Selesai touring di Abu Dhabi kami bertolak balik semula ke Dubai.
Melalui Jebel Ali. Al Maktoum Airport terletak di area ni. Lapangan Terbang Al Maktoum ni ialah airport yang terbesar di dunia, tapi hanya digunakan oleh pesawat-pesawat kargo. Juga berfungsi sebagai airport alternatif bagi Dubai International Airport sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Malabar Jewelry and Bollywood actress Kareena Kapoor Khan.
Salman Khan and Katrina Kaif are brand ambassador for Splash, the Middle East's largest high-street fashion retailer .
Bangunan Jafza View 18 and 19, twin towers, bangunan office 30 tingkat.
Bangunan DP World Jafza 17.
Movenpick Hotel Ibn Battuta Gate, Dubai.
Jumeirah Lakes Towers Station.
Tiba di Dubai.
Constructions nampaknya begitu pesat di Dubai.
Semasa dalam perjalanan balik ke Dubai ni, kami bercerita pada Chetan our driver, yang semalamnya semasa touring Dubai by ourselves kami tak sempat nak ke Palm Jumeirah sebab dah lewat malam. Also kami teringin nak tengok Atlantis, The Palm dan Burj Al Arab. Jadi kami tanya la kalau-kalau instead of dia turunkan kami di hotel, boleh ke drop kami di area Palm Jumeirah. Kami sebenarnya cuma nak tengok dari luar je dan tak la sampai nak masuk ke dalam Atlantis dan Burj Al Arab tu, well, basically sebab it is too expensive for us to have for example afternoon tea at those hotels.
Sebenarnya our driver Chetan cuma sepatutnya bawa kami touring Abu Dhabi sahaja. Tapi upon hearing our request terus dia offer untuk bawa kami pergi ke tempat-tempat tu. Wah! Bagusnya si Chetan ni. Dia kata tak jadi hal sebab nak ke sana tak jauh dan masa tu masih terang lagi by the time kami sampai semula ke Dubai. Sebenarnya bukan ini saja kebaikan si Chetan ni, tapi ada satu lagi benda yang dia buat untuk kami, which I will tell later.
So off we went to Palm Jumeirah.
Ni dah masuk area Palm Jumeirah, laluan jalanraya di batang pokok palm di Palm Jumeirah ni.
Melalui jalanraya di batang pokok palm Palm Jumeirah.
Di kiri kanan penuh dengan kediaman mewah. David Beckham ada water front villa 7 bilik bernilai $1.6 million di sini tapi dia bagi pada pak dan mak mertua dia.
Ada banyak luxury apartments and residences yang tentunya harganya berjuta. Bangunan dalam foto kanan tu ialah bangunan Palm District Cooling, the chilled water service provider once owned by Palm Utilities, now by Empower.
Dah nampak Atlantis, The Palm.
Ini adalah Abdul Rahman Siddique Mosque-Palm Jumeirah.
Seperti yang dijanjikan si Chetan, kami dibawa betul-betul di depan hotel Atlantis, The Palm ni for a short photostop. Memang hebat la hotel ni, dibina atas salah satu pulau buatan Palm Jumeirah mengadap Arabian Gulf.
Depan hotel ni ada waterfront boardwalk.
Chetan cerita batu-batu pemecah ombak tu diimpot dari Iran. Saya baca batu semula jadi digunakan bertujuan untuk menggalakkan penciptaan terumbu semula jadi dan menyediakan habitat untuk kehidupan laut.
Lepas tu Chetan bawa kami ke Burj Al Arab pula.
Ada lebih kurang 4.5 juta orang pekerja asing di UAE ni. Total population is about 9 million.
Ini bangunan Arjaan by Rotana di Dubai Media City. Lengkap dengan private beach.
Business Central Towers.
Dah nampak dah hotel bentuk layar ni.
Ini pula ialah Wild Wadi Waterpark Dubai.
Burj Al Arab. Chetan made one round depan hotel ni nak kasi kami lihat view dari entrance. Kami ingat itu je la view hotel ni yang dapat kami tengok (although ni pun kami dah bersyukur sangat dah) tapi dia kata dia akan bawa kami ke satu lagi spot for better view of the hotel. Memang bagus la si Chetan ni.
