Friday, August 12, 2016

SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 02 - AIR TERJUN AKA BARAYUN DAN KENAGARIAN HARAU

Posting diteruskan dengan Day 03 - Part 02 :).

Pa'unchu kata pagi tu nak bawak saya tengok satu lagi air terjun di Lembah Harau ni. Nama air terjun tu ialah Air Terjun Aka Barayun (Akar Berayun). 

Melalui Nagari Tarantang di Kecamatan Harau ni. 

Kami tak berhenti di Lembah Echo ni sebab nampak macam ramai orang masa tu. 

Haaa.. tu dia, dah nampak dah Air Terjun Aka Barayun. Tinggi betul!

Saya minta Pa'unchu berhenti tepi jalan kejap sebab saya nak ambik gambar pemandangan ni :). 


Nak masuk ke kawasan air terjun.


Nice, not many people masa tu lah :).

Air terjun ni adalah setinggi 200 meter.

Kata Pa'unchu kalau masa musim panas/kemarau, boleh nampak jaluran warna pelangi dari tempias air dari air terjun ini. Wah! Saya tengok-tengok jugak dari beberapa sudut kot ada 'pelangi' tu tapi tak de....hehehe...

Sempat saya bertegur sapa dengan seorang kakak di gerai tepi air terjun ni. Saya tanya apa nama air terjun ni? Saja je la nak tanya orang local. Dia kata Air Terjun Aka Barayun. Saya pun tanya la, di mana akarnya? Akak tu cerita asal nama air terjun ni memang dari akar-akar pokok yang dulunya ada banyak di air terjun ni. Dan orang boleh berhayun dengan akar-akar tu (macam Tarzan agaknya), hence the name aka barayun.

Btw, kalau gi dekat belah tepi kolam tu near the air terjun, memang boleh basah kena tempias :).

SubhanAllah, so beautiful!

Ok jom kita sama-sama nikmati keindahan air terjun ini :).








Boleh mandi dalam kolam tu kalau nak. Sejuk sangat tapi!

Saya yang mintak adik tu buat flip.. hehehe... 


Selit satu :).








Shoot dari tepi pulak sebab masa ni dah makin ramai pelancong yang datang, mostly locals and they were taking group photos in front of the kolam. Meriah! :). 

Group yang memegang banner 'Piknik Dosen Fakultas Ekonomi & Bisnis' dari Universitas Atma Jaya Yogyakarta. 

Saya suka shot ni. Cam tranquil je, like in a secret garden :).









Syukur Alhamdulillah dapat melawat dan ambik gambar di air terjun yang cantik dan tinggi ni. 

Masuk kereta and on to the next destination.  

Pernah dalam mesej-mesej saya pada Pa'unchu masa kami nak buat itinerary dulu, saya kata nak jalan-jalan di kampung dan kenal penduduk dan cara hidup mereka, maka seterusnya Pa'unchu kata dia nak bawak saya ke kampung keluarga angkat dia di Jorong Harau, Kenagarian Harau, Kecamatan Harau, Kabupaten Limapuluh Kota.




Pa'unchu pun hentikan kereta di tepi sekolah ini.  

Betul-betul opposite sekolah ni ialah sebuah rumah dengan kedai runcit di bahagian depannya. Pa'unchu pun terus beri salam dan mencari owner rumah kedai ni.

Belah kiri rumah ni ialah ruang tamu dan di belah kanan ialah bahagian kedai runcit. Ada anak-anak kecil sedang bermain di ruang tamu tu.

Dan saya pun dikenalkan dengan owner rumah kedai ni, Buk Yet, oleh Pa'unchu. Pa'unchu pun cerita la pada Buk Yet siapa saya dan tujuan ke kampung ni nak jalan-jalan dan tengok suasana kampung dan kalau dapat nak berkenalan seorang dua penduduk kampung. Kata Buk Yet, biasanya orang putih je yang buat macam ni.. hehehe.. Gitu pulak :).

Sembang dengan Buk Yet memang best sangat walaupun tak semua yang dia cakap saya faham.. hehe. She is very talkative! :)
Kata Pa'unchu, Buk Yet dan suami dia lah yang menjaga Pa'unchu semasa Pa'unchu menumpang tinggal bersama mereka ketika Pa'unchu bekerja di kawasan kampung tu di jabatan perhutanan. Masa tu tahun 90an dan Pa'unchu masih bujang. Kata Pa'unchu both Buk Yet dan suaminya sangat baik orangnya dan very caring. Jadi mereka dah jadi keluarga angkat Pa'unchu.  


