Dah hari ke 8 dah cuti-cuti Kuwait/UAE kami ni.
Kami ke Abu Dhabi dan tempat yang first sekali kami lawat ialah Sheikh Zayed Grand Mosque. Memang saya teruja sangat nak ke masjid ni. Dari apa yang saya baca masjid ni ketiga terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Kalau tengok dalam peta, lokasi masjid ni terletak elok-elok je di entrance masuk ke Abu Dhabi City Island ni. Inilah bukti wawasan pengasasnya iaitu Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan.
Kami ke Abu Dhabi dan tempat yang first sekali kami lawat ialah Sheikh Zayed Grand Mosque. Memang saya teruja sangat nak ke masjid ni. Dari apa yang saya baca masjid ni ketiga terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Kalau tengok dalam peta, lokasi masjid ni terletak elok-elok je di entrance masuk ke Abu Dhabi City Island ni. Inilah bukti wawasan pengasasnya iaitu Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan.
Nampak tak masjid ni dibina di entrance ketiga-tiga jambatan dari tanah besar masuk ke Abu Dhabi, iaitu Maqta Bridge, Mussafah Bridge dan Sheikh Zayed Bridge. |
Binaan masjid ini adalah usaha Sheikh Zayed yang mahu mewujudkan satu struktur yang akan menyatukan kepelbagaian budaya dunia Islam dengan nilai-nilai sejarah lama dan moden dalam seni binaan dan kesenian.
Sangat besar masjid ni. Tapaknya berukuran lebih 22 ribu meter persegi dan boleh muat lebih 40 ribu orang jemaah dalam satu masa.
Boleh muat seramai 7 ribu jemaah dalam dewan solat utama, 2 ribu lagi di dewan solat terbuka dan 22 ribu jemaah di courtyard. |
Bagi masyarakat Islam UAE, masjid ini dibina sebagai menghormati memori Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, bapa United Arab Emirates yang mereka kasihi. Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dikebumikan di masjid ini selepas baginda meninggal dunia pada tahun 2004.
"Masjid ini diilhamkan dari wawasan toleransi yang berakar umbi dalam tradisi era keemasan Islam, yang berdasarkan rasa hormat dan pertukaran idea untuk memperkaya kehidupan dan masyarakat manusia".
Dari bacaan saya, Sheikh Zayed ni bukan sekadar memberi arahan untuk dibina sebuah masjid tapi beliau sendiri sangat terlibat dalam pelbagai aspek pembinaan masjid ini. Beliau terlibat dalam setiap peringkat proses perancangan contohnya seperti dalam reka bentuk masjid, dalam banyak aspek pembinaan secara terperinci dan menyatakan apa yang utama dan penting pada beliau disamping menyumbangkan pelbagai idea. In other words he was very much involved in the whole processes.
Masjid ni memanglah salah satu destinasi pelancong bila datang ke Abu Dhabi. Tu stop untuk Big Bus Abu Dhabi.
Sebelum masuk kawasan masjid mesti lalu security check dulu. Semua barang dalam beg kamera saya security guard tu minta saya keluarkan. Semua sekali. Every little thing. Batteries, camera memory cards, keys, coins etc. Of course my cameras dan lenses juga. However, saya mesti nyatakan di sini yang security guards tu was very polite. Pada saya tak jadi hal kena check macam, malah saya rasa lega dan selamat kerana adanya pemeriksaan macam ni. Syabas saya ucapkan pada pihak pengurusan Sheikh Zayed Grand Mosque ni buat pemeriksaan yang thorough macam ni especially bila ada kejadian pengeboman masjid seperti di Saudi dan Kuwait.