View tu kata Chetan ialah dari Jumeirah Public Beach. We passed by this Jumeirah Beach Hotel yang bentuknya macam ombak.
Clinic plastic surgery, hair transplant, laser hair removal dan cosmetic dentistry. All tailored to make you look ravishing 😊.
Dan kami pun tiba di Jumeirah Beach ni. Haaa... dari sini la kami dapat satu lagi view Burj Al Arab. Yang kanan tu ialah Jumeirah Beach Hotel.
Ini pantai awam jadi orang ramai boleh beriadah di sini.
Yes, apparently boleh berbikini di pantai ni.
Jika anda terperangkap dalam arus laut.
Foto kiri: The Pavilion Marina & Sports Club.
Puas ambik gambar Burj Al Arab kami pun ke destinasi seterusnya, destinasi yang terakhir kami pada hari tu. Which brings me to the second wonderful thing that Chetan did for us.
Dia bawa kami ke Mall of Emirates. Untuk apa? Untuk masuk Ski Dubai! Sebelum ni kami cuma dapat tengok Ski Dubai tu dari tingkap luar je, which to us dah cukup sangat dah actually. Tapi bila ada chance dapat masuk, tentulah kami nak. Tapi bukan ke saya kata in previous entry nak masuk Ski Dubai tu mahal?
Gini kisahnya. Chetan had a couple of Pass masuk Ski Dubai tu yang dibeli untuk tourists dia yang sepatutnya datang minggu tu. Tapi mereka tak dapat datang dan tunda ke minggu lain. Pass masuk tu will expire by then so he offered us the tickets at a lower price than the actual. Instead of AED260 (RM317) he offered us at AED200 (RM243) per pass i.e less RM74. Still mahal we know tapi rugi pulak rasanya kalau tak grab. Selain diskaun tu, faktor-faktor lain seperti actually kami memang teringin nak masuk, Ski Dubai ni dekat dengan hotel, masa tu pun masih awal lagi dan kami memang pun nak dinner di Mall of Emirates ni, considerations ini semua helped our decisions. Punya la contemplating! Hehehehe... mesti la, kan RM243 x 2 dah nak dekat RM500 😅.
Suddenly realised tak de gambar proper si Chetan. So mintak dia pose kejap. Putih kemerahan dan ada rupa jugak orangnya, saya joke dia boleh jadi Bollywood film star. Dia gelak je. Saya tambah kalau dah terkenal nanti jangan buat tak kenal kami pulak. Dia kata masa tu dia akan bawak kami ke mana saja kami nak di UAE ni. Saya kata he sure too busy with filming commitments. We all laughed.. hehe.
Chetan bukan saja offer the Passes to us tapi siap uruskan di kaunter. Rupanya passes yang dia offer tu ialah Super Pass. Terkejut kami! Ingatkan Pass biasa je. Dengan Super Pass pengunjung akan dapat sarung tangan dan stokin percuma, access ke Snow Park, unlimited access to all games with multiple entries (games such as tobogganing, tubing dan bobsled rides) dan juga Free Chairlift Ride. Juga sewa winter clothing for free. Yang bukan Super Pass ialah contohnya Pass yang cuma boleh masuk ke Snow Park sahaja, for skiing sahaja, for Ski School sahaja dan untuk tengok penguin sahaja.
Setelah selesai menguruskan kami di Ski Dubai ni, dah dapat wrist band Super Pass, dah dapat the winter clothings, boots and socks/gloves serta kunci loker, serta setelah beri penerangan tentang Ski Dubai dan apa ada di dalam tu, barulah Chetan minta diri nak beredar. Bagus betul la si Chetan ni. Dia sentiasa memastikan kami are well taken care of, uruskan semua hal supaya kami tak rasa hassle.
Alhamdulillah kami dapat tour guide yang bagus macam si Chetan ni. Dari mula kami masuk kereta pagi tadi he was full of information and interesting stories. Berjam dalam kereta dari Dubai ke Abu Dhabi memang kami tak bosan seronok dengan penerangan dan cerita dia. Yang bestnya juga si Chetan ni, kita boleh berlawak dengan dia. A cool guy. I know, semestinya kalau dah kerja tour guide, character mesti la macam tu kan. But we think he had gone above and beyond his assignment bila dia offer bawak kami touring ke Palm Jumeirah, Atlantis the Palm dan Burj Al Arab. On top of that he offered us the Ski Dubai Super Pass pulak, which Ski Dubai ni tak de pun dalam itinerary kami. Needless to say, we thanked him profusely 😊.
