Monday, February 11, 2019

MELAKA - DAY 02 - PART 02 - ISTANA KESULTANAN MELAKA

Next kami ke Istana Kesultanan Melaka. Terletak di kaki Bukit St. Paul, ia bukanlah istana Sultan Melaka yang sebenar, sebaliknya hanya replika yang dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan seni bina Istana Melayu di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah dari tahun 1456 sehingga 1477.

Terima kasih kepada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) kerana meletakkan maklumat ini.

Pintu masuk ke Istana Kesultanan Melaka. 

Seperti juga istana-istana Melayu lama yang lain, bangunan replika ini dibina hanya menggunakan sistem pasak dan tanggam. 

Tidak ada sebatang paku pun digunakan dalam pembinaannya. 

Keseluruhan bangunan juga dibina menggunakan kayu kayan tempatan seperti Resak, Cengal dan Nyatoh. Bumbungnya pula dibuat dari kayu Belian yang dibawa dari Sarawak.

Di depan istana ini ada Taman Larangan yang merupakan kawasan permainan puteri-puteri diraja di zaman Kesultanan Melaka. Ia dinamakan Taman Larangan kerana ia tidak boleh dimasuki oleh sebarangan orang.

Laluan masuk ke Taman Larangan.


Ada replika Tengkolok Sultan di Taman Larangan ini.


Pemandangan istana dari depan.

Very impressive dan tersergam indah.

Walau pun siap dibina pada 1986 i.e 33 tahun yang lalu, bangunan ini masih nampak baru. Amazing!


Ada lagi info tentang istana ini.

Atapnya dibuat dari kayu berlian Sarawak, tiang seri dari kayu Cengal dan lantai dari kayu Resak. Dan di dinding dihiasi dengan ukiran Ketam Buri.

Jom masuk. Ada 2 orang pengawal istana di pintu masuk. 

Suasana di dalam istana yang berhawa dingin.

Mula-mula sekali kami ke bahagian Balairong Seri. 

Ini maklumat yang sangat menarik disediakan untuk bacaan pelawat tentang Balairong Seri. Menerangkan satu peraturan peradaban nilai Melayu yang tinggi dan bersistem. Dan sekuritinya juga ketat. Bacalah tugas Bentara Kanan dan Kiri tu. 

Saya pula membayangkan the amount of research involved in coming up with this diorama. Pastinya penekanan diberikan pada the historical accuracy from the layout of the Balairong Seri to the attires worn by all the attendees. Please do keep in mind that pemerintahan Sultan Mansur Shah adalah dari 1456 hingga 1477. That's like lebih 500 tahun yang lalu! Mesti menarik sangat bila pelbagai naskah sejarah Melayu/nusantara dirujuk disamping penglibatan penuh dedikasi pihak-pihak muzium dan warisan serta Persatuan Sejarah Malaysia. Susah saya nak explain kenapa proses ini buat saya rasa teruja tapi ia buat saya sangat appreciate usaha dan dedikasi mereka bila saya tengok diorama seperti ini. Anything that gives me a glimpse of the past gets me really excited as I always wonder what it was like back then. 

Ini pula sistem peraturan tempat duduk semua yang hadir ketika Sultan di Balairong Seri. 

Baginda Sultan bersemayam di singgahsana. 19 - Utusan Bentara Majapahit. 20 - Pedagang India. 21 - Pembesar Pahang.

Para menteri (4 orang) dan Shahbandar. 

Para menteri (4 orang), Nakhoda, Sida-Sida dan Kadi.

Yang kiri ialah Penghulu Balai. Kanan ialah Pesalah menanti hukuman.


Ini info tentang Sistem Pentadbiran dan Perjawatan Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Semua ada tugasan termasuk Sultan. Pembesar-pembesar Melaka termasuk Bendahara (Ketua Pentadbir), Penghulu Bendahari (Pengurus kewangan), Temenggung (Ketua Keselamatan) dan Laksamana (Ketua angkatan laut). 


Mahligai hangus. Aduh.. sayangnya... 

Satu ilustrasi mahligai Sultan Mansur terbakar. 

