Friday, September 6, 2019

CEBU, PHILIPPINES - DAY 05 - GOING HOME

Hari ni kami nak balik dah. Alhamdulillah, seronok jugak rupanya bercuti ke Cebu ni. 

Flight info kami.

Menyaksikan last sunrise kami over Cebu City. 

So beautiful.

Sekitar bandar Cebu.

Nampak macam rumah setinggan, tapi bukan sebenarnya. Cuma perumahan di situ dibina rapat antara satu sama lain.







Kalau di lereng macam ni mesti la rumah mewah.

Sarapan di Harolds Hotel. 






Seperti sarapan pertama kami di sini, kami juga buat special request for breakfast. Pihak hotel reserved satu meja khas untuk kami. Chef Remy sekali lagi datang jumpa kami dan bertanya khabar. Dia prepared sarapan seafood untuk kami.


Desserts. 



Sebelum kami beredar Chef Remy datang menjenguk kami. Lepas berterima kasih pada dia kami ajak bergambar bersama. Baik sungguh orangnya Chef Remy ni. Fyi, as I mentioned earlier, he is from Sabah. 

Driver yang nak bawa kami ke airport, Mr. Clifford, terlewat sampai 30 minit sebab traffic jam di Ayala Mall. Cemas juga la kami. 

Kelewatan ini mengingatkan kami pengalaman yang sama masa kami nak balik ke KL dari Manila. Masa di Manila tu kami hampir-hampir nak terlepas flight. Lagi la kami jadi cemas. 

Disebabkan kami dah terlewat, Mr. Clifford menggunakan laluan-laluan belakang di Cebu City untuk mengejar masa.

Jadi saya cadangkan kalau kawan-kawan ke Filipina, pastikan pergi airport seawal mungkin sebab traffic jam di bandar seperti Manila dan Cebu City adalah agak teruk especially masa peak hours. 






Terus berdoa supaya tak terlepas flight.

Tapi tengah cemas tu tetap mengetik kamera.. hehehe. Ye la, nak tenangkan diri 😊😅.






Signboard ke airport.







Lega bila dah sampai di Marcelo Fernan Bridge nak ke Mactan Island.





Selamat sampai ke International Terminal di Mactan Cebu International Airport.



Masih ada masa, so kami tak perlu la rush. Syukur Alhamdulillah.




Cantik dan baru airport ni.



The Check-In counters.

Lepas check-in pergi bayar Airport Tax pula sebanyak Php850 (RM69) seorang.

Nak bayar guna USD pun boleh.

Ok dah bayar. Jom ke Passport Check. 



Since dah masuk waktu Zohor (11:30 pagi) kami pun pergi cari Prayer Room. 

Prayer Room di Mactan Cebu International Airport ini adalah sebenarnya Multi Faith Room. Bukan sekadar kemudahan solat untuk umat Islam disediakan, kemudahan sembahyang untuk agama lain pun ada.  

Tempat wuduq. Masa tu kami nampak pekerja-pekerja airport yang beragama Islam keluar masuk ke Prayer Room. Mereka adalah orang Filipina sendiri yang beragama Islam dan bukannya foreign workers. Masa melalui pemeriksaan passport tadi pun, ada pegawai wanita Imigresen Philippines yang memakai tudung.

Ada penunjuk arah kiblat, sejadah dan Al Quran disediakan. 


Lepas dah bersolat, barulah kita pergi ke Pintu Perlepasan.
Flight kami, Philippines Air Asia Z2 7112 nampaknya dah terlewat 10 minit.

Bergambar sekejap 😊.

Canggih airport ni. 

The design of the terminal has timber arches that look like an inverted boat hull, and a wave-like roof that evokes a tropical and resort-like feel. It represents the sea waves that surrounds the island of Cebu. This international terminal wins the International Architecture Award 2019. - Wikipedia




Kedai souvenir. 



Ada stuff toys whale sharks.

And a big one too! 

The real one we saw at Oslab. 



