Tadi ader doctor's appointment di Klinik Kesihatan Ampang. Dah ader diabetics dan blood pressure ni kena la jumpa doktor regularly. Sampai pukul 8:30 pagi dan selesai semua and left the klinik pukul 9:30 pagi. Memang ramai pesakit2 lain tapi dapat settle in 1 hour. Imagine that! :)
Syukur Alhamdulillah.
For the whole thing saya cuma perlu bayar RM1:00 sahaja untuk caj Perkhidmatan Perubatan Kesihatan. Ubat-ubatan saya yang kosnya mencecah sampai RM200++ untuk bekalan sebulan saya dapat secara percuma di klinik kesihatan.
Syukur Alhamdulillah.
Dan my results pun ok juga for both glucose level dan blood pressure.
Syukur Alhamdulillah.
Memang pesakit2 lain ramai. Memang klinik agak sesak. Memang tempat duduk menunggu tak empuk berkusyen. Memang kena beratur panjang untuk ambik nombor. Memang kena tunggu nombor dipanggil untuk pendaftaran, dipanggil untuk jumpa doktor dan tunggu dipanggil untuk ambik ubat. Memang kena beratur panjang untuk diambik readings. Memang juga kena beratur untuk dapatkan next appointment date.
Tapiiiiii....... masa menunggunya dan masa beraturnya tak lama. Cepat je. 1 jam dah selesai semua urusannya :).
Syukur Alhamdulillah.
And the kaunter staff, nurse yang ambik readings, doktor yg saya jumpa, nurse yg bagi next appointment date dan pharmacist yg bagi ubat, semuanya professional, baik berbudi bahasa sopan santun. Bukan la saya expected them to be otherwise but it is nice to highlight what's good, yes :)
Syukur Alhamdulillah.
Panjang juga beraturnya tapi moving quite fast. Dan yg bestnya tadi saya tak rasa lama beratur sebab ader seorang uncle cina yg sedang beratur di belakang saya, yg begitu petah berbahasa melayu ajak saya bersembang...hihi....
Sebenarnya ini bukanlah lawatan saya yg pertama ke klinik kesihatan kerajaan Ampang ni. Dah pernah saya ader a few doctor's appointment di sini. Dan setiap visits is the same i.e consistent service dan cepat habis :)
Ni di bahagian depan kaunter tempat menunggu nombor dipanggil.
Dan ini result glucose level saya - 5.7 which is dalam category 'Ideal'... syukur Alhamdulillah.
Before I left the doktor's room, doktor bagi saya phamplet ni yg saya fikir sangat bagus dan sangat bermanfaat jika saya share dengan kawan2 semua :)
My previous doktor pernah cerita pada saya yg dia rasa sangat sedih dan stressed pada hari tu sebab one of her young obese patient ader diabetic. He is only 9 years old.
So kurangkan gula ya kawan2. Jaga sugar intake for you and your family. Jangan jadi macam saya, hari2 kena telan ubat darah tinggi dan ubat diabetic.