Wednesday, November 4, 2020

SEKINCHAN & KUALA SELANGOR - PART 06 - BUKIT MALAWATI

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Seterusnya kami ke Bukit Malawati pula. Passed by Tanjong Karang.

Kata Mr Yap, pada zaman British dulu, Tanjung Karang adalah sebuah pusat industri pengeluaran kayu arang dan ada sebuah jalan keretapi dibina dari sini menuju ke pelabuhan untuk kemudahan pengeksportan kayu arang ini.




Hospital Tanjong Karang.

Agro Bazaar Kuala Selangor.

Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kuala Selangor.

Tiba di Bukit Malawati. Kelihatan sebuah tram sedang memulakan perjalanan naik ke Bukit Malawati. Mr. Yap kata kalau kami nak jalan kaki panjat bukit ni pun boleh tapi stamina kena kuat la. So dia recommend kami naik tram tu. But of course lah kami cepat-cepat mengangguk 😄. Tak kuat pak cik nak daki-daki bukit! 😅

Di tempat parking ada banyak monyet. Mr. Yap kata di atas Bukit Malawati ada banyak lotong ni. So eloklah berjaga-jaga dengan barang-barang. Tapi kata dia lotong-lotong tu jinak dan tak kacau orang. Cuma kalau mereka nampak pelawat bawa makanan, lotong-lotong tu akan datang dekat.

Monyet-monyet ni pun nampaknya tak la aggressive. May be they are receiving steady flow of food from tourists. Tak lapar, tak la aggressive. 

Ada beberapa gerai menjual jajan dan buah-buahan.

Nampaknya kerana PKP, laluan masuk ke entrance utama Bukit Malawati ni sudah di kepung-kepung bagi membantu flow kemasukkan pelancong adalah menepati jarak fizikal yang ditetapkan. Oleh itu tiada keadaan berpusu-pusu, bersesak-sesak dan bersenggol-senggolan. Excellent!

Haaa... yg ini adalah lotong kata Mr. Yap. Compare dengan the monkeys, lotong is more slender dan bulu mereka lebih terang kelabunya dan panjang. 


Pintu Gerbang utama Bukit Malawati di Jalan Raja Jalil. Di sebelah kiri tu ialah entrance untuk masuk ke Kompleks Bukit Malawati.

Macam biasa bila nampak papan info ni kami jadi gembira lah 😄.

Jom kita baca.

Sebelum naik Bukit Malawati, kami nak bersolat dahulu kerana according to a staff di entrance Kompleks Bukit Malawati ini, bilik solat ditutup kerana PKP. Masjid berdekatan iaitu Masjid Pekan Kuala Selangor pula tutup kerana sedang dinaik taraf. Jadi staff tu pun suggested kami cuba tumpang bersolat di salah sebuah restoran berdekatan. So that was what we did.

Alhamdulillah tuan restoran ini telah membenarkan kami tumpang solat. Masa tu mereka sedang berkemas-kemas sebab nak tutup restoran for the day. Mereka siap sediakan tempat untuk bersolat untuk kami dengan membentangkan tikar dan memberikan kami sejadah. Semoga Allah SWT sentiasa memurahkan rezeki mereka. 

Selesai bersolat, kami dibawa Mr. Yap masuk ke kompleks Bukit Malawati ini. Nampaknya tiada terlalu ramai pengunjung. Pergerakan dan penjarakan dijaga dan terkawal. Scan MySejahtera dan imbas suhu.
Pak cik, jangan pegang je pelitup muka tu ya, silalah pakai ya. 

Laluan sehala untuk masuk ke kompleks ini dibuat oleh pihak management untuk mematuhi SOP PKP.

