Showing posts with label pulau pamutasan. Show all posts
Showing posts with label pulau pamutasan. Show all posts

Friday, February 3, 2017

SUMATERA BARAT 2017 - DAY 01 - PART 02 - PULAU PAGANG - PULAU PAMUTUSAN

Selesai makan tengahari dan berehat sekejap, kami pun bersiap nak ke pulau-pulau pula. 

Pose satu dulu. Foto oleh Pa'unchu tembak dengan lens baru dia 😊.

Penginapan kami satu malam adalah di Jophira Tintin yang lokasinya terletak di sebuah teluk, di kawasan Bungus Teluk Kabung.

Lokasi Jophira Tintin. Mengadap laut with beautiful hues of blue and green. Pantai yang bersih putih gebu halus. Dengan hutan yang nyaman. Kiranya macam ideal retreat for those looking to be with nature. 

Off we went for the island hopping.

Bertolak dari Jophira Tintin ke Pulau Pagang melalui antara Pulau Sironjong dan Suwarnadwipa Beach Resort. Lepas tu ke Pulau Pamutusan.

Dari bot boleh nampak Suwarnadwipa Beach Resort. Susah nak sebut nama resort ni.. hehe. Though very inviting.

Di Suwarnadwipa Beach Resort ni ada buaian tepi pantai. Ideal for couples to take photographs. Rasanya selalunya resort tepi pantai di Indonesia ada buai macam ni.


Tu dah nampak Pulau Pagang.

Ada cottages dan khemah. Keindahan alam yang picture perfect.


Hujung belah utara Pulau Pagang.

Arrive at our first island, Pulau Pagang.


View dock Pulau Pagang dari atas. Ada jeti, cottages dan long stretch of sandy white beach. I still can't get over how pristine and beautiful the water is, blue and green and so jernih too.


Saya terus ke jeti. Masa ni masing-masing mula explore this gorgeous beach. 

Tak perlu saya pening-pening fikir macam mana nak ambik gambar di sini. Pusing la mana pun, semua view cantik belaka. Cuma perlu compose elok-elok.

View pantai shot dari atas jeti belah kiri.

View pantai belah kanan jeti. 

MashaAllah, cantiknya.

Jom berfoto-foto.. hehe.


Persisiran pantai yang jernih sungguh airnya. 

Jernih sampai boleh nampak sotong dan tapak sulaiman mahkota berduri dengan begitu jelas!

Close up satu sebab cantik sotong ni.

Kawan saya Doc kata sotong ni bertukar warna. Saya tak perasan pun. Perhati betul-betul.. eehhh.. betul la!

Lepas tu jalan-jalan menikmati keindahan alam ciptaanNya sambil ambik gambar. 


Tak pernah saya sebelum ni nampak pantai berjalur warna macam ni.

Beautiful beach hibiscus. 

Alhamdulillah, cuaca cantik hari tu. Terik sikit tapi angin nyaman.


Banyak batu-batu karang di tepi pantai. Macam-macam bentuk ada.

Kalau nak get away from kesibukan harian dan berehat, memang sesuai duduk sini. Serene. Tranquil.

The cottages di Pagang Island ni. 

Tengah tengok-tengok rumah ni, tetiba saya perasan saya juga sedang diperhati.. hehehe.. 


Lighting masa tu memang gorgeous sangat. Tak payah nak adjust camera setting bagai. Saya just point and shoot, set camera to Auto mode. Just let the camera do it all. Senang. Confirm lepas ni memang saya akan bawak camera compact ni bila pergi jalan-jalan 😊. 

Dah pemandangan macam ni, maka kena la shoot wide juga. So saya guna handphone kepit dengan wide angle lens... hehe. Ok la jugak hasilnya 😊.


Nak effect gelembong macam ni pun guna wide angle lens kepit pada handphone. 

Makanya harus berselfie juga kan.. hehehe.

Nice to feel hembusan angin laut in my hair. Ehh... what hair la kan.. hehe. Ok la, feel nyaman angin laut on my scalp.. hahahaha... nice feeling actually 😏.

