Monday, October 2, 2017

MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY

After a good night of almost 7 hours sleep, we were raring to go touring the next morning. 7 jam? Ya, rasa letih sungguh malam tu sebab after flight selama hampir 8 jam and was not really able to have a good sleep on the plane, dan lepas tu sampai je Melbourne terus pergi city tour, tu yang sampai hotel malam semalam terus flat. Lepas dinner dan solat terus tidur. 

Untuk hari kedua di Melbourne ni kami akan go for a full day tour dari pagi sampai ke lebih kurang pukul 8 malam. Apa-apa pun sarapan dulu. Gini le hidangan sarapan pagi Raya Haji kami.

Kami dah register 2 tours hari ni dengan Gray Line. Pagi nak naik keretapi Puffing Billy dan petang pergi tengok Penguin Parade. Awal pagi bas pick up Gray Line dah sampai depan hotel. Actually, ikut time dari Gray Line pick up pukul 7:25 am, tapi bas sampai 10 minutes earlier. Bagusnya!

Capturing suasana pagi di bandar Melbourne. Tak banyak kenderaan di jalanraya masa tu. Mungkin awal lagi. 

Sunrise over Melbourne.

Masa bas pick up Gray Line nak ke Radisson Hotel to pick upp more passengers, we passed by sebuah taman namanya Flagstaff Garden. Dan nampak ada people gathering. Curious, kami zoom-in pakai camera. Rupanya mereka adalah warga kota Muslim Melbourne yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Raya Aidil Adha yang diorganise oleh Islamic Council of Victoria.

Tikar sudah siap dibentangkan untuk para jemaah. 

Lokasi Flagstaff Garden ni betul-betul depan Radisson Hotel. 

Persimpangan dengan Elizabeth Street.

Lonsdale Street.

St. Francis Catholic Church, adalah gereja Katolik tertua di Victoria, Australia. Bangunan besar di belakang belah kanan tu ialah ME Bank. Belah kiri yang putih tu ialah Brady Hotel. Yang tengah biru berkilat tu ialah Argus Center. 

Bourke Street.

Saya suka cuba capture moments macam ni 😊. 

Tiba di Federation Square, tempat semua passengers Gray Line turun berkumpul untuk tunggu dan naik bas-bas for their respective tours. Dan kami terus beratur di signboard 'Puffing Billy' ni. 

Notifying staff yang bertugas. 

Ni tiket untuk tours kami dari Gray Line. Nama tour kami hari tu ialah 'Penguins 'n Puff'. 

Sambil tunggu bas kami bersembang dengan couple dari Malaysia ni. 

Bas sampai kami pun naik. Bas ni 2 tingkat, makanya ramai la passengers yang cepat-cepat naik untuk dapatkan seats di tingkat atas. Kami pulak memang tak nak ke atas sebab lebih prefer duduk di bawah di seats depan sekali, yang coincidenially merupakan seats yang tak de pun orang nak duduk.. hehe... lucky us. Why we chose these seats? As per below photo, sebab view yang luas, belah kiri, depan dan belah kanan. Boleh la ambik gambar dari pelbagai sudut 😊. 

Sementara tunggu bas nak jalan, ambik gambar  bangunan Forum Theatre yang cantik ni.

Beautiful, right?

Bas pun meluncur ke Dandenong. Pemandu/tour guide Gray Line's 'Penguins 'n Puff' tour pagi tu ialah Don. Orangnya professional, knowledgeable, courteous and eloquent. 

Beautiful scenery along the way. 



Passed by satu tempat namanya Ferntree Gully.


Masa lalu town Ferntree Gully, Don pointed out to us these beautiful wall mural. Lukisan dinding ni menggambarkan suasana Ferntree Gully pada 1880an. 

Ada lukisan Sherbrooke Forest. Ferntree Gully yang terletak di kaki bukit Dandenong Ranges mempunyai banyak pokok Eucalyptus (pokok gum) seperti digambarkan oleh pelukis mural ini. 

Ferntree Gully adalah sebuah bandar di pinggir Melbourne, Victoria yang ditubuhkan pada 1880an.

Beginilah agaknya suasana pekan Ferntree Gully pada tahun 1880.

