Wednesday, February 14, 2018

EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY

Ok, dari Mirabell Garden, kami terus berwalking tour dan stop sekejap di Mozart Wohnhaus. Lepas tu terus lagi berjalan dibawa Konstantin (our local guide) ke jambatan Makartsteg dan menyeberang sungai Salzach untuk ke Salzburg Old Town.

Kami dibawa masuk ke Old Town menerusi Durchgang Getreidegasse (Passage Getreidegasse) untuk ke Getreidegasse, jalan utama di Salzburg Old Town. 

Tapi sebelum masuk ke jalan Getreidegasse, kami berhenti sekejap di court yard ini untuk mendengar penerangan dari Konstantin. Salzburg tidak pernah menjadi pusat empayar besar, tiada emas atau perak dan tiada pelabuhan utama dan tiada status penting pada laluan perdagangan. Jadi bagaimana mereka mampu membina sebuah kota yang hebat? Jawapannya ialah garam. 

Sebelum ada peti sejuk, garam adalah cara terbaik to preserve food seperti daging. Dan kuantiti garam yang banyak diperlukan untuk untuk tujuan ini. Dan pergunungan sekitar Salzburg penuh dengan garam.

Nama 'Salzburg' berasal dari perkataan yang bermaksud Salt Fortress. Ini adalah kerana kota ini adalah sebuah pusat perlombongan garam yang penting di zaman pemerintahan Rom dahulu.

Konstantin tanya kami tahukah dari mana asalnya perkataan 'salary' dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud 'gaji'? Perkataan ini berasal dari amalan tentera Roman yang dibayar dengan garam bagi khidmat mereka pada masa dahulu. Bagi setiap pekerjaan yang dibuat, mereka akan bertanya: "Berapa banyak sal (garam) yang akan diberi sebagai upah?" Dari situlah timbulnya perkataan salary yang digunakan dalam Bahasa Inggeris kini.

Masa dengar penerangan dari Konstantin saya noticed ada old plaque/emblem pada dinding di court yard ini. Curious, jadi saya research la sikit. Ada tulisan 'Der Stierwascher am Salzachgries' yang roughly bermaksud 'The Bullwash on Salzachgries'. Bull wash? Cuci lembu? Eh.. apa maksud ni?

Then saya zoom in on the emblem dan ada gambar lelaki sedang 'wash' seekor lembu. Pelik. Pekerjaan apa ni? Bacalah cerita rakyat di Salzburg di caption bawah ni. 
Satu masa dulu kota ini dikepung oleh tentera musuh dan lama-kelamaan makanan dalam kota in makin berkurangan. Dan akhirnya cuma tinggal seekor lembu. Then commander of the defending troop dapat satu idea. Dia perintah supaya lembu jantan warna coklat itu dicat dengan tompokan putih dan dibawa jalan up and down the city untuk ditayangkan kepada pihak musuh. Keesokan harinya, lembu yang sama dicuci dan diwarnakan dengan warna lain pula. Ini dibuat beberapa hari sehingga pihak musuh yang mengepong fikir kota ini masih ada banyak livestock dengan lembu-lembu disembelih setiap hari, maknanya tentera dan penduduk kota ini akan mampu bertahan dengan lama. Jadi mereka pun akhirnya berundur. Dengan sorakan kegembiraan penduduk, lembu jantan tadi pun dibawa ke sungai Salzach dan dibasuh sehingga muncul semula warna coklat asalnya. Sejak itu, orang dari Salzburg dipanggil "Stierwascher" - pencuci lembu. Sehingga sekarang jokingly orang Salzburg dipanggil 'bull washer' 😊.

Cerita ini hanyalah fiksyen, sebab sebenarnya nama "Stierwascher" adalah merujuk kepada penjual daging Salzburg zaman dulu yang dimestikan menyembelih lembu di tempat awam untuk membolehkan pihak berkuasa mengawal kualiti daging. Penyembelihan dilakukan di tepi Sungai Salzach untuk membolehkan darah dicuci dengan cepat dan mudah.

Di bawah emblem tu ada pula poster Billa Corso, which is sebuah supermarket di sana. Adalah itu Mozart fiddling a ham? Hehehe... ye la, kan Salzburg ni juga famous sebab Mozart. 


Konstantin kata parts of the old buildings di Old Town ini sengaja didedahkan tidak diplaster supaya penduduk dan pengunjung dapat lihat rupa sebenar bangunan-bangunan yang dah berusia beratus tahun di kota lama ini.


Beautiful historic courtyards and the old house entrances.

Yuen China Restaurant - restoran Cina pertama di Salzburg menyediakan makanan tradisional Cina selama sejak hampir 50 tahun. 

Kami melalui Passage 24 (Getreidegasse 24 - Lambergdurchhaus) untuk ke Getreidegasse. Passages di Old Town di sini mostly dijadikan shopping arcades and galleries.

Ada kedai trinkets and souvenirs. Ada vintage porcelain bells.

And porcelain dolls. 

Agaknya ini Nutcracker Puppets. 



Wooden rabbit dolls dan Wendt & Kühn wooden figures. 

Masuk ke Getreidegasse. Getreidegasse (Grain Lane) adalah jalan membeli-belah yang sibuk di bahagian Altstadt yang bersejarah di Salzburg, Austria, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1996. Ia terkenal dengan tempat kelahiran Wolfgang Amadeus Mozart di No. 9, di mana dia tinggal sehingga usia 17 tahun. 

Ada banyak high town houses dengan wrought iron guild signs. Sebilangan besar rumah kediaman bersejarah di sini telah dijadikan premis komersial high-end boutiques sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Sekarang Getreidegasse adalah salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Salzburg.

Dari Getreidegasse boleh nampak bangunan atas bukit tu iaitu Gasthof Stadtalm Naturfreundehaus Mönchsberg, sebuah hotel.

Pada zaman dulu ada cara yang unik digunakan untuk menjaga kebersihan Getreidegasse ini. Pada setiap hari Sabtu dan hari sebelum cuti, air dari Almkanal (sebuah canal) digunakan untuk membanjiri semua jalan dan lorong dan mencuci semua kotoran dan dihanyutkan ke sungai Salzach. Langkah-langkah terdesak seperti itu mungkin sangat diperlukan kerana kebanyakan arked yang indah dan inner courts yang sekarang diduduki oleh kedai-kedai mewah pada masa itu adalah kandang binatang dan stor.
Agaknya beginilah suasana Getreidegasse dibanjiri dengan air dari terusan untuk tujuan pembersihan bandar. Well, perhaps the water was released in at a much slower rate and less violent than this... hehe.  And perhaps too 'bull washing' pun mereka buat masa ni juga.. hehe.

Bila jalan di Getreidegasse ni, one thing yang memang akan kita perasan ialah these wrought iron guild signs. Kepada peminat peninggalan sejarah medieval mesti la akan appreciate these signs yang memang dipastikan oleh kerajaan Salzburg supaya dipreserve.

Biasanya dibuat dengan besi, selalunya ia mesti dilengkapi dengan objek berbentuk produk yang dijual di kedai. Ini penting kerana pada ketika itu ramai penduduk di situ adalah buta huruf. Jadi dengan lambang produk itu maka semua orang dapat dengan mudah mengenali tanda-tanda emblematik tersebut.

Contohnya pada wrought iron guild signs kedai 'Schlüsseldienst' yang bermakna 'locksmith' dalam foto bawah ni, ada anak kunci besar.

Foto kiri ialah kedai jual payung cap 'Kirchtag'. Yang 'Sprachschule' itu pula sekarang ini adalah Berlitz language school. Pada wrought iron sign tu tak ada pula sebarang penanda dulu ianya ialah kedai apa. IRB tu pula ialah syarikat real estate.

Foto kanan tu agaknya zaman dulu ialah kedai jual lampu. Now ni butik Zara. 

Juga ada McDonald's.

Ini adalah satu passage di Getreidegasse ni. Namanya Schmuckpassage (jewelry passage). Passageways seperti ini dijadikan lorong-lorong membeli-belah yang juga berfungsi sebagai galeri. Bangunan-bangunan yang saling dihubung dengan passageways ini telah memberi Salzburg Old Town sebuah bentuk seni bina serta pelan yang unik.

Konstantin menceritakan batu gunung adalah bahan binaan asal yang digunakan untuk membina bangunan-bangunan di Salzburg.

Kalau diperhatikan tingkap-tingkap rumah di sini saiznya makin mengecil lagi tinggi ianya ke atas. Tak tau kenapa like that. 

Next kami stop di rumah kelahiran Wolfgang Amadeus Mozart yang dinamakan Mozarts Geburtshaus.

Di sinilah Mozart dilahirkan pada 27 Januari 1756 di alamat No. 9 Getreidegasse dan dia tinggal di sini sehingga usia 17 tahun. Lepas itu dia berpindah across the Salzach river dan tinggal di Makartplatz, dan pada tahun-tahun kemudian, di Vienna. Tak boleh miss lah bangunan ni sebab dah la kuning, sentiasa je ada pelancong di depannya. 

Ketika dilahirkan, Mozart dan keluarganya tinggal di tingkat 3 di bangunan ini. Kedudukan rumah mereka yang terletak di tingkat yang tinggi menunjukkan mereka bukanlah keluarga yang berada ketika itu. Ini adalah kerana disebabkan lif moden masih belum dicipta, tingkat bawah bangunan menjadi pilihan keluarga yang dikira berada kerana pergerakan keluar-masuk lebih mudah bagi yang tinggal di tingkat bawah.

Sekarang ada Muzium Mozart di sini yang terletak di bilik-bilik yang dahulu diduduki oleh keluarga Mozart. Walaupun rumah ini kelihatan sangat sempit jika dilihat dari depan tapi ruangnya adalah memanjang ke belakang.




Di samping penerangan mengenai sejarah hidup Mozart yang ringkas, kami juga diberi penerangan tentang sistem loceng rumah-rumah di zaman dulu yang masih boleh dilihat di Mozarts Gerburtshaus.

Selesai di Mozarts Gerburtshaus, Konstantin seterusnya bawa kami menyusuri Getreidegasse untuk ke Alte Markt (Old Marketplace). 

Tiba di Alte Markt.  Di sini we said our thanks and goodbyes to Konstantin. Sebelum beredar, sempat dia cadangkan beberapa tempat di area berdekatan dengan Alte Markt ni for us to explore. Sebabnya masa ni kami ada masa about 2 hours untuk jalan-jalan on our own, which both of us really like and got us really excited lah.. hehe. Fyi, the other group members juga ambil kesempatan ini untuk bersiar-siar sambil membeli belah dan makan-makan. 

Berfoto kenangan dengan uncle Konstantin 😊. 

Ok, ini summary walking tour kami setakat catatan ini. Turun bas di Dreifaltigkeitskirche (Holy Trinity Church), jalan-jalan di Mirabell Garden dan Mirabell Palace, then ke Mozart-Wohnhaus (rumah Mozart), menyeberang Sungai Salzach menuju ke Salzburg Old Town dan masuk ke Getreidegasse, then ke Mozart's Birthplace dan ke Alte Markt.  

Ini dataran Alte Markt. 'Alter Markt' bermaksud 'pasar lama' dan ianya adalah dataran pasar lama Salzburg, terletak antara antara Getreidegasse dan Salzburger Dom. Ia dibina pada tahun 1280 dan dikelilingi dengan bangunan-bangunan town houses baroque yang satu ketika dulu menjadi kediaman golongan bangsawan di Salzburg.


Dataran pasar lama ini tidak hanya digunakan sebagai pasar, tetapi juga untuk jangka masa yang panjang, sebagai lokasi pelbagai Salzburg's folk cultural events.

Antara landmarks/benda menarik di dataran ini ialah Florianibrunnen Fountain, Café Tomaselli, Alte Hofapotheke (sebuah farmasi lama) dan rumah terkecil di Salzburg.

Ok ini Florianibrunnen Fountain. Baroque fountain ini dah ada sejak 1488. Dah banyak kali di upgrade dan hari ini cuma pagar besi tu saja yang original.

Patung di atas tiang tengah ini adalah St. Florian, patron saint yang melindungi bangunan dari kebakaran. Sebab itu dia adalah seorang saint yang popular untuk diletakkan patungnya di fountains dan telaga. 

Sehingga sekitar 1800, Florianibrunnen menjadi tempat untuk adat yang tidak lagi diamalkan di Salzburg yang dipanggil 'Metzgersprung'. Dalam upacara ini lelaki muda yang telah menamatkan latihan mereka sebagai butcher apprentices menjalani upacara inisiasi yang berakhir dengan mereka melompat ke dalam Florianibrunnen ini. Secara simbolis, ini membasuh diri mereka dari dosa-dosa. Selepas mandi, mereka dimasukkan ke persatuan butchers′ guild.

Café Tomaselli yang terletak di tengah-tengah bandar lama Salzburg adalah salah satu coffee house paling terkenal di Eropah. Diusahakan oleh keluarga Tomaselli sudah selama lebih 150 tahun. Mozart was a regular here.

Bangunan hijau ni pula ialah Alte Hofapotheke, sebuah farmasi tertua di Salzburg, wujud sejak tahun 1591. Pada 1647, farmasi ini telah dilantik sebagai Archbishop's Court Pharmacy.

Dan ini pula ialah rumah terkecil di Salzburg, beralamat di Alter Markt No. 10a, bersebelahan dengan Café Tomaselli. Lebarnya cuma 1.42 meter. Sempit macam tu sebab asalnya ia adalah lorong di celah dua bangunan. Dah ada sejak 1830. 

Laluan untuk pelancong yang nak bersiar-siar di Old Town ni dengan kereta kuda.

Seterusnya kami berjalan ke dataran Residenzplatz. Dari kanan ialah bangunan Alte Residenz, Salzburg Cathedral, Neue Residenz dengan Salzburger Glockspiel (bell tower), Salzburger Weihnachtsmuseum (Christmas Museum) dan private houses ('Bürgerhäuser'). Dan di tengah ialah Residenzbrunnen fountain.


Salzburg Cathedral, Neue Residenz dengan Salzburger Glockspiel (bell tower).

Aerial view of Salzburg Cathedral dan Residenzplatz.

Salzburg Cathedral (Bahasa Jerman: Salzburger Dom) adalah katedral baroque abad ke-17 dari era Roman Catholic Archdiocese of Salzburg di bandar Salzburg, Austria, yang dikhususkan untuk Saint Rupert dan Saint Vergilius.  

Saint Rupert mengasaskan gereja ini pada 774 di tapak lama bandar Rom. Katedral itu dibina semula pada tahun 1181 selepas satu kebakaran.


Pada abad ke 17, katedral itu sepenuhnya dibina semula dalam gaya Baroque di bawah perintah Prince-Bishop Wolf Dietrich Raitenau. Semasa Perang Dunia II, bom Amerika merosakkan bangunan ini dengan begitu teruk, sehingga kubahnya runtuh. 


Dari 1945 hingga 1959, katedral ini dibina semula dalam bentuk asalnya. Dalam Katedral Salzburg ini masih disimpan baptismal font di mana komposer Wolfgang Amadeus Mozart dibaptis.

Bangunan Neue Residenz dengan Salzburger Glockspiel (bell tower) dan Residenzbrunnen fountain. 

Ini bangunan kediaman Prince Archbishop yang dinamakan Salzburg Residenz. Salzburg Residenz adalah sebuah istana yang terletak di Domplatz dan Residenzplatz di pusat bersejarah (Altstadt) di Salzburg, Austria. 

Selama berabad-abad  Prince-Archbishops of Salzburg tinggal di Residenz ini dan menggunakan istana ini untuk mempersembahkan dan mewakili status politik mereka. Hari ini istana Salzburg Residenz adalah sebuah muzium dan salah satu tarikan paling menarik di bandar ini.

Facade depan Salzburg Residenz. 

Mantelpieces atas pintu berdesign baroque yang elaborate dengan patung orang dan singa serta coat of arms. 

Di atas marble gate ini ada 3 coat of arms of 3 archbishops. Coat of arms yang kiri ialah crest Archbishop of Wolf Dietrich, yang kanan crest Archbishop of Paris Rodolon dan yang tengah crest Archbishop of Franz Anton Harrach. 


Dan patung-patung singa tu diambil rekaannya dari satu emblem dari Paris. Ekor-ekor singa berbelit membentuk nombor 8 macam pretzel.

"FRANCISCUS ANTONIUS ARCHIEPS ET PRINCEPS SALLISBURG SS AL DE HARRACH HOC PALATIUM INTUS ET FORIS ORNATIUS COMMODIUSQUE REDEGIT ANNO DNI MDCCX" - "The decoration of the palace was built by Archbishop Franz Anton Hallach in 1710".

Dataran Residenzplatz ini juga dikepong oleh Salzburger Weihnachtsmuseum (Christmas Museum) dan private houses ('Bürgerhäuser').

Residenzbrunnen fountain. Tutup for restoration. 

Residenzplatz. 

Dari Residenzplatz kami lalu gate di Salzburg Cathedral ini untuk ke Domplatz pula.

Dari Residenzplatz masuk ke Domplatz.


Ini view di Domplatz. Di dataran ini dikelilingi oleh Salzburg Cathedral, Salzburg Residenz dan  St. Peter's Abbey. Dan dalam serkup bentuk macam pyramid tu ialah Maria Immaculata column yang sedang dalam proses restoration.

View Domplatz dari arah Salzburg Cathedral. 

Maria Immaculata ini direka seperti columns lain di Vienna and Munich dan dibuat dari marble and cast iron.

Maria Immaculata depicts the Virgin Mary enthroned on a mountain of clouds made of Untersberg marble and a globe. The central Marian figure is surrounded on four sides by allegoric figures representing angels, the devil, wisdom, and the Church. - Wikipedia


Di Domplatz ini boleh nampak bahagian depan Salzburg Cathedral. Facade depannya terbahagi kepada three horizontal units. 

Di bahagian bawah sekali ada 3 pintu masuk yang mewakili three 'divine virtues'. Gate of Faith (kiri), Gate of Love (tengah) dan Gate of Hope (kanan).


Di 3 pintu masuk ini juga ada 4 patung. 
Kiri dan kanan: Patung-patung St. Rupert dan St. Virgil.
Two in the middle: Patung-patung St. Peter dan St. Paul.

Di bahagian tingkat tengah juga ada patung-patung besar. 

These are statues of four evangelists - Matthew, Mark, Luke, and John.




Sebagai mantelpieces di atas kedua-dua tingkap di bahagian ini juga ada kepala singa dan ibex, binatang-binatang yang ada di dalam  coat of arms of Prince Archbishop Paris Lodron and Prince Archbishop Markus Sittikus.

Juga ada jam besar pada the side towers. 

Di bumbung pula ada statues of Moses holding the Ten Commandments and Elias flanking a "Christus Salvator" in the centre.

  St Peter's Abbey.

Salzburg Residenz. 

Lepas tu dari Domplatz kami berjalan masuk ke Kapitelplatz pula. 

So tadi kami di Residenzplatz, then ke Domplatz dan sekarang di Kapitelplatz. 

Kapitelplatz (Chapel Square) pula sering digunakan sebagai tapak pesta dan persembahan. Dari Kapitelplatz boleh nampak Hohensalzburg Fortress dengan jelas.

Mesti curious kan pasal objek bulat warna emas tu. Benda tu namanya ‘Sphaera’ yang dibuat oleh German artist Stephan Balkenhol. 

Inilah cerita pasal Sphaera tu.

Giant chessboard and golden globe. And a sculpture of a man on top of the giant ball.

Sphaera and Salzburg Cathedral. 

Hohensalzburg Fortress viewed from Kapitelplatz. Ia dibina pada tahun 1077 di atas sebuah bukit yang dinamakan Mönchstein Hill. Ia adalah salah sebuah kubu pertahanan yang terbesar di Eropah dan tak pernah ditakluk sepanjang sejarahnya. Seluruh kota Salzburg dan sebahagian Sungai Salzach dapat dilihat dari kota ini bagi tujuan pertahanan.


Ada service funicular untuk turun naik ke fortress ini. Return trip kosnya adalah €8.40 (RM 40.00) seorang.

Setiap Funicular boleh membawa 55 orang penumpang pada satu-satu masa. Perjalanan naik hanya memakan masa kurang dari satu minit dan funicular berlepas setiap 10 minit.

Di Kapitelplatz juga ada patung yang menakutkan ini. Macam Dementor dalam Harry Porter movies. Ukiran yang dinamakan 'Pietà' atau 'Coat of Peace' ini dibuat oleh Anna Chromy.

Selepas melawat ke Kapitelplatz kami berjalan balik menuju ke tempat berkumpul yang ditetapkan di Markatplatz. Seterusnya nanti, dari Salzburg, kami akan bergerak menuju ke Munich yang terletak di negara Germany untuk bermalam di sana.

Kami jalan masuk balik ke Domplatz dan keluar dari dataran ini melalui gate bangunan Salzburg Residenz. 

Lalu di gate Salzburg Residenz.

Best jugak ambik gambar di bawah laluan ni. Kebetulan masa tu tak ramai orang.  

Dan terus masuk ke jalan Franzikanergasse. Dlaam foto kanan, bangunan sebelah kanan tu ialah Franciscan Church.  Yang belah kiri pula ialah bangunan Franziskanerkloster Salzburg sebuah monastery. 

Dari kanan: Salzburg Residenz, Franciscan Church dan Franziskanerkloster Salzburg. 

Dari Domplatz masuk ke jalan Franzikanergasse.

Kereta kuda di jalan Franzikanergasse.

Ada menara jam berloceng dan lukisan di sebelah Franciscan Church di jalan Franzikanergasse ini. 

Loceng di menara ini dibunyikan pada pukul 3 petang setiap hari Jumaat untuk memperingati saat kematian Jesus Christ yang dikatakan berlaku pada waktu tersebut.

Sambil bersandar pada dinding Franziskanerkloster Salzburg (monastery) dan mengadap Franciscan Church, I managed to capture this shot.. hehe. Lorong yang kiri tu mengarah ke menara jam loceng tadi dan lorong kanan menghala ke Salzburg Residenz. 

Kami melintasi Franciscan Church di jalan Franzikanergasse dalam perjalanan kembali ke Markatplatz. Gereja ini adalah antara gereja yang tertua di Salzburg dan nama asalnya adalah Unser Lieber Frau (Our Beloved Lady).

Sibuk jalan Franzikanergasse ni dengan kereta kuda.


Kami juga passed by St Peter's Abbey atau juga dipanggil Archabbey St Peter. Ia adalah sebuah Benedictine monastery dan bekas katedral di kota Salzburg, Austria. Ia dianggap sebagai salah satu biara tertua in the German-speaking area sejak didirikan pada tahun 696 oleh Bishop RuprechtBishop Ruprecht yang diangkat menjadi seorang saint oleh Gereja Katholik ini juga dianggap sebagai patron saint bagi pelombong-pelombong garam di Salzburg. 
Tak pasti sama ada gereja ini masih digunakan pada hari ini tetapi ia lebih popular dengan restoran yang terdapat di dalam bangunan ini yang bernama Stiftskeller Restaurant.

And we also passed by the Franciscan Monastery, which was founded in 1272.