Tak cukup satu, kena letak 3.. hehehe.. Dah pemandanganya cantik sangat! 😊

Thanks Cik Gadis Bunga ambikkan foto-foto saya ni 😊.


Seterusnya kami ke Pulau Pamutusan pula. Tak jauh, sebelah Pulau Pagang tu je. Naik bot ada la dalam 5, 10 minit.

Girang riang ria naik bot sambil makan dried manggo manis 😊😋. 

Lokasi Pulau Pagang dan Pulau Pamutusan.

Ini view Pulau Pamutusan dari atas. Terputus dari tanah besar tapi boleh menyeberang dengan melalui benteng pasir semulajadi. Agaknya jadi pulau bila air pasang dan jadi semenanjung bila air surut. Apa-apa pun, memang awesome sangat!

Beberapa shots semasa mendekati jeti di Pulau Pamutusan.



Ni shot dari jeti, benteng pasir yang unik! MashaAllah, cantik sangat. 


Beberapa lagi shots dari jeti. Kalau ikut hati, mau berpuluh gambar saya ambik just from this one spot. Tapi saya dah berazam untuk tidak begitu. Bukan apa, susah la nanti nak sort dan pilih foto for blogging bila dah banyak sangat foto-fotonya. Lelah dibuatnya.. hehe. 


Rakan-rakan juga begitu keasyikkan seperti saya, teruja dengan keindahan alam di sini. 



Kadang-kadang tu terasa macam surreal pulak. 

Fyi, masa tu dah perasan ada awan gelap di belah barat sana, mungkin akan hujan. Kalau angin kuat dan hujan, tentunya ombak juga kuat. We still must take a boat trip back to Jophira Tintin Homestay.

Views dari belah kiri jeti.





Dah kurang terik masa tu. Angin agak kuat dan nyaman. Still the dramatic sky of impending storm made a very nice photograph. 



Jom explore area rumah-rumah penginapan di sini. 


Tenang je rasanya di sini. 

Kami bersolat jamak di sini. Ruang anjung tempat solat yang cukup selesa. Alhamdulillah dapat tunaikan kewajiban. 

Masa solat kami dikunjung dan diusik oleh si comel ni.. hehe. Nakal betul dia! 😊

What an excellent idea. Our friend Doc bawak inflatable folding air sofa! Dah di tepi pantai maka senang je kaedahnya nak isi angin dalam sofa ni. Santai!! 



Tree house pun ada.



A few last shots before we had to take leave. Kata Pa'unchu we had to leave sebab takut ombak besar. 


Okeh, jom balik.

On the way balik ke Jophira Tintin, kami bertembung dengan nelayan-nelayan ni. Kata mereka tiada tangkapan hari tu sebab laut bergelora. Suspen je dengar masa tu. 




Dan memang ombak agak besar masa tu sampai ambik gambar pun senget-senget.. hehe. Apa-apa pun kami banyak berdoa semoga perjalanan-perjalanan kami selamat.



Selamat tiba di Jophira Tintin. Alhamdulillah. 

Inilah cottage kami. Katil buluh siap ada kelambu. Tapi saya tak pakai pun kelambu sebab pakai kipas. Also tak de pulak nyamuk. 
Disebabkan lokasi tempat ni tersorok, maka air mesti dipam dengan mesin pam dan letrik dari generator. Air by 6 pm dah stop tapi kolah air dah isi penuh. Saya dok sorang so cukup la air satu kolah tu. Letrik pulak 2 am akan stop.

Ini hidangan makan malam kami yang sungguh pun simple tapi sedap. Bertambah nasi saya 😊. 

Seperti di resort Pulau Pagang dan Pulau Pamutusan, di Jophira Tintin Homestay ni juga ada tempat unggun api. Boleh la kalau nak berdiang and enjoy the night sky. 



Ingat lepas mandi dan solat nak la review balik foto-foto yang dah diambil siang tadi. Hmm... kepala hit the pillow je terus lena sambil dibuai bunyi ombak laut menghempas pantai. 


Bersambung... 
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.