Oh ya, dalam bilik pemeriksaan inilah pelancong wanita yang berpakaian tak mematuhi kod pakaian masuk masjid akan diberi abaya. So masa masuk bilik seksi, keluar bilik tu dah bertutup aurat 😊. |
Aaa.. nampak putih suci gemilang masjid ni. MasyaAllah, cantik sungguh. Dan besarnya! Besar sampai tak muat nak compose masuk framing seluruh masjid dalam foto saya ni. Dah saya pakai wide angle lens dan even shooting dari jarak yang jauh ni, masih tak muat! Bukan je masjid ni sungguh besar saiznya tapi reka bentuk juga sangat cantik. Dari apa yang saya baca, ilham reka bentuk masjid ni adalah dari seni bina Parsi, Mughal dan seni bina masjid Moor, terutamanya Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan dan Masjid Hassan II di Casablanca, Morocco.
Inilah Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan dan Masjid Hassan II di Casablanca, Morocco.
Susunan 82 kubah dan pelan lantai masjid itu diilhamkan oleh Masjid Badshahi. Pintu-pintu di masjid ni adalah contoh unggul reka bentuk Moor dan menara pula adalah seni bina klasik Arab.
Di tepi masjid ni ada kolam panjang berdasar jubin biru yang nampak sangat cantik dengan bayang tiang-tiang putih masjid.
Pandangan ke arah pintu masuk utama masjid. Tinggi menara tu ialah 107 meter.
Pandangan ke arah dewan solat utama masjid.
Pada tiang-tiang masjid ni ada floral designs yang menjadikan suasana bertemakan taman mewujudkan persekitaran yang indah dan tenang.
Cara berpakaian yang mesti dipatuhi kalau nak lawat masjid ni. Oh ya, lega sebab fotografi dibenarkan 😊.
Juga kalau nak bergambar jangan bergaya dengan poses macam ni. Nanti security guards akan minta anda leave the mosque.
Ini pula adalah pelan lantai Sheikh Zayed Grand Mosque. Lantai Sahan Courtyard tu cantik dengan hiasan bunga.
Kami memasuki masjid ini dari belah South Entrance. Aaaa.. nampak tu Sahan Courtyard. Besar sungguh. Patut la boleh muat lebih 20 ribu orang jemaah.
Masjid ni juga kami nampak penuh marmar. Saya baca lebih 30 jenis marmar digunakan dalam pembinaan masjid ni yang didatangkan dari beberapa negara seperti Greece, Macedonia, Italy, India dan China.
Tiang-tiang masjid yang dihiasi dengan floral designs dan di bahagian atas ada golden palm.
Di terrace South Entrance ni je saya dah ambik berpuluh gambar.. hehe.
Wanita-wanita berbangsa Arab berabaya.
Tourists bukan Islam diberi jubah colored prints yang siap ada hood sekali macam ni. Actually tak boleh nampak kaki macam tu. Mungkin tak de saiz kot. Saya rasa lagi elok diberi pakai abaya hitam, lagi nampak elegant. Yang ni macam kelakar la.. hehe.
Masjid ini juga dikenali sebagai 'Mosque of the Flowers' kerana ada banyak floral designs dalam masjid ni. Ini adalah kerana Sheikh Zayed sendiri sangat sukakan nature.
So beautiful! Ia direka oleh Kevin Dean, seorang pencipta reka bentuk dan ilustrasi botani yang terkenal.
Ini Sahan Courtyard. Ia seluas 17,000 meter persegi dan dianggap sebagai contoh marmar mozek yang terbesar di dunia. View ni pada saya memang sangat breathtaking. Alhamdulillah, cuaca pun cukup baik sekali.
Secara keseluruhan, 37 warna marmar digunakan untuk buat dataran Sahan ni yang datangnya dari Brazil dan Itali.
Bunga-bunga seperti iris, teratai, bunga popi, bunga tulip, bunga ros, melur dan passifloras telah dipilih untuk hiasan lantai Sahan Courtyard ni. Saya perasan kalau kita tengok pada lantai dataran ni, nampak macam permukaan air. Cantik!
Dari sana tu pelawat boleh ambil gambar dewan solat utama masjid ni.
Tapi pelawat tidak dibenarkan ke tengah dataran, setakat dalam kawasan kepungan sahaja.
Aaa.. the beautiful golden palm pada atas tiang-tiang masjid ini yang disalut emas.
