Monday, April 13, 2009

DENDAM

Kau heret aku tanpa kerelaan...
Ke dalam hutan itu...
Separuh sedar...
Aku tidak boleh melawan...
Tidak lalu melawan...
Tubuh ku telah kau lemahkan...
Cuma seteguk dan aku terus tewas...

Binatang... kau jantan sial...
Aku kau ratah rakus... celaka... laknat....
Aku cuma mampu memandang ke atas ketika semua itu berlaku...
Pada dahan dan daun-daun...
Daun-daun yang melambai lembut...
Seolah cuba menenangkan ku...
Dengusan ganas kau tidak aku dengar lagi...
Cuma terdengar bunyi desiran angin lewat petang...
Aku cuba melarikan 'diri' walau jasad ku di situ...
Air mata aku mengalir...
Setiap tusukan bagai pisau...
Tiap genggaman bagai mengoyak...

Dan aku cuma mampu menangis...
Dan memandang ke atas...
Pada dahan-dahan dan daun-daun...


Dan aku kau humban di sini...
Kau ragut nyawaku dgn kejam...
Setiap kali aku cuba bernafas...
Setiap kali itu aku ditekan kedasar...
Aku cuba meronta... sekuat hati...
Cuba ku capai dahan, batu, akar.. apa saja...
Demi menyelamatkan diri ku...
Tapi kau sudah kesetanan...
Aku menggelepar... kejang... dan terus kaku...

Jasad ku hanyut... di senja itu...
Di hutan itu...

Sekarang jadi tempat aku bermain-main...
Di pokok besar yang rendang...
Di sungai yang nyaman...
Tapi setiap kali aku di situ aku akan sedih...
Kesal... marah...... dan dendam....

Jangan risau kerana kini masa aku pula...
Awas kau akan kunjungan ku...

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission. All rights reserved.

12 comments:

  1. abg, till now i got no time to learn editing.. hehehe.. malas sangat part editing nie..

    ReplyDelete
  2. jiwa...jiwa...

    photo no.2 tu memang cun.

    ReplyDelete
  3. kueh bakar ~ Thanks bro. Seronok let my imagination run wild once in a while.. hehe :)

    Benedict Bernard ~ Faham tu. Abg dulu pun cam tu la jugak. Tapi once dah tau buat sikit2, jadi tambah semangat untuk cuba itu dan ini. Ben belajar dulu yg basic2 then from there cuba creatively expand the basics tadi into something you can express creatively.

    DrSam ~ Thanks Doc. Photo no. 2 tu I suka gak cause masa tu illumination cahaya pagi sgt cantik.... :)

    ReplyDelete
  4. nothing to say all the picture is superb!..camne nak wat efek utk pic no 2 tu

    ReplyDelete
  5. abg guide ben bole ke? im coming kl this may.. ! kita kan dah kawan lama.. 4 tahun.. la la la la la.. kekekee. !

    ReplyDelete
  6. rarza - Thanks bro :).
    Ok ni cara nak buat effect pic no.2, briefly la ya coz kalau nak tulis each steps kang pjg berjela.. hehe
    - Create an HDR [High Dynamic Range] image from the photo. Bro boleh Google/YouTube 'HDR' to get an idea what it is about if you do not know already la.
    - Pastu blend that HDR image with an image of a certain texture. In this case I used cloth/canvas texture image. Select 'Hue' as the layer and you'll get that nice yellowish/washed tones. All this using Photoshop of course.
    - Then add in vignetting secukup rasa kasi gelap sikit keliling framing.
    Tu je bro. Kalau ader app lagi nak tanya jgn hesitate ok ;)

    Benedict Bernard - Betul gak tu Ben. Nak ajar benda cam ni kena mengadap PC baru senang nak demo :)

    ReplyDelete
  7. - Then add in vignetting secukup rasa kasi gelap sikit keliling framing.

    wahahha.. garam secukup rasa takde ke?

    ReplyDelete
  8. TAK SUKA CITER HANTU......TAPI SUKA TGK KELIWON!HAHAHA

    ReplyDelete
  9. Benedict Bernard ~ Haha.. kita tak pakai garam la bro... rencah2 yg dicampur selain vignetting dlm kebanyakkan photo2 saya ialah saturation, toning, luminosity.. hehe :)

    Chef Aduka ~ Haha... I guess sometimes exceptionals can be made eh? :)

    ReplyDelete
  10. wow..
    ayat2 kat atas tu macam ade maksud yang dalam jek..haha

    *hasil kerja bro memang menarik..sayang sy xpandai nak buat photo edit nih..kalo x,..mesti boleh lawan..haha

    ReplyDelete
  11. pal7 ~ ayat2 tu kira cam prelude le to the movie yg bakal mengunjung anda di pawagam terdekat.. haha....

    Thank bro :). Eh.. kalau bro berminat I leh ajar. Free je, tak charge aper pun.

    ReplyDelete