Dengan ketibaan landasan keretapi (dilanjutkan dari Ringwood) pada tahun 1889, Ferntree Gully menjadi lebih mudah untuk pelawat.

Gambaran lokomotif stim yang digunakan pada masa itu. 

Perjalanan diteruskan dan Don beritahu yang kami akan dibawa picnic di Sherbrooke Forest. Yes, dalam program tour ni memang ada included berkelah. Nice lah 😊. Dan picnic tu sounded akan lebih menarik lagi sebab Don kata dia akan menyediakan minuman teh yang special untuk kami siap dengan hidangan sejenis kek popular di situ. Teh and cake! Yum! Hehehehe...

Dan kami pun tiba di sebuah kawasan berkelah di Sherbrooke Forest bernama Grants Picnic Ground. Sherbrooke Forest ni adalah bahagian terbesar Taman Negara Dandenong Ranges.

Ni peta lokasi Melbourne, Ferntree Gully dan Grants Picnic Grounds.
www.google.com/maps

Di Grants Picnic Ground ni ada kedai souvenir. 

Terletak dalam Hutan Sherbrooke, Grants Picnic Ground ni merupakan salah satu tarikan utama Dandenong Ranges, yang terkenal dengan bird feeding. Kalau nak bush walking sambil menghayati alam semulajadi, ada trek berjalan yang bermula dari tempat piknik ni melalui kawasan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar asli.

Mula-mula tak perasan pun burung-burung putih di pokok-pokok besar Eucalyptus di situ. Bila terdengar the squawking, tengok atas ke pokok-pokok tu dan perhati betul-betul.. ehh... baru nampak! Banyak pulak tu! Burung-burung ni namanya ialah sulphur-crested cockatoo. 

Di sini juga ada beberapa jenis forest walks, nature walks atau bush walks melalui beberapa trek jalan kaki. 

Jenis-jenis forest walks boleh dipilih ikut jarak, tempoh trekking dan juga Grades.


Walks yang sesuai untuk beginners.

Beautiful gigantic Eucalyptus trees. Macam epik pokok-pokok ni. Kami diberitahu Don pokok-pokok gum ni trunks tersiat-siat bukanlah sebab penyakit tapi memang begitu naturally. Lapisan luar tu secara beransur-ansur menyerpih sebab pelapukan akibat cuaca. 
Ada lebih daripada 700 spesies eucalyptus, dan hampir semuanya ada di Australia. Eucalyptus boleh didapati di hampir setiap bahagian Australia, dan tumbuh dalam pelbagai habitat yang berbeza. Boleh tumbuh sampai 92 meter tinggi. Dikenali sebagai pokok gum kerana ia mengeluarkan sap yang banyak dari rekahan-rekahan pada kulit pokok. Eucalyptus tree mempunyai banyak nama tempatan seperti 'gum trees', 'mallee', 'box', 'ironbark', 'stringybark' and 'ash'. 

Interesting fact about gum tree:
On warm days eucalyptus oil vapour rises above the bush to create the well-known distant blue haze of the Australian landscape. Eucalyptus oil catches fire very easily, and bush fires can travel quickly through the oil-rich air of the tree crowns. The dead bark and fallen branches are also flammable. Eucalypts are well adapted for periodic fires - in fact most species are dependent on them for spread and regeneration. They do this in several ways: by sprouting from underground tubers, hidden buds under their bark and from seeds sprouting in the ashes after the fire has opened them. - Wiki

Then we saw these beautiful vibrantly colored birds! Merahnya, birunya, cantiknya! And to be able to see them in wild nature setting was like a huge bonus lah 😊. Rosella namanya. Don kata rosellas selalunya travel dengan pasangan. Tapi susah nak bezakan yang mana jantan dan betina sebab secara amnya warna bulu mereka sama je. Ia memang burung native Australia.

Ehhh... kaler rosella ni macam warna bas kami lah.. hehe.

Then ada a few yang turun ke tanah. Maka mestilah diambik gambarnya...hehe.

Sampai tercangkung-cangkung nak ambik gambar. Lenguh kaki.. hehe. Pulak tu rosellas ni bukannya jenis yang duduk diam. Merayap sana sini! 

