Thursday, July 28, 2022

PERLIS - DAY 03 - PART 03 - TAMAN REKREASI TASIK MELATI - TASIK 3

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sambung lagi cerita dengan bahagian ketiga jalan-jalan saya di Taman Rekreasi Tasik Melati. Lepas explore Tasik 1 dan Tasik 2, saya terus ke Tasik 3 pula.

Kalau pengunjung datang ke taman ini dari Jalan Santan, di sinilah pintu masuk dan tempat letak keretanya.

Di sini ada disediakan kemudahan tandas awam. Ada saya guna tandas ini dan ianya adalah bersih dan dijaga baik.

Surau turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. 

Ok, jom kita jalan-jalan di Tasik 3. We'll walk through this simplified version of a traditional Chinese architectural arch or gateway structure. 

Jom terus ke titian tasik.

Wah... memang cantik Tasik 3 ini. Saya baca ianya sebuah tasik buatan.

Tasik 3 adalah jauh lebih kecil dari Tasik 1 dan Tasik 2 but definitely very beautiful.

Di Tasik 3 Taman Rekreasi Tasik Melati ini ada dibina beberapa Chinese style pavilions yang dihubungi dengan jambatan-jambatan pejalan kaki konkrit. 

Btw, ada saya terjumpa foto lama Tasik 3 ini di website Majlis Perbandaran Kangar. Seperti dalam foto di bawah, binaan asal gazebo di Tasik 3 ini bukanlah dalam reka bentuk Chinese Pavilion tapi reka bentuk anjung rumah tradisional melayu.


Jom kita explore.


Melihat pada konsep landskap Tasik 3 ini, saya teringat pada beberapa percutian saya dan isteri yang lalu di mana kami ada came upon lakes or ponds with Chinese Pavilions. Salah satunya adalah di Rongshanhu Lake Guilin, China.
Rongshanhu Lake Guilin, China

Walau pun pavilion di tasik ini dibina hanya di tebing tasik dan bukan di tengah tasik, namun konsep tasik dengan binaan titian konkritnya adalah sama seperti di Tasik 3.
Rongshanhu Lake Guilin, China

Rongshanhu Lake Guilin, China

Rongshanhu Lake Guilin, China

Rongshanhu Lake Guilin, China

Konsep landskap Tasik 3 Taman Rekreasi Tasik Melati saya rasa paling mirip dengan yang ada di Lion Grove Garden, Suzhou, Jiangsu, China. Taman UNESCO World Heritage Site ini dibina pada 1342 semasa Dinasti Yuan oleh seorang sami Buddha Zen.
Lion Grove Garden, Suzhou, Jiangsu, China

Lion Grove Garden, Suzhou, Jiangsu, China

Lion Grove Garden, Suzhou, Jiangsu, China

Lion Grove Garden, Suzhou, Jiangsu, China

Lion Grove Garden, Suzhou, Jiangsu, China

Di Kek Lok Si Temple, Pulau Pinang juga ada kolam-kolam yang dibina dengan konsep landskap yang sama seperti di Tasik 3 Taman Rekreasi Tasik Melati. Dibina sejak tahun 1891, Kuil Kek Lok Si yang terletak di Pulau Pinang, merupakan salah satu kompleks kuil terbesar dan terbaik di Asia Tenggara.
Kek Lok Si Temple, Pulau Pinang

Kek Lok Si Temple, Pulau Pinang

Selain di kolam seperti foto-foto di atas, landskap Tortoise Pond kuil ini juga dibina dengan konsep yang sama.
Tortoise Pond, Kek Lok Si Temple, Pulau Pinang

Tortoise Pond, Kek Lok Si Temple, Pulau Pinang

Tortoise Pond, Kek Lok Si Temple, Pulau Pinang

Ok, sambung balik cerita Tasik 3 ini.

Alhamdulillah cuaca baik masa ini setelah hujan dengan lebatnya masa saya sampai di taman ini tadi.

Di tepi Tasik 3 ini ada sebuah jambatan besar yang merentasi laluan air antara Tasik 3 dan Tasik 2. Jambatan ini nampaknya dibina seperti jambatan-jambatan gerbang batu tradisional atau klasik China.

Sesuai dengan temanya, titian konkrit dan pavilion di sini diwarnai secara dominannya dengan warna merah yang menurut kepercayaan masyarakat Cina bererti tanda kebaikan dan kegembiraan. 

Taburan bunga-bunga teratai berwarna merah jambu di permukaan tasik ini turut mengindahkan lagi pemandangan di sini.




Pavilion Cina ialah astaka taman dalam seni bina tradisional Cina. Walaupun sering dijumpai di dalam kuil, astaka ini bukanlah struktur keagamaan semata-mata. 