At most places, haiwan liar begini selalunya tidak dibenarkan diberi makan oleh pelawat kerana isu seperti haiwan ini akan jadi bergantung pada makanan diberi manusia dan tidak pandai nak survive on their own, mereka akan bertindak aggressive pada pelawat bila sudah kelaparan dan juga isu kebersihan. Tapi tidak di sini. Malahan ada kotak berisi buah-buahan yang boleh dibeli untuk diberikan pada monyet dan lotong kelabu di sini. 

Ke Kaunter Tiket Trem untuk beli tiket trem naik Bukit Malawati. 

The info and the tickets.

Jom naik trem. 


Ok, now serba sedikit tentang bukit ini. Kerana lokasinya dekat dengan Sungai Selangor, bukit ini dulunya dikenali sebagai Bukit Selangor. Sekarang namanya Bukit Malawati sempena nama sebuah busut yang besar di puncak bukit ini yang bernama Busut Malawati.

Kota Malawati ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Bersejarah dibawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 8 September 1977.
Mural by Nabil Ink.

Bukit Malawati terkenal dengan kisah sejarah panjang berusia ratusan tahun ketika era pemerintahan Kesultanan Selangor. Kawasan itu pernah menjadi pusat pentadbiran bagi kerajaan Kesultanan Selangor sebelum berpindah ke Jugra, Banting dan Bandar Diraja Klang.

Ada pelbagai tarikan menarik di sini antaranya Muzium Permainan Tradisional, Perigi Beracun, Laman Budaya, Muzium Sejarah Kuala Selangor, Makam Diraja, Telaga Tujuh, Meriam Penggawa, Tangga Seratus, Batu Hampar, Busut Malawati, Kota Malawati, Baitulhilal dan Rumah Api.

Masa naik bukit dengan trem, kita boleh lihat ada beberapa mural dinding yang besar dan panjang seperti ini. Mural oleh Nabil Ink ini menggambarkan pertempuran 1785 penawanan semula kota oleh Sultan Ibrahim daripada Belanda. 

Mural Sawah Sempadan. 


Mural ini juga oleh Nabil Ink. Mural panoramic wall ini panjangnya 100 meter! 


Sebuah mural oleh Nabil Ink. Boleh lihat his other amazing works here




Berselisih dengan trem lain di lereng atas. Fyi, slow je movement trem-trem ni, which was nice lah sebab memudahkan ambil gambar 😀.

Mungkin batu-batu bersegi-segi yang berselerakan di sini adalah the remnants of the former kota/kubu pertahanan kota lama di sini pada suatu ketika dahulu.



Nyaman dan berangin di atas bukit ni. 



Di atas tu ialah Muzium Permainan Tradisional Rakyat.


Dan ini adalah salah satu tarikan di Bukit Malawati ini. Sebuah perigi yang dipanggil 'Perigi Beracun'.

Perigi Beracun ini pernah dijadikan tempat menyeksa penderhaka yang dikatakan direndam dalam air beracun separas dagu dalam perigi ini sehingga mati. However, ini adalah perigi yang dibina semula pada 1985. Yang asal sudah dikambus pada 1977. 


Kelihatan juga beberapa meriam-meriam lama masa perjalanan kami di situ. 

Kelihatan light house Bukit Malawati dan satu lagi meriam lama. 

Pemandangan ke arah Selat Melaka.


Ini pula adalah bangunan Baitul Hilal tempat melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal setiap tahun.

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor.


Trem yang kami naiki berhenti membuat stop di sini. Nama stop ini ialah Hentian Trem A. Pengunjung boleh turun di sini dan yang di sini boleh naik trem untuk turun ke bawah. Kami pun turun untuk melihat pemandangan di sini dan rumah api. Untuk turun ke bawah nanti kami akan naik the next coming tram. 

Di Tram Station A ini ada banyak sekali lotong kelabu (silver leaf monkey) yang nampaknya jinak tapi still Mr. Yap nasihatkan kami supaya berhati-hati. 

They are quite adorable really 😃.

Lokasi hentian trem ini adalah di sebelah Rumah Api Kuala Selangor. 

