu bersambung dengan cuti Hari Kebangsaan dan Hari Raya Haji, maka kami decided that I will join her after she is done with her lawatan kerja and together kami go for a jalan-jalan di Melbourne. 

In order to know what to pack, mesti la check weather di sana. Hmm... belas-belas °C, windy, mendung serta hujan sekali sekala. Saya yang memang tak begitu tahan cuaca sejuk maka kena la bawak winter jacket. Dan bila baca review like, "We’ve probably had the worst of the cold weather but it’s not likely to warm up very quickly at all”, makanya kena la jugak bawak long johns. 

Departure pukul 10:10 malam so lepas Asar dah bertolak ke KLIA. Dah on-line check-in so terus drop bag. Masa queue tu I saw a few passengers kelam kabut sebab sampai lambat and had to be directed to a special handling counter. Later my wife told me she also saw the same thing masa she departed 3 days earlier. Yang dah terlambat tu terpaksa went terus ke gate dan bags jadi carry-on. So strictly la adhere to the mesti sampai 3 hours earlier instruction. 

Dinner di Grandmama's. Punya la ramai orang masa tu. I guess ada banyak flights malam. 

Dan juga bersolat.

Since ada masa lagi, baca Quran dan terus berdoa semoga selamat perjalanan. 

Berlepas di Gate C24.


Oh ya, saya naik Malaysia Airlines. Terpaksa since no choice dah already masa tu.

Dapat seat di kepak.. hehe. Tak pe le, flight malam tak nampak apa pun.. hehe.

Boarding dan berdoa.
سُبْحَانَ الَّذِىْ سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَاكُنَّالَهُ مُقْرِنِيْنَ وَاِنَّآ اِلَى رَبّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ

Suasana dalam dan luar pesawat. Alhamdulillah cuaca baik malam tu.  

Penerbangan dari KLIA ke Tullamarine Airport, Melbourne adalah selama lebih kurang 8 jam.

Flight malam. Susah betul nak ambik gambar sendiri dalam gelap.. hahaha. 


Penenang hati. 

Supper.

Kalau ada pilihan memang la saya akan avoid travel long haul flights sorang-sorang. Masa lalu areas ni, punya gegar! 😓 Nak pegang tangan wife dia tak de with me masa tu, so genggam je la armrest kuat-kuat dan pejam mata! 

Tapi bila masuk je area angkasa Australia ni, Alhamdulillah, smooth je. Sampai terlena. It took 4 hours dari masa mula enter Australia's airspace ni hingga ke Melbourne. Besar betul Australia ni!

Sarapan pagi. 

Nearing Melbourne.

Dan masa ni waktu sunrise. Saya duduk on the other side of the sunrise but the views were just as amazing!

SubhanAllah. Cantiknya!

Kapal terbang ni punya cabin mood lighting pun so nice 😊.



Dah mula nampak tanah Australia. Banyak ladang-ladang yang sangat luas!

Boleh nampak ladang, tasik, sungai dan kawasan hutan.

Dan boleh nampak jelas tasik-tasik. Ini Lake Eppalock.

The beautiful Lake Eppalock - is a reservoir in North Central Victoria.


Ini pula ialah Castlemaine Diggings National Heritage Park. 

Lagi petak-petak ladang-ladang. 

Kawasan perumahan.

Pylons and farms.

Sebelum mendarat di Tullamarine Airport, pusing dulu atas Skeleton Creek. 

Then flew over Kororoit Creek and Mobil Terminal Altona.

Memang nak cuba dapatkan shot bandar Melbourne dari plane. Dan dapat sipi-sipi je disebabkan dek kepak plane ni.. hehe.. jadi la buat kenangan 😊.

Selamat mendarat di Tullamarine Airport, Melbourne. Syukur Alhamdulillah. Beza waktu KL dan Melbourne adalah 2 jam dan Melbourne lagi awal.

Surprisingly Tullamarine Airport ni kecil je. Tapi very efficient. Dalam kad arrival saya tick tak de apa nak declare so pass the imigresen cepat je. Ramai yang saya nampak kena stop and had to open their big bags. 

Lepas ambik bag keluar dari terminal 2, terus cari wife.. hehe.