The boarding bridges.

Leka sekejap ambil gambar kapalterbang.. hehe.










Pada saya unik tiang-tiang melengkong ni. My wife explained pemasangan struktur begini dinamakan Pin Connection. Pemasangan struktur begini memang sesuai di Cebu kerana ia boleh menahan gempa bumi.




Masa nak dekat sampai Pintu Perlepasan, kita lalu tepi sebuah restoran Asian Kitchen. Ada hidangan 'Lechón'.

Inilah 'Lechón'... hehehe.

Beautiful stained glass artwork.

Di Gate 15.

Boarding Pass.

Posing kejap.. hehe. 

Sampai dah kapalterbang.



Pesawat Philippines Air Asia kami terlewat sedikit tiba di Mactan Cebu International Airport dari destinasi yang sebelumnya. 

Sebaik selepas semua penumpang turun, penumpang-penumpang ke Kuala Lumpur terus dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Suasana dalam kapalterbang.




Flight Philippines Air Asia Z2 7112 selamat berlepas from Cebu City heading to KL at 2:00 pm. 







Beli tiket AirAsia ni 6 bulan yang lalu. So tak ingat apa pre-book meals kami. Ini ha... Chicken Teriyaki dan Beef Tapa 😊.

Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Cebu memakan masa 3 jam 30 minit. Alhamdulillah, cuaca sepanjang penerbangan pulang adalah baik sekali. 


Pilot announced, laluan penerbangan pulang kami dari Cebu adalah melalui Sandakan, Kota Kinabalu, Brunei dan Kuching sebelum merentas Laut China Selatan ke Semenanjung Malaysia. 



Lexis Hibiscus.


Kami sebenarnya tiba on time di KL. Tapi disebabkan kesesakan trafik di KLIA, terpaksalah kapalterbang ni berlegar-legar dulu sementara menunggu giliran untuk mendarat. 










Alhamdulillah, selamat mendarat di KLIA2 pada pukul 6:00 pm.


Ambil beg.

Lapar kami makan dulu sebelum balik rumah.


My wife had ayam penyet. I pilih mee rebus. Sedap dan pedas sampai berpeluh kepala! Hehehehe... 

Bersolat dahulu.



Alhamdulillah. Maka selesailah kisah percutian kami ke Cebu, Filipina. 

Berikut adalah summary percutian Cebu kami:
DAY 01
🌓 DEPARTURE & ARRIVAL

DAY 02
🌗 MACTAN SHRINE & LAPU-LAPU MONUMENT
🌓 ALEGRE GUITAR FACTORY
🌗 TAOIST TEMPLE
🌓 YAP-SAN DIEGO ANCESTRAL HOUSE
🌗 BASILICA MINOREL DEL SANTO NINO
🌓 MAGELLAN'S CROSS
🌗 ISLANDS SOUVENIR
🌓 ISLA SUGBO SEAFOOD CITY

DAY 03
🌗 OSLOB - WHALE SHARK
🌓 KAWASAN FALLS
🌗 JOURNEY BACK TO CEBU CITY

DAY 04
🌓 JOURNEY TO BOHOL ISLAND
🌗 XZOOTIC ANIMAL PARK & BUTTERFLY GARDEN
🌓 CHOCOLATE HILLS
🌗 BOHOL TARSIER CONSERVATION AREA 
🌓 BILAR & LOBOC FOREST
🌗 LOBOC RIVER CRUISE

DAY 05
🌓 GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. choi!! hahaahhaa..
    oink oink guling!!
    hahahaa
    terus lupa nak komen komen yang dah beratur dalam kepala tadi!!

    kenapa kena bayar air port tax eh?
    masa kat manila dulu kena bayar tak?
    semua flight dari Philipine kena ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak betapa besarnya saiz oink oink tu! Besar dan merah!

      A'aa masa di Manila dulu pun mmg kena bayar airport tax.
      Yes, I think utk semua flights.

      Delete