Wednesday, August 25, 2021

CLEAR NIGHT SKY

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Beautiful clear night skies.









No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Friday, August 20, 2021

EID MUBARAK 2021

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ini banner depan sebuah barber shop 😄.

I think the 2021 Eid Mubarak fireworks at my housing area were especially dazzling !! 😃











No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Monday, February 8, 2021

KUALA TERENGGANU - GOING HOME - DAY 04 - PART 01

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Ok, time to go home. Cerita cuti-cuti Kuala Terengganu 4 hari 3 malam kami sudah pun sampai ke penghujungnya.

Flight pagi kami pukul 8:40 am. So lepas solat Subuh terus je check out. Pagi itu saya masih lagi ada sikit-sikit rasa sakit tekak dan dedar. Check dahi dengan tangan, rasa normal. Semoga imbas suhu badan di airport nanti adalah antara 36.0°C sehingga 37.5°C. Otherwise tak boleh naik kapalterbang pulak nanti. Begitulah cabaran travel masa pandemik. 

Checking out. 
Kami berdua memang recommend menginap di Hotel Paya Bunga ini kalau ke Kuala Terengganu. Popular hotel ni sebab masa kami stay di sini selama 3 malam, hotel ni fully occupied. 
🔹Ia sebuah hotel patuh syariah.
🔹Bilik selesa. Kain pelikat, telekung dan sejadah ada disediakan.
🔹Makanannya sedap, both masa kami makan breakfast buffet dan order room service.
🔹Basic facilities sebuah hotel semua ada.
🔹Staff adalah professional, courteous, efficient and very helpful.
🔹Lokasinya di tengah bandar. Walking distance ke KT Walk, Masjid Abidin, Paya Bunga Square (shopping mall) dan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (ada foodcourt di ground floor, shopping arcade di tingkat 1 dan tempat naik Bas Kite).
🔹5 to 10 minutes drive only ke other attractions seperti KT Waterfornt, Pesisir Payang, Pasar Besar Kedai Payang, Pulau Warisan dan Kampung Cina. 
🔹Cuma 15 to 20 minutes dive untuk ke Muzium Negeri Terengganu, Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.

Kami ke airport naik teksi yang reception hotel tolong book untuk kami the night before. 

Perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dari Hotel Paya Bunga ambil masa cuma 20 minit sahaja. Lagi cepat sampai di pagi sepi. 

Tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Dan sungguhlah kami berdua merasa lega sebab saya lulus imbas suhu badan! Alhamdulillah. 

Sepi airport ni masa tu sebab masih awal pagi dan sebab pandemik. 

Flights schedules. Ours Air Asia AK6225 8:40 am.

Self check-in.

Print the necessary.

Attached the tags.

Drop the bags. Lepas pegang dan guna pistol bar code scanner ni saya terus lumur tangan dengan hand sanitizer, vigorously. 

Masih awal lagi nak masuk ke Perlepasan, so kami jalan-jalan sekejap di bahagian depan airport ini. 

Lengang habis drop-off area ni. Bilakah agaknya will it all be back to normal?

Hiasan rekaan papan pemeleh (seperti yang ada pada rumah tradisional Terengganu iaitu Rumah Bujang Serambi Selasar) menghiasi hujung bumbung pejalan kaki dari tempat parking ke pintu masuk utama airport.

Keindahan ukiran kayu hiasan bangau pada perahu nelayan tradisional Terengganu turut menghiasi kolam di depan bangunan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.



Bumbung bangunan utama airport ini juga dihiasi rekaan papan pemeleh.

Facade lapangan terbang ini dibina mencerminkan senibina Melayu tempatan seperti rekabentuk Rumah Tele ataupun Rumah Bujang Berserambi Selasar di mana dihias dindingnya dengan panel berukir. 





Bumbung bangunan utama airport ini dibuat seperti reka bentuk Rumah Bujang Serambi Selasar yang berbumbung cerun bertingkat yang panjang dengan papan pemeleh di hujung bumbung.


Papan pemeleh berbuah buton pada bumbung laluan pejalan kaki di depan bangunan utama lapangan terbang.

Tiang-tiang pejalan kaki ini juga dibuat seperti tiang-tiang rumah tradisional. 

Lampunya juga berbentuk cengkerang sesuai dengan Negeri Terengganu yang kaya dengan hasil tangkapan lautnya. 


Ok, jom masuk ke dalam for breakfast. Lapar dah kami masa tu.

Cafe ni nampaknya ramai orang. Kita cari restoran lainlah.


Kami sarapan di cafe ini.

Scan MySejahtera dan imbas suhu dulu sebelum masuk. 


Macam-macam pilihan ada.

We had a light breakfast je. Kongsi bersama satu order roti kaya dan butter and lemon tea.


Selesai sarapan, kami masuk ke Dewan Perlepasan Domestik.

Suasana di Dewan Perlepasan Domestik Lapangan Terbang Sultan Mahmud.


Flight info. Selain Air Asia, Firefly dan Malindo Air juga ada.

Jambatan Angkat dan Doa Naik Kenderaan.




Surau juga ada disediakan.



Kapal terbang dah sampai.

Kapal terbang taxiing on the apron to its designated parking position. 

Penandaan garis kuning dan hitam di atas apron memberikan panduan kepada pilot dalam memastikan roda depan kapal terbang (nose wheels) berada di atas garis itu.

Nampak pilot kat dalam tu. 


Passengers disembarking.

Kapal terbang Firefly sedang lalu di belakang tu.

The plane was perfectly parked, right on the yellow/black lines.
Code yang ada pada lantai apron itu adalah code untuk aircraft type. Contohnya, the first one tu, A320, adalah untuk Airbus A320 family narrow-body airliners designed and produced by Airbus. Yang B738 pula ialah kapal terbang buatan Boeing.
Just for info je la.. hehe.


Moh kita boarding.

Melalui Pintu Perlepasan 2. Turun tangga dan beratur sebentar sementara menunggu passengers finish disembarking.

Alhamdulillah cuaca baik pagi itu. 

Saya tidak pernah lagi naik Firefly.

Berjalan ke kapal terbang in one single line sambil memastikan penjarakan fizikal. 




Seat kami di Row 21. So naik kapal terbang masuk ikut pintu belakang.





Penerbangan adalah selama lebih kurang 1 jam.

Risau juga bila nampak awan tebal gelap begitu.


Tepat pukul 8:40 pagi kapal terbang pun berlepas.


Awan tebal gelap, maka bergegar pesawat! 😓




Genting Highlands. 









































Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA2 pada pukul 9:40 pagi. 






Kru Air Asia memastikan penurunan penumpang dari kapal terbang adalah mengikut SOP. Passengers disembarked row by row, all the while ensuring physical distancing.

Jom pergi ambil beg.


Singgah foodcourt dulu. Lapar pulak masa tu. 

Lenggang sungguh foodcourt ni masa tu. Kesian pula memikirkan peniaga-peniaga di sini. 

We had roti canai and teh tarik. 



Never leave your home without hand sanitizer. 








Ok, last sekali, a map summary of the places yang sempat kami lawat masa Kuala Terengganu trip ini.


Thank you for reading. Till my next travel entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

May Allah make this a time in which we become closer to Him. May He protect us, our loved ones and the wider community from harm. Finally, we ask Him to forgive all of those who have passed away and have mercy on them.

May Allah protect us, our families, those working to stop the virus, and the entire ummah. Ya Allah, remove this virus from the earth, allow us to stay patient and selfless through this trial and grant us forgiveness and nearness to You. Ameen.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.