Ada tempat bird feeding di Grants Picnic Ground ni. Pengunjung boleh beli token AUD10 dari kios di situ untuk masuk dalam kawasan bird feeding berpagar. Akan juga diberi bird feed dengan jumlah tertentu yang dikawal, specially prepared and measured. Ini supaya not to overfeed the birds as it must be ensured that the birds also must find food the natural ways. Thus keep the birds healthy. Tak boleh bawak bird feed sendiri. Hanya di sini sahaja burung-burung dibenarkan diberi makan. Tiada kawasan lain di Taman Negara Dandenong Ranges ni di mana native bird boleh diberi makan.

Masa kami jalan-jalan di persekitaran Grants Picnic Ground ni, Don sedang sibuk menyiapkan teh dan snek untuk kami semua. 

Lengkap segala benda untuk berpiknik ada disediakan oleh pihak Gray Line untuk persiapan piknik oleh Don. Siap ada bakul sampah kerana kebersihan sangat dijaga especially di parks.

Ada teh panas, paper cups, plastic spoons, gula, susu, biskut, kek dan vegemite. 

Ha.. tu la kek popular di Australia, Lamington Cake namanya. 

Dan inilah teh special yang dibancuh oleh Don. Ianya campuran yang diilhamkan oleh Australian bush, menggabungkan teh tropika Australia dari utara Queensland dengan daun eucalyptus. Err... daun pokok gum?!! Tu, nampak tak daun pokok gum dalam air teh tu.

Bancuh dalam baldi besi? Baldi ni namanya 'Billy Can', boleh dibuat sendiri atau dibeli di kedai. Billycan adalah dalam bentuk baldi logam yang biasa digunakan untuk mendidih air, membuat teh atau memasak di atas unggun api atau untuk bawa air. 
Don cerita 'Billycan' ni berasal dari tin besar yang digunakan untuk transport bouilli atau daging lembu pada zaman dulu ketika kapal-kapal berlayar menjelajah Australia dan ketika exploration of the outback. Lepas digunakan kegunaan tin besar ni diubahsuai untuk mendidih air atas api dan buat teh. Ada juga yang berpendapat ia berasal dari perkataan orang aborigin 'billa' yang bermaksud air. 

Peserta tour sedang menikmati hidangan piknik yang disediakan oleh Don. Dan teh tu? Ternyata sedap! Don kata untuk menikmati keaslian rasa sebenar teh Billy ni, elok jangan campur gula atau susu. I agreed especially to suggestion no sugar tu. Dan tambah nikmat bila dapat minum air panas dalam suasana sejuk nyaman hutan Sherbrooke Forest ni.  

Ok, sikit pasal Lamington Cake ni. Terkenalnya kek ni sampai dapat label ikon kuliner Australia. Dibuat dari kek sponge yang dicelupkan dalam coklat dan ditabur generously dengan kelapa kering halus. Rasanya? Sangat la yummy. Tapi kek yang saya makan ni manis! Me cannot la kan.. hehe. Jadi la dapat merasa segigit. 

Tengah asyik berposing dengan kek Lamington dan teh Billy for my wife, tetiba saya diserang dihinggap oleh seekor sulphur-crested cockatoo yang tanpa segan silu terus menyambar kek Lamington saya yang baru saya dapat rasa segigit sahaja. Terkejut pak cik! Hahahaha... Nasib baik tak tertumpah teh Billy panas tu on me! Si cockatoo tu pulak lepas pagut kek Lamington saya, bukannya dia fly away tapi terus je melepak on my arms yang secara automatic terextended to support the naughty bird... hehe. Tengok tu, dengan beak-full of cake, dia posing pulak for the camera... hehe. Dan yang kelakarnya, dalam terkejut tu, instead of shooing off the bird, secara automatic saya suruh isteri saya cepat-cepat ambik gambar... hahahaha. Ye la kan, mana la saya pernah ditenggek oleh cockatoo liar! 😁 

Lepas Don tolong halau, si cockatoo tu serang Chinese tourist ni pulak.. hahaha... so naughty! 😊

Sambil menikmati teh Billy, saya bersembang dengan Don dan seorang mak cik India dari Virginia, USA yang travel dengan husband dia.

Satu lagi spesis burung yang kami nampak di kawasan piknik ni. Tak tau apa nama dia.

Yang ni pulak are the beautiful Australian King parrots. Juga kata Don bila travel, mereka bersama pasangan. 

The cheeky sneaky sulphur-crested cockatoo yang sungguh nakal.. hehehe.  

Capturing the beauty of Sherbrooke Forest di Dandenong Ranges National Park.






Next kami ke Puffing Billy Railway pulak. Lebih kurang 10 minit drive dari Grants Picnic Grounds tadi. Nak naik keretapi stim.. hehe.

Dari tempat kami diturunkan, kami berjalan ke stesyen keretapi.


Welcome to Puffing Billy 😊. 

Apa Puffing Billy tu? Ha.. silalah baca info ni. 'One of the finest preserved steam railways in the world'.


Kami akan start naik keretapi stim ni bermula dari Belgrave Station.

Dan turun di next station iaitu Menzies Creek Station.

Dari Menzies Creek Station, railway track ni terus bersambung lagi ke beberapa stesyen lain iaitu Emerald Station...

... Lakeside Station....

.... Cockatoo Station....

.... dan last sekali Gembrook Station. Kalau naik keretapi ni dari Belgrave Sation ke Gembrook Station akan ambik masa 3 jam.

Sampai ke Belgrave Station. 

Tracking where we went 😊.

Info tentang Puffing Billy Railway.

Bangunan tempat beli tiket keretapi. Don belikan tiket untuk kami semua. Or I think he just picked them up from the counter since it's part of the tour.

Maklumat lengkap tentang Puffing Billy.

Ada peta trek perjalanan keretapi stim ni dari Belgrave Station ke Gembrook Station.

Tiket kad keras kecik Puffing Billy.

Dah nampak dah keretapi stim ni. Wah! Excited kami.. hehehe...

Don kata earlier dalam bas yang kami satu bas tak perlulah berebut naik gerabak keretapi sebab pihak railway dah reserve 3 gerabak untuk passengers Gray Line. Nice lah! 

Berjalan ke gerabak kami.

Gerabak untuk kami were the last 3 coaches. Don joking kata di gerabak-gerabak belakang ni la yang akan paling banyak kena asap dan habuk keretapi....hehe. 

Sebelum keretapi jalan, ambik a few shots di platform.

Pejabat Station Master.

Dalam pejabat Station Master.

Tu ha, sayup tu, asap dari serombong keretapi ni.





Dan kami pun bertolak dari Belgrave Station menuju ke Menzies Creek Station. 

Tu dia, tebal kepulan asapnya.

Staff Puffing Billy Railway yang nampaknya macam retirees. Di sini ada pekerja bergaji dan juga volunteers. 

Baik, next saya share pemandangan yang sempat saya capture.

Iya betul! Passengers boleh duduk dengan kaki terjuntai macam ni! Hehehe... fun right! In fact, memang di suggested dan digalakkan.. hehe.

Dan berpandukan dari foto-foto yang kami jumpa di internet tentang keretapi ni, the best place to sit is on the right side of the coach 😊. Actually, the other side pun cantik jugak. 

A short video 😊.

Haa... saat-saat yang saya nantikan. Nak lalu atas jambatan!

Nama jambatan ni ialah Trestle Bridge yang dibina dari timber merentasi Monbulk Creek dan Main Gembrook Road. Panjangnya 91.4 meter dan tingginya 12.8 meter.

Ni satu lagi sebab kenapa kami chose to sit on the right side of the train. Dari belah kanan ni boleh nampak lengkungan jambatan kayu ni. Nice lah!

Memang kami excited macam budak-budak masa lalu atas jambatan ni.. hehe.

Di bawah tu adalah merupakan satu spot yang paling popular untuk ambik gambar Puffing Billy ni pass by.  


View Trestle Bridge dari atas.
www.google.com/maps

View Trestle Bridge dari jalanraya.
www.google.com/maps



Jambatan kayu Trestle Bridge.




It's customary, mestilah saling lambai melambai.. hehe.


Hehehe... berasap. Tapi tak la sampai menyesak pernafasan. Made the experience more authentic.. hehe.

Beautiful Sherbrook Forest.


Masa tunggu keretapi nak gerak tadi, kami berbual dengan keluarga dari Malaysia ni. Mereka baru je sampai Melbourne after spending a few days di Tasmania. Such a lovely family.  

Tentunya banyak pokok-pokok gum.


Ehhh... tetiba my wife spotted ada sekor wallaby keluar dari semak dan tengok keretapi ni lalu.. comel.. hehe.


Also took a few shots on the left side of the train. 


So green, so beautiful. 



Billy huffing and puffing away... hehehe.

Kami yang di gerabak paling belakang ni tak de le bau sangat asap tu 😊.




Dari keretapi ni juga boleh nampak Cardinia Reservoir.



Lepas lebih kurang 30 minit, akhirnya sampailah kami di Menzies Creek Station where we disembarked. Don dah tunggu kami di stesyen ni.


Menzies Creek Station.

Ramainya orang sedang bergambar dengan kepala keretapi yang baru kami naik ni.... hehe. Mesti la kan. Macam foto wajib ni.. hehe.


Then kami nampak sebuah lagi locomotive. 


Tengah datang dengan cara berundur.



Tak tau tengah isi apa tu. Air?


Begitulah pengalaman kami naik keretapi stim Puffing Billy ni. Perjalanannya tak terlalu lama. Scenery cantik. Gerabak pun selesa. Also gerabak tak de tingkap bercermin, tapi terbuka so boleh feel the fresh air and more importantly senang nak ambik gambar.. hehe. Definitely recommend pada sesiapa yang nak ke Melbourne to try this ride. Sesuai for couples, families and just about everyone lah 😊. 

Bersambung....

Di bawah ialah semua links untuk entries Melbourne, Victoria saya for easy reference:
1) MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL
2) MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER
3) MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX
4) MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY
5) MELBOURNE - DAY 03 - PART 02 - SASSAFRAS & CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM
6) MELBOURNE - DAY 03 - PART 03 - KOALA CONSERVATION CENTER
7) MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE
8) MELBOURNE - DAY 04 - PART 01 - ANGLESEA - URQUHART BLUFF AIREYS INLET - GREAT OCEAN ROAD
9) MELBOURNE - DAY 04 - PART 02 - MEMORIAL ARCH - GREAT OCEAN ROAD - LORNE CUMBERLAND RIVER
10) MELBOURNE - DAY 04 - PART 03 - APOLLO BAY
11) MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES
12) MELBOURNE - DAY 04 - PART 05 - ISLAND ARCHWAY - RAZORBACK - LOCH ARD GORGE - PORT CAMPBELL
13) MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK
14) MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET
15) MELBOURNE - DAY 05 - PART 03 - MELBOURNE RIVER CRUISE
16) MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN 

17) MELBOURNE - DAY 05 - PART 05 - TREASURY GARDENS AND FITZROY GARDEN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. honestly .. hehhehee.. i was reading and felt worried
    nak ke en syed duduk kaki tergantung gitu?
    you , being you .. hehehe

    mana gambar bukti duduk kaki tergantung gitu!!??
    buktikan..
    hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me being me, you know la I will not.. hahaha...

      Tiada bukti sebab memang tak duduk macam tu.. hahaha...
      Susah la nak ambik gambar masa berpegang pada palang tu. Tangan tak bebas nak mengetik camera.. hehe.

      Delete
  2. mesti en syed risau balance ke tak keretapi tu nanti kalau ramai sangat yang duduk belah kanan....
    and risau kalau kalau ada yang tercabut lak kasut masa duduk gitu..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... I did! I did! Risau kot keretapi tu senget sebelah sebab dah ramai yang duduk belah kanan keretapi tu! But then bila saya tengok belah kiri.. puhh lega... ramai yang duduk the same way... so balance lah.. hahaha.

      Hehehe.. kasut tu I risaukan my wife's je. Fortunately she had her travel shoes on, proper shoes bukan yang jenis slip-on... hehe.

      Delete