Kebanyakkan taman-taman Cina dibina astaka untuk tempat berteduh dan berehat.

Kebiasaannya sesebuah pavilion turut menyediakan tempat untuk duduk untuk pelawat menikmati pemandangan sekeliling. Tapi pavilions juga menjadi sebahagian daripada pemandangan itu sendiri, sebagai struktur yang menarik.

Pastinya pemandangan seindah ini perlu dirakam secara panorama 😄.

Rasanya perlu juga dinyatakan di sini yang suasana hijau di pinggir tasik ini memainkan peranan penting dalam menonjolkan keindahan keseluruhan pemandangan tasik ini. 

The lush green trees at the background really help make the vibrant colors of the pavilions popped. 






Dari foto panorama Tasik 3 di bawah ini, kita boleh lihat ada 6 Chinese Pavilions yang dibina di tasik ini sebagai pusat tumpuan taman dan sebagai tempat untuk melihat pemandangan taman. Reka bentuk Pavilion Cina telah berkembang jauh dari struktur strategik yang dibina di sempadan negara hingga kepada menjadi binaan untuk mengindahkan taman. Ia telah tersebar bersama dengan agama Buddha di luar negara China, dan telah menjadi hampir universal untuk pelbagai keadaan iklim.

Ini peta Tasik 3 dan lokasi-lokasi 6 Chinese Pavilion.

Yang menariknya, setiap Pavilion yang dibina di sini mempunyai reka bentuk yang berlainan. Pavilion Cina selalunya dikelaskan mengikut bentuknya apabila dilihat dari atas. Astaka bulat, petak, heksagon dan oktagon adalah antara rekabentuk yang biasa digunakan untuk membina Pavilion Cina. 

Pavilion cina pada dasarnya adalah struktur berbumbung tanpa dinding atau pintu dan dibina daripada tiga komponen utama: alas tiang, tiang dan bumbung. Alas tiang ialah tapak yang besar yang berfungsi sebagai pentas untuk aktiviti. Selalunya pada tapak ini dibina sekali tempat duduk dan meja kecil. Jumlah tiang pula selalunya ditentukan oleh bentuk bumbung. Jika berbentuk heksagon, ia mempunyai 6 tiang. Kesemua tiang-tiang pavilion di sini berwarna merah mungkin in keeping with the kepercayaan bahawa merah adalah warna yang melambangkan tuah, kegembiraan dan kebahagiaan dalam budaya Cina. Bumbung pula merupakan bahagian pavilion yang paling ketara dan terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna yang diilhamkan oleh konteksnya dan menambah nilai estetik pada landskap.

Let's have a look at the six different traditional Chinese Pavilions on this lake. 

Ini Chinese Pavilion yang pertama di titian Tasik 3 ini. Ianya yang paling besar. Berbentuk segi empat dengan empat tiang yang menampung bumbung dua tingkat. Bumbung paras bawah dan atas dipisahkan oleh tingkap panjang with air vents. Reka bentuk bumbung begini dipanggil 'Hip Roof' yang merupakan salah satu dari reka bentuk bumbung Cina yang paling klasik. Bumbung bentuk ini hanya dibina untuk Imperial Palaces. 'Hip Roof' boleh dibina dengan atap tunggal atau dua atap. Selalunya Imperial buildings menggunakan bumbung warna kuning, because yellow is the Imperial Color, tapi pavilion ini bumbungnya berwarna biru untuk melambangkan langit.

Seterusnya binaan pavilion ini mempunyai reka bentuk yang ringkas tapi tetap menarik. Ia merupakan pavilion empat penjuru dengan sudut cucur atapnya melengkung. Ciri atap begini adalah salah satu dari ciri seni bina bumbung Cina yang paling mudah dikenal pasti. Binaan bumbung jenis ini biasanya dikhaskan untuk kuil dan istana walaupun ia juga boleh ditemui di rumah orang kaya.

This is the next traditional Chinese garden pavilion erected at this lake. Juga merupakan salah satu reka bentuk bumbung Cina yang klasik, ia dipanggil 'Xie Shan Roof' atau 'Resting Hill'. Jenis bumbung ini mempunyai sudut sisi yang melengkung. Ia adalah jenis bumbung yang kedua penting selepas 'Hip Roof. Reka bentuk bumbung ini digunakan selalunya dalam pembinaan dewan utama, kuil, taman dan bangunan rasmi lain. Bumbung jenis ini boleh dibina dengan satu atau dua tingkat atap. 

