Monday, August 22, 2022

PULAU PINANG - DAY 02 - PART 04 - WONDERFOOD MUSEUM - PART 01

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Lepas jalan-jalan di Taman Botani Pulau Pinang bersama isteri pada waktu pagi, pada waktu tengaharinya saya ke Wonderfood Museum pula sementara isteri pergi meeting. 

Masa dalam Grab Car dari Taman Botani Pulau Pinang menuju ke hotel, ada saya ternampak Wonderfood Museum di Lebuh Pantai George Town. Rupanya muzium ini dekat dengan hotel penginapan kami, so saya jalan kaki saja ke sana.
Berjalan kaki dari Royale Chulan Hotel ke Wonderfood Museum. 

Bangunan OCBC Bank Penang.

Heritage building restored. Now it occupies offices.

Ini adalah pondok telefon terbiar di George Town yang diubah menjadi Perpustakaan Awam Mini. Projek ini merupakan inisiatif Penggerak Komuniti Muda (PEKA) bersama MBPP untuk menyemai budaya membaca. Di setiap pondok, terdapat buku-buku dalam pelbagai genre.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghantar buku-buku lama atau yang sudah tidak dibaca lagi ke pondok ini untuk dibaca oleh orang lain. Selain sebagai perpustakaan awam mini, terdapat juga soket eletrik untuk mengecas bateri. Pondok ini boleh juga dibuat tempat berehat. Pada pondok ini juga ada lampu untuk membaca ketika malam hari. 

Heritage building restored. Now it is OCBC Bank Penang building.

The George Town Dispensary.

Masa jalan di Beach Street ternampak pula mural ini. 

A mural by Kenji Chai.

Gat Lebuh China.

Kiri: CIMB Bank. Kanan: Allianz Malaysia Berhad.

Ok, sudah sampai ke Wonderfood Museum di Lebuh Pantai George Town. Tentu kita pernah melihat replika plastik ultra-realistik hidangan di depan restoran-restoran Jepun. Itulah yang ada dipamerkan dalam muzium ini. Tapi yang membuatkan pameran muzium ini jauh lebih menarik adalah replika makanannya yang kebanyakkannya adalah makanan Malaysia dan ada yang bersaiz gergasi! Actually it is so much more than just plastic food replicas. 

Tapi sebelum kita masuk ke dalam muzium ini, saya kongsi dahulu beberapa foto-foto makanan plastik yang sempat saya rakam ketika jalan-jalan di shopping malls dan ketika bercuti di Jepun bersama sedikit maklumat tentang industri pembuatan makanan plastik di Jepun.

Model makanan (shokuhin sampuru), juga dikenali sebagai makanan palsu atau sampel makanan ialah model atau replika item makanan yang diperbuat daripada plastik, lilin, damar atau bahan yang serupa. Model ini biasanya digunakan dalam pameran depan restoran di Jepun dan Korea untuk mewakili hidangan yang dijual di restoran.
🍨Banyak restoran di Jepun menggunakan replika makanan untuk memaparkan hidangan popular mereka di tingkap restoran untuk menarik pelanggan.
🍲Makanan replika adalah lebih daripada sekadar model hidangan pada menu. Ia adalah cara yang sangat berkesan untuk restoran menarik pelanggan. Hasil keuntungan restoran boleh meningkat sebanyak 130-140% sejurus selepas restoran mempamerkan makanan replika.
🍱Pengunjung boleh melihat replika makanan dan terus tahu apa yang mereka ingin pesan sebelum memasuki restoran. Ini dengan ketara mengurangkan masa yang dihabiskan sebelum membuat pesanan, yang membawa kepada turnover rate yang lebih baik.
🍖Apabila meninggalkan restoran, setiap pelanggan yang berpuas hati akan melihat lagi paparan replika makanan. Ini meninggalkan kesan yang berkekalan kepada pengunjung kerana mereka boleh memutuskan terlebih dahulu apa yang mereka ingin pesan apabila mereka kembali ke restoran itu. Ini membantu memastikan pengunjung berulang.
🍔Pengeluar makanan plastik sangat menjaga rahsia perdagangan mereka kerana perniagaan ini adalah menguntungkan; industri makanan plastik di Jepun, mengikut anggaran konservatif, mempunyai pendapatan berbilion yen setahun.
🍜Pengeluar makanan plastik Jepun telah menyasarkan pasaran di luar negara, termasuk China dan Korea Selatan.
🍕Pembuatan makanan plastik ini telah diiktirafkan sebagai salah satu bentuk kesenian tinggi. Pertandingan kerap diadakan dalam membuat hidangan makanan palsu daripada plastik dan bahan lain.
🍝Makanan palsu dan replika juga digunakan dalam pelbagai cara, seperti prop untuk latar belakang filem, rancangan televisyen, drama teater, iklan televisyen, iklan cetak dan pameran perdagangan.
🍗Model makanan dan hidangan juga digunakan untuk pendidikan pemakanan dan penyelidikan pengguna.
🍣Teknologi pembuatan moden dan bahan plastik berkualiti tinggi menyediakan replika makanan palsu yang kelihatan realistik, tetapi kira-kira 95% daripada semua makanan palsu masih dibuat dengan tangan. Artisan dan tukang terlatih membuat makanan palsu yang realistik, selalunya mengecatnya dengan tangan untuk mencipta rupa yang realistik.

Ini restoran DubuYo @ IOI City Mall.

Dan ini replika plastik set-set hidangan yang ada di restoran ini.


Ini pula restoran Shabuton Tei @ IOI City Mall.

Ini set-set hidangan replikanya.



