Pagi hari ke 4 program Kembara Eropah ni kami akan ke Belgium pula yang perjalanannya sejauh 285 km selama lebih kurang 3 jam journey.
Sarapan dulu. Jom tengok apa yang ada.
Gini le breakfast mereka. More bread. Ada telur yang kena direndam dalam air panas pakai timer. Ada coffee/tea. Ada la madeleine, which is so sweet!
Dah started missing roti canai masa tu. Baru day 4! Hahahaha...
For lunch we packed some bread.
Dah started missing roti canai masa tu. Baru day 4! Hahahaha...
For lunch we packed some bread.
Lobi Hotel Ibis Paris Meudon-Velizy.
Sementara belum lagi masa nak bertolak, kami jalan2 luar hotel ambik gambar. Memang gitu le kebiasaan kami lepas sarapan masa travel. Even though masa tu sejuk around 2ºC, sanggup... hehehe..
Lovely sunrise.
And ni newspaper clipping about the latest on the Paris attack.
Dan juga latest news "Bomber could be in Brussels, ready to blow himself up'. And we were heading to Brussels that morning!
Roy, our tour guide, informed that Level 4 Security was declared at Heathrow, Paris and Brussels. Tahap amaran keganasan 4 tu adalah tahap maksimum dari skala 1 hingga 4. Ini bermakna bahawa ada "ancaman yang sangat konkrit dan pasti akan berlaku". Jadi kena elakkan tempat sibuk atau tempat di mana banyak orang berkumpul seperti konsert dan acara besar, stesen keretapi dan lapangan terbang, pengangkutan awam dan jalan-jalan membeli-belah yang sibuk. Roy juga beritahu yang dia juga sudah dapat same confirmations dari pejabat Kowamas di KL, Kowamas local office dan dari isteri pemandu bas kami yang tinggal di Brussels. Juga kami diberitahu Pasar/Bazar Krismas Paris yang kami pergi malam semalam juga telah ditutup pagi ini.
Roy updated that as of that morning masih ada lagi 3 bom yang masih tidak dijumpai. Jadi dia kata elok jangan take the risk dan jangan ke Brussels. Kami semua of course agreed. Jadinya Roy kata kami akan ke Atomium sahaja dan tidak ke Manniken Pls, Grand Palace dan Great Mosque sebab tempat-tempat tu ada ramai orang/pelancung.
Meanwhile, nak cerita sikit yang adik ni asyik la suka kacau saya.. hehehe. Saya suka melayan dia, tu yang dia jadi macam attached to me pulak sampai mak dia marah dia kata, 'Kenapa suka sangat kacau pak cik?!".. hehehe...
Roy updated that as of that morning masih ada lagi 3 bom yang masih tidak dijumpai. Jadi dia kata elok jangan take the risk dan jangan ke Brussels. Kami semua of course agreed. Jadinya Roy kata kami akan ke Atomium sahaja dan tidak ke Manniken Pls, Grand Palace dan Great Mosque sebab tempat-tempat tu ada ramai orang/pelancung.
Meanwhile, nak cerita sikit yang adik ni asyik la suka kacau saya.. hehehe. Saya suka melayan dia, tu yang dia jadi macam attached to me pulak sampai mak dia marah dia kata, 'Kenapa suka sangat kacau pak cik?!".. hehehe...
Ni masa he came to me dan geletek saya.. hish... hahaha... of course saya attack dia balik.... hahaha....
|
So lebih kurang pukul 9:00 pagi bertolak. Sejuk masa tu.
Kalau sebelum ni semalamnya di lebuhraya saya dapat shot depan sebegini yang berlatar belakangkan ladang, kali ni di horizon adalah bandaraya :).
Cantik pemandangan rumah-rumah ni. Posh area I think.
Good bye Eiffel Tower. Good bye Paris. Till we meet again. Adieu. Au revoir.
Seronok pagi-pagi tu dapat a few people shots :).
Sibuk dah Paris masa tu. Ok, ni masih lagi dalam Paris... hehehe...
Dah mula nak masuk lebuhraya.
Agak sesak di terowong ni. Parisian pergi kerja.
Temperature slowly going up.
Laluan keretapi. Photo bottom right tu kubur.
Ini adalah Stade de France, the national stadium of France di mana 3 pengebom berani mati menyerang. Ketika itu tengah ada soccer match antara France dan Germany.
Memang banyak grafitti kat Paris ni!
And let me tell you how dangerously that lorry driver drove! Masa tu lori dia tengah bergerak laju dan dia sibuk menulis dengan mata dia bukan di jalanraya! Like for a long time mata dia were off the road! Giler!!