Kuala Selangor Lighthouse.

Info board yang nampaknya sangat memerlukan perhatian dari pihak Majlis Daerah Kuala Selangor. 


Lotong dan monyet co-existing peacefully here.

Aww.. so cute... mama lotong and baby lotong...😃 .

Safe in its mama's embrace. 

Anak lotong berwarna kuning keemasan dan akan gradually bertukar ke warna kelabu kehitaman dalam masa 6 bulan. 

Terus saya teringat foto-foto mama and baby monkeys yang saya rakam masa di Bird Park, KL pada tahun 2007.



Since we were there on a Saturday, maka ramailah pengunjung ke sini. It wasn't so bad really. And I think it was a good idea la kenderaan tak dibenarkan naik ke Bukit Malawati pada hujung minggu.


Berdasarkan dari bacaan saya, satu ketika dahulu 68 dari 102 meriam milik kerajaan Selangor telah dirampas oleh Belanda. Eventually, telah dirampas kembali oleh Sultan Ibrahim dan dibawa ke Bukit Raja, Permatang. Hence, only a few remain here at Bukit Malawati. 

Ada juga yang mengatakan yang meriam-meriam lama di sini adalah hasil buatan tangan orang Melayu, yang reka bentuknya dikatakan ada persamaan dengan meriam `Tok Bedil' yang terdapat di tebing Sungai Kelantan dan Kampung Sungai Pinang, Kelantan.

Cerita meriam buatan tangan orang Melayu ini mengingatkan saya pada Meriam Katak Puru di Kota Kuala Kedah yang juga dibuat dengan tangan. Maklumat meriam ini adalah seperti di bawah. 

Sultan Ibrahim pernah membeli senjata-senjata dari Kompeni Inggeris seperti meriam, senapang, serta peluru untuk memperkuat pertahanan Selangor. Bukti pembelian-pembelian ini dapat dibaca dalam sebahagian dari 47 warkah-warkah bertulisan jawi yang pernah dikirim oleh Sultan Ibrahim kepada Francis Light. Warkah-warkah ini adalah sebahagian dari Koleksi "Surat-surat Francis Light" (the Light Letters) yang kini tersimpan di bahagian Arkib Perpustakaan School of Oriental and African Studies, University of London.
  

The Light Letters (1771-1794) adalah kumpulan manuskrip, yang terdiri dari 1,200 surat, dalam 11 jilid, yang merangkumi surat-menyurat, tulisan dan catatan yang melibatkan raja-raja dan orang-orang kenamaan Melayu dari seluruh Kepulauan Melayu, rakan perniagaan, isteri-isteri bangsawan Melayu, Francis Light, dan beberapa pedagang Inggeris pada asalnya ditulis dalam jangka masa 23 tahun antara 1771 dan 1794.

Kerana telah teribat dalam peperangan dengan Dutch East India Company, Sultan Ibrahim sentiasa mengambil langkah untuk menguatkan pertahanan kerajaan Selangor selepas Belanda berjaya ditewaskan di Bukit Selangor pada 1785. 

Banyak senjata yang telah baginda Sultan Ibrahim beli dari Kompeni Inggeris yang dihantar dari Pulau Pinang. Antaranya adalah meriam pelbagai ukuran (3 hasta, 7 ke 8 hasta, dua depa) dan pelbagai jenis (meriam tembaga ekor lotong, meriam besi, meriam penembak anggur) disamping peluru meriam, bom dan senapang (300 laras) beserta peluru buatan Kompeni Inggeris. Pembelian ini dibayar dengan hasil utama Selangor ketika itu iaitu timah, lada, lilin dan rotan. 

Pemandangan ke arah Selat Melaka dari Hentian Trem A, Bukit Malawati.

Add caption

Nampak macam ada kapal. Let's zoom-in 😃.


Kapal kontena.


Duduk-duduk dan berselfie dengan lotong 😄.