Loker disediakan untuk simpan kasut, jaket, beg, handbag dan lain-lain benda yang tak perlu nak bawak ke dalam. Boleh pilih loker mana yang kita nak. Untuk loker ni kena bayar refundable deposit AED40. Diberi kad kunci loker, just touch the card to lock and unlock. Btw, saya tak bawak masuk kamera dslr sebab berat (5kg) dan susah nak bawak dengan pakai winter clothing so tinggalkan dalam loker ni. Jadi saya guna my compact kamera.
Ini di kaunter ambik winter clothings: jacket, pants, boots, socks and gloves. For the boots kena bagitau saiz kasut ikut conversion table yang ada disediakan bagi saiz kasut mengikut standard Asia, UK dan Amerika.
Snow boots ✔
Winter clothing ✔
Gloves ✔
Socks ✔
Winter cap - not provided tapi boleh beli. Saya tak beli, bila masuk kepala kesejukkan.. hehehe..
Okeh, ready dah for the snow. Oh, fyi dalam tu ialah -4°C !! Sejuk yang amat!!
Di area tempat bersiap. Fyi, tak de bilik persalinan, not necesary sebab kita boleh sarung je winter clothing tu over our attire.
Ok, jom masuk ke dalam. Ada Penguin Show jugak tapi mahal. Also cannot take photos penguins tu.
Moh masuk ke Snow Park. Nak tengok Penguin masuk pintu lain tapi kena bayar AED225 atau RM274 for the Penguin Encounter ticket.
Masuk je ada gua ais. Cantik berwarna warni. Oh ya, pengunjung diminta bergambar di dalam gua ais ni oleh jurugambar Ski Dubai. Later kalau nak beli foto-foto tu boleh tapi kena bayar AED125 atau RM152. Terima kasih je lah ye.. hehehe.
Dan lagi specialnya gua ais ni sebab ada ukiran ais dragon ni!
Amazing!
Juga ada ice sculptures ni.
Cantik betul ukiran ais falcon ni!
Lepas tu masuk ke area games and ski slopes. Saya excited nak naik chairlift tu actually 😊.
Dari dalam gua ke Snow Park.
Ini peta keseluruhan Ski Dubai. Macam-macam benda boleh enjoy dalam ni. Kalau nak enjoy semua activities kena la spend seharian di sini. Tapi tahan ke nak dok lama dalam peti sejuk giant ni? Jangan risau beli je day pass yang boleh keluar dan masuk semula ke dalam Ski Dubai ni.
Ada cafe di dalam ni. Ada saya berbual dengan staff di cafe ni. Dia dari Afrika, tak ingat negara mana. Saya tanya tahan ke dok lama dalam ni? Berapa lama dia kena berada di cafe ni? Dia kata shift dia 5 jam. Dan kalau dah terlalu kesejukan, dibenarkan keluar sebentar.
Haaaa.. dalam entries saya sebelum ni kan ada dah saya share photos Ski Dubai ni. Tapi semua photos tu saya ambil dari luar tingkap besar tu. Now ni dapat ambik dari dalam. Memang tak sangka dan tak dirancang dapat peluang ni. Alhamdulillah.
Kanak-kanak bawah umur 13 tahun mesti dipakaikan helmet. For the kids ada snow sleigh ni. Tapi jenuh la si bapak nak tarik..hehe. Lelah sakit dada tau mencungap dalam suhu macam ni.
Nak panjat gunung ais ni pun boleh jugak.
Kami panjat memanjat ni idok le, bergambar boleh la.. hehe.
-4°C adalah sangat sejuk. Dah la tak pakai snow cap masa tu. Kejap-kejap saya terpaksa gosok-gosok kepala kasi panas.. hehehe.
Wonderful fun mural dalam Ski Dubai.
Landscaping yang cantik.
Tangga naik ke atas ke tempat games and naik ke slopes.