And let me tell you how dangerously that lorry driver drove! Masa tu lori dia tengah bergerak laju dan dia sibuk menulis dengan mata dia bukan di jalanraya! Like for a long time mata dia were off the road! Giler!!
Okeh, dah masuk highway. Ehh... temperature dah turun balik pulak!
Bila sejuk, meaning berkabus. Bila berkabus, foto-foto jadi kabur.. hehehe.. Oh well, tembak je mana dapat.. hehe.
Ini rupa tol kat sana. And yes, there were police stopping cars.
It was quite a wonderfully eventful journey with occasional [sebab kabus] gorgeous landscapes and horses too.
Brussels lagi 236 km.
Seronok dapat shots ladang. Tractor and hay :). Hopefully the mist would cleared up soon.
Alas, lagi tebal kabus tu as it hit 0ºC... hehehe... Tengok la jarak penglihatannya!
No idea why there was a boat there on the field.
Wind turbines! How wonderful. Area ni kurang sikit kabusnya so boleh nampak wind turbines tu.
Macam biasa I took so many shots.. hehehe... I mean how could I not, right.. hehehe...
Kabus tebal nampak macam wind turbine tu terapung.
Susah nak percaya bila tour guide kami kata sebilah kipas turbine tu adalah sepanjang separuh padang bola! Sekali pusingan kipas tu boleh generate 500k watt!
Banyak juga wind turbines ni adalah hak persendirian, tuan punya ladang. Elektrik dijual kepada kerajaan dengan harga 6 digit Euro. |
Wind power as an alternative to fossil fuels, is plentiful, renewable, widely distributed, clean, produces no greenhouse gas emissions during operation, and uses little land. Wiki.
Lebih kurang sejam sebelum kami tiba di Brussels, Roy updated us that 8 orang ISIS telah ditangkap di Grand Palace, Brussels tapi bom-bom masih belum ditemui. MasyaAllah, memang betul la sasaran pengebom-pengebom berani mati tu ialah Brussels atau lebih tepat di Grand Palace, salah satu tempat yang ada dalam itinerary kami. Syukur Alhamdulillah.
Walau pun suhu masih rendah, suasana dah makin terang. Me so happy cause senang nak ambik gambar.. hehehe..
Walau pun suhu masih rendah, suasana dah makin terang. Me so happy cause senang nak ambik gambar.. hehehe..
Maka dapatlah saya shots macam ni :).
More wonderful landscape shots yang sempat saya captured :).
Lagi pemeriksaan polis di tol.
Undang-undang di sana pemandu bas mesti berhenti rehat selama sekurang-kurangnya 30 minit selepas memandu selama 2 jam. Kami berhenti di RnR Assevillers ni. Assevillers Rest Area ni terletak di utara Perancis.
Canggih. Ada shops, hotel, wifi access, restaurants, gas-station, cash machines, a press and tobacco sale outlet, toilet etc.
Kami beli Evian je :).
Okeh, naik bas balik. Memang saya tak tidur kalau dah pemandangan macam ni.. hehehe...
Syukur Alhamdulilah. Memang views macam ni la yang saya harap dapat saya capture.
Nampak je lembu, kelam kabut ketik kamera.. hahaha...
Ada juga juga sign boards macam ni. Maknanya ada wild animal crossing like rabbits, pheasants and deers. Agaknya banyak kot roadkills kat area ni. Kesian binatang tu.
Jenuh dah cari apakah maksud sign board '2 figures hitting a bell' tu tapi tak jumpa.
Kalau kat Malaysia ada sign board lembu. Di sana rusa.
Ada sign board gereja or castle [I think] dan itu lah bangunan yang dimaksudkan [I think].
Lagi pemeriksaan polis di tol. Berjaga-jaga sungguh saya masa ambik gambar polis tu.. hehehe...
Sign board katak tu bermaksud 'Migratory toad crossing'. Begitu sekali mereka menjaga eco-system sampai alert pemandu pasal katak melintas.
Dekat nak sampai dah. Oh ya, Perancis, Belgium, Netherlands dan Germany adalah negara-negara anggota Schengen jadi tak de kawalan di sempadan. So we were not sure if we had crossed over to Belgium or not.. hehehe.
Ok, dah 2 jam di dalam bas, now masa for the stop at another rest area. I just love these stops. Lega dapat stretch legs, walk around a bit, get some snacks and drinks and more importantly dapat gi toilet.. hehehe...Tapi tak pasti apa nama RnR ni tapi ianya di Belgium. Semua penumpang kena turun sebab bas nak diisi minyak. Ada 30 minit so kami pun ke restoran nak lunch.