Wife pun bergambar dengan lotong juga 😄.

Rumah Api yang terletak di atas Bukit Malawati yang asalnya dibina oleh Belanda dikenali sebagai Rumah Api Altingsburg sempena nama Gabenor General Belanda. 

Lebih kurang 2 abad kemudian ia dibina semula pada tahun 1907 dan beroperasi secara rasminya pada 1910 dan giat digunakan pada zaman penjajahan Inggeris. 

Rumah api ini masih berfungsi sebagai panduan perjalanan kapal laut di Selat Melaka sehingga hari ini dan diuruskan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) Selangor. Ia menjadi isyarat kepada kapal-kapal di laut supaya tidak terlalu rapat ke pantai Selangor kerana di pantai Kuala Selangor terdapat beting yang keras dan perairan cetek yang boleh menyebabkan kapal-kapal terkandas.

Ini lokasi Altingsburg Lighthouse, Selat Melaka dan Sungai Selangor.

Pemerintahan British ketika itu membina 15 buah rumah api di pesisiran pantai negara dikenali sebagai 'The Straits Settlements Lighthouses'. Selain rumah api ini, antara rumah api lain yang masih berfungsi adalah Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado) di Melaka, Muka Head Lighthouse (Pulau Pinang), Rumah Api Pulau Undan (luar pantai Melaka), Fort Cornwallis (Pulau Pinang), Pulau Rimau Lighthouse (Pulau Pinang) dan Rumah Api Permatang Sedepa (One Fanthom Bank Lighthouse) di sempadan Malaysia-Indonesia di perairan Selat Melaka di Selangor.

Ketinggian Rumah Api ini adalah 25.3 meter dari dasar laut dan 27 meter dari darat dengan sinaran lampunya mampu memancar sehingga 56 kilometer. Dahulu lampu rumah api ini menggunakan minyak tanah dan generator. Kini, lampu rumah api yang berpusing dan berkelip dua kali setiap 15 saat ini dijana kuasa elektrik sepenuhnya. Ia berfungsi secara otomatik dan dikawal dari Pejabat Jabatan Laut Malaysia di Pelabuhan Klang.

Pengunjung boleh membeli buah-buahan di sini untuk diberi pada lotong-lotong.

Seperti Mr. Yap beritahu kami earlier, kami perlulah berhati-hati, else kejadian begini boleh berlaku. 

Most visitors di sini, termasuk kami, jadi cemas bila melihat 2 ekor lotong mula memanjat lelaki ini yang datang ke sini bersama isteri dan anak. Tapi dia cool saja... hehe. Mula-mula sampai tadi lotong-lotong ni semuanya nampak jinak je. Bila ada pengunjung yang pegang beg buah, mula la lotong-lotong jadi terlebih jinak.. hehe. Kesian mereka lapar sangat agaknya. 

Nampaknya dah habis sesikat pisang muda dimakan oleh kumpulan lotong ini 😄😃.

Dekat Hentian Trem A ini juga ada Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor. Muzium ini mengandungi paparan senjata, diorama, spesimen mata wang lama dan peninggalan dan artifak lain. Masuk ke muzium adalah percuma, dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi - 5.30 petang.

Unfortunately it was closed due to Covid-19.

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor.

Baitulhilal.

Ok, trem dah sampai, jom kita naik untuk turun ke bawah bukit. Kena segera beredar sebab lepas ini ada program sampai ke malam.


Kalau nak bergambar dengan burung-burung ni pun boleh juga. For a fee of course. But look at the green one! Saya sangat sedih bila lihat burung-burung begini dikerat sayapnya supaya tidak boleh terbang lari. 

Memang cantik suasana di Bukit Malawati ini.



Pemandangan ke arah Sungai Selangor.


Antara kesan-kesan sejarah tinggalan Melayu Bugis Selangor di sini adalah tembok yang dibina di sini sebagai bukti pada zaman dahulu di atas bukit ini terdapat sebuah kota. 