Di depan kedai Buk Yet ada jemuran-jemuran ni. Yang ini adalah biji koko.

Masa Pa'unchu berborak dengan Buk Yet di depan, saya minta izin dari Buk Yet nak masuk rumah dia. Buk Yet ok je :).

Terus saya noticed ada beberapa frame kotak-kotak kaca di dinding yang berisi rama-rama dan kupu-kupu yang berbagai spesis. Nampak macam spesis yang exotic! Mesti mahal ni! 

Pa'unchu menerangkan memang betul rama-rama tu adalah dari spesis yang eksotik. Susah nak jumpa kata dia.  

Suami Buk Yet ni sebenarnya suka membela dan mengumpul rama-rama dan kupu-kupu yang rare. Mulanya sebagai hobi tapi lepas tu dijual sampai ke Jepun dan ke Korea among other countries. Kata Buk yet, pelancong juga ramai ke rumah ni beli rama-rama especially dari Jepun. Masa kami di situ, suami Buk Yet dah keluar. 

Kata Buk Yet, kalau saya nak saya boleh ke rumah anak perempuan dia untuk tengok rama-rama dalam rumah rama-rama. Ehh... tentu la saya nak! :)


Bahagian dalam rumah Buk Yet. Di depan tu bahagian kedai.


Selain biji koko, ada juga buah pinang kering.

Sambil berbual tu Buk Yet menghidangkan untuk kami kopi dan rempeyek. Sedap dan rangup betul rempeyek tu!

Antara jajan yang dijual di kedai Buk yet.

Sedang kami berbual-bual tu lalu sebuah kereta Toyota Avanza di depan kedai Buk Yet ni. Kereta tu slowed down dan terus pemandunya memanggil Pa'unchu. Rupanya kawan lama Pa'unchu. 
Nama beliau ialah Cikgu Fuad. Dia mengajar di sekolah yang betul-betul depan rumah Buk Yet ni. Pa'unchu cerita Cikgu Fuad ni sebelum ni adalah seorang tour guide seperti dia juga tapi bertukar profesion ke guru. Cikgu Fuad adalah seorang guru olahraga. Dan dia fasih berbahasa Inggeris.

Seperti kepada Buk Yet tadi, Pa'unchu juga cerita pada Cikgu Fuad tujuan saya ke kampung ni. Terus Cikgu Fuad jemput saya dan Pa'unchu ke satu majlis perkahwinan saudara dia di kampung ni. Cikgu Fuad kata saya boleh lihat sendiri budaya dan tradisi orang di situ sambil menyaksikan bagaimana majlis kahwin orang minangkabau. Ada musik, silat dan makan-makan. Punya la saya jadi excited. Terus teringat majlis perkahwinan orang minangkabau yang saya dan isteri saya berpeluang hadir di Kecamatan Palupuh, Kabupaten Agam, masa cuti-cuti kami di Padang pada tahun 2015.

I was hopeful but I knew we will not be able to attend because the wedding was scheduled the next day. Then Pa'unchu told Cikgu Fuad kami tak dapat hadir kerana dah ada itinerary. 

Lepas mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada Buk Yet yang telah melayan saya dengan begitu ramah sekali, dengan hidangan kopi yang sedap dan rempeyek sangat enak, kami pun beredar ke rumah anak perempuan Buk Yet yang terletak tak jauh dari rumah Buk Yet.  
Terfikir masa tu kan best kalau dapat tengok apa yang dijual oleh penjual bermotor tu :).


Dan kami pun sampai ke rumah anak perempuan Buk Yet. Pa'unchu beri salam beberapa kali tapi tak orang jawab. Eh.. tak de orang ke?

Pa'unchu pun berjalan ke tepi rumah.

Pa'unchu pun beri salam sekali lagi di tingkap dapur... haaa... ada jawapan :).

Terus saya diperkenalkan Pa'unchu pada salah seorang dari 2 anak perempuan Buk Yet yang tinggal di situ. Diberitahu juga tujuan saya ke situ. Terus saya dibawa ke rumah rama-rama.
Kata anak perempuan Buk Yet rumah rama-rama ni sepatutnya di repair kerana banyak jaring yang dah terkoyak selepas satu kejadian cuaca buruk tak berapa lama dulu. Makanya, tak de la banyak rama-rama dalam rumah ni sebab dah terlepas keluar.

Tak de rama-rama sekali pun saya tak kisah sebab dah dapat lawat ke sini pun saya dah happy sangat.

Inilah anak perempuan Buk Yet. Saya lupa dah nama dia. Tu dia tengah tolong carikan kalau ada rama-rama :).  