We had a plate of vegetarian dishes with some fries. Sedap sungguh. The vegetables salad was so crunchy and fresh. And the portions were huge.. hehe. |
Bill makan tengahari kami.
Lepas tu jalan-jalan tengok barang-barang di supermarket ni.
And of course ke toilet... hehe.. Sekali masuk €0.50. Toilet sangat bersih dan wangi. Satu benda yang menarik yang saya noticed was that the toilet seats are self cleaned! Kalau nak tau macam mana sila cari di YouTube under 'Self-Cleaning Toilet Seat'.. hehehe...
Sambung lagi perjalanan. It seemed that the temperature had remained below 5ºC for the last few hours.
Haaa... the first sight of the Atomium. Awesome nyaaaa!
Since Atomium ni juga satu tempat tarikan pelancung makanya ada polis dan tentera di sini sana. Which was good, rasa selamat. Kami sentiasa berdoa semoga kami selamat dalam perjalanan-perjalanan kami.
Alhamdulillah cuaca baik masa tu.
Sedikit info tentang Atomium ni.
Dan tentunya ada group shot :).
Di hujung Atomium ni ada bangunan Heysel Palais ni.
Dekat Atomium ni juga ada Ossegem Park.
Ada juga memorial untuk Adolphe Max.
Adolphe Max ialah seorang bekas Datuk Bandar Brussels yang dianggap sebagai seorang wira oleh warga Belgium kerana penentangannya terhadap penjajahan tentera Jerman pada masa dahulu. |
Sebab di Brussels dah di declare Level 4 Security, maka kami pun terus ke Amsterdam.
Tak seperti di Paris, di Brussels ni grafittinya hebat-hebat belaka!
And as we entered the highway, managed to get more shots like these :).
Wind turbines yang sangat besar! Terfikir juga macam mana boleh terpusing bilah-bilah kipas tu since they are so huge and I suppose heavy too.
Dah mula masuk area bandar.
Dapat la jugak a few sunset shots :). Banyak gereja.
Ini adalah kawasan Hazeldonk, lintasan sempadan utama antara Netherlands dan Belgium. Banyak betul wind turbines! Cantik!
A few of the wind turbines shots that I really like sebab berlatarbelakangkan langit biru berawan. Do excuse the reflections though.. hehehe..
Lepas tu kami berhenti sekali lagi di RnR. Haaa... ada wind turbines di rest area ni. Awesome. Dapat la ambik gambar kincir angin yang bukan dari dalam bas pulak.... hehehe...
Rest area ni namanya Hazeldonk service area di sempadan Netherlands-Belgium sepanjang lebuhraya antara Breda dan Antwerpen. |
Jom masuk dalam RnR ni. Ada supermarket with the freshest products I have ever seen. Like seriously, everything were displayed beautifully and they looked so yummy.. hehehe...
Ada McDonald's di sini. Nak pesan meals pakai mesin order tu. Canggih.
Ada juga restoran Asian Grill and Noodle ni. Harga makanannya antara RM30.00 hingga RM60.00 satu dish.
Ok, sambil tunggu bas nak jalan, round RnR tu dan ambik gambar wind turbine lagi... hehe...
And a few sunset shot. SubhanAllah, cantik sangat!
Dan kami selamat sampai ke bandar Amsterdam. Syukur Alhamdulillah.
Baru nak pukul 6:00 tapi dah gelap!
Traffic jam. Kesesakan kerana warga Amsterdam baru balik kerja.
Kami terus pergi dinner di Roz Grillroom Restaurant, sebuah restoran Arab.
Suasana dalam restoran. Melihat dari deco, rasanya owner restoran ni asalnya dari Mesir kot.
Huge portion! Mencungap nak habiskan! Sedap tapi! I simply must say how wonderful those vegetables were. Nampak je simple macam tu tapi so fresh so crunchy! Sempat la bergambar dengan owner restoran ni. Baik dan peramah sangat orangnya. Dia sangat concern bila tengok kami tak habis makanan yang dihidangkan. So saya kata la kami orang Malaysia perut kecik so tak muat. Terus dia gelak.. hehehehe... so dia tapau kan :).
Malam tu kami menginap di Hotel Ibis Airport Amsterdam. Tengah hujan renyai masa tu.
Suasana dalam lobi hotel with modern designs.
Lepas check in, Roy pun beri kunci/kad bilik.
Alhamdulillah, bilik cukup selesa. Macam biasa, shower, solat dan back up photos, then.... zzzzz.....
Bersambung...
Di bawah adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:
16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.