Bacalah kisahnya. 

Juga kisah-kisah rakyat jelata yang cuba membantu; Tun Isap Barakah, Tun Mai Ulatbulu (kerana lebat bulu badannya), Tun Ibrahim Pusing Langit Berkeliling, Tun Muhammd Unta dan Hang Isa Pantas.

Istana Balai Besar. 

Istana Balai Besar siap dibina pada 1726 mengadap ke arah kiblat. 

Istana Kenangan.

Info tentang Istana Kenangan.

Asal usul Kesultanan Melayu.

".... berkemungkinan juga kerajaan paling tertua di dunia".

Info tentang Sultan Mansur Syah.
"... meminum air basuh kaki Sultan Mansur Syah".

Memang sangat selasa berada di dalam istana ini sambil melihat barang-barang pameran dan membaca maklumat yang disediakan.

Miniature model Istana Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Kisah pembukaan Melaka oleh Parameswara turut diabadikan di Istana Kesultanan Melaka. Ada sebuah diorama yang menarik dipamerkan depicting saat kejadian si pelanduk putih menendang anjing pemburu Parameswara.

Kisah Penemuan Melaka oleh Parameswara. 

Masa first time baca kisah ini dulu masa waktu sekolah, uwah.. rasa terkagum sekali pada keberanian si pelanduk. Till today I still do 😊.

Kesian pulak tengok muka anjing tu.

Seterusnya kami ke bahagian Siri Hukum Kanun Melaka. 

Hukuman kepada pesalah zina bujang.

Hukuman kepada pesalah zina yang telah berkahwin. 

Pencuri sedang ditangkap.

Hukuman orang yang ditangkap mencuri.

Hukuman orang yang hendak mencuri.


Hukuman Kanun Melaka sedang dilaksanakan.

Peraturan berjual beli.

Juga dipamerkan buku-buku lama.


Istana ini is a magnificent place to visit.



Juga ada bahagian tentang Tun Perak, seorang Bendahara yang telah berkhidmat di bawah 4 orang Sultan. 

Menggunakan tipu helah semasa peperangan. 

Kesian Tun Kudu. Pengorbanan beliau. And also power betul Tun Ali sampai Sultan sanggup buat begitu. 

Berjaya mengalahkan dan menghalau Siam dari Melaka.

Adik perempuannya, Tun Kudu, pernah menjadi permaisuri Sultan Muzaffar Shah.

Menggunakan strategi hubungan diplomatik dengan Siam.

Empayar Melaka telah mencapai zaman keemasan semasa era Tun Perak.

Seorang yang sangat setia kepada Sultan walaupun anaknya sendiri mati ditikam oleh Putera Sultan Mansur Syah.

Kebijaksanaan beliau dalam mengatur pentadbiran Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah menjadikan Melaka amat mashyur di seluruh pelusuk nusantara.

Dan tentunya ada bahagian tentang kisah Hang Tuah.

Bermula dengan rasa dengki, cemburu dan fitnah.

It's hard though to believe yang Sultan boleh menitah tanpa usul periksa especially bila Hang Tuah telah banyak berjasa. Oh well, that's how the story goes I guess. 

Hang Tuah disembunyikan.

Hang Jebat mengamuk. 

Pertarungan dua sahabat. 


Pesan Hang Jebat.

Mural Hang Tuah. 

Keris Hulu Semenanjung yang sudah berusia lebih 600 tahun.

Bahagian kisah Hang Tuah.

Di Istana Kesultanan Melaka ini juga, kita dapat melihat gambaran pedagang-pedagang asing yang datang berdagang ke Melaka pada masa dahulu.

Delegasi Jawa.


Delegasi China.


Delegasi Arab.


Memang best la explore istana ni masa tak ramai pelawat.

Agaknya inilah ukiran Ketam Buri.

Lantai istana ini dibuat dari kayu Resak.