Katanya jangan baling bola salji sebab tajam dan jangan berlari sebab licin dalam tempat ni. Tapi polar bear tu nampak happy je buat tu semua macam nak invite kids to do the same.. hehehehe.
Pelbagai aktiviti salji ada dalam ni. Kami nak naik chairlift ride tu tapi my wife nak try tubing tu dulu.. hehe.
Ke tempat tubing.
Ambik satu tube seret ke conveyor belt naik ke atas.
Macam seronok je.. hehe.
My wife nak try. Saya tak, sebab nak ambik gambar dia.. hehe.
Hehehehehe... sampai menjerit pulak tapi gelak-gelak.. hahahaha...
In game Zorb Ball. Saya ni fobia tempat sempit. Lagi la tunggang terbalik dalam bola tu... no thanks.. hehehe.
Tengoklah betapa luasnya Ski Dubai ni! 22,500 square meters! Ini kami ambik dari paling bawah di area orang yang baru nak belajar skiing. Tu yang ada jaring merah ni.
Ok, kami nak naik Chairlift tu. Nampak tinggi!
Mereka yang baru belajar nak skiing.
Off we went up the slopes dalam chairlift ni.
Satu chairlift ni boleh muat 4 orang dewasa.
Ramai juga hari tu skiers. Actually nak snowboarding juga boleh di sini.
Slopes di Ski Dubai ni terbahagi ke beberapa bahagian: Easy, Intermediate, Expert dan Advance.
Slope Map: 1. Beginners Area 2. Slope Entry 3. Fitting Cabinets 4. Chair Lift 5. Tow Lift 6. Mid Station 7. Avalanche Cafe 8. Freestyle Zone 9. Black Run |
Dalam foto ni bahagian Expert.
Adik-adik ni memang expert!
Terus naik dengan lebih tinggi lagi. Oh ya, masa ni saya dah sangat kesejukan especially bahagian kepala. Actually the whole body kesejukan. Lagi la just sitting and not moving around, jadi lagi sejuk.
Mereka ni on the way down already.
Ski run di Ski Dubai ni adalah sepanjang 400 meter.
Di sini ada 5 slopes dengan kecuraman dan kesukaran berlainan. Jadi boleh la cater pada ranges newbies hingga ke yang experts.
Skiers menggunakan tow lift untuk naik ke puncak.
Ski slope ni adalah setinggi 85 meter atau setinggi bangunan 25 tingkat. Tinggi tu! Patut la saya rasa gayat! 😅
Udah ada yang cedera! We hoped he/she was ok.
Akak tu lambai kat kami masa my wife ambik gambar dia sekeluarga 😊.
Dah sampai ke puncak.
Buat pusingan dan turun semula.
Tadi masa naik ada saya rasa gayat, tapi masa turun ni rasa lebih gayat lagi! 😅
Yang kiri bahagian Intermediate dan yang kanan bahagian Expert.
Sebuah keluarga Arab. I wonder tak sejuk ke lelaki tu pakai dishdasha je?
The slope fork, kiri untuk intermediate dan kanan untuk Expert.
Salah satu stesyen chairlift.
Turun satu lagi slope.
Bahagian Easy di kiri dan Expert di kanan.
Boleh turun sini kalau nak some hot drinks.
Ok, selesai dah chairlift ride. It was fun but I was feeling so cold! Turun je dari chairlift tu saya jalan-jalan sana sini untuk panaskan badan.. hehe.
Oh, by the way, these are our free gloves, can choose black or red 😊.
Kami naik ke menara tinjau dan dapat view orang main bobsled.
Sangat laju!
Reaksi muka-muka mereka sebelum meluncur ke bawah... hehe. Kalau saya tak tau macam mana rupanya.. hehehe.
Beratur naik ke puncak dengan tow lift.
Kalau tak nak guna chairlift untuk naik ke atas mungkin sebab lambat agaknya, boleh naik guna tow lift ni.
Ok lah, selesai sudah kisah jalan-jalan kami dalam Ski Dubai ni. Tak lama kami di dalam tu, ada la dalam lebih sikit sejam. Since tak rancang nak ke sini jadi kami tak la pakai tebal sikit. Baju winter Ski Dubai tu tak cukup tahan sejuk. So kalau anda ke Ski Dubai ni pastikan pakai tebal. Namun, kami bersyukur kerana dari tak de dalam rancangan, akhirnya dapat jugak kami merasa masuk Ski Dubai ni. Satu lagi kepelbagaian perjalanan cuti-cuti kami.