Pavilion seterusnya yang ada di Tasik 3 ini adalah berbentuk heksagon. Oleh itu ia dibina mempunyai 6 tiang. Tidak seperti pavilion yang lain di tasik ini, bumbung pavilion in dibuat tidak berwarna mungkin untuk menyerlahkan the weather-beaten roof tiles. Jubin adalah bahan yang paling biasa digunakan untuk membuat bumbung bangunan Cina purba kerana ia memberikan perlindungan yang baik terhadap kebakaran, kekal kalis air dan baik untuk saliran.

Pavilion yang ini pula serupa reka bentuknya dengan pavilion di atas except for the color of its roof yang berwarna kuning/emas, warna yang dikhaskan untuk digunakan pada Imperial buildings only. 

Pada saya pavilion ini paling unik kerana ia mempunyai dua tingkat bumbung yang berlainan bentuk. Bumbung bawahnya berbentuk heksagon manakala bumbung atasnya berbentuk bulat. Gabungan garisan, lengkungan dan cucur atap bucu melengkung meningkatkan luas permukaan bumbung. Reka bentuk ini bukan sahaja menambah baik pengaliran air hujan (dan mengurangkan beban salji jika di negara 4 musim), tetapi juga menambah estetika istimewa kepada seni binanya. Reka bentuk bumbung melengkung keluar di sudut adalah juga untuk membenarkan lebih banyak cahaya dan memberi lebih teduhan pada musim panas.

Satu lagi panorama shot Tasik 3.







Just for fun, saya converted a couple of my shots of this beautiful lake into paintings 😃.


Baik, selesai sudah jalan-jalan saya di Tasik 3 Taman Rekerasi Tasik Melati ini. 

Jom kita patah balik menyusuri Tasik 2 menuju ke Tasik 1 (anak panah oren) ke tempat saya diturunkan oleh Grab Car driver earlier. 


View of Tasik 2 taken on the opposite side of the lake from the footpath I walk through earlier.



Beberapa lagi pemandangan Tasik 2.

I 💗 PERLIS @TASIK MELATI








Kemudian ternampak pula pemandangan yang awesome ini. Ini adalah kawasan Taman Melati yang lokasinya bersebelahan dengan Tasik 3 Taman Rekreasi Tasik Melati.

Bila ada pemandangan macam ini bolehlah do a bit of leading the eye photography 😄.

Hujung sana itu adalah Bukit Chuping.

Kebetulan ada motorists sedang lalu di jalan ini. So nice lah get to include human subjects as well.


Saya rasa seronok la sebab ada pula pokok-pokok kelapa di kiri kanan jalan ini. Jadi lebih scenic.


Di sebelah kanan jalan utama, di Jalan Tasik Melati 1 ini ada kebun Mangga Harumanis Perlis.



Ini maklumat tentang Mangga Harumanis Perlis.



Mangga Harumanis mempunyai dua warna kulit iaitu hijau (yang dibalut dengan kertas pembalut biasa) dan kuning (yang dibalut dengan kertas karbon). Namun saiz dan rasa isinya tetap sama. Apabila saiz buah harum manis sudah mencapai ukur lilit 16 cm - 19 cm, buah sudah boleh mula dibalut. Harumanis perlu dibalut bagi mencegah lalat buah bertelur dan merosakkan buah.


Sejarah Tasik Melati.


Bukit Keteri juga dapat dilihat dengan jelas dari Tasik 2.

Bukit Chuping.








Pemandangan Tasik 2.



Pemandangan Tasik 1.

Bukit Chuping.

Pemandangan Tasik 1 dan Bukit Keteri.

Bukit Keteri.


Tak tahu apa nama bukit ini. It is located at the Beseri area.

Saya pun sampailah di tempat saya berteduh dari hujan masa mula-mula tiba di taman ini earlier.  

Bukit Chuping nampak begitu jelas sekali ketika ini berbanding earlier masa hujan lebat.


Secara ringkas Taman Rekreasi Tasik Melati ini memang worthwhile kita lawati kerana ia mempunyai tiga tasik dengan keunikan dengan pemandangan-pemandangan yang cukup indah yang tersendiri. Tasik 1 dengan pemandangan epik berlatarbelakangkan Bukti Chuping dan Bukit keteri. Tasik 2 dengan taburan pulau-pulau kecil dalam kolam besar berbunga teratai. Dan Tasik 3 dengan titian dan 6 binaan Chinese Pavilions yang setiap satunya berbeza reka bentuk. 

Jadi saya rekomen anda ke taman ini? Most definitely! 😃

Sampai di signboard besar ini, saya pun call the Grab Car driver yang bawa saya ke taman ini tadinya. Less than 10 minutes dia pun sampai. He told me dia sampai cepat sebab dia berada di sebuah kedai kopi berdekatan waiting for me to call him. So nice of him lah. 

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 
 
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.