Kota tersebut dibina pada zaman Sultan Ibrahim (1778-1826) menggunakan batu-batu yang disusun rapi. 

Saya baca, dahulu ketika kota dibina di sini, pokok-pokok jati dan sena banyak ditanam secara beselang seli dengan jarak kira-kira 10 kaki untuk mengelakkan keruntuhan kota.

Pokok sena di sini dikatakan ada misterinya. Jika ia dikelar akan keluar tree sap pekat berwarna merah yang dikatakan seperti darah. Bila ada perkara pelik begini, maka tentunya ada juga kisah mitosnya. Diceritakan pokok sena di sini mula berdarah kerana darah seorang dayang yang dihukum dipancung setelah didapati bersalah kerana berzina disimbah di sekitar kota Malawati sebagai pengajaran kepada rakyat. Kisah mitos yang ada tamsilnya. 

Curious, saya pun cari la kot ada pokok yang actually keluarkan tree sap warna merah. Ada rupanya iaitu sejenis pokok jati, teak tree, the Bloodwood Tree of South Africa. Haa... pokok ini sampai mengalir-ngalir darahnya.

Meneruskan perjalanan ke bawah dengan trem.


Ini adalah Makam Di Raja. Di sini ada Makam Tiga Sultan, tempat bersemadinya tiga sultan Selangor terawal iaitu Sultan Salahuddin (1756-1778), Sultan Ibrahim (1788-1826) dan Sultan Muhammad (1826-1857).

Melihat pada info board di sini, ada gambar sebuah meriam yang dibalut dengan kain kuning. Ia adalah Meriam Penggawa yang mengikut ceritanya ditemui dipinggir Sungai Buluh, 12 km ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga yang bermaksud Puteri Putih. Mengikut ceritanya juga meriam ini pernah meletup sendiri pada 1961 dan 1978 dan ketika setiap kali pertabalan Sultan Selangor yang baharu.

Turun bukit.


Sampai di bawah, trem sambung lagi sikit tour di Pekan Kuala Selangor ni. Just a few blocks only. 




We came upon beberapa murals. Ini projek dinding MDKS, kerjasama UITM Shah Alam dan Cetakcarakita.




Sampai semula ke main entrance Kompleks Bukit Malawati. Maka dengan itu selesailah lawatan kami di Bukit Malawati. True, memang ada beberapa attractions bersejarah yang kami tak sempat lawat semasa di atas Bukit Malawati so we supplemented it by reading about them from the internet. Quite fascinating actually. 

Sebelum ke destinasi seterusnya, Mr. Yap kata elok kami dinner awal sebab our next program, tengok kelip-kelip dan blue tears, akan bermula pukul 7 malam selama lebih kurang 3 jam. Kami ok je.

Kami makan di Restoran Rahmaniyah. 


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. setiap kali naik bukit malawati ni mesti kita orang bawak kan sayur , buaha-buahan dah siap potong nak bagi kat lotong-lotong tu
    lotong gentle .. ambik makanan slow je
    kalau monyet .. ganas.. jangan bagi.. jahat

    selalunya kita orang naik ikut tram. turun jalan kaki ..
    dah ada mural ! cantik-cantik !!

    jahat nya !!
    terus saya sedih bila nengok burung gitu
    jahatnya !!!!
    boleh tak nak report kat sesiapa / authority ...?
    eii .. geramnya !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami tak berani nak bagi lotong/monyet makan.. hehe. Apatah lagi guide pun tak galakkan.. hehe.
      Seram la kalau kena panjat dek lotong2 tu macam that guy... takut kena kencing....hehe.

      Yes, very nice mural indeed. Kelam kabut la jugak saya nak ambil gambar dari dalam trem bergerak tu.. hehe.

      Kesian kan... Birds are meant to fly and they clipped off their wings!
      I cannot describe how sad I was/am each time I see something like this!

      Delete