Haaa... ada la sekor.. hehehe..

Patung-patung pun ada jugak.

Jumpa sekor lagi.


Selesai di rumah rama-rama, saya ke depan rumah. Eh... penjual bermotor tadi la! Terus saya approach dia.. hehehe..

Saya beri salam dan berbual-bual kejap. Perkenal diri dan tujuan. Minta izin ambik gambar. Penjual ni ok je :). Ramah betul orangnya :).

Dia menjual sayuran dan ikan dari rumah ke rumah pada surirumah di kampung tu. 

Saya tanya boleh ke buka plastik biru tu nak tengok apa ada di dalam. Oh ikan rupanya. Terus minta izin ambik gambar.. hehehe... 


Ikan kering pun ada juga :). Saya berbual lagi dengan penjual dan juga dengan ibu-ibu yang datang membeli. Macam-macam lah saya tanya pada mereka. Rasa seronok sangat kerana keramahan mereka buat saya rasa selesa. 

Lepas tu Pa'unchu tanya saya nak tak tengok orang buat jajan rempeyek? Ehh... mesti la nak! Tu dah memang saya harapkan, nak tengok perusahaan rumah di kampung di sini. Kiranya macam jalan-jalan pantai timur saya dulu ke Kelantan tengok orang buat serunding dan dodol.

Di sebelah kanan rumah anak perempuan Buk Yet ni ada bilik di mana rempeyek dibuat. Masa tu ada seorang adik ni tengah mengoreng. Agaknya cucu Buk yet. 


Yang baru digoreng, masih panas. Dah sejuk masuk beg plastik.

Sangat cermat dan berhati-hati adik ni menggoreng.

Tak lama menggorengnya tu. Just a couple of minutes je. 

Ooo.. gitu rupa acuannya :).


Then I was joined by seorang lagi anak perempuan Buk yet. Lepas saya bertanya, dia pun menceritakan tentang proses membuat rempeyek ni. Simple prosesnya tapi perlukan ketekunan dan kesabaran. Juga penting menjaga kualiti dan produktiviti.


Di bilik sebelah ialah tempat letak rempeyek yang dah siap dibungkus.  
Kata anak perempuan Buk Yet tadi, semua rempeyek yang ada di dalam bilik ni adalah order dari pelanggan. Dan masih ada banyak lagi pesanan yang perlu disiapkan.  

Tambah anak perempuan Buk Yet lagi, ada kalanya sampai tak dapat nak penuhi permintaan pelanggan.  Saya percaya sebab saya dah rasa rempeyek tu tadi di rumah Buk Yet. Sedap sangat! Oh, did I say that already? Hehehehe...



Alhamdulillah, tercapai cita-cita nak masuk kampung, berkenalan dengan penduduk dan melihat gaya cara hidup mereka. Walau pun cuma secebis kisah, ia pengalaman yang sangat berharga pada saya. 

Bersambung.... 

Berikut adalah senarai links untuk semua entries Jalan-jalan Fotografi Sumatera Barat saya:
1) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 01 - MASJID RAYA - MUARA PADANG - JAMBATAN SITI NURBAYA - TELOK BAYUR
2) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 02 - TELUK KABUNG - KAMPUNG LUNDANG - JAMBATAN GANTUNG
3) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 03 - PUNCAK MANDEH - JAMBATAN AKAR - PASAR SORE
4) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 04 - PANTAI CAROCOK PAINAN - PUNCAK BUKIT LANGKISAU
5) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 01 - KAMPUANG BATU DALAM DANAU DIBAWAH
6) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 02 - MASJID UMMI - LADANG TEH
7) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 03 - LADANG BAWANG
8) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 04 - DANAU SINGKARAK
9) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 05 - SUNGAYANG - PUNCAK PATO
10) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 06 - KABUPATEN TANAH DATAR DAN LIMA PULUH KOTA
11) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 07 - LEMBAH HARAU DAN ABDI HOMESTAY
12) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 01 - ABDI HOMESTAY
13) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 02 - AIR TERJUN AKA BARAYUN DAN KENAGARIAN HARAU
14) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 03 - JEMBATAN KELOK 9 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - KENAGARIAN GADUT TILATANG KAMANG
15) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 04 - DANAU TARUSAN KAMANG
16) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 05 - KAMPUNG BARU KAMANG MUDIK
17) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 01 - MARAPI SUNRISE
18) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 02 - GANTING SINGGALANG
19) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 03 - PADANG PANJANG
20) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 04 - PACU JAWI
21) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 01 - TABEK PATAH
22) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 02 - PUNCAK ALAI - PASAR KELOMPOK TANI NAGARI KOTO TINGGI
23) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 03 - PASAR BAWAH BUKITTINGGI
24) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 04 - WISATA ALAM BUKIK TAKURUANG
25) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 06 - BUKITTINGGI - NAGARI MALALAK - GOING HOME

26) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - SUMMARY

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. pics close air terjun tu memang cantik! mystical!

    untung la en syed dapat masuk kampung dan borak2 dengan locals. siap masuk umah dan dapur lagi. saya memang tak suka pegi kilang-kilang, tapi tempat buat rempeyek tu dia macam dapur rumah, so suasananya nampak mahal dalam lens. dan sangat spoting kan diorang sampai en syed rasa selesa? best laa trip dengan pak unchu niii~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Thanks GB. Air terjun ni betul2 tepi jalan, at a very public place. So bila dapat slice the scenery to one very intimate framing macam tu, saya rasa macam best pulak. Macam tempat ni secluded :).

      Alhamdulillah. Sebenarnya sungguh pun saya dah buat such request pada Pa'unchu much earlier, i.e nak masuk kampung/meet penduduk tu, till that very minute saya tak tau pun itinerary saya akan ke kampung masa tu. Pa'unchu tak bagitau awal2 kerana style dia once kita dah bagitau dia, dan dia dah kata ok, tau la dia nak bawak kita. Lagi pun kalau saya asyik dok tanya dia, pester dia where are we going or will we go here and there, GB tau je la apa dia akan jawab kan... "Pak Syed tenang2 aja"... hehehehe....

      So when it finally happened, like going to kampung ni, I was delightfully surpised. So that was a nice experience.

      Huuu.... happynya saya bila dapat jengok dapur buat rempeyek tu GBbbbbb.... Memang yang macam tu la yang saya harapkan. Bersyukur sangat2 saya masa tu dapat peluang macam tu.

      Pada saya penting kita rasa selesa. Baru enjoy. Saya tahu tak selalu kita dapat situasi macam tu. Tapi kita kena usaha. Orang berbudi kita kena lebih2 lagi berbahasa. Lebih menghormati mereka. Jangan terlalu ghairah sangat nak ambik gambar atau nak ambik gambar style2 sangat. Yang penting dapatkan satu atau dua shots sahaja buat kenangan, buat record kita, cukup. Having Pa'unchu there of course really helped put them at ease also. And yes, mereka sangat la sporting, peramah. So friendly.

      Memang best travel dengan Pa'unchu. Actually ada dia bagitau saya dia suka travel ni sebab lain dari yang dia selalu buat... hehe. Lebih kepada fotografi dan since dia pun suka fotografi, tu yang dia jadi lagi suka :). Bila saya explore ambik2 gambar, dia pun explore jugak. Kadang2 tu lebih dari saya.. hehehe... dia sendiri yang admit kata gitu.. hahahaha...

      Delete
  2. kita orang jalan kaki dari Abdi Homestay sampai ke sarasah tu !
    best !
    fresh air..

    lembah echo tu ada homestay
    dulu uda iqbal kerja kat situ
    dia berhenti
    bukak homestay sendiri

    hehehe..
    habis kedai, rumah , dapur , kebun dia redah!!
    best ! best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan kaki? Eh... jauh tu kan? Ikut short cut ke? Sebab saya ke air terjun tu dgn kereta, dan terasa jauh jugak tu.

      I see. Elok kan dia kerja situ dulu, cari pengalaman. Bila bukak homestay sendiri dah ada knowledge how to run that business.

      Doc, selagi saya ada peluang, memang saya redah. Entah tak tau la bila lagi saya nak dapat pengalaman macam tu kan. Tapi orang sana memang la baik2 belaka. Saya rasa selesa sekali. Syukur Alhamdulillah.

      Delete
  3. hehehhee..
    dah hu ha hu ha ramai ramai
    tak terasa jauh
    tak jauh sangat
    dalam satu ke dua km rasanya..
    saja nak berjalan
    sebab nak cari Echo Point tu ya jugak
    yang kalau jerit kat situ talun ya boleh dengar satu lembah harau !
    :)
    pa'unchu lom pun bangun masa tu.. dia dah siap dia tunggu kat sarasah ..
    ikut jalan tu .. tak ada short cut
    berhenti kat koner yang ada nampak sawah dan tebing dan rumah tu je fah dekat setengah jam ngambik gambar! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la kan, kalau dah dgn geng, memang tak terasa jauh dekatnya :). Having fun!

      Hmmm... memang harus gitu doc.. biar puas mengambil gambar :).

      Delete