Ini pula sushi plastik di restoran Sushi King di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.



Ini pula di restoran Pina Khana, Tokyo, Japan.

Delicious Indian food. This my first time seeing plastic replicas of Indian food. They look really realistic and yummy 😄😃. 

Japanese stupendous food replication techniques. 

Yang ini makanan replika plastik yang betul-betul made in Japan yang ada di restoran Jepun di Jepun. This was at a Japanese restaurant at Shinsaibashi, Osaka, Japan.

The Wagyu beef and grilled vegetables look 'fresh' 😃.

The dish was 'Assorted Grilled Meat Platter'. Harganya ¥4580 atau kalau ikut rate sekarang is equivalent to RM 148.55. 

Yang ini juga di sebuah restoran Jepun namanya Okatchan Restaurant di Hamamatsu Station, Shizuoka, Japan.



These looked pretty sumptuous 😃.

In case you are wondering what food these replicas represent, I translated the menu 😃. I hope I got them right lah 😄.




Actually, saya pun ada juga pernah ambil gambar plastik food. Plastic fruits actually 😄. Here they are.







Ok lah cukup la tu intro... hihihi 😄. Jom kita masuk dalam muzium ini.

'There is no sincerer love than the love for food'
'Feast your senses on the world's 1st amazing food wonderland journey'
'Be impressed by our super realistic Penang street food replica'

Tiket masuk ke Wonderfood Museum.

Wonderfood Museum phamplet.


Ini ruang lobi muzium dan kaunter tiket. The first thing I asked the museum attendant when I entered the museum was 'Is photography allowed in this museum?' I almost skip myself happily to the ticket counter after the attendant said 'yes' 😄.

Telur goreng gergasi 😃. The colors are spot on! Garing-garing di tepi dan kuning telur yang meleleh separuh masak tu... waaa... so realistic... nice!

Dipaparkan di ruang lobi maklumat tentang sejarah dan pengasas/artis muzium ini. I thought that this is nice sharing by the museum so that visitors can put the faces behind all the amazing creations. 









Ada beberapa makanan Malaysia di dinding lobi ini. 

Let's have a closer look.

Muzium ini ada beberapa bahagian dan setiapnya penuh dengan bahan-bahan pameran yang sangat menarik. I was like.... how do you say... 'like a kid in a candy store' .... hihihi 😄. Photography-wise I mean. While taking photos of such exhibits, one get to enjoy combining food photography, macro photography and low-light/bright-light photography.

Di sudut depan lobi ini ada beberapa props that visitors can pose with and take photos. 

Ini prop 'teh tarik. 

In props untuk menggoreng mee, stail stir fry flipping noodles. 

Bolehlah berlakon sedang menarik teh guna prop yang disediakan macam dalam foto-foto di dinding ini 😄.

Food acrobatics exhibit. Besar mata saya tengok pameran ini! 😃

Demonstrasi kehebatan Malaysia cooks 😃😊. And check out the amazing details! Dari riak muka hingga kepada kedutan-kedutan pakaian... aiii 😃.


Food is art. Food, especially in Malaysia has many unique qualities in terms of taste, presentation and the art of making it. Malaysian street food is one of the most distinctive qualities of Malaysia as it is very different compared to the ones you see around the world.

What makes it so special? Well, it is the art perfected in the preparation of the food that is dubbed as 'Food Acrobatics. It is unlike anything else you have seen before. Being the one and only of its kind, 'Food Acrobatics' in Malaysia can be seen at hawker stalls, casual eateries and even fine dining restaurants all around Malaysia. 

'Food Acrobatics' is part of the Malaysian Food Experience that makes it so enjoyable. 'Food Acrobatics' is an art that is the missing piece of the puzzle in today's food culture.

Seterusnya ke bahagian 'Malaysia's Street Food'.

Yong tau fu, satay, chili crab, pan mee, capati, Malay mee goreng, apam balik, popiah, bak kut teh dan laksa. They all look so appetizing! 😋 






Yong tau fu / Stuffed bean curd.





More replicas of Malaysia's Street food. Let's have a closer look.



The colors, the texture, the glaze... all are spot on!


Texture durian nampak real!


I really like this one 😃😊.

More Malaysia's street food.





Sebut sahaja makanan Malaysia, apa yang pasti terlintas dalam fikiran ialah satu rangkaian beraneka makanan pelbagai budaya Malaysia yang sungguh menyelerakan. 

Makanan Malaysia tidak boleh dijuruskan khusus kepada satu jenis makanan sahaja sebaliknya mempunyai akar umbi yang sebati dengan masyarakat majmuk pelbagai etnik Malaysia iaitu Melayu, India, Serani, Cina Nyonya dan kaum orang asli Borneo; dengan diiringi pengaruh berat hingga sedikit masyarakat Thai, Portugis, Belanda dan Inggeris.

Hasilnya ialah satu gabungan citarasa yang cukup rencam lagi terpelbagai. Antara makanan Malaysia yang paling menjadi kegemaran ramai ialah makanan warung atau penjaja yang menjanjikan pelbagai makanan masam, manis dan berempah yang penuh sensasi. 

Malaysia juga terkenal sebagai "negara di mana makan tiada hentinya" tempat makanan boleh diperolehi pada bila-bila masa jua.. Sekarang marilah kita sama-sama menerokai satu dunia berwarna-warni makanan Malaysia yang menampilkan pelbagai cara masakan dan penggunaan ramuan yang berbeza-beza hasil daripada budaya majmuk dan amalan kenegerian masing-masing.











Till the next coming entry, with PART 02, Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment