Friday, July 6, 2018

PENANG - DAY 04 - GOING HOME

Percutian 4 hari 3 malam kami berakhir hari ini. Time to go home. Awal kami turun untuk sarapan. Pukul 7 pagi teksi yang kami book semalam akan datang pick up kami untuk ke Stesen Keretapi Butterworth.




Ke Stesen Keretapi Butterworth. 


Traffic jam di awal pagi dah bermula.

Pemandangan awal pagi di Pulai Pinang.

Perjalanan dari George Town ke Butterworth adalah melalui Jambatan Pulau Pinang. Pada masa sekarang telah ada 2 buah jambatan yang menghubungkan Pulau Pinang dengan Tanah Besar. Jambatan yang kami lalui ini ialah jambatan pertama sepanjang 13.5 km yang dibuka pada tahun 1985. Jambatan kedua yang dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sepanjang 24 km pula telah dibuka pada tahun 2014

Ini IJM Land - The Light Collection 3. Penang Waterfront properties. 


Pemandangan George Town (kiri) dan Butterworth (kanan) dari Jambatan Pulau Pinang.

Pulau Jerejak yang pernah menempatkan sebuah penjara pada masa dulu.

Penang Birdge.

The bridge cables.


Banyak kenderaan diperhatikan menggunakan jambatan ini di awal pagi begini untuk menuju ke Pulau Pinang.


Sunrise over Butterworth. I think itu Gunung Bintang.

Pemandangan Dermaga Dalam di Butterworth. 

Stesen janaletrik Prai / TNB Prai Sdn Bhd.

Sempat ber'panning' dari dalam teksi... hehe.



Beautiful sunrise.





Bangunan Penang Sentral yang belum siap.

Bangunan Penang Sentral ini akan menjadi Terminal Pengangkutan Bersepadu di Butterworth apabila siap kelak.

Tiba di Stesen KTM Butterworth. 

Bangunan stesen.


Dah siap-siap pakai jaket sebab sejuk dalam tren nanti.. hehe. 

Pintu masuk ke Stesen Keretapi Butterworth. Kawasan untuk penumpang terletak di tingkat atas.

The Arrivals and Departures.

Pemandangan luar tingkap Stesen Keretapi Butterworth.


George Town.

Rangkaian Perkhidmatan Keretapi Antara Bandar di seluruh Semenanjung Malaysia.

Ruang Menunggu Terbuka di Stesen Keretapi Butterworth.

Ada ramai penumpang di Stesen Keretapi Butterworth pada pagi itu. Ini adalah kerana selain dari keretapi kami yang menuju ke Kuala Lumpur, ada sebuah keretapi lain yang menuju ke Padang Besar di Perlis yang berlepas pada masa yang lebih kurang sama.

Ada dua ruang menunggu disediakan untuk penumpang di Stesen Keretapi Butterworth: Ruang Terbuka dan Ruang Berhawa Dingin.

Beberapa lagi pemandangan luar tingkap Stesen Keretapi Butterworth.




Tren kami ETS 9421 menuju ke Gemas dijadualkan berlepas pada pukul 8.56 pagi, lewat 15 minit dari jadual. Tidak seperti waktu datang ke Pulau Pinang dulu di mana kami menaiki ETS Platinum, perjalanan pulang ini pula adalah menggunakan ETS Gold. ETS Gold ini membuat perhentian di Stesen Butterworth dan KL Sentral dalam perjalanan dari Padang Besar ke Gemas. 

Sebaik ETS ini tiba di Butterworth dari stesen yang sebelumnya, semua penumpang dipanggil turun ke platform. 

ETS Gold dari Padang Besar ke Gemas.

Seats kami di Coach A.

Disebabkan Butterworth adalah stesen persinggahan di tengah perjalanan, dah ramai penumpang berada dalam tren ketika kami naik. 

Masa kami nak duduk di seats kami, ada pulak penumpang yang tertinggal wallet. Later on the guy came asking if we saw his wallet.


ETS Gold membuat lebih banyak persinggahan berbanding ETS Platinum yang kami naiki dulu. 

ETS Gold juga tidak mempunyai perkhidmatan Sajian Rel seperti di dalam ETS Platinum. Kalau rasa lapar, beli sajalah makanan yang dijual di kantin yang disediakan di dalam tren. 


Perjalanan dari Butterworth ke Stesen KL Sentral dengan ETS Gold memakan masa 4 jam 30 minit. Alhamdulillah, kami selamat tiba di KL Sentral pada pukul 1.30 tengahari.

Perjalanan pulang ke rumah.


Maka selesailah catatan percutian 4 hari 3 malam kami di Pulau Pinang. Though short tapi packed with activities. Packed as in for us la yang dah umur begini.. hehe. 

Ok, ini ringkasan percutian ke Pulau Pinang kami:
Day 01:
- Naik ETS dari KL ke Butterworth
- Naik feri dari Butterworth ke George Town
- Check-in di The Gurney Resort Hotel & Residence
- Pusing George Town naik Penang HOHO Bus - City Route

Day 02:
- Kek Lok Si Temple
- Pasar Chowrasta
- UNESCO Heritage walk
- Masjid Kapitan Keling
- Chew Jetty
- Naik Penang HOHO Bus - Beach Route 

Day 03:
- Penang Hill
- Fort Cornwallis
- Tropical Spice Garden
- Pantai Teluk Bahang

Day 04:
- Going home

Sekian. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Posting yang sangat menarik, terima kasih

    ReplyDelete