Dari Tullamarine Airport ke hotel kami guna service Bluebird Shuttle.

Menuju ke hotel.


Di Melbourne ni ada banyak bangunan-bangunan yang nampak macam bangunan heritage ni. Saya suka betul!

Di Melbourne ada sistem tram.

Masa hari yang saya tiba ni, oficially adalah hari pertama Spring. So suasana masih sejuk dan pokok-pokok masih togel.


A few of Melbourne's skyscrappers. Bangunan berjalur tu ialah Vision Apartment di Elizabeth Street, 70 tingkat, yang ke 21 paling tinggi di Australia. Yang di belakang berjalur halus tu pulak ialah bangunan Victoria One juga di Elizabeth Street, 78 tingkat, ke 10 paling tinggi di Australia. 

Bersama kami ada juga penumpang-penumpang lain yang menggunakan service Bluebird Shuttle ni. Jadi shuttle ni akan round dari hotel ke hotel untuk menurunkan penumpang at their respective hotels. Masa dalam perjalanan tu ternampak Norsiah's Kitchen ni, terus kami plan nak have meals di situ. Unfortunately tak sempat sebab masa kami di Melbourne kami padatkan dengan aktiviti jalan-jalan. Jadi makan di mana sempat je.. hehehe. 

Bangunan unik warna warni ni pulak ialah Pixel Building yang terletak di Queensburry Street. 

A state school.

Kiri: Vision Apartment di Elizabeth Street.


Ini pasar popular di Melbourne, the Queen Victoria Market. Later kami ada jalan-jalan di market ni.

Inilah hotel penginapan kami, Ibis Melbourne Therry Street. 

Hotel entrance.


The lobby.





Inilah bilik kami. Actually according to hotel ni punya room category, it is a 'One Bedroom Apartment - One King Bed'. Nice lah, got kitchen with cerek elektrik, toaster dan microwave oven 😊. 

Lepas settle in, kami keluar untuk makan tengahari awal sebab nanti nak go for city tour. Wife suggested kami makan di sebuah restoran about 10 minutes walk sahaja dari hotel. Since dia dah sampai awal ke Melbourne ni, maka she got time to find out where the restaurants are.  Alhamdulillah. 

Ini ialah Queen Victoria Market. Juga cuma 10 minit jalan kaki sahaja dari hotel penginapan kami.

Oh ya, suhu dalam belas-belas, langit cerah, cuma berangin sejuk sikit. 

Stesen tram di Queen Victoria Market.

Queen Victoria Market.


Suasana bandar Melbourne.

Lunch kami hari tu di Pondok Rempah di Elizabeth Street.


Menu restoran Pondok Rempah.


Ada Halal Certification Authority Australia.

Dalam restoran Pondok Rempah.

Our lunch. Mee goreng dan nasi goreng. Portion besar sungguh. Tak habis kami mintak tapau. Boleh buat dinner. Mana boleh jimat, kami berjimat since mahal barang di Melbourne ni 😊.

AUD 11.80 tu lebih kurang RM40.00.

Lepas lunch ada masa lagi sebelum bas pick up sampai for the city tour. So we went for a short walk sambil berfoto-fotoan 😊. 

Tram dan trek tram. 
- Trams are a major form of public transport in Melbourne, the capital city of the state of Victoria, Australia. As of May 2017, the Melbourne tramway network consists of 250 kilometres (160 miles) of track, 493 trams, 24 routes, and 1,763 tram stops.
- At some Melbourne intersections, motor vehicles are required to perform a hook turn, a manoeuvre designed to give trams priority. To further improve tram speeds on congested Melbourne streets, trams also have priority in road usage, with specially fitted traffic lights and exclusive lanes being provided either at all times or in peak times, as well as other measures.
- Source: Wiki

Bangunan unik yang ada muka ni ialah William Barak building. It is a 32-storey residential apartment block. 
- Using shadows created by negative spaces carved into the balconies, architects Ashton Raggat McDougall (ARM) have fashioned a portrait of the Wurnundjeri/Woiwurrung activist, artist, diplomat and knowledge holder William Barak into the full height of the building’s southern facade.
- Designed to raise the profile of the Wurundjeri people and culture.

RMIT University.

Bangunan Public Bath. Bangunan City Bath ni terletak di  Swanston Street. A place for public bath since 1850.

Objektif public bath ni dibina adalah untuk menghalang orang daripada mandi di Sungai Yarra, yang pada tahun 1850-an telah menjadi sangat tercemar dan penyebab wabak demam kepialu yang melanda bandar menyebabkan banyak kematian. Ia kini menempatkan sebuah kolam renang, Mikveh, spa, sauna, gelanggang skuasy dan gimnasium.

Sebuah teater 'Dracula's Cabaret'.

Saya noticed di Melbourne ni ramai perokok. And cigarette butts were littered by the roadside. A shame really sebab otherwise Melbourne is a beautiful clean city.

Office workers taking cigarette breaks tepi jalan macam ni adalah pemandangan biasa.

Bersambung....

Di bawah ialah semua links untuk entries Melbourne, Victoria saya for easy reference:
1) MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL
2) MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER
3) MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX
4) MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY
5) MELBOURNE - DAY 03 - PART 02 - SASSAFRAS & CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM
6) MELBOURNE - DAY 03 - PART 03 - KOALA CONSERVATION CENTER
7) MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE
8) MELBOURNE - DAY 04 - PART 01 - ANGLESEA - URQUHART BLUFF AIREYS INLET - GREAT OCEAN ROAD
9) MELBOURNE - DAY 04 - PART 02 - MEMORIAL ARCH - GREAT OCEAN ROAD - LORNE CUMBERLAND RIVER
10) MELBOURNE - DAY 04 - PART 03 - APOLLO BAY
11) MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES
12) MELBOURNE - DAY 04 - PART 05 - ISLAND ARCHWAY - RAZORBACK - LOCH ARD GORGE - PORT CAMPBELL
13) MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK
14) MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET
15) MELBOURNE - DAY 05 - PART 03 - MELBOURNE RIVER CRUISE
16) MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN 
17) MELBOURNE - DAY 05 - PART 05 - TREASURY GARDENS AND FITZROY GARDEN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

8 comments:

  1. Saya x pernah sampai sana. Nampak macam tak padat penduduk kotarayanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nizam. Saya rasa mungkin masa tu masih sejuk so less people outside. Tapi di certain parts of the city ramai juga orangnya.

      Delete
  2. hehhehehe..
    sib baik tak melatah terpegang tangan orang sebelah!!

    8 jam!
    letihnya!!
    saya ke Portugal hari tu.. 11+ 6 jam
    rasa nak muntah keboringan dalam kapalterbang !!
    habis movie saya nengok!!

    asap apa yang tebal yang nampak dari kapalterbang tu?pollution?

    78 tingkat?!
    kalau black out ... ? hehehhe,,

    try tak jus nangka ? macam pelik lak kan?
    rm40 untuk 2 orang .. ok lah kot gitu
    macam makan kat Malaysia je .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sebelah I was akak India yang dah migrate ke Australia dan selalu dah ulang alik KL-Melbourne sebab ramai family and relative di Malaysia. Her 2 teenage sons dua-dua duduk jauh-jahuh dari dia.. hehe.. kesian dia...

      Yes, 8 jam. Dah tu I sorang je pulak tu. Saya bila tgk flat screen tu lama2 jadi pening sebab dekat pada muka especially bila orang seat depan lean back maximum. So tgk movies mmg I skipped. Tak pun tgk sitcom je. Pendek sikit.. hehe.

      Hmm.. I pun ada terfikir jugak. Tak pasti dari apa asap tu? Power plant? Kilang? Recycling center? Saya rasa bukan sebab lokasi asap tu betul2 tgh Melbourne.

      Blackout? Hey, I thought I am the worrier.. hehehe.

      Tak try apa2 jus pun situ. Just teh je :). RM40 tu untuk sorang tu doc!

      Delete
  3. [ sambil berharap cerita esoknya en syed jalan-jalan sendiri .. tak ambik pakej tour .. ]
    hehhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.... sorry to disappoint you doc :).

      Delete
  4. Membaca entry ini seolah saya juga sedang berada disana. Nice story sir ����

    ReplyDelete