Bila tiba kembali ke Getreidegasse, kami bertembung pula dengan Old City Hall (Altes Rathaus). Bangunan ini yang pada asalnya adalah rumah kediaman kaum bangsawan telah dijadikan City Hall dan Mahkamah pada tahun 1407. Altes Rathaus kini masih digunakan sebagai pejabat kerajaan.

Menara jam dan patung Justitia (Lady Justice) di Old City Hall. 

Butik Hämmerle (sebuah fashion house di Mariahilfer Straße – Vienna’s main shopping street) ini menarik perhatian saya kerana pada facade depannya ada gambar-gambar yang kelihatan seperti diukir pada papan kayu. 

'The cloth is ready for selection'.

'And everyone chooses his dress here'.

'The buyer checks with a customer'.

Sempat kami masuk satu lorong sebab nak tengok courtyard di dalamnya. Dari luar nampak menarik, tu yang masuk dan expore... hehe.

Courtyard ni memang la cantik. Ada shops dan cafes dikelilingi bangunan dengan arches. Dah petang masa tu dan lampu-lampu dah dipasang. Nice lah! Jadi haruslah dicapture secara 360° 😊.

Di sudut tepi pintu keluar dari kota ini ada Restaurant Zum Eulenspiegel with a portrait of the figure of the famous wandering storyteller Till Eulenspiegel adorns the facade.

Super cute window displays. Ini kedai gifts and souvenirs 'Heart of Mozart'. 

Pintu keluar dari Salzburg Old City di Hagenauer Square.

Exit dari Salzburg Old City, kami terus menyeberang Sungai Salzach untuk ke Markatplatz menggunakan State Bridge pula. Masa ke Salzburg Old City tadi kami guna jambatan Markatsteg.

Pemandangan jambatan Markatsteg yang penuh dengan love locks dari State Bridge.


State Bridge.

Pemandangan Salzburg New City.


Pemandangan Salzburg Old Town dari Salzburg New City.


Masa tu masih ada lagi bunga di Salzburg.

Some of them macam sayur rupanya. 

Inilah yang dinamakan 'ornamental cabbage'.

Flowering kind of vegetables, the winter flower of choice of the city gardeners. 

Ornamental kale.



Di tepi jalan ni ada Art Project yang dinamakan The Spirit of Mozart.

Tiba di Markatplatz. Ini Holy Trinity Church tempat kami diturunkan pagi tadi. Hampir pukul 4.30 petang masa tu dan dah mula hujan renyai.



Satu lagi street art yang dinamakan 'Caldera' (istilah geologi yang untuk kawah gunung berapi) oleh English sculptor Anthony Cragg sempena Salzburg Art Project ke 7.

Bas sampai kami terus naik untuk ke Munich. Alhamdulillah, lepas kami naik je bas, hujan pun turun dengan lebat. 

Dalam masa hujan lebat dan hari dah gelap masih lagi gigih ambik gambar.. hehe.

Lepas lebih kurang 30 minit bertolak dari Salzburg kami tiba di sempadan Austria-Jerman. Since kedua-dua negara ini adalah anggota Pakatan Schengen, jadi tiada pemeriksaan passport sewaktu melintas sempadan. Tapi pemeriksaan random tetap ada and our bus was chosen! 😮
Sempadan Austria-Germany

Peter our bus driver diminta memberhentikan bas di tepi jalan untuk pemeriksaan. Lepas itu seorang polis Jerman lelaki naik bas dan minta kesemua penumpang lelaki mengeluarkan passport untuk pemeriksaan. Berdebar la jugak masa tu. Tapi tak lama, cuma 5 minit je checking tu, dan kesemua passport yang diambil dipulangkan dan kami dibenarkan untuk meneruskan perjalanan. Alhamdulillah.
Pemeriksaan passport random di sempadan Germany

Lepas lebih kurang 2 jam 30 minit kami pun selamat tiba di Munich, Alhamdulillah. Munich adalah bandar ketiga terbesar di Germany selepas Berlin dan Hamburg.

Iya, masa sampai Munich masih lagi hujan.