Juga ada hiasan floral pada siling di kubah yang sangat cantik.
Semasa kami masuk ke ruang masjid ini kami ada terdengar bacaan ayat-ayat Al Quran. Menurut tour guide kami, bacaan ini adalah 'live' dan dibacakan tanpa henti secara bergilir-gilir oleh 6 orang Imam sepanjang masa tanpa henti kecuali waktu solat.
Such detailed and amazing decorations.
Pada bahagian dalam kubah ini juga ada ayat-ayat Al Quran.
Beautiful floral designs.
Dan bila bergambar mestilah bersopan dan basically dengan gaya berdiri tegak sahaja, sesuai dengan tatasusila semasa berada dalam masjid.
Seterusnya kami masuk pula ke bahagian ruang dalam dewan solat utama. Di sini kita mesti tanggalkan kasut dan letak di rak-rak yang disediakan.
Ini di bahagian pintu utama masuk ke dewan solat utama. Tengok la betapa cantiknya floral designs pada dinding dan lantai.
Memang kami sangat teruja dengan keindahan dan keunikan floral designs ni.
Bukan sahaja dinding, lantai juga dihiasi dengan bunga-bunga.
Jadi mestilah kami abadikan corak bunga-bungan ni.
Penuh dihiasi dengan bunga morning glory.
Dan bunga-bunga ini adalah timbul dibuat dari marmar berlainan warna.
Antara batu-batu hiasan yang digunakan ialah mother of pearl, agate, jasper dan amethyst.
Di ruang pintu masuk dewan solat utama ni ada sebuah chandelier yang sangat cantik.
Lepas tu kami pun masuk ke ruang dewan solat utama. Dan tentunya pandangan kami tertumpu terus pada chandelier besar yang sangat cantik ini.
Semua chandeliers di masjid ini diimpot dari Munich Germany. Ianya penuh dengan kristal Swarovski. Setinggi 15 meter dengan diameter sepanjang 10 meter. Beratnya 12 tan.
Semua candelier diperbuat daripada keluli tahan karat dan disalut dengan emas 24 karat. Semua panel-panel kaca tu pula bertatahkan kristal Swarovski.
Ok, cerita karpet pulak. Karpet yang sangat cantik dan sangat lembut ini dibuat oleh sebuah syarikat karpet di Iran dan direka oleh seorang Iranian artist bernama Ali Khaliqi. Karpet berukuran lebih 5 ribu meter persegi ini dibuat oleh lebih 1,200 orang penenun dan disiapkan dalam masa 2 tahun. Ia dibuat dari 70% bulu kambing dan 30% kapas. Beratnya 35 tan, jadi dibawa ke masjid ni petak demi petak dan disambungkan.
Mestilah berposing dengan penuh sopan. Kami kalau bergambar di mana pun gini je la gayanya pun.. hehe.
Ok, jom zoom tengok dekat-dekat chandelier ni.
Sangat la cantik!
Perhatikan juga betapa cantiknya hiasan dinding dan tiang yang semuanya bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungan.
Mihrab Masjid dihiasi dengan 99 Nama Allah SWT.
Tiang-tiang di tengah dewan solat utama ni dibuat selepas masjid ni siap to improve the ventilation. Sebelum penambahan ini dibuat ruang solat ini adalah tidak begitu selesa terutamanya bila masjid ini penuh dengan jemaah.
Ruang di depan mihrab.
Suasana dalam dewan solat utama ketika dibuka untuk lawatan.
Pegawai-pegawai bertugas sentiasa ada.
Kerusi-kerusi untuk jemaah yang uzur.
Ini adalah 2 versi chandelier yang lebih kecil dari chandelier di mihrab tapi dengan reka bentuk yang sama. Setiap satu adalah seberat 8 tan.
Juga ada 4 lagi candelier kecil berwarna biru dengan reka bentuk dan saiz yang serupa yang terletak di pintu masuk ruang legar mengelilingi masjid ini. Beratnya ialah 2 tan.
Selesai lawatan di ruang dewan solat utama, kami pun ke bahagian lain masjid ini.
Berhenti sekejap untuk minum di drinking fountain ni.
Kolam di tepi masjid, so blue, so calming. Tiang-tiang tu adalah tiang lampu yang menyuluh masjid ini di waktu malam dengan simbahan cahaya yang sangat cantik, based on photos yang saya tengok di internet le.. hehe.
Singgah sekejap di tandas. Sempat saya ambik gambar dalam ni sebab cantik juga.. hehe.
Ini ruang berwuduq.
Lepas tu kami pun ke Sahan Courtyard untuk mengambil gambar dari sana pula. Sangat la cantiknya.
Di Malaysia bila masuk waktu sembahyang, kita ada dengar beberapa laungan azan secara serentak dari beberapa masjid, especially di kawasan-kawasan perumahan. Tapi tidak di Abu Dhabi. Azan di sana datang dari satu masjid iaitu dari Sheikh Zayed Grand Mosque ni. Ini kerana General Authority for Islamic Affairs and Endowments UAE had decided supaya azan di centralized dari satu sumber. Dan dengan sistem canggih dan teknologi satelit, azan dari masjid ini dihubungkan kepada lebih 200 masjid di Abu Dhabi. Jadi jika kita berada di mana sahaja di Abu Dhabi dan mendengar azan, ia sebenarnya datang dari masjid ini.
Ok, saya share sedikit info yang saya jumpa tentang rekaan bunga-bunga pada dinding dan lantai di masjid ni. Dalam dewan solat utama, spesies bunga yang digunakan dalam rekaan hiasan datangnya dari Timur Tengah; di pintu masuk utara pula, datangnya dari hemisfera utara; dan di pintu masuk selatan, datangnya dari selatan. Idea ini adalah untuk mewakili hakikat bahawa Islam adalah agama dunia.
Bunga-bunga di Sahan Courtyard pula adalah bunga popi. Manakala bunga pilihan untuk pintu masuk utara ialah bunga melati. Dan kemboja merah di sebelah yang bertentangan.
Nak cerita sikit tentang berposing di masjid ni bila bergambar. Masa saya tengah ambik gambar, saya perasan ada seorang lelaki sedang berposing squating down dengan satu lutut di lantai, seperti dalam gambar dibawah. Tetiba datang security guard beritahu dia tak boleh bergambar begitu. Wah! Posing gitu pun tak boleh.
Jadi kalau nak berposing macam artis ni lagi la tak boleh... hehe.
Huge floral designs.
A couple of wide shots. Melengkung pulak jadinya minarets tu.. hehe.
Mengabadikan kenangan di Sheikh Zayed Grand Mosque 😊.
Menggabungkan gaya Mamluk, Ottoman dan Fatimid, reka bentuk menara masjid ini menggabungkan dunia Islam yang luas dan pelbagai ke dalam satu penjumlahan seni yang cukup indah.
Puncak hujung kubah dan menara adalah disalut emas. |
Terdapat 82 kubah pelbagai saiz dan yang terbesar terletak di tengah-tengah dewan solat utama dengan tingkap untuk membenarkan cahaya semula jadi masuk ke dalam dewan solat.
Bunga morning glory digunakan sebagai ilham floral design untuk pintu masuk dewan solat utama. Ia dipasang seperti jigsaw puzzle di lokasi pembinaan.
One last shot sebelum kami beredar.
Sememangnya lawatan ke Sheikh Zayed Grand Mosque ini is a must bila bercuti ke UAE. Masjid ini sangat cantik dan penuh dengan seni reka bentuk dan binaan yang amazing. Walau pun certain areas are restricted, area yang boleh dilawati sudah lebih dari memadai. Lawatan akan lebih bermakna jika bersama tour guide atau boleh juga menyertai the mosque's own tour. In addition, fotografi adalah dibenarkan dan pada someone like me, ini adalah penting 😊.
Syukur Alhamdulillah.