Tun Kudu.
Tun Kudu anak Bendahara Seri Wak Raja, adik kepada Tun Perak dan permaisuri kepada Sultan Muzaffar Shah dalam Kesultanan Melaka. 
Beliau kemudian diceraikan sultan dan dikahwinkan dengan seorang pembesarnya, Tun Ali. Perkahwinan itu berjaya menyelesaikan konflik dalaman istana antara Tun Ali dengan Tun Perak.
Dengan itu peranan Tun Kudu adalah sebagai pendamai antara Tun Perak dan Tun Ali. Tun Kudu juga memainkan peranan supaya Tun Perak dilantik menjadi Bendahara Melaka.
Source: www.hmetro.com.my

Kisah Tun Kudu.





Turut dipamerkan pakaian istana.



Pelan susunatur Muzium.

Barang perhiasan diraja.





Bilik beradu Sultan.


Delegasi Siam.


Delegasi Gujerat. 


Nobat.



Pakaian diRaja.





Replika batu nisan Sultan Mansur Syah.

Tertulis pada tapi batu nisan ini:
'Sesungguhnya dunia ini fana, dunia ini tiadalah kekal, sesungguhnya ibarat sarang yang ditenun oleh labah-labah'.

Replika batu nisan Tun Teja.




Senjata-senjata lama juga ada dipamerkan. 


Sintuk limau atau mencuci keris.

Keris Melayu.



Betul, ini bukanlah kali pertama kami ke istana/muzium ini tapi lawatan kami kali ini bagai kali yang pertama kerana we did take our time to really see and enjoy the exhibitions. Thus we were able to appreciate the history and amazing stories. 

Bersambung... 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

14 comments:

  1. very detail. as usual. kudos!!! :)

    masa saya pergi hari tu saya ' touch and go ' je ..
    hehehhe
    dbahagian dalam istana tu sejuk , ekon
    tapi dekat wings luar , verandah , panas.. ada kipas je.. tu yang laju je jalan..

    penyakit kedal.. apa agaknya sebenarnya penyakit tu kan.. interesting ..

    saya selalu bayangkan ,, malam-malam nanti patung-patung tu bergerak .. jalan sana sini ..
    wild imagination !! :))

    kena lumur kapur , arang kat muka!!??
    padan muka !! hehhehe

    saya pergi muzium ni masa baru bukak dulu . tahun 1987
    sama je susun aturnya dari dulu sampai sekarang ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. Letih jugak bila buat detail mcm ni. Tapi bila siap, baca/review balik, rasa puas hati sgt :).

      My previous visits dulu pun touch n go juga. So kali ni betul2 explore. Afterwards terasa mcm missing a lot masa last times tu.

      I know. Inside air-con nice and cool!

      Saya google katanya peyakit kedal tu sejenis penyakit kulit. No sure lah.

      Huuiisshhh... I thought my imagination yg can go wild. Yours is wilder lah..hehehe... Seram Oooo...

      Punishment mcm tu more nak shame the person kan.

      Oh ye ke? I wonder if they will ever make any changes.

      Delete
  2. tengah cari placard baru

    lama dah tunggu ni !!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh... tgh sorting NZ ni ha.. Melaka baru je habis scheduled.
      Tunggu Melaka habis go live semuanya baru la NZ :). InsyaAllah.

      Delete
  3. may I copy some of the photos for my history project ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Thanks for asking my permission. All the best for your history project.

      Delete
  4. Assalamualaikum , terima kasih atas penulisan ini . saya sebagai pelajar senibina sedang mencari and research for my final year project . May Allah bless your day for helping people through penulisan , terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sama2. Semoga penulisan saya ini dpt membantu, insyaAllah.
      May Allah bless us all..
      Thanks for leaving me your comments and all the best for your studies.

      Delete
  5. assalamualaikum. boleh saya minta izin untuk copy sedikit gambar dan info untuk tujuan rujukan bagi video history saya?

    ReplyDelete
  6. Hello, i am currently doing an assignment for my MPU subject. Can i use your picture for my assignment. Thank you very much, this is really helping me

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Sure, go ahead. I'm glad this blog entry have the info you needed. All the best in your studies.

      Delete
  7. Selamat sejahtera. May I use some photos and information to complete my Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka project? I appreciate your help with the blog you shared.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera to you too. Ya boleh, silakan.
      All the best for your project.

      Delete