Kami terus dinner di sebuah restoran Turki, Istanbul Restaurant.


Lazat!! Alhamdulillah. 

Yang kanan tu lebih lagi lazatnya.. hehe. Cepat-cepat saya telan ubat lepas tu.. haha.

Di Munich kami bermalam di Hotel Azimut.


Nice Hotel Azimut ni.


Dan biliknya cukup selesa. 

Bersambung....

For easy reference, saya senaraikan di bawah semua links kepada entries Eastern Europe travels saya:
01 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE & ROMERBERG
02 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 01 - PART 02 - WERTHEIM OUTLET VILLAGE

03 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 01 - KARLOVY VARY - GRANDHOTEL PUPP-HOT SPRING COLONNADE
04 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 02 - KARLOVY VARY - MARKET COLONNADE-MILL COLONNADE-DVORAK PARK-PARK COLONNADE-CZECH POST-ELIZABETH V SPA
05 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 03 - PRAGUE - PRAGUE CITY-WENCESLAS SQUARE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE-ASTRONOMICAL CLOCK
06 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 02 - PART 04 - PRAGUE - CHARLES BRIDGE-PRAGUE OLD TOWN SQUARE
07 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 01 - PRAGUE - PRAGUE CASTLE-ST VITUS CATHEDRAL
08 - EASTERN EUROPE - CZECH REPUBLIC - DAY 03 - PART 02 - PRAGUE - OLD ROYAL PALACE-PRAGUE LESSER TOWN-CHARLES BRIDGE
09 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 01 - BRATISLAVA - BRATISLAVA CASTLE
10 - EASTERN EUROPE - SLOVAKIA - DAY 04 - PART 02 - BRATISLAVA - BRATISLAVA OLD TOWN-CORDOBA CULTURE CENTER
11 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 04 - PART 03 - BUDAPEST - CENTRAL MARKET HALL-LIBERTY BRIDGE
12 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 01 - BUDAPEST - GELLERT HILL-CITADEL
13 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 02 - BUDAPEST - FISHERMAN'S BASTION
14 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 03 - BUDAPEST - HEROES SQUARE
15 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 04 - BUDAPEST - RIVER DANUBE CRUISE
16 - EASTERN EUROPE - HUNGARY - DAY 05 - PART 05 - BUDAPEST - GELLERT THERMAL BATH-CAVE CHURCH
17 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 01 - VIENNA - SCHONBRUNN PALACE
18 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 02 - VIENNA - VIENNA CITY TOUR-MARIA THERESIEN PLATZ-HOFBURG PALACE
19 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 03 - VIENNA - KOHLMARKT-GRABEN-HUNDERTWASSERHAUS
20 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 06 - PART 04 - VIENNA -VIENNA ISLAMIC CENTER-St STEPHEN CATHEDRAL-KARNTNER STRASSE
21 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MONDSEE-LANDZEIT
22 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - MIRABELL GARDEN-MOZART WOHNHAUS-MAKARSTEG
23 - EASTERN EUROPE - AUSTRIA - DAY 07 - SALZBURG OLD CITY
24 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - ON THE WAY TO NEUSCHWANSTEIN CASTLE
25 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - NEUSCHWANSTEIN CASTLE
26 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 08 - BMW WELT-MARIENPLATZ
27 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU CONCENTRATION CAMP MEMORIAL SITE
28 - EASTERN EUROPE - GERMANY - DAY 09 - DACHAU OLD TOWN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. nut crackers tu a bit scary lah..

    wah.. nengok jugak harry Potter
    baca tak buku nya?

    saya cukup minat dengan ornamental cabbage tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. May be tu versions collectors items kot.

      Tengok! Buku tak baca, tgk movies je.. hehe.

      Delete
  2. Gambar cantik, penerangan juga sangat bagus. Pendek kata...Terbaeeeeeek! Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks and you are most welcome Zie.
      Pemandangan sana dah mmg cantik2 belaka, saya snap je :).
      Part penerangan tu saya cuba buat ringkas, sprinkled with my own experiences.

      Delete