Syukur Alhamdulillah.
For easy reference, saya senaraikan kesemua entries UAE saya di sini:
1) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 01 - DEPARTING TO DUBAI
2) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 05 - PART 02 - DESERT SAFARI
3) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 01 - CITY SIGHTSEEING DUBAI BUS TOUR
4) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 06 - PART 02 - DUBAI GRAND MOSQUE AND DUBAI MUSEUM
5) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 01 - DEIRA SPICE SOUK - DUBAI ABRA CRUISE
6) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 07 - PART 02 - DUBAI MALL - BURJ KHALIFA - SKI DUBAI
7) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 01 - ON THE WAY TO ABU DHABI
8) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 02 - SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE, ABU DHABI
9) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 03 - ABU DHABI CITY TOUR
10) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 04 - FERRARI WORLD ABU DHABI
11) KUWAIT & UAE: UAE - DAY 08 - PART 05 - PALM JUMEIRAH - ATLANTIS - BURJ AL ARAB - SKI DUBAI
12) KUWAIT & UAE: DAY 09 - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
besarnya masjid ni !!
ReplyDeletedan cantik dan putih sangat!
banyak tempat dinamakan sempena Syeikh Zayed tu kan?
sayang benar mereka dengan Syeikh Zayed tu
makam Syeikh ada dalam masjid tu kan? tak boleh nengok/ lawat eh?
saya suka sangat gambar gambar tiang tiang dan reflection nya dalam kolam tu!
so serene ..
lantai, dinding marmar
mesti sejuk!
dekat atas sahan courtyard tu pakai kasut kan?
sebab nampak macam panas je lantainya !
dinding floral tu dengan reflectionnya kat lantai marmar tu nampak continuitynya
pandai designnernya !!
bunga bubga kat dinding tu timbul , tak macam kat taj mahal kan?
tu the precious stones di'iniaid' dalam marmar..
carpedanchandeliernya..
superb cantik !
macam patung cendana lah en syed!!
hahaaaaaaaaa
tegak je..
:)
Sgt besar, yg ketiga terbesar di dunia. Boleh rasanya kalau mereka nak buat yg terbesar tapi tentu la tak elok kalau nak lebih dari Masjidil Haram and Masjid Nabawi.
DeleteCantik suci bersih aman sentosa di situ doc. Tenteram rasa fikiran.
Betul tu doc, mereka sgt menyanjung Sheikh Zayed, father of their nation. Yg ada kami nampak ialah Sheikh Zayed Road (highway), Sheikh Zayed Grand Mosque ni, Sheikh Zayed Bridge. Later di Saadiyat Island di Abu Dhabi ni akan dibina Sheikh Zayed Museum pula.
Kami tak pergi ke bahagian makam kerana ia ditutup dan hanya boleh dilawati oleh kaum kerabat diraja sahaja.
Me too. Walaupun masa tu dah mula panas, tetap jugak ambik gambar tepi kolam tu... hehehe.
Yes, di courtyard tu pakai kasut. Bukak kasut hanya masa nak masuk dalam main prayer hall. Tapi tak tau pulak if lantai courtyard tu panas atau tak. Saya baca masa panas, bahagian white marble tu sejuk dan boleh jalan barefoot tapi kalau terpijak bahagian dark marbles of the flowers, haaa.. panas!!
Agree. Continuity tu mmg well thought out kan. Creating a beautiful 'garden'.
Mmg masa tgk marble flower tu teringat yg di taj mahal sebab diinsert precious stones pada white marbles.
Dah la timbul, mereka buat pieces by pieces yang dicantum tu make one big flower arrangement.
Punya la byk saya ambik gambar chandelier tu doc!! Hehehehe...
Ehhh... kat situ mesti kena tegak je. Kalau pose lebih2 nanti kena suruh keluar! Hehehe.
tu yang saya baca
ReplyDeletekalau lantai marmar .. masa panas , kalau kita pijak .. sejuk..
tu yang saya tanya en syed tu..