Lapar sungguh dah masa tu so kami terus ke foodcourt Mall of Emirates ni.
I had the chicken noodles soup and my wife had the prawns combo noodles totalling AED68 or RM83.
These noodles were so delicious!! 😊. Alhamdulillah.
Sampai hotel sebelum naik ke bilik kami buat online check-in dulu. Esok nak balik Malaysia dah.
Seperti selalu at end of each day for my jalan-jalan entries, saya buat satu summary. Ini untuk Hari ke 8 yang merupakan hari terakhir dalam program percutian Kuwait/UAE kami.
1) On they way to Abu Dhabi
2) Sheikh Zayed Grand Mosque
3) Abu Dhabi City Tour
4) Ferrari World Abu Dhabi
5) Back to Dubai
6) Palm Jumeirah - photostop
7) Atlantis the Palm - photostop
8) Burj Al Arab - Photostop
9) Ski Dubai
Alhamdulillah.
For easy reference, saya senaraikan kesemua entries UAE saya di sini:
1) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 01 - DEPARTING TO DUBAI
2) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 02 - DESERT SAFARI
3) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 01 - CITY SIGHTSEEING DUBAI BUS TOUR
4) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 02 - DUBAI GRAND MOSQUE AND DUBAI MUSEUM
5) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 01 - DEIRA SPICE SOUK - DUBAI ABRA CRUISE
6) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 02 - DUBAI MALL - BURJ KHALIFA - SKI DUBAI
7) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 01 - ON THE WAY TO ABU DHABI
8) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 02 - SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE, ABU DHABI
9) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 03 - ABU DHABI CITY TOUR
10) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 04 - FERRARI WORLD ABU DHABI
11) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 05 - PALM JUMEIRAH - ATLANTIS - BURJ AL ARAB - SKI DUBAI
12) KUWAIT & UAE: DAY 09 - GOING HOME
1) On they way to Abu Dhabi
2) Sheikh Zayed Grand Mosque
3) Abu Dhabi City Tour
4) Ferrari World Abu Dhabi
5) Back to Dubai
6) Palm Jumeirah - photostop
7) Atlantis the Palm - photostop
8) Burj Al Arab - Photostop
9) Ski Dubai
Alhamdulillah.
For easy reference, saya senaraikan kesemua entries UAE saya di sini:
1) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 01 - DEPARTING TO DUBAI
2) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 02 - DESERT SAFARI
3) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 01 - CITY SIGHTSEEING DUBAI BUS TOUR
4) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 02 - DUBAI GRAND MOSQUE AND DUBAI MUSEUM
5) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 01 - DEIRA SPICE SOUK - DUBAI ABRA CRUISE
6) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 02 - DUBAI MALL - BURJ KHALIFA - SKI DUBAI
7) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 01 - ON THE WAY TO ABU DHABI
8) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 02 - SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE, ABU DHABI
9) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 03 - ABU DHABI CITY TOUR
10) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 04 - FERRARI WORLD ABU DHABI
11) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 05 - PALM JUMEIRAH - ATLANTIS - BURJ AL ARAB - SKI DUBAI
12) KUWAIT & UAE: DAY 09 - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
salman, katrina, kareena.. you know your bollywood actors la!! heheee
ReplyDeleteglove tu boleh bawak balik?
mesti hingus pun beku !!!
dan hujung telinga dan tip of the nose..
bayangkan apa lagi yang beku pada pak arab tu!!
kahkahkahhh
opss...:))
Yes ma'am, I sho' do.. hehe. Kenal Katrina tu pun sebab baru je tgk dia kat Astro movie 'Bang Bang!' di TARA HD.. hehehe. Yep, sekali sekala I layan jugak bollywood movies.
DeleteBoleh bawak balik gloves tu. Mmg kami simpan buat kenangan. We better! Sebab nak masuk tu bayar mahal.. hehehe.
Hehehe.. like yeah! Saya paling tak tahan hujung telinga... kejap-kejap gosok2 pekup2 telinga :).
Hahaha.. kan. How